Tinta Si Isteri Mekanik: CUTI KRABI : BangBoo Ao Nang, Krabi - Mahal!

11 December 2015

CUTI KRABI : BangBoo Ao Nang, Krabi - Mahal!

Di sebabkan bilik kami dapat lambat, dan kami dah lemau menunggu di lobby hotel, maka bila dapat je kunci, kami terus masuk bilik dan terus tidur!

Kelakar betul.

Nak pulak sedap kena urut tadi, dengan malam tak cukup tidur, dapat pulak bilik yang air-cond cepat sejuk, fuhh memang sedaplah tidur kan.

So kami tidur sampai perut kami berbunyi. Hehe. Bangun mandi siap semua, maka keluarlah kami dari hotel. Pastu depan hotel, tercangak-cangak tak tahu nak ke mana.

Rancang macam nak ke Yaminlah Pancake, tapi tak nak sewa motor sebab malam nak pergi Krabi Night Market. Nak naik tut-tut, kami masih malas nak explore.

Jadinya, pergilah ke Restoran BangBoo sebelah Haleeva Hotel ni. Malas nak jalan sedangkan area Masjid Ao Nang tu ada restoran murah. Tahu dah mahal kat sini tapi dah lapar, campur malas, gi sini je lah.

Masuk-masuk je, tengok takde orang pun. Staf je ramai. Takpelah, kami pilih meja dekat dengan kipas. Best giler dapat angin kuat hilangkan panas.

Tapi, berat betul kerusi dia. Kena tolak sebab nak masuk duduk kan. Memang mereka rapatkan kerusi ke meja, jadi masa tolak tu, saya tak larat. Hahaha teruk betul saya ni. Nasib 'abang' staf tu tolong tarik kerusi.

Tengok menu, hm...agak mahal tapi kita dah duduk, lapar, order je lah.

Saya pesan Fried Rice with Shrimps. Nasi Goreng Udang. Sebab saya memang suka Udang. 



Husband pesan Tomyam Fried Rice. Nasi Goreng Tomya. Sebab dia kata, kat Thailand, makan makanan Thai. 



Bila sampai, pergh..sebijik yang macam gambar. Teratur je. Rasa memang sedap. Berbaloilah dengan harga.

Air kami order Mango Juice dan Iced Tea. Teh Ais dia memang terangkat. Cuma Mango Juice tu kordial tapi sedaplah. Rasanya dia guna pati mangga, bukan kordial biasa.

Sambil makan, tengok Muay Thai kat TV. Husband sukalah mende-mende tu, biarlah dia tengok. Saya? Mintak password wifi, browse FB, Insta, Blog.

Jumlah makanan minuman 436THB, lebih kurang RM53.00. Tapi kelakar bila dia pulangkan duit. Dapat duit syiling. Macam pelik la kan. Dah kenapa bagi duit syiling.



Balik hotel, singgah kat reception. Tanya reception tu, macam mana nak kira duit syiling tu. Rupanya 1 Baht, 5 Baht macam tu.

Balik tu, rehat lagi sebab jam 6 petang nak ke Krabi Night Market.


Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign