Tinta Si Isteri Mekanik: Nana-Korobi, Ya-Oki

02 October 2015

Nana-Korobi, Ya-Oki




Saya peminat Vincci. Suka sangat dengan kasut dan beg tangan mereka. 

Kawan beritahu, ada SALE Vincci. Sebab dekat dengan pejabat dan ada kawan mengajak, saya pun bersetuju. 

Tepat-tepat jam 12.31pm, kami keluar. Wazekan alamat, hanya 20 minit sahaja. "Wah, ini sudah bagus." 

Memang tiba 20 minit kemudian, tapi hanya di penghujung jalan sahaja. Hahaha.

Tapi dapat park kereta di tepi jalan tu. Cepat-cepat keluarlah dan berjalan ke sana. 

Baru 100 meter, ada puan yang baik hati beritahu, disebabkan terlalu ramai pengunjung, maka ditutup sementara sale itu sehingga esok. 

So, kami pun patah balik. Sempat beli nasi putih berlaukkan sotong tepung dan sambal telur puyuh. 

Tapi, nak keluar dari kawasan Glenmarie tu, ambil masa 1 jam! Semua jalan keluar sesak sampai tak bergerak. 

Saya ambil keputusan, balik pejabat ikut NKVE. Mudah dan cepat. 

Kami plan nak ke sana pada esoknya. Semangat dah ni, nak beratur jam 8.30pagi. Sebab ada adik tu kata, dia beratur dari jam 9.30pagi, tapi dapat masuk jam 12.00pm. Pergh... 

Last-last, petang ni cancel sebab dapat sms. 

RM0.00 Vincci: 
With deep regret we inform you that the 
Vincci Warehouse Sales will be CANCELLED 
on 03 & 04 Oct 2015 due to safety reasons. 

Pengajarannya, bila kita fokus untuk buat sesuatu, kita buat tanpa nanti. 

Sharp 12.31pm je terus gerak. 

Kalau ada halangan, siap boleh ada Plan B to Z lagi. 

"Nana-Korobi, Ya-Oki" 

Fall Seven time, Get Up Eight. 

Betul kan Tuan Shuhairy Norhisham? 


FB:Rahim Auto

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign