Tinta Si Isteri Mekanik: RESEPI : MEE HOON SINGAPORE

31 October 2015

RESEPI : MEE HOON SINGAPORE

Semalam saya teringin betul nak makan Mee Hoon Singapore ni. Tapi yang masak sendiri. Tak mahu yang di kedai. Hehe.

Saya masak ni untuk sarapan dan juga untuk lunch. So tak payah masak lagi. Resepi ni kiranya untuk 5 dewasa makan.

Saya gunakan mee hoon berjenama Jasmine. Biasanya guna mee hoon Sufi tapi takde stok, so Jasmine lah.

Mee hoon Jasmine ni keras sikit walaupun direndam dalam air suam panas untuk 15 minit. Okay je cuma bila dalam kuali, kena tambah air sikit untuk lembutkan ia.

Satu lagi tips, kena tambahkan kiub ayam untuk perasa. Kalau setakat garam aje, tak sedap rasanya.

Okay ini resepinya.

Bahan-bahan.

1 paket Mee Hoon
1 biji bawang besar - hiris nipis/tumbuk
1 cekak daun kucai - potong sebesar 1 inci
1 batang lobak merah - potong seperti mancis
1 paket kek ikan - potong nipis
1 paket bebola ikan - potong 2 atau hiris
1 kiub ayam
3 biji telur
9 biji cili padi - hiris atau potong dua
500 gram udang/sotong/ayam
garam
lada hitam (jika suka)

Cara-caranya.
1. Rendam mee hoon dalam air untuk lembutkannya.
2. Panaskan minyak dalam setengah cawan dan tumiskan bawang dan cili padi. Goreng hingga bawang naik bau dan kecut.
3. Masukkan lobak merah. Biarkan sebentar sampai carrot lembut.
4. Masukkan pula kek ikan dan bebola ikan. Goreng sebentar.
5. Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau sedikit. Buatkan lubang di tengah-tengah bahan dan tuangkan telur di lubang itu. Biarkan sekejap dan gaulkan macam kita masak scramble egg.
6. Masukkan pula udang. Udang kalau kita masuk terlalu awal, nanti keras dan tak sedap.
7. Pecahkan kiub ayam dan taburkan bersama garam dalam kuali. Gaulkan semua bahan.
8. Masukkan mee hoon bersama sedikit air. Air ni, kena tengok mee hoon kita samada masih keras atau telah lembut. Kalau dah lembut, jangan masukkan air lagi, nanti lembik mee hoon tu.
9. Gaulkan semua bahan hingga sebati sampai mee hoon lembut. Sekiranya masih keras, tambahkan air dalam 2-3 sudu untuk lembutkannya.
10. Rasa mee hoon. Mesti ada rasa pedas dari cili padi, rasa sedap dari kiub ayam. Tutup api dan hidangkan.







Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign