Tinta Si Isteri Mekanik: "MAK KITA KATA TAK BOLEH BAGI KAWAN PINJAM."

23 December 2015

"MAK KITA KATA TAK BOLEH BAGI KAWAN PINJAM."

Hari pertama sekolah. Aku ke sekolah bersendirian. 
Tanpa ayah, tiada ibu. Abang di sekolah lain.

Aku dihantar oleh pakcik. 
Pakcik inilah yang membantu membesarkan aku adik-beradik.

Abang Ali di sekolah menengah. Jauh sekolahnya.

Jadi kena bangun pagi-pagi, mandi air sejuk. 
Pakai baju putih dan seluar hijau. 
Baju sekolah yang orang bagi. 

Ada tanda biru di kocek baju. 

Kata abang, ini sebab pen bocor. 
Jadi baju sekolah itu mahu dibuang. 
Abang jumpa di tong sampah.

Abang kata, kalau takde baju sekolah, abang taknak pergi sekolah. 
Pakcik benar-benar jadi singa tatkala mendengar cakap Abang.

Pakcik tak tahu, Abang kena ejek bila pergi sekolah tak pakai baju sekolah. 
Abang tak mahu bergaduh, sebab tu Abang nak ponteng kalau takde baju sekolah.

Aku dengar pun takut. 
Nanti kalau orang ejek, macam mana? 
Kalau cikgu marah, nak cakap apa? 
Tapi aku tak cakap dengan Pakcik.

Kesian Pakcik. 
Kami dijaga baik oleh beliau pun kami dah syukur. 
Takkan nak mintak duit lagi nak beli baju sekolah?

Abang kata, 
"Nanti Abang cari beg sekolah untuk Adam. Adam mesti pergi sekolah." 
Itu janji Abang.

Dan Abang kotakan. 
Bulan lepas, Abang bawak balik beg. 
Cantik sangat. 
Beg tu beg gambar kartun, macam kat dalam tv tu. 

Abang kata itu beg Thomas & Friends. 

Aku suka sangat beg tu sebab ada gambar keretapi.

Aku masuk kelas lepas berkumpul di dewan. 

Aku tengok, kawan-kawan semuanya mak ayah hantar. 
Aku je datang seorang. 
Takpe aku tak kisah. 
Abang dah pesan, jangan nangis, cikgu marah nanti.

Cikgu masuk dan suruh keluarkan pensel warna. 
Cikgu nak bagi kertas. 
Suruh warna paling cantik.

Aku tengok dalam beg. 
Ada tak Abang letak pensel warna. 
Aku pun tak tahu pensel warna tu apa.

Tapi rupanya beg tu kosong. 
Takde pape pun. 
Patutlah ringan.

Aku tengok kawan kat depan. 
Diorang keluarkan batang-batang macam pensel. 
Tapi bila tulis, bukan warna hitam macam biasa. 
Keluar warna biru. Warna merah. 
Macam-macam ada.

Aku mula mengira. 
Eh lebih sepuluh batang. 
Tapi aku tak tahu berapa sebab aku cuma pandai kira satu sampai sepuluh.

Aku tengok je. 
Lepas tu aku bangun. 
Pergi ke meja depan.


"Awak, boleh saya pinjam pensel warna? Saya takde pensel warna."


"MAK KITA KATA TAK BOLEH BAGI KAWAN PINJAM."


Aku tersentak. 
Kembali ke meja. 
Aku tahan air mata sebab Abang kata jangan nangis. 
Aku sedih sangat.

Aku marah sangat pada Abang. 
Kenapa Abang tak sediakan pensel warna? 
Tengok kawan depan tu, dia warnakan matahari dengan warna merah.

Aku nak warnakan matahari dengan warna oren, macam mana yang aku selalu tengok bila dah nak malam.
Cantik sangat matahari masa tu.



Tapi aku tak boleh warnakan. Sebab aku takde pensel warna.



**************************************

Ini kisah benar. 
Anak-anak ini memendam sedih manyapu air mata setiap kali melihat kawan lain lebih sempurna. 
Paling sedih apabila anak-anak ini diejek dan dicerca kerana tidak memiliki perkara asas, seperti yang kawan-kawan ada.

Saban tahun kami dengar cerita dari mulut anak-anak ini dengan hati yang remuk.

Tahun ini, TheGagaks, ingin memberikan dan berkongsi kegembiraan bersama-anak dari 4 institusi ini.

> Pusat Aktiviti Kanak-kanak Chow Kit
> Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Nurhidayah
> Sekolah Kebangsaan Muzaffar Shah, Kedah
> Sekolah Kebangsaan Cheras Baru

TheGagaks akan menghadiahkan peralatan persekolahan buat 200 anak-anak dan berkongsi kebahagiaan bersama mereka.

Kami mahu berikan beg sekolah baru, uniform baru dan kasut sekolah baru buat mereka. 
Dan kami mahu mereka tersenyum dan bergembira pada hari pertama sesi persekolahan 2016 nanti.

Kegembiraan anak-anak ini hanyalah RM100 setiap seorang. Tuan puan yang murni hatinya, yang mahu menjadi sebab anak-anak ini bahagia, boleh menyumbang kepada TheGagaks.
TheGagaks amat bersyukur tuan puan mahu berkongsi dan TheGagaks menjadi lebih bersemangat untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan apabila mendapat sokongan dari tuan puan.

Jika tuan puan ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi 


PuanAlya - 0132513211 
atau 
Tuan Raffi - 0126605542. 

Mereka akan membantu tuan puan.


Tuan Puan boleh lawati www.facebook.com/thegagaks untuk lihat aktiviti kebajikan TheGagaks.


Sumbangan Tuan Puan boleh disalurkan ke akaun 
Bendahari TheGagaks iaitu 


Tuan MUHD RAFFIUDDIN BIN ROZLI

MAYBANK 

5622 6350 4598

TheGagaks mahu bawa anak-anak ini merasai kemeriahan membeli uniform, memilih bag dan kasut sendiri pada 1 Januari 2016.

Jadi tuan puan kongsikan dan salurkan sebelum 31 Disember 2015 ya?

Insyaallah, Tuan Puan menjadi asbab 200 anak-anak ini bahagia ceria di hari pertama persekolahan 2016
***********************

Tuan Puan SHARE kan post ini di wall FB, Blog dan di Whatsapp group ya? Kita sama-sama sebarkan kebahagiaan ini.




Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign