Tinta Si Isteri Mekanik: CUTI KRABI : Itinerary mesti ada

03 November 2015

CUTI KRABI : Itinerary mesti ada

Ini percutian kami yang paling sempoi. Dahlah pertama kali ke Krabi, tapi takdelah beria sangat nak explore Krabi, which is SO NOT US!

Biasanya, sebelum tetapkan itinerary, kami pilih samada percutian ini adalah EXPLORATION atau RELAXATION. Ada beza tau antara keduanya.

Kalau kami pilih exploraion, memang akan keluar pagi balik malam. Sangat padat jadual, bilik hotel hanya untuk solat, mandi dan tidur sahaja.

Macam pergi Kuching, memang lepas Subuh terus keluar. Balik petang untuk solat jamak dan mandi. Kemudian keluar lagi. Sama jugak masa ke Langkawi, Hong Kong. Keluar pagi balik malam.

Kalau pilih relaxation, memang totally relax. Keluar sekadar makan, jalan-jalan sikit, shopping je. Yang lain memerap dalam bilik je hehe.

Untuk Krabi ni, kami pilih relaxation. Sebabnya adalah kerana cuaca. For info, September hingga November or early December ni, musim monsun. Maknanya banyak hujan dari nampak matahari. So kami malas nak island hopping masa monsun takut trauma hahaha.

Bila buat research, memang lepas pukul 1 tengahari tu akan hujan, siap ada petir lagi ikut ramalan cuaca. Jadinya, hanya ada 1 aktiviti sahaja yang kami nak buat iaitu Elephant Ride and ATV.

Tiba Ahad pagi, memang nak cari Krabi Night Market Trip pada Ahad malam dan Tour Elephant Ride untuk hari Isnin. Lepas tu nak lepak bilik je.

Lain-lain aktiviti adalah makan, makan dan masage. Itu tujuan kami. Sambil tu, nak plan marketing untuk Rahim Auto dan juga 2016 punya bajet.

Dalam blog My Super Kids, ada 9 tips bagaimana untuk buat itinerary sebelum travel.


Ringkasannya:-

1. Tujuan Kembara 

- saya tetapkan RELAXATION


2. Berapa lama akan ke sana 

- 3 Hari 2 Malam sebab cuti takde dah


3. Rujuk Peta dan Buku-Buku Travel 

- Google je


4. Plan Nak Tinggal di Mana 

- dekat pantai Ao Nang atau area masjid. Kami pilih area masjid


5. Plan Transport 

- First day guna kaki. Second day sewa motor. Last day naik tuk-tuk


6. Check Hari Cuti/Festival

- takde pape

7. Check Best Time Untuk Kunjungan

- Disember hingga April. Tapi harga akan naik la sebab peak season. Kami nak relaks so pilih non-peak season.

8. Bajet

- Memang buat sebab malas nak tukar duit kat sana. Tak mau jugak balik holiday kayap. Sebab kami pergi awal bulan. Kalau over bajet, ada 24 hari lagi nak gaji hehe.

9. Fleksible

- memang fleksibel sebab memang nak relaks.


So, hasil tips ni, inilah itinerary kami. Saya buat dalam Excel terus. Sekali dengan bajet.

Siap sekali dengan conversion rate. Senang nak bajet.

Paling kelakar, masa buat bajet nilah discover yang 5,000THB yang saya tukar awal-awal tu cuma cukup untuk hari pertama sahaja! Terkejut betul sebab ingat cukup hehe. Then terperasan yang duit hotel belum bayar. Patutlah tak cukup. Pastu, cenderahati bajet besar. Makan lagi. Massage lagi. Haih la.

Dari itinerary ni, saya bawak sampul raya untuk asingkan duit hari pertama, kedua dan ketiga. Senang supaya tidak overspend. Seriau betul kalau terputus duit. Boleh bertukar jadi harimau jadian tau.

Dari itinerary juga boleh tahu harga mahal atau tak. Contohnya Trip ke Krabi Night Market tu, memula adik tu letak 350THB tau. Dua orang 650THB dia bagi. Tengok itinerary, eh macam mahal je. So, apa lagi, tawarlah. Dapat jugak harga 200THB.

T-shirt kat Krabi Night Market, yang biasa memang 100THB. Tapi sebab beli banyak, dapatlah diskaun 40THB untuk t-shirt kanak-kanak. Okaylah kan. 

So, untuk yang nak travel, MESTI BUAT ITINERARY ni ya. At least tersusun sikit agenda kita semasa bercuti. Kalau dah tiba Krabi baru nak plan, rugilah masa kita. Dahlah pendek, lagi nak buang masa. Tapi kalau uolls jenis redah je, silakanlah. Ahkak ni jenis cepat panik nanti stress lepastu jadi singa mengaum pulak. Tak bestlah cuti-cuti berhangin je kan.

Combinekan bajet pun bagus juga. Kalau ada nama syarikat atau perseorangan yang kita dah hire, masukkan sekali nombor telefon, senang tak payah bukak banyak fail nak semak.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign