Tinta Si Isteri Mekanik: Tahun yang BEST! Bye 2015

31 December 2015

Tahun yang BEST! Bye 2015

Alhamdulillah. 365 hari yang sangat AWESOME buat diri ini. Banyak perkara yang harus saya syukuri dan saya kenang tahun ini.

Januari
Paling best adalah pengalaman PARASAILING di Langkawi. 
Ini adalah sebahagian aktiviti untuk Public Speaking Mastery yang dianjurkan oleh Dato' Roslan Ab Hamid. 

"Ada dua (2) ketakutan manusia. Satu adalah takut untuk berucap di atas pentas. Kedua adalah ketakutan kepada ketinggian."

Gelabah sebelum naik Parasailing sebenarnya sama sahaja dengan gelabah nak berucap di pentas. Jadi, apabila kita telah merasai kenikmatan berada di udara pada ketinggian separas dengan helang, gemuruh berucap di pentas boleh dikawal dengan teknik-teknik tertentu.

Masya-Allah. SubhanAllah. Cantiknya ciptaan tuhan ini. Sayup sangat daratan, dekatnya dengan puncak pulau. 

Kenangan Langkawi saya coretkan di sini, di sini dan di sini.

Menarik juga apabila suami dan stafnya menyambut birthday pada tarikh yang SAMA! 6 Januari. Small celebration berdua sahaja.

Februari
Birthday pertama untuk nephew kesayangan, Ahmad Zyad Umar. Comel sangat geram selalu buat Angah terkenang.

Then birthday Ayah dan Mak juga bulan ini. Serta majlis resepsi sepupu kami Ashraf & Nadia.

Mac
Tak banyak entri kali ini. Entri pun macam kenangan yang banyak. Mengimbas kembali atau throwback. Hehe.

April
Lagi sendu entri bulan ini. Hanya ada empat je. Tapi masa ni, saya ke Port Dickson untuk kelas kedua Public Speaking Mastery. Memandu berseorangan ke Port Dickson. Stay up sampai jam 4 pagi siapkan homework. Present depan kelas tentang MyStory.

Dan paling indah adalah apabila saya BERSAJAK di depan audiens. Saya ni tak pernah pun bersajak masa sekolah. Dah lah kena buat sendiri. Jadi saya Google je then saya karang berdasarkan feel saya masa tu.

Dahlah rindu pada suami, kena pulak sajak tu bertajuk Warkah Cinta Buat Suamiku. Memang syahdu masa deklamasi tu. Sampai terasa berdiri bulu roma saya. Orang pertama memang best. Saya orang kedua. Siap ada muzik latar. 

Patutlah Dato' Roslan buat aktiviti sajak. Sebab rupanya, bila bersajak ni, kita buat dengan penuh emosi. Inilah yang saya faham tentang "Pabila Hati Yang Bercakap, Hati Jualah Yang Akan Mendengar."

Mei
Bulan Mei banyak aktiviti. Jumpa kawan-kawan. Berbincang di Bangsar sampai keliling semua dah gelap. Rupanya Bangsar tak happening sangat dah. Awal malam dah tutup. Hehe.

Then makan Magnum Gold yang sangat manis.

Paling menarik adalah pengalaman di Pasar Borong Selayang. Satu je yang saya simpulkan. BUSUK. Hahaha. Tapi bahan mentah memang segar-segar dan murah.

Jun
Bulan happening sampai pening. Hehe.

Start dengan rombongan meminang. Kemudian kelas Leadership pertama dengan Ibu Hanim, seorang specialist yang berpengalaman selama 20 tahun dan Top 1% di Petronas.

Sambung belajar di Kota Bharu untuk kelas terakhir Public Speaking Mastery. Makanan di Kelantan memang sedap-sedap sampaikan tugasan terakhir saya di kelas, saya bercakap tentang Nasi Tumpang. Dalam bulan RAMADHAN. Haha sampai kawan kata, "Odah. Bulan puasa ni." Hanya sebab saya menceritakn dengan detail tentang Nasi Tumpang.

Ini juga pengalaman menarik buat saya kerana menyambut Awal Ramadhan bersama kawan-kawan, bukan dengan keluarga. Juga dapat bersolat di Stadium Kota Bharu dan merasai Colek selepas terawikh.

Tapi, saya balik KL dengan penuh debar di hati. Sebab ayah sakit dan semasa penerbangan saya, adik-beradik sedang decide samada nak bawa ke hospital atau tidak.

21 hari ayah di hospital. Rutin Ramadhan juga berubah. Memang mencabar sebab kami 'pindah' ke rumah mak ayah supaya lebih dekat walaupun jalan raya amat sesak masa nak balik. Banyak coretan saya bulan ini.

Julai
Tak banyak entri. Ayah discaj selepas 21 hari di PPUM. Dapatlah seminggu ayah berterawikh walaupun ayah tak dapat puasa.

Raya di Muar. Suka sangat gambar klasik berdua di tingkap rumah. Balik KL, berkumpul dan bergambar tanpa baju raya, namun tetap gembira. Tambah lagi ayah dah semakin sihat.

Ogos
Rombongan meminang lagi. Di KL sahaja.

Kawan saya baru mengambilalih My Story Cafe di Kota Kemuning. Sedapnya. Ada dua review. Satu di tulis dari Instagram. Satu lagi dari blog.

Bulan ni juga saya bekerjasama dengan ZALORA.

September
Kelas Leadership kali ni, ada satu aktiviti yang best iaitu Orang BUTA Membina Khemah.

Sebelum tu ada satu aktiviti memasang Lego yang di panggil Car Activity. Macam kilang Proton dah kami semua malam tu.

Oktober
Oktober paling ditunggu-tunggu. Sebab kami bercuti ke Krabi. Macam-macam hal berlaku. Ini pun tak habis lagi. Matiklah enti bercuti 3H2M pun ambik sampai 2 tahun hehehe. Cuma tak best sebab RM jatuh masa ni.

Oh ya. Masa ni juga kecoh dengan Warehouse Sale VINCCI. Murah giler sampai orang berebut-rebut, siap panjat pagar lagi. Kecoh sampai akhirnya sale dibatalkan hanya setelah sehari dibuka. Sampai jammed satu Shah Alam akibat sale ini.

November
Ini bulan yang best. Banyak entri juga masa ni. 

First time try Zawara Coffee, Bukit Jelutong setelah 2 kali terpaksa balik sebab takde parking.

Ayah masuk hospital lagi seminggu sebelum Deepavali. Dapat wad Geriatrik di Tingkat 11. Tak ramai pesakit macam Tingkat 13 tu, so nurse pun agak relaks sikit.

Yang paling best adalah 3 Tips Jika Kereta Ditenggelami Air Ini Akan Menyelamatkan RM3,000 Duit Poket Anda ini sangat VIRAL. 606,381 views. 4,217 Likes. Yang paling suka adalah jumlah SHARES sebanyak 5,950 shares.

Dan ianya menjadi sebahagian konten di OhBulan. Teruja giler kami berdua.

Disember
Bulan Anniversary kami. Dinner di MyStoryCafe lagi. Siap ada photographer lagi. Then tidur hotel malam tu terus. Er, nanti saya blog kan tahun depan. Merasalah cerita basi betul.

Dan yang terakhir adalah bengkel kami akan berpindah ke lokasi baru.

Dengan slogan, "TAHUN BARU, BENGKEL BARU. Demi keselesaan pelanggan kami." Insyaallah. Hijrah yang memberikan rezeki yang lebih besar buat team operasi kami. Ameen.



Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign