Tinta Si Isteri Mekanik: February 2015

28 February 2015

MAJLIS RESEPSI ASHRAF & NADIA

Teks : Saudah Salleh



MAJLIS RESEPSI ASHRAF & NADIA
---------------------------------------------
Alhamdulillah, sepupuku @acapster dah kawen. Hihi.

Tahniah and welcome to the family, Nadia.

Maaf kerana tidak dapat bersama meraikan majlis pernikahan kalian pada minggu lepas.

Semoga perkahwinan ini sentiasa diberkati Allah hingga ke Jannah.

Semoga Acap dan Nadia serta Ayahchik, Makcik, Ain & Jaouod dan @tasha.isa berpuas hati dengan sumbangan kami sebagai penyambut tetamu tadi.

Sekali lagi, Alhamdulillah.

#acapnadia
FB:Rahim Auto

26 February 2015

HARI KEDUA MINUM AIR 3 LITER

Teks : Saudah Salleh




HARI KEDUA MINUM AIR 3 LITER
-------------------------------------------

Semalam, hihi tak capai 3 liter!

Hanya 2.75 liter sahaja.

Apa yang saya perhatikan, saya abaikan JADUAL saya tu.

Tak ikut sesi 1.

Bila sesi 1 dah terbabas, sesi 2 dan sesi 3 memang dah susah nak ikut.

Itu yang tak dapat capai matlamat.

Yang kedua, semalam saya banyak mengudap.

Atau 'snacking' kata orang jawa. Hihi.

Kemudian, saya makan nasi waktu tengahari dan untuk dinner saya makan mee hoon. Kenyang jugaklah.

Jadi saya perlu ubah sedikit hari ini.

1. Ikut Jadual

2. Minum banyak air sebelum makan.

3. Habiskan 3 liter air walaupun malam telah tiba.

#semogabermanfaat
FB:Rahim Auto

25 February 2015

TINGKATAN SATU

Teks : Saudah Salleh




TINGKATAN SATU 
----------------- 

Saya ditawarkan ke sekolah berasrama penuh beberapa bulan setelah seronok bersekolah di sekolah biasa. 

Memang tak mahulah saya sebab dah seronok belajar. Baru aje selesa, dah kena pindah. Kena berkawan baru. Kena sesuaikan dengan sekolah baru. Yang paling tak syok, kena duduk ASRAMA. 

Aduh. 

Saya cakap pada mak, "Ma, I taknak pergilah. Jauh pulak tu." 

Mak kata, pergilah. Kat sana, belajar betul-betul. Be the best. 

Lagi sayu hati sebab mak tak faham. 
Mak tak faham, saya mesti rindu mak. Rindu masakan mak. 

Maka, pergilah saya ke sekolah baru itu. Ayah dan mak sahaja yang hantar. 

Barang-barang keperluan, semua mak yang sediakan. 

Macam blur aje bila tiba sekolah tu. 

Memang jauhlah, macam nak balik kampung aje. Jumpa guru besar. Kemudian diperkenalkan dengan penyelia asrama. 

Dapatlah katil dan almari kecil. Mak yang kemaskan. 

Bila mak ayah nak balik, memang sedih gila. Terasa sampai sekarang. 

Tapi ditahan juga air mata, sebab tak mahu mak risau. 

Terasa macam dibuang keluarga. 

Itu yang saya rasakan. 

2 minggu saya tak boleh tengok tiang telefon awam. Sebab bila tengok aje dah mula menangis. 

Kesian kat mak, risaunya dia sebab saya langsung tak call. Dulu yang ada hanyalah telefon rumah dan telefon awam sahaja. Belum ada telefon bimbit. 

Dah kuat sikit baru boleh call. Dan saya call setiap kali saya rindu pada mak. Sampai kakak operator telefon tu boleh cam suara saya. 

Kalau mak pergi meeting, mak siap tinggal pesan lagi. 

Dulu ayah bagi duit poket RM20 aje. Tu pun tak belanja lain. Untuk telefon aje. Sekali telefon dalam 50sen hingga 1 ringgit. Sebab saya rindu mak. 

#semogabermanfaat 
FB:Rahim Auto

HARI PERTAMA 3 LITER AIR

Teks : Saudah Salleh



HARI PERTAMA 3 LITER AIR 
------------------------- 

Semalam, hari pertama #cabaran3literairputih . 

Ikut jadual. 

Sesi 1, sesi 2 dan sesi 3 dapat dihabiskan dengan mudah. 

Balik dari kerja, kami singgah dinner. Saya pesan Nan Biasa dan Ayam Tandoori. 

Saya tak pesan air pun, bawa botol air saya tu ke kedai mamak. 

Kesan pertama minum air yang banyak adalah kerap ke tandas. Biasa di pejabat hanya 2 kali sahaja. Tapi semalam, sampai 6-7 kali ke toilet. Ini baru kat pejabat. Sampai staf saya ingat saya kena cirit birit. Haha. 

Kesan kedua, saya cepat lawas. Senang buang besar. Dan bila membuang, rasa kosong usus kita. 

Kesan ketiga, saya rasa KENYANG! Best gila rasa itu. Bayangkan saya tak perlu makan nasi waktu tengahari. Hanya ratah lauk Ikan dan Sayur sahaja. Petang pun tak makan nasi. 

Kesan keempat, saya rasa cepat haus. Pelik kan? Sebab dah minum 3 liter air kot? Rasanya sebab banyak toksin la. Dia cuci badan, tu yang rasa haus tu. 

Ceh ceh pandai je. Tapi kalau ada kawan-kawan manis yang tahu, maklumkan ya. Doakan saya mudah minum 3 liter air dan konsisten hingga ke akhirnya. Ameen. 

#semogabermanfaat 
FB:Rahim Auto

24 February 2015

BERAPA LITER?














BERAPA LITER? 
=============== 

Hari ini baru bermula. 

Mahu detoks. Mahu sihat. Mahu kurus juga hihi. 

Ini yang saya lakukan agar air diminum mengikut jadual. 

Kalau tiada jadual, bermakna kita tiada keinginan untuk menghidrasi badan. 

Kalau kita tak minum air dengan banyak, apa akan berlaku pada musim panas nanti? 

Memanglah akan kerap ke tandas apabila banyak minum air. 

Habis, kata nak kurus. Kata nak sihat. Kata nak capai azam tahun 2000 yang diulang cetak setiap tahun. Inilah pengorbanan kita. 

Cara-cara untuk pastikan air diminum. 

1. Tetapkan jadual minum. 

Odah tetapkan sesi minum di pejabat ada 3 sesi. 

Sesi pertama pada 9.00am-11.30am. 

Sesi kedua jam 11.30am-2.00pm. 

Sesi ketiga pula pada jam2.00pm-4.30pm. 

2. Habiskan 1 liter air pada setiap sesi. 

Beli botol minuman 1 liter. 

Kalau di office tiada pantry, beli 3 botol 1 liter. 

Pastikan setkan timer agar kita tidak terlepas masa sesuatu sesi. 

3. 4.30pm hingga 8.00pm adalah masa kecemasan. 

Mana tahu ada air yang belum habis.Tapi pastikan anda tidak terperangkap dalam kesesakan. 

Jangan minum air yang banyak pada lewat malam iaitu jam 8.30pm ke atas kalau tak mahu kerap bangun untuk ke tandas. 

Saya tak terfikir akan perkara ini hinggalah terkena sendiri! 

4. Reward diri apabila berjaya melakukan perkara ini. 

Saya suka minum Nescafe atau Coffee. Jadi saya 'hadiahkan' segelas minuman pilihan sebelum saya bermula agar semangat terus membara. 

Maksudnya, sarapan saya minum air panas yang berperisa. 

Sesudah itu, tiada lagi air manis untuk hari itu. 

Malah, saya bawa botol air saya ke mana-mana restoran agar kuota air kosong saya tercapai. 

Poket pun sentiasa ada duitlah maknanya. Hihi. 

#semogabermanfaat 
FB:Rahim Auto

CLUTCH PLATE PUN BOLEH TERBAKAR

Teks : Saudah Salleh



CLUTCH PLATE PUN BOLEH TERBAKAR 
-------------------------------------------

Pertama kali tengok piring kluc atau clutch plate terbakar. 

Sekarang ni, abang sado @rahimauto tengah kikis kerak-kerak tu. 

Nampak serbuk ala kopi tu? 

Itulah clutch plate yang terhakis. Bau busuk betul hihi. Iyalah, benda yang terbakar takkan bau wangi kan? 

Clutch plate ni untuk kereta manual sahaja. Oh baru tahu. 

Macam mana boleh terbakar, bang sado? Takut juga kena marah, orang tengah sibuk lagi mau tanya. 

Rupanya, kalau clutch plate tu dah nipis dan habis tapi tak ditukar dan terus gunakan gear, memang jadi macam ni lah. 

Clutch plate ni anggaran penggunaan dia dalam 5 tahun, tertakluk pada kekerapan menekan clucth. Tekan clutch ni kalau nak tukar gear ya hadik-hadik. 

Kalau kereta manual, 5 hari seminggu menghadap jam di Federal Highway, abang sado kata mungkin tak sampai 5 tahun dah kena tukar. 

Apa-apapun, dapatkan nasihat dari mekanik yang jujur dan kita percaya. 

Boleh juga call abang sado #rahimauto di 011-2013-2276 ya. 

#bengkel #bengkeluntukwanita #shahalam #TTDIJaya #mekanik #bengkelkereta FB:Rahim Auto

23 February 2015

A Dream Doesn't Become Reality



FB:Rahim Auto

18 February 2015

HAPPY BIRTHDAY AYAH

Teks : Saudah Salleh





HAPPY BIRTHDAY AYAH 
========%============== 

Alhamdulillah. 

Sayang sangat pada ayah. 

Happy birthday. 

Didoakan ayah senriasa diberkati, dikurniakan kesihatan, kebahagiaan, kekayaan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Ameen. 

17 February 2015

KERJA SAAT AKHIR

Teks : Saudah Salleh



KERJA SAAT AKHIR 
***************** 

Atau lebih dikenali dengan 'Last Minute Work'. 

Esok, kawan-kawan berbangsa Cina akan mula menyambut Tahun Baru Cina. 

Bermula dengan makan besar bersama keluarga. 

1Malaysia bermakna kita meraikan kegembiraan kaum lain. 

Maka, bermulalah cuti 4 hari bagi semua rakyat Malaysia. 

Bengkel @rahimauto mula sibuk dari awal pagi lagi. 

Ramai yang mahukan perkhidmatan dari abang-abang sado ini. 

Takpelah. Abang sado rela berkhidmat untuk pelanggan @rahimauto semua. 

Esok masih buka. Cuma terhad kerana kawan penjual sudah tutup kedai mahu beraya. 

Apa-apapun, telefon Abang Sado dulu ya sebelum datang. Nombornya 011-2013-2276. 

#rahimauto 
#bengkel 
#bengkelkereta 
#shahalam 
#TTDIJaya 
#bengkeluntukwanita 
FB:Rahim Auto

08 February 2015

SUMBER INSPIRASI SUMBER DEPRESI

Teks : Saudah Salleh



#cabaranblogging Entri 17 

JADILAH SUMBER INSPIRASI BUKAN SUMBER DEPRESI ****************************** 

Ini Cikpuan Suraya Ali. 

Pengasas Lunatots, butik barangan bayi. 

Cawangan terbaru adalah Shah Alam dan Bangi sedang dalam proses renovasi. 

Sejak bertemu di dalam tahun 2012, setiap kali berjumpa seolah-olah kali pertama berkenalan. 

Gembiranya rindunya macam seribu tahun terpisah. 

Bicaranya sentiasa dinanti. Penuh dengan mutiara. 

Beliau antara sumber inspirasi saya. 

Terima kasih Cikpuan @ciksuelunatots 

Syukur kita bertemu kerana Allah. 

Semoga berjiran di dalam syurga. 

FB:Rahim Auto

06 February 2015

HAPPY BIRTHDAY AHMAD ZYAD UMAR



#cabaranblogging Entri 16

HAPPY BIRTHDAY AHMAD ZYAD UMAR

Terima kasih kerana menggembirakan hati Angah dan Uncle.

Angah dan Uncle doakan #lilzyad sentiasa diberkati, dikurniakan kesihatan, kebahagiaan, kekayaan dan kejayaan di dunia dan akhirat.

Jadilah anak yang soleh bagi walid @umar_fed_up dan ummi @wanzalinawanzakwan dan kita sama-sama masuk syurga.

Ameen.

#lilzyadturnsone
#happybirthday
#shopping
#lunatotsshahalam
#birthdaygift #lilzyad
#lilzyadloveAngahandUnclesebabbelihadiahgempak

FB:Rahim Auto

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign