Tinta Si Isteri Mekanik: January 2015

26 January 2015

MAHU TURUN MASALAH TIMBUL : PARASAILING CHENANG

Teks : Saudah Salleh




#cabaranblogging Entri 15

MAHU TURUN MASALAH TIMBUL
**********************************

Wisel telah berbunyi.

Saya mahu turun.

Kata abang 'beach boy' patah tangan, tarik tali beriben rapat ke dada.

Guna tangan kiri, pegang tali beriben merah kuning.

Ok, tarik.


Eh eh.
Tak boleh.


Ok cuba lagi.


Tarik!


Alamak, tak boleh.

Wisel dah bunyi.

Tarik lagi sekuat hati.
Guna kedua-dua tangan.

Tarik lagi rapat ke dada.

Berjaya!

Kemudian, saya perhatikan pula tangan abang 'beach boy'.

Dia mendepangkan tangannya.

Itu tanda kita perlu depangkan tangan.

Bersedia untuk turun.

Teringat arahan, perlu pegang tali yang tebal.

Kaki digerakkan seperti berlari.

Minda dipusatkan untuk berlari.

Terasa sedang mendarat perlahan-lahan.

Semakin jelas butir pasir pantai.

Semakin jelas muka abang 'beach boy'.

Terasa semakin dekat untuk mendarat.

Dekat.
Dekat.

Dan, terus terasa pasir pantai mencecah kaki.

Dan kaki terus berlari anak.

Dan terhenti.

Payung pun kuncup. Peralatan ditanggalkan.

Namun, perasaan terbang bersama helang mengalir melalui salur darah ke seluruh badan dan terenap di dasarnya.

Kekal bersama di hati. Tersemadi di jiwa. Terpahat di minda.

#semogabermanfaat #publicspeakingmastery #pulaulangkawi #langkawi

FB:Rahim Auto

25 January 2015

TERBANG TINGGI DI AWANGAN : PARASAILING CHENANG

Teks : Saudah Salleh





#cabaranblogging Entri 14 

TERBANG TINGGI DI AWANGAN 
*************************** 

Hari kedua PSM1. 

Peluang terbang tinggi. 

Tetapi, saya PENAKUT. Saya GAYAT. Saya GIGIL. 

Mula-mula, mahu naik dengan 'guide'. 

Kenapa? 

Takut tak turun-turun. Takut sangkut kat bumbung kedai. 

Tapi, tengok pulak mereka yang naik berdua, susah nak terbang. 

Susah nak mendarat. 

Tak betul, boleh terseret. 

Tak bersedia, boleh tertumus ke pasir. 

Okay. 

Naik seoranglah. 

Berdebar. Tapi teruja. Excited. 

Takut. Tapi boleh dikawal. 

Jadi, terbang pasti turun. 

Penerangan abang ' beach boy' saya dengar betul-betul. 

Takut terlepas perkara penting. 

Senyum abang 'beach boy' yang tangannya patah adalah perkara terakhir saya lihat di darat. 

Lari dik. Lari dik. 
Lari comel-comel. 

Eh dah terbang. 

Dah tergantung kaki saya di udara. 

Wow. Amazing. 

I believe I can fly memang benar. 
Memang betul. 
Terbang sudah. 

Di atas, saya berjanji. Saya telah terbang setinggi ini. 

Pasti saya bersama helang dalam kehidupan saya. 

Dalam bermonolog sendiri, terdengar WISEL ditiup. 

Tahu perlu turun. 

Tetapi, saya hadapi masalah. 

Bersambung. 

FB:Rahim Auto

24 January 2015

PANTAI KOK LANGKAWI




#cabaranblogging Entri 13 

PANTAI KOK LANGKAWI 
+++++++++++++++++++++ 

Pagi ini selepas sarapan, kami dibawa ke Petronas Quay. 

Jauhnya dalam 20 minit dari Pekan Kuah. 

Cantiknya Langkawi, seindah puterinya Mahsuri. 

Pagi-pagi di Petronas Quay, nyaman udara dinikmati. 

Sambil tangan mengambil gambar. 
Sambil hati memuji kekuasaan Ilahi. 

Kemudian, diteruskan ke Pantai Kok. 

Masya Allah indah tidak terperi kecantikan pantai. 
Diiringi dan dikelilingi dengan kapal-kapal mewah. 

Di sini, kami belajar tentang bahasa badan. 
Tentang suara. 
Tentang nafas dari perut. 
Huh diucap berkali-kali. 
Sampai hampir kejang perut tak pernah buat. 

Saya suka kerana kerapkali saya bercakap seperti di angin lalu. 
Tidak jelas dan halus suaranya. 
Mana mungkin akan didengari oleh audiens. 

Kita sebagai usahawan, perlu beli ilmu yang kita tiada. 
Saya tiada ilmu ini. 
Maka saya bayar harga ilmu agar saya kuasai ilmu itu. 
Insya Allah. 

#semogabermanfaat 
FB:Rahim Auto

21 January 2015

RESEPI : KACANG BUNCIS GORENG BERTELUR

Teks : Saudah Salleh




#cabaranblogging Entri 12 

RESEPI RINGKAS 10 MINIT : KACANG BUNCIS GORENG BERTELUR 
*********************************************

Ini salah satu menu kegemaran. 

Tatkala masa menghambat diri tetapi mahu makan sayur. 

Masa yang sedikit untuk persiapan, hanya 5 minit. 

Waktu memasak hanya 5 minit. 

Sedap dimakan begitu sahaja. Hihi. 

Panas-panas dengan nasi sepinggan. Tak jadi dietlah. Kita mula hari Isnin depan. 

Resepi hanya guna tiga bahan utama. 
Senang aje. 

Bahan-bahan: 

1 genggam kacang buncis 
1 biji bawang merah 
1 biji telur 

Cara memasak: 

1. Tumis bawang yang dihiris halus. 

2. Masukkan jacang buncis yang dipotong serong. 

3. Masukkan garam dan kacau. 

4. Tuangkan telur yang dipukul sebentar. Biarkan seketika. Gaulkan bila telur masak. 

Senang kan? 

#semogabermanfaat 
FB:Rahim Auto

19 January 2015

PENYEGAR MATA

Teks : Saudah Salleh





#cabaranblogging Entri 11 

PENYEGAR MATA 
**************** 

Pagi pagi pesan kopi susu. Buat penyegar mata. Perjalanan masih jauh. 

Balik Muar ziarah bapa mertua. Diwadkan kerana semput. 

Dilarang kerja kebun, katanya badan sakit tak buat apa-apa. 

Kata saya, buatlah Bapak. Cuma jangan teruk sangat sampai masuk hospital. 

Dia bilang sudah lapan bulan sihat. Yang penting, hati bahagia. 

Usik-usik si menantu, bapak sudah rindu jururawat cilik pelatih yang ramai di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar. 

Alah tak kuasa kata bapak. 

Tertawa berdua menantu dan mertua. 

Terlupa kami bahawa Johor bekerja hari Ahad. 
Makanya dari Shah Alam ke Muar terus ke Hospital tak dibenarkan masuk. 

Hanya seorang sahaja katanya. Maka bergilirlah kami melawat bapak. 

Ceria muka bapak anak menantu cucu datang. Alhamdulillah. 

FB:Rahim Auto

13 January 2015

MAHAL HARGANYA

Teks : Saudah Salleh




#cabaranblogging Entri 10 

MAHAL HARGANYA 
*********************

Ingat lagi kisah CikPuan yang tak jaga kereta? 

Yang abang sado @rahimauto terbeliak beliak mata tengok bahagian enjin dia? 

Ha... dah siap dah kereta tu. 

Tapi memang "masaklah" kocek CikPuan nak bayar. 

Kereta yang matang memang manja. 
Kena belai setiap 5,000km. 
Kena tukar kasut kalau dah botak. 
Kena tukar sendi-sendi. 

Tapi bila kita jaga dari awal, kos memelihara menjadi sedikit ringan bila dia 'tua'. 

Kereta ni. 

Dah 2 minggu kat bengkel. Lepas satu benda tukar, ada lagi kena tukar. 

Abang sado @rahimauto memang sayang pelanggan. 
Memang tolong jimatkan wang pelanggan. 

Tahu tak kalau turun enjin cajnya tinggi? 

Jadi bila dah turun tu, abang sado akan periksa semua bahagian berkaitan supaya boleh terus tukar. 

Takdelah nanti, 5-6 bulan, turun lagi enjin. 

Abang sado pun tak suka. Kena buat kerja dua kali. 

Memang lah boleh caj pelanggan, tapi buang masa dan buang duit je. 

Itu sebab masa enjin turun ni, banyak benda kena tukar jika ianya perlu. 

Hidup ini bukan hanya berkisar tentang diri kita sahaja. Ianya juga berkaitan dengan apa yang boleh kita beri. 

Boleh tambahnilai hidup orang lain. 

Dan lagi, carilah bengkel dan mekanik yang jujur dan telus serta boleh dipercayai. 

Dan cuba untuk setia dengan bengkel yang sama. 

#semogabermanfaat 
FB:Rahim Auto

12 January 2015

FAMILIA

Teks : Saudah Salleh





#cabaranblogging Entri 9 

FAMILIA 
******* 

Kami ini hanya berlima beradik. 

Empat telah berkahwin. 

Dua telah mempunyai anak. 

Jumlah hanyalah 13 orang setakat ini. 

Semuanya menetap di Wilayah Persekutuan dan Selangor. 

Namun, untuk berkumpul serentak setiap minggu adalah sedikit sukar. 

Januari ada tiga 'birthday'. Saya. Suami. Nana. 

Semalam, abang dan kakak meraikan kami di rumahnya. 

Dalam gambar yang belakang itu. Sebelahnya adalah anak beliau, bukan adik. Hihi. 

Asam Pedas Pari. Pucuk Paku Masak Lemak. Ayam Goreng Berempah. Sayur Campur. 

Kak Linda memang pandai masak lauk pauk. Orang Melaka memang terror masak Asam Pedas. 

Dah makan, semua pakat tidur. 

Dari Atok sampai ke Cucu! Uncle pun join sekali. 

Kemudian, lepas bangun, makan lagi! Haha. 

Cekodok sedap. Tiramisu pun sedap. Inang-inang yang rangup. 

Nescafe sebab @umar_fed_up suka. Kopi sebab @wanzalinawanzakwan suka. Eh ye ke. Hihi. 

Sukanya hati ini. Dapat berkumpul ramai-ramai. Pakat-pakat jumpa bulan Februari sebab birthday #lilzyad dan tokbbeh dan tokmi pulak. 

Benarlah. Bahagia datang dari hati. Syukur apa yang dimiliki. Hargai apa yang ada. Terima kasih semua. Cinta sampai syurga. Ameen. 

FB:Rahim Auto

10 January 2015

LOG BUDI

Teks : Saudah Salleh





#cabaranblogging Entri 8 

LOG BUDI 
××××××××××××

Tertangguh semalam mahu menulis. 

Indahnya Eiffel Tower ini. 

Tinggi mencapai awan. 
Gagah berdiri bak gunung Everest. 

Ini sebenarnya pin tudung. 
Dicucuk bersama shawl menambah seri si pemakai. 

Serinya ditambah apabila setiap kali dipakai, membuatkan saya tersenyum teringat sahabat hati saya Cik Sue @ciksuelunatots. 

Kecantikan hati , kemanisan bicara, kejernihan wajah beliau. 

Sentiasa menyenangkan dan menenangkan hati ini. 

Terima kasih Cik Sue. 

Doaku agar Eiffel Tower bersama kita jejaki. Insyaallah. Ameen. 
FB:Rahim Auto

06 January 2015

#makansampaibuncit

Teks : Saudah Salleh





#cabaranblogging Entri 6 

Happy Birthday Sayang 
******************** 

Selamat hari lahir Buat teman paling istimewa 

Didoakan hari hari mendatang 
Sentiasa dalam kebahagiaan 

Molten Lava Cake 
Bersama lilin bernyala 
Hadir bersama lagu dendangan 
Oleh staf Chili's Citta Mall 

Kasih sayang cinta kerana Allah 

Bahagia kaya sihat hingga ke Jannah

Ameen 

#birthdaydinner #chilis #cittamall #makansampaibuncit #moltenlavacake 
FB:Rahim Auto

Hari Ini Dalam Sejarah

Teks : Saudah Salleh





#cabaranblogging Entri 5 

Hari Ini Dalam Sejarah. 
****************** 

6 Jan 2015. 

Tarikh bersejarah untuk @rahimauto. 

Sebabnya? 

Bos dan pekerja terbaik @rahimauto berkongsi hari lahir yang sama! 

Best kan? 

Didoakan mereka berdua sentiasa diberkati, dikurniakan kesihatan, kebahagiaan, kekayaan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Ameen. 

FB:Rahim Auto

03 January 2015

Sayanglah kereta

Teks : Saudah Salleh




#cabaranblogging Entri 4 

Sayanglah kereta 
************** 

Hari ini di @rahimauto, bersusun kereta menanti belaian. 

Tiga darinya adalah pemandu WANITA. 

Aduh Kak Senah. 

Kereta ni, macam nak pengsan abang mekanik tengok. 

Baru tengok, belum belek. 

Haha hebat abang sado @rahimauto ni. 

Terus keluar soalan, "Kak tak jaga minyak hitam ya?". 

"Tak jaga sangat". 

Terbeliak beliak mata abang sado. 
Urut dada kejap. 

Kereta ni 'breakdown' di Putrajaya. Ditarik hingga Shah Alam sebab katanya tak kenal mana-mana mekanik kecuali @rahimauto. 

Sebenarnya, semakin matang usia kereta, semakin manja dia. 

Kena belek lebih sikit. 

Tapi kalau dari awal kita servis ikut masa, lagi 'sihat' kereta ni masa matang. 

Kalau ikutkan nombor plet, kereta ni dalam lingkungan 10 tahun. 

Tapi dah kena 'top overhaul' sebab dari awal tak jaga minyak hitam. 

Mana-mana kereta yang usianya bawah 5 tahun, gunalah minyak semi-synthetic atau fully-synthetic. 

Bila dah lebih 5 tahun, guna minyak biasa pun boleh. Murah. Berkualiti juga. 

Cuma setiap 5,000km kena tukar. 

Penggunaan biasa dalam 3 bulan lah sekali servis. 

Servis biasa ni harganya kurang RM100 kalau guna minyak biasa. 

Jadi dalam RM30 sebulan atau RM1 sehari. 

Boleh kan kita simpan RM1 sehari? 

Atau bila dapat gaji terus simpan RM30 dan lupakan hingga hari kita servis kereta. 

Bolehkan? 

Rahim Auto sedia membantu. 

Kami ada sesuatu yang best untuk pemandu wanita tahun 2015 ini. 

#semogabermanfaat 
FB:Rahim Auto

02 January 2015

Tahun Baru Perancangan Baru

Teks: Saudah Salleh





#cabaranblogging Entri 3 

Tahun Baru Perancangan Baru 
************************* 

1 Januari telah berlalu. 

Terbaca coretan YBhg Dato' @roslanabhamid di FB. 

66 perkara yang dipecahkan di bawah 11 komponen. 

Maka setiap komponen mempunyai 6 perkara. 

Masih belajar berkaitan penetapan matlamat. 

Tahun ini lebih spesifik. 

Namun catatan Dato' lebih mudah diikuti. Tidak mengapa. 

Hanya olahan sahaja diperlukan. 

Perancangan sebelum ini adalah berdasarkan 6 perkara. 

1. Kerohanian/Spiritual 
2. Kewangan/Financial 
3. Kebajikan/Charity 
4. Keluarga/Family 
5. Keilmuan/Education 
6. Karier/Career 


Saya suka dan saya teruja. 

Tahun 2015 saya buat perancangan. 

#semogabermanfaat 
FB:Rahim Auto

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign