Tinta Si Isteri Mekanik: CUTI KRABI : Persediaan Wajib Sebelum Melancong Ke KRABI.

12 October 2015

CUTI KRABI : Persediaan Wajib Sebelum Melancong Ke KRABI.

Teks : Saudah Salleh

1. Passport


Kena pastikan passport masih lagi dalam tempoh. Sekurang-kurangnya 6 bulan. Kalau kurang 6 bulan, kena pergi renew.

Saya renew di Jabatan Imigresen Cawangan Kelana Jaya. Mungkin tempat lain berbeza sedikit.

a) Untuk yang pernah ada passport.

- cuma perlu bawa passport lama dengan IC. Pastu, bawak pen sebab ada borang perlu diisikan.

b) Untuk yang memohon buat kali pertama

- lagi senang. Bawa IC dan pen je.


Tips di Jabatan Imigresen Cawangan Kelana Jaya:-

- datang selain dari Sabtu Ahad sebab ramai orang. Kami datang hari Jumaat. Mula beratur jam 7.25am. Dapat nombor 30 dan 31. Siap urusan pembaharuan pada jam 9.00am. So tiba office jam 9.30am. Satu slip akan diberi. Simpan elok-elok sebab slip akan digunakan semasa mengambil passport.

- hari Sabtu kami hanya perlu ambil passport sahaja. Tak perlu beratur ambil nombor. Pergi ke kaunter 1 dan 2, serahkan slip kepada pegawai. Dalam 5-10 minit dah siap.

2. Tiket Kapalterbang

Hanya AirAsia sahaja yang fly ke Krabi. Dan macam biasa, lagi awal kita beli tiket, lagi murah.

Kami beli in May 2015. Mula-mula hanya beli tiket sahaja. Takde tambah makanan, baggage, seat ke. Hanya tiket je.

Tapi saya rasa, tips ni tak berapa sesuai untuk saya. Untuk saya sahaja. Sebab bila dah nak terbang, baru add-on makanan dan baggage dan seat, rasa macam bajet dah lari. Haha. 

Stail saya. Bulan Mei bayar tiket. Julai book hotel. Jadi Ogos September boleh bajet untuk belanja.

So buatlah memana yang sesuai. Sesuai untuk saya, tak semestinya sesuai untuk uolls kan...

Total tiket adalah RM360.00. Untuk seorang adalah RM180.00. Sebenarnya saya tersilap. Saya bayar guna kad kredit. Jadi ada tambahan caj. Rasanya RM16.00 seorang kot. Nanti saya update detail ya.

Tapi ini belum tambah bag dan makanan. Saya ambil check-in baggage masa balik dan makanan untuk pergi dan balik. Masa pergi, beli Nasi Lemak Pak Nasser untuk kami berdua. Balik, saya beli Uncle Chin's Chicken Rice dan untuk suami, saya belikan Bukhara Briyani.

Total semua adalah RM453.16.

3. Hotel

Ha...yang ni masalah buat saya. Memang tahu kena carik hotel dekat dengan McD supaya dekat dengan kawasan pantai. Kalau di kawasan masjid Ao Nang tu mudah cari makanan. Kalau kawasan pantai tu, happening sikit malam-malam.

Saya ni pulak blur. Search blog semua, last-last too many information jadi pening. Saya pun decide book Haleeva Sunshine. Based on Kak Filla punya review.

Murahlah sebab dua malam cuma RM176.40. Agaknya ada lagi murah tapi sebab dah blur, book jelah hotel ni.

Tapi memang bestlah sebab dengar azan. Makan pun senang. Bilik pun okay. Toilet pun okay ada getah paip kat toilet bowl. Hahaha.

Cuma cuma...jauh nak ke happening area tu. Kalau sampai McD tu larat lagilah nak jalan. Kalau ke pantai, baik naik tuk-tuk atau sewa motor. Kalau larat, jalanlah kaki.

4. Wang Belanja

Yang ni memang kena buat. Sebab tukaran wang kan ringgit malaysia jatuh. So tak mahulah overspent dan kena tukar pulak kat sana.

Ada dua perkara yang saya buat untuk trip ini *sebab ini kan pertama kali bergerak sendiri tanpa tourist guide.

a) Itinerary atau Jadual Perjalanan

- kat sini buatkan sangat detail. Sebab kita nak buat bajet sekali, so mudahlah kalau kita rancang pergerakan kita. Contoh, hari pertama. Tiba Krabi 7.25am. Transfer ke hotel - Haleeva Sunshine. Teksi 600THB/Bas 150THB per pax. Breakfast - area masjid 500THB. Lunch Bangboo/Salameeyah/Masjid 500THB. Very detail. Lebih duit takpe, boleh shopping hehe.
- sebab flight kami jam 7.00 pagi, maka itinerary bermula dari sabtu lagi. Sebab kami tidur rumah mak ayah, senang adik nak hantar ke Paradigm Mall/One Utama.
- masukkan juga nama-nama travel agent ke, nama tempat ke, nama makanan yang harus dicuba, letakkan juga harga. Jadi dari sini kita boleh buat bajet dah.
- nanti saya uploadkan itinerary yang saya buat untuk rujukan dan panduan.

b) Kertas Conversion Tukaran wang

- sebelum ni, senang nak kira. Macam kalau pakej Phi Phi Island harga 1,000 THB, maknanya RM100.00 je.
- sekarang ni, setiap 100THB, matawang Malaysia adalah RM12.20 atau RM12.25.
- kalau terror arithmetic, bolehlah congak dalam kepala. Kalau tengah stress ke lapar ke, tengah excited nak beli souvenir ke, kadang kita lupa atau salah kira.
- so, ini sangat memudahkan kita untuk terus dapat harga dalam Ringgit Malaysia.
- yang ni saya baca kat blog Kak Red. Memang mudahlah masa awal-awal sementara nak sesuaikan diri di sana. Buat dalam excel. Nanti saya masukkan untuk panduan.

5. Packing List

Senang juga. Takde tertinggal. Untuk pakaian senang je. Yang selalu terlupa adalah charger, sunblock, ubat, minyak-minyak, travel adapter dan extention. Passport pun ada jugak yang tertinggal.Ini sebabnya saya ada senarai. Senang nak ingat. Saya masukkan juga nanti.

Bila ada semua ini, rasa relaks sikitlah. Rasa bersedia. Rasa takde barang tertinggal. Bolehlah enjoy holiday.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign