Tinta Si Isteri Mekanik: CUTI KRABI : Krabi Night Market - Hancur..

18 December 2015

CUTI KRABI : Krabi Night Market - Hancur..

Pasar Malam Krabi ini amat ditunggu-tunggu. Cumanya, janganlah letak high hope sangat dengan barang-barang kat sini.

Kena pandai pilih. Tawar menawar pun boleh di sini.

Fokus saya kat Krabi Night Market adalah t-shirt, key chain/fridge magnet untuk kawan-kawan office, bag Krabi dan juga makanan. Hehe.

Bajet untuk Krabi Night Market ni hanyalah 2,200Baht dan saya dah senaraikan barang yang nak dibeli sekali dengan bajet harga. Maknanya kalau sama atau murah, boleh beli kat sini.

Untuk ke sini, kami ambil pakej, jadi tak payahlah sewa motor. Lagi murah sebenarnya naik motor. Sewa cuma 200Baht atau 250 Baht sahaja, tapi saya tak tahu sangat jalan ke Krabi Town. Malas nak fikir nak setkan laluan, lagipun kali ni holiday untuk relax sahaja, bukan exploration holiday.


Bila sampai van putih ni, kami terus naik. Pergh penuh van tu walaupun bukan peak season. Mungkin mereka kumpulkan dari beberapa agen, tu sebab dapat murah.

Sampai Krabi Town dalam pukul 7.00, dah gelap dah masa ni. Lambat sebab van sampai pukul 6.30pm. Naik risau kami takut kena tinggal sebab dok tunggu dari pukul 5.45pm lagi. Siap mintak reception call agen bila jam menunjukkan pukul 6.15pm. Hehe yelah, janji pukul 6.00 kan. Knowing the Thais, memang punctual. So risaulah, kami ni kena tinggal ke?

So bila sampai, driver kata tunggu kat kedai depan Vogue Department Store jam 9.00 malam. Mula terasa, "Sempat ke?".

Cepat-cepatlah melintas dan terus masuk ke kawasan Pasar Malam.

Fokus cari souvenir dulu, baru fikir pasal makanan sebab masih kenyang makan lunch tadi

Mula-mula jumpa Fridge Magnet comel ni. Sebenarnya dia dual purpose. Satu fridge magnet. Dua adalah klip. So bolehlah klip senarai barang untuk dibeli bila letak kat dapur. 


Beli 5 pek sebab setiap pek ada 6 magnet. So dapat 30 magnet. Settle untuk office. Ni tak boleh tawar sebab memang dah murah sangat. Sebelum ni tengok kat blog, memang antara 60Baht ke 90Baht satu pek. Tapi owner ni baik. Boleh cakap English, lepas tu bagi saya pilih sebab tak mahu ada yang sama. Bila kata nak ambil gambar, siap refill kawasan yang kosong tu. Total belanja adalah 250Baht.

Jalan depan sikit, tengok t-shirt Krabi cuma 100Baht sehelai. Ambil 6 helai. Ambil pun sebab gambar-gambarnya lain dari biasa. Ambil t-shirt  kanak-kanak sehelai dia bagi 70Baht sahaja dari harga asal 90Baht. So total adalah 670Baht.

Jalan lagi ke depan, gerai jual coin purse. 5 beg untuk 100Baht yang saiz kecil. Saiz besar 3biji 100Baht. Ambil 2 pek yang 5 beg tu so harga adalah 200Baht.

Habis tentang souvenir, kami gerak ke dalam lagi.

Nampak pulak Sangkaya ni. Murah giler cuma 30Baht je, atau RM3.60 semangkuk.




Lepas tu nampak pulak gerai Pancake. Order Banana Chocolate Pancake. Harga pancake 50Baht atau RM6.00. Kami order satu je, kita share.

Jalan depan sikit, nampak pulak kedai souvenir. Masuk jugak. Agak murah lah sini dan mudah nak tengok barang-barang sebab dia longgok ikut harga. Yang sama harga boleh campur-campur. Kat sini saya beli note book dan fridge magnet besar. Kalau nak cari, kedai dia ada signboard ini. Sebaris dengan Sangkaya, masuk ke dalam aje.


Kiranya, dari Vogue Department Store tu, masuk je terus ke tengah. Nanti akan ada laluan ke kiri. Masuk situ akan jumpa Sangkaya, depan lagi kedai souvenir ni lah.

Keluar je dari kedai souvenir, kami ke kiri. Kemudian akan ada laluan ke kanan. Ha sini dah banyak makanan. Terus je sampai hujung. Halal food banyak kat sini.

Kat sini kami beli Pad Thai dan Nasi Kerabu. Pad Thai ni beratur juga sebab ramai. 40 Baht je, pedas tapi sedap. Nasi Kerabu cuma 30Baht, sedap lagi dari Kelantan.

Ada jugak beli Pulut Otak-Otak. Macam otak-otak sarung dia, tapi dalam macam dodol. Yang ni 30Baht untuk 10 batang.

Beli jugak mineral water kat Vogue ni, tapi yang belah tepi, Supermarket je. Yang tu 16Baht. Air kat hotel tu tak boleh minum, drinking water rasa pelik sikit. So siapa yang tak boleh sangat minum air yang ada rasa klorin, beli MINERAL WATER. Balik, sejukkan dalam fridge. Insyaallah boleh minum.

Habis satu pusingan besar tu, kami jalan keluar ke Vogue Department Store. Tetiba, tersangkut kat gerai karikatur ni. Macam menariklah kan. And only 200Baht untuk 2 orang. Untuk kenangan, kami pun duduklah kat sini. Memang cepat! 10 minit je dah siap. Tak payah duduk tegak pun. Kami siap berbual-bual masa dia lukis. Tapi memang comel la hasil lukisan mamat ni.


Dah habis pusing dan dah takde apa nak beli, kami pun keluar dan jalan-jalan kat depan Vogue Department Store. Kira jalan kat main road lah. Saje nak tengok-tengok sebab ada gerai-gerai tepi tu.

Tekak pulak haus, nampak gerai minuman ni. So order Mango Smoothie. 30Baht je. Kat Malaysia tak dapat harga ni. Maka minumlah puas-puas kat Krabi.



Cakap kat dia, "Miss, can take picture?"
Punyalah suka. Itupun malu-malu nak posing. Tapi memang sedaplah Smoothie kat sini. Sampai kami beli lagi sebab berebut-rebut minum, tengok-tengok dah habis. Haha.

Jam 9 lebih, baru van datang. Kami orang pertama naik. Haha mencari aircond sebenarnya. Tunggu yang lain, dalam 9.30 jugak bergerak. Sampai hotel pukul 10malam. Dah tak larat nak jalan area Ao Nang cari pakej Elephant Ride.

Balik, mandi, makan lepas tu terus tidur. Penatnya pergi Pasar Malam. Hahahaha.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign