Tinta Si Isteri Mekanik: REVIEW : Jurujual di The Face Shop Paradigm Mall ni memang tau...

04 November 2015

REVIEW : Jurujual di The Face Shop Paradigm Mall ni memang tau...

Dua minggu lepas, saya temankan adik ke The Face Shop di Paradigm Mall. Nak beli Jeju Aloe Fresh Soothing Gel. Gel ALoe ni sesuai kalau sunburn, boleh lembapkan kulit dan juga soothe kan kulit.

Besar tau bekas tu, harganya dalam RM22.00 kot. Best bau Aloe Vera dia.

But before tu, dalam seminggu dua sebelum, kami pergi ke The Face Shop Sunway Pyramid. Giler tak best Sales Assistant dia. Biasanya kalau beli apa-apa barang pun, akan dapat free sample sebab adik saya ahli kelab The Face Shop ni. Tapi SA dia kerek, bila adik tanya ada sample yang dia nak cuba, SA kata "Oh you have to purchase more than RM50.00 to get the sample."

Adik pun cakaplah, "The signboard outside says just purchase and I will entittle for free gift."

SA tu kata lagi, "Oh you have to purchase more than RM50.00 to get the sample."

Bengang adik saya. So kami banned The Face Shop Sunway Pyramid. That's why kami ke Paradigm Mall yang dekat sangat dengan rumah mak ayah.

Kat sini, memang best lah SA dia. Always greet potential customers yang masuk. Walaupun mereka hanya masuk tengok-tengok je, the SA still layan bebaik. Takde pun nak kerek-kerek.

Saya mulanya tak nak beli apa-apa tapi sebab SA nya best, saya pun pilih Cherry Blossom Daily Perfumed Hand Cream.


Tapi, SA tu suruh pilih satu lagi barang yang murah-murah untuk qualify for discount 30% untuk Hand Cream tu. Haaa baiknya dia.

So saya pilih Blackhead Charcoal Nose Strip yang hanya RM2.00++ je. Dapatlah diskaun 30% tu.


Jumlah belian saya tak sampai pun RM15.00 tapi kebaikan SA tu memang berpanjangan. Dia beri pulak free sample Chia Seed Sebum Control Moisture Cream sebab dia kata muka saya Oily (berminyak), Chia Seed ni sesuai untuk mengawal minyak di muka. 



Saya dah try sample Chia Seed ni. Memang best sebab bila waktu solat jam 3.30pm (syarikat memang tetapkan waktu solat adalah jam 3.30pm), muka saya tak berminyak pun. Masih macam pagi.



Dan juga CC Cream pun free sample juga. Memang awesome lah SA ni. Tapi yang ni, saya belum cuba lagi. Nanti saya combinekan Chia Seed dengan CC Cream ni ya.

Ini lah CC Creamnya.

Anyway, thank you much SA di The Face Shop Paradigm Mall. Lepas ni, memang akan ke Paradigm Mall aje. Yang Sunway Pyramid kami tak minat lah.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign