Tinta Si Isteri Mekanik: REVIEW : ZAWARA COFFEE, BUKIT JELUTONG

12 November 2015

REVIEW : ZAWARA COFFEE, BUKIT JELUTONG



Kafe hipster sekarang tengah "in". Dah beberapa kali balik dari Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong, asyik cakap pada husband, "Nanti kita makan kat sini ya, yang."

Jadi,

Husband yang baik 
adalah 
yang belanja isterinya makan. 
Hahaha


Saje je melawak. Kami berdua memang suka makan. Husband pun game je bila ajak try out new place.

Sebenarnya, dah 2 kali kami pergi selepas office hour. Tapi PENUH GILER PARKING! KAli ke-3 baru dapat parking. Memang hot arealah sini. Ini belum semuanya fully occupied. Lepas ni memang boom lah kat sini.

Kami masuk-masuk je, adik-adik manis dok ucap "Welcome to Zawara." Sahut menyahut antara mereka. Dah rasa macam kedai franchise yang international macam Starbucks, Chatime.

Bila disapa sebegini rupa, kita jadi seronok dan selesa di Zawara Coffee ni. Rasa dihargai betul. Takdelah tercongok, terpinga-pinga nak buat apa. And they were very helpful kalau nampak kita tak tahu nak buat apa. Thumbs up Zawara Coffee Bukit Jelutong staff.

Kat sini banyak pilihan tempat duduk. Luar ada, sesuai untuk smokers dan vapers. Siap ada bench lagi macam piknik kat taman tu. Then belah dalam memang luas. Saya ingat sikit je seating area dia, rupanya belakang area kaunter pun ada.


Gambar ini dari Google. Tak perasan outlet Bukit Jelutong atau bukan.

Meja kerusi Zawara Coffee ni berasaskan kayu dan wrought iron. Berat tapi cantik. Simple je dekorasi tapi tenang dan selesa (cozy and comfy).

Lepak kejap baru order. Sebabnya check dulu instagram @zawaracoffee dan #zawaracoffee. Tak tahu nak order apa. Menunya western. Penuhi citarasa anak muda zaman ini, mahu ringkas mahu trendy. Yang lainnya ada Kacang Pool.

Jadi saya pilih Soft Shell Crab Burger. Untuk husband, pilihan Spaghetti Thai Minced Beef. Air hanya untuk husband sebab nanti saya tak habis makan, kita share sahaja. Hot Caramel Latte.

Harga makanan, kira standard la. 

Soft Shell Crab Burger - RM23.00
Spaghetti Thai Minced Beef - RM12.00
Hot Caramel Latte - RM10.00.

Sekali sekala bolehlah. Tiap-tiap hari bajet lari, balik kampung kata menteri. Haha.

Sini konsepnya SELF-Service. Just beratur dan order. Nanti akan dapat satu alat yang kami gelarkan UFO. Pegang alat ini dan bila berbunyi, pergi kaunter dan ambil pesanan. 


Sambil menunggu, bolehlah berbual, boleh ambil gambar. Jangan asyik belek telefon. Hehe. Sayalah tu.


Ini dari Google.


Ini yang saya ambil sendiri.

Siapa yang berdekatan dengan Bukit Jelutong, boleh ke Zawara Coffee untuk bersantai dan re-connect dengan yang tersayang. Kafe selesa, makanannya pun sedap. Harganya berbaloi.

p/s: Ini bukan review berbayar. Ini adalah pengalaman saya sendiri.









Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign