Tinta Si Isteri Mekanik: May 2015

31 May 2015

PENGALAMAN BUSUK DI PASAR BORONG SELAYANG

Teks : Saudah Salleh



PENGALAMAN BUSUK DI PASAR BORONG SELAYANG ************** 

Semangat betul saya pagi ini. Mahu ke Pasar Borong Selayang. Ada kawan yang pernah pergi. Dengan mak yang nak ikut. 

Pergilah kami berempat. Tiba dalam jam 8.00pagi. Untuk pemborong kira lambat dah ni. Untuk orang muda, awal sangat ni. Hihi. 

1 jam je siap beli hampir semua barang dapur. Hampir sebab tak beli ketam. 

Cik abang @rahimauto tak berminat walaupun di pancing dengan Maggie Ketam. 

Memang berbeza sangat harganya! 

Maafkan kejakunan di situ, firat-timer kan. 

Kualiti ikan pun berbeza. Segar lah banding yang biasa kami pergi. 

Tapi bila masuk kereta, baru terperasan BUSUKNYA. 

Satu badan bau busuk. Rasa nak terbang balik rumah aje, nak mandi. Tapi kena hantar mak dan kawan balik dulu. 

Menarik sangat pengalaman ini. 

Lepas ni, apa yang boleh diperbaiki ialah: 

1. Bawak suratkhabar untuk lapik kaki 



2. Bawak bag Ikea untuk masukkan bahan belian. 



3. Bawak air untuk basuh kaki sebelum masuk kereta. 



4. Bawak air minuman hihi. 



Boleh repeat lagi ni walaupun busuk. Hihi. 


*Jengok dan Like FB Rahim Auto untuk Tips-Tips Tentang Kereta.

30 May 2015

TEAMWORK IS JEWEL



TEAMWORK IS JEWEL 
****************** 

Tahniah Cik Sue @puansurayaali, Tuan Shazwan dan seluruh team @lunatotsmalaysia di atas perasmian Butik Ibu Menyusu & Bayi Shah Alam. 

Jemput datang semua ke Lunatots Seksyen 23 yang bersebelahan dengan AEON. 

Daddy shopping di AEON. 

Dan Mommy boleh shopping di Lunatots untuk anak-anak. 

Kan best? 


YOU ARE WHAT YOU EAT



YOU ARE WHAT YOU EAT 
******************** 

Alhamdulillah, selesai sesi perkongsian oleh Dr Nor Azima dari @norazima_wellnesscentre. 

Sangat detail dan jelas penerangan beliau. 

Orang yang berdarah O tidak boleh dan MESTI TINGGALKAN 3 makanan ini. 

1. Produk GANDUM 

2. Produk TENUSU 

3. Kekacang 

4. Jagung 


Saya dah tahu tak boleh makan Gandum dan Tenusu, tapi masih belum boleh tinggalkan. 

Rupa-rupanya sebab saya tidak memahami betapa BAHAYAnya makanan ini kepada tubuh badan saya. 

Banyak ilmu baru yang saya dapat dan saya jelas dengan persoalan "KENAPA SAYA MESTI MAKAN?". Hihi. 

Terima kasih Dr Nor Azima dan Puan Shahani yang sudi menerima kunjungan kami. 

Boleh jengok dan LIKE FB Page Nor Azima Wellness Centre dan follow instagram @norazima_wellnesscentre untuk ilmu ilmu yang best. 

27 May 2015

SETIAP ORANG ELOK BACA INI



MENANG TAPI KALAH


Kalau gaduh dengan pelanggan, 
Walaupun kita menang, 
Pelanggan tetap akan lari. 


Kalau gaduh dengan rakan sekerja, 
Walaupun kita menang, 
Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan. 


Kalau kita gaduh dengan boss, 
Walaupun kita menang, 
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu. 


Kalau kita gaduh dengan keluarga, 
Walaupun kita menang, 
Hubungan kekeluargaan akan renggang. 


Kalau kita gaduh dengan guru, 
Walaupun kita menang, 
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang 


Kalau gaduh dengan kawan, 
Walaupun kita menang, 
Yang pasti kita akan kekurangan kawan. 


Kalau gaduh dengan pasangan, 
Walaupun kita menang, 
Perasaan sayang pasti akan berkurangan. 


Kalau kita gaduh dengan sesiapapun, 
Walaupun kita menang, 
Kita tetap kalah.


Yang menang, cuma EGO.

diri sendiri yang susah
mengalahkan ego diri sendiri. 


Renungan bersama. 

Apabila menerima teguran, 
usah terus melenting, 
bersyukurlah, 
masih ada yang mahu menegur kesilapan kita. 


*terima kasih Tuan @jamal.mydin untuk poster menarik ini. 


Like FB Rahim Auto

25 May 2015

BANGSAR VILLAGE

Teks : Saudah Salleh



BANGSAR VILLAGE 
**************** 

Semalam kami ke BV. 

Utamanya mahu berjumpa CikPuan @ira_dyana dan Tuan @mohd.syafie.borhan. 

Tuan Guru Dato' @roslanabhamid menulis di FB, 
"Apabila belajar, belajar. Apabila tidak belajar, mengajar". 

Kami belajar hingga tidak sedar masa berlalu. 

Terperasan sekeliling kami telah gelap dan sunyi. 

Jarang ke Bangsar. Rupanya Bangsar sudah tidak "happening" lagi. 

Jam 1 pagi semuanya telah tutup kecuali McD. 

Sudahnya, semua pintu BV telah dikunci. 

"Alamak, macam mana nak balik?" 

Tuan PE kata, "Takpe. Kalau tak boleh ambil kereta, kami hantar balik". 

Hihi pertama kali parking dikunci. Nasib baik tak kena tinggal tepi jalan. 

Alhamdulillah, ada pengawal keselamatan yang bantu. 

Kena masuk dari tanda P, berjalan terus dan belok ke kanan. Kemudian dakilah "ramp" untuk ke bahagian atas. 

Alhamdulillah jumpa kereta dalam termengah-mengah lama tak exercise. 

Pengajarannya, pastikan waktu Mall atau kedai itu beroperasi. 

Pastikan parking kereta di tempat yang betul iaitu parking yang beroperasi 24 jam. 

Kami andaikan Starbucks Coffee buka hingga jam 3pagi. Rupanya hanyalah hingga jam 1 pagi di BV1. 
BV2 dah tutup pada jam 10 malam lagi. 

Hah, kenangan dalam menuntut ilmu. Hihi. 


P/S :Like FB Page Rahim Auto.

20 May 2015

The Power of Choice

Teks : Saudah Salleh





The Power of Choice 
**************** 

Kisah menarik seorang pemandu teksi bernama WASU. 

5 tahun lepas, beliau memandu teksi dan berlagak seperti ITIK. 

Banyak mengeluarkan bunyi. Banyak merungut. 

Sehinggalah beliau mendengar ceramah berkaitan PILIHAN. 

"Kita ini dilahirkan dengan pilihan. Mahu jadi ITIK yang asyik berbunyi atau HELANG yang terbang tinggi", kata Wasu. 

Hihi gambar tiada kaitan dengan Wasu. 

Cuma hari ini dapat gembirakan hati dua orang kawan sepejabat dan hati sendiri dengan aiskrim Magnum Gold ini. 

Terdengar perbualan mereka, "Aku ambil Magnum Gold ni sebab aku tak pernah rasa". 

Sayu hati dengar. Sekali lagi, kembali kepada THE POWER OF CHOICE. 


p/s : Like FB Page Rahim Auto

16 May 2015

Early Bird Sale NOW!




Hanya di @rahimauto 

No. 21 Jalan Saujana Indah 5 
Seksyen U2 
40150 Shah Alam 

011-2013-2276 

FB:Rahim Auto

14 May 2015

May 14, 2015 at 09:03AM


Pengetahuan itu adalah apabila kita tahu apa yang kita nak cakap. Kebijaksanaan adalah apabila kita tahu sama ada nak cakap ataupun tak perlu. FB:Rahim Auto

12 May 2015

May 12, 2015 at 09:05AM


Masalah hanya dapat diselesaikan dengan: 1. Akal 2. Ilmu 3. Kepintaran ~Robert T. Kiyosaki~ FB:Rahim Auto

04 May 2015

May 04, 2015 at 06:45PM


FB:Rahim Auto

May 04, 2015 at 06:22PM


START WITH WHY by Simon Sinek ========================= Apa yang kita inginkan dimulakan dengan WHY? Mengapa Steve Jobs membina brand Apple yang gah ke seluruh dunia? Kerana Steve Jobs percaya, Apple mampu mengubah dunia. HOW? Dengan teknologi. WHAT? Melalui IPhone, Ipad, MacBook, Ipod dan sebagainya. @rahimauto juga mahu sebegitu. Percaya bahawa WANITA SANGAT BERHARGA. Oleh itu, kami percaya keselamatan kenderaan wanita harus ditekankan. How? Rahim Auto. What? Servis yang berkualiti, telus dan jujur. Mee Kari dan Roti Bakar @chawan @cittamall untuk perut yang lapar. Kopi Muar dan Halia Ais untuk tekak yang dahaga. Minyak Yu Yee untuk kepala yang pening. Hihi. FB:Rahim Auto

02 May 2015

May 02, 2015 at 04:45PM


Those who EAT TOGETHER, STAY TOGETHER. Lamanya tidak bertemu. Hanya alam maya sahaja yang mendekatkan ukhuwah kami. "The people you HANG OUT with, AFFECT you and you AFFECT them also". FB:Rahim Auto

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign