Tinta Si Isteri Mekanik: March 2015

29 March 2015

RESEPI FREEZER FOOD : AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

Teks : Saudah Salleh






FREEZER FOOD : RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI PADI ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ 

Saya seorang suri yang bekerja. 

Balik kerja memang dah malas nak masak. Dah penat. Tahu nak rehat je. 

Paling best, kalau suami kata tak payah masak. Tapi takkanlah setiap hari nak makan kat luar? 

Lagi 2 hari, GST akan mula dilaksanakan. 

Jadi dalam usaha berjimat, saya telah mulakan FREEZER FOOD. 

Inipun apabila saya membaca blog-blog rakan-rakan di luar negara. Mereka juga sama seperti kita di Malaysia, bila balik kerja dah penat nak masak. 

Rachel Ray siap keluarkan buku resepi Week in a Day : 5 Dishes : One Day. Buku ini katanya amat sesuai untuk mereka yang sibuk. Masak 1 hari tetapi makan homemade food untuk 5 atau 6 hari. 

Saya tahu inilah cara paling sesuai untuk saya dan mungkin memberikan inspirasi kepada semua wanita agar memberikan yang terbaik buat suami dan anak-anak. 

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi. 

1 ekor ayam 
15 biji cili padi - ditumbuk 
1 inci kunyit hidup - ditumbuk 
1 keping asam gelugur/keping 
2 batang serai 
1 kotak santan 
3 biji kentang 

1. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil ke dalam periuk. 

2. Masukkan juga kunyit dan cili padi yang ditumbuk dan gaulkan dengan ayam. 

3. Buka api dapur dan biarkan sebentar agar air ayam sedikit kering. Ini petua untuk hilangkan hanyir ayam dan menjadikan hidangan bertambah sedap. 

4. Balik-balikkan ayam supaya air ayam keluar dan ayam menjadi separuh masak. 

5. Masukkan 1 cawan air dan juga kentang. Pastikan kentang terendam supaya cepat empuk. Masuk juga serai. 

6. Masukkan santan dan tambah air jika terlalu pekat. Masukkan garam dan asam gelugur. Didihkan sebentar. 

7. Sejukkan dan pindahkan ke bekas cukup untuk sekali makan. Senang kira, 1 ketul untuk 1 ahli keluarga. Masukkan ke ruang peti beku dan labelkan tarikh dan jenis lauk. 

*petua - santan hendaklah dididihkan dengan api dapur yang sederhana kecil. 
*petua - serai untuk hilangkan hanyir dan daun kunyit untuk bau yang wangi. 

FB:Rahim Auto

16 March 2015

#mamakidsjunction



SWAP REVIEW
===============

Cuba tengok ni.

#mamakidsjunction buat sale. .

Standby ya kawan-kawan. .

#Kedaibaby @mamakidsjunction ni buat #onlinesale minggu depan! .

#beforeGST #sale 23 Mac 2015 mesti murah giler! .

Print screen gambar ini dan Follow @mamakidsjunction sekarang supaya tak terlepas sale hebat gila untuk; #stroller, #babywearing, #carseat #breastpump! dan banyak lagi. .

Semua original items je kat @mamakidsjunction. .

Print screen dan follow @mamakidsjunction sekarang





14 March 2015

KENA DENDA SEBAB ...

Teks : Saudah Salleh






KENA DENDA SEBAB ... 
--------------------- 

Semasa saya di Tingkatan 5, saya bukanlah pelajar yang bagus. 

Bagus di sini maksudnya pelajar yang sentiasa mematuhi peraturan. 

Tapi saya tidak. Setiap minggu saya akan menyelinap keluar jika tidak mendapat kebenaran. 

Ala bukan buat salah apa pun, balik tanpa kebenaran. Balik rumah naik bas. Sabtu dan Ahad pergi tuisyen. Kemudian, pagi Isnin ayah hantar semula ke sekolah. 

Beberapa bulan, saya terselamat. 

Cumanya selepas peperiksaan pertengahan tahun, sekolah ada buat Hari Bertemu Ibu Bapa. Untuk berbincang mengenai prestasi pelajaran saya. 

Saya datang bersama-sama ayah dan mak. Dan balik asrama macam saya tak balik rumah minggu itu. 

Esoknya, KANTOI GILA. 

Masa perhimpunan, warden mula memanggil semua pelajar yang tiada semasa roll call pada Sabtu malam Ahad lepas. 

Rileks je saya bila warden marah saya depan semua, katanya "Harap je jadi KETUA Dorm, tapi balik takde kebenaran". 

Dendanya, kami kena jemur di kawasan perhimpunan. Makin glamor saya hahaha. 

Sebenarnya, melanggar peraturan adalah TETAP SALAH walaupun ianya untuk berbuat kebaikan. 

Nak balik, minta kebenaran dahulu ya. 

FB:Rahim Auto

12 March 2015

CINTA INGGERIS

Teks : Saudah Salleh



CINTA INGGERIS 
=============== 
Sejak masuk sekolah menengah, saya mula jatuh cinta. 

Jatuh hati dengan pembacaan. 

Bermula dengan majalah, kemudian beralih kepada kisah-kisah menarik Enid Blyton. 

Buku buku Enid Blyton yang saya baca telah diterjemah ke Bahasa Malaysia, jadi amat menyeronokkan untuk dibaca. 

Antara yang saya ingat ialah kisah adik-beradik Jackson, kisah 5 sekawan dan siri Tujuh Penyiasat. 

Semasa sekolah berasrama, saya lihat seorang rakan sekelas amat suka membaca novel berbahasa inggeris. 

Saya kata," Odah tak faham la bila baca. Nanti asyik kena buka kamus aje." 

Kawan saya kata," Baca sepenuhnya satu ayat itu. Fahamkan. Kemudian tulis perkataan yang tidak faham. Habis satu bab, baru buka kamus." 

Oh macam tu rupanya. Senang aje. 

Kalau tak tahu, semuanya susah. 

Bila susah, mudah patah hati putus asa mahu buat. 

Bila tak buat, apa pun tak boleh. 

#mystory 
#semogabermanfaat 
FB:Rahim Auto

06 March 2015

BE THE BEST



















BE THE BEST
---------------
Terngiang-ngiang suara mak cakap saya kena be the best. Dua minggu selepas bertukar sekolah, dah nak periksa pertengahan tahun.

Bila belek silibus, ada yang saya tertinggal, ada yang saya dah terkedepan. Paling teruk, bahasa arab langsung saya tak tahu! Macam mana nak jawab soalan nanti?

Tapi saya cekal. Buat aje mana yang boleh. Score. Mesti jadi top 15 dalam kelas. Itu matlamat saya pada masa itu.

Sedikit sebanyak bila focus pada pelajaran, dapat ubat kerinduan pada mak. Pada ayah. Pada adik-adik.

Matlamat saya tercapai sebab saya tersenarai di tempat ke-11. Gembiranya hati.

Balik cuti sekolah, berbual dengan mak.

Barulah saya tahu mengapa mak sangat mahukan saya belajar di sekolah berasrama.

Kata mak, beliau mahu saya tumpukan pada pelajaran. Kalau kat rumah, saya tak boleh fokus. 

Iyalah, anak perempuan sulung. Kena tolong mak. Kena jaga adik-adik. 

Jadi mak nampak saya tidak dapat tumpukan pada pelajaran. Itu sebabnya mak keraskan hati hantar anak perempuannya ke asrama.

Di asrama pun sibuk juga. Tapi saya hanya perlu jaga diri sahaja. Jadual pun dah tersusun, Cuma patuh sahaja. Waktu belajar, waktu solat, waktu riadah, semuanya dah ada.

Hari pertama kekok lagi.

Pertama kali mandi guna kain basahan iaitu kain batik baru yang emak belikan. Haha. 

Susah juga nak control, nak kena ikat ketat-ketat takut tertanggal nanti malu hihi.

Pertama kali mandi kolah beramai-ramai. Oooh sejuknya bila mandi pagi, nak-nak bila hujan. Menggigil itu memang biasa!

Makan pun kena ikut waktu. Beratur ambil makanan. Tak sesedap masakan mak. 

Awal-awal saya tak makan, tapi saya lapar. Nak tak nak, paksa makan juga buat alas perut.

Saya belajar makan labu masak air, makan petola, makan telur putih asin sebab kawan-kawan kata sedap, jadi mahu cuba. 

Baru tahu ikan jaket. Baru kenal nasi kawah. Makan Ikan masak taucho. 

Mesti kena habiskan, kalau tak mahu didenda. Jadi bila lauk tu saya tak suka, nanti saya duduk dengan kawan-kawan yang sukakan lauk itu. Jadi tak payahlah saya makan masakan yang saya kurang suka.

Saya ingat mak tak sayang saya. 

Rupanya sebab sayanglah mak hantar ke asrama.

FB:Rahim Auto

05 March 2015

SEMAK HATI

Teks : Saudah Salleh




SEMAK HATI 
------------ 

Ianya dibaca dengan bunyi enak bukan emak. 

Maksudnya lihatlah hati kita. 

Belek hati sendiri. 

Bersihkan ia. 

Buang rasa hasad dengki cemburu iri hati. 


Masukkan ke dalamnya kasih sayang cinta rindu. 

Insyaallah. 

Semoga Allah memudahkan urusanmu dan sentiasa memberkatimu. 

#semogabermanfaat 
FB:Rahim Auto

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign