Tinta Si Isteri Mekanik: June 2015

29 June 2015

KIPIDAP DON GIBAB

KIPIDAP DON GIBAB 
**************** 

Kata-kata pesanan dan ingatan dari YBhg. Dato' Roslan @roslanabhamid. 

" Usah takut tertinggal. Sentiasa ada masa untuk yang cekal. 

Usah takut pada rasa banyak yang tak tahu. Sentiasa ada masa untuk belajar perkara patut perlu. 

Usah takut terabai. Kita yang selalu kata okbai, pada yang sepatutnya kita rajin terbang bersama menggapai apa jua yang dapat dicapai. 

Usah rasa sentap. Sentiasa sebut kipidap don gibab." 



TERIMA KASIH JURURAWAT U1333, PPUM


TERIMA KASIH JURURAWAT U1333, PPUM 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

17 jam saya berada di PPUM. Bermula dari jam 10.00 malam hari Sabtu hingga jam 3.00 petang Ahad. 

Shift malam baru sahaja bermula. Tetapi jururawat semua sangat sibuk. 

Masuk Misi bernama Ain. "Akak jaga malam ni? Tak pernah nampak pun?", tanya beliau. 

"Baru malam ni giliran akak". 

Beliau memanggil ayah dengan panggilan ATOK. Hihi kelakar. Rupanya sebab ayah di dalam Wad Gearitrik iaitu wad warga emas. 

Mula edarkan ubat untuk dimakan. PCM ubat untuk ayah. 

Tapi malam itu terasa bahang panas. Ayah semakin tak selesa. Kipas comel pun agak perlahan. Saya terperasan nafas ayah mula berbunyi. Wheezing. Ain juga begitu, tetapi kami sama-sama memerhati. 

10 minit berlalu, Ain meminta rakannya menjengok ayah dan bertanya pendapat. Kawannya bersetuju dengan Ain untuk memulakan Nebulizer. 

Tong gas hitam ditarik masuk. Mask di pasang dan dimasukkan ubat. "Atok. Ambil neb ya". 

Habis ubat, ayah kata makin sesak nafas. 

Terus dimasukkan ubat kedua dan ayah mula menyedut ubat tadi. Lama-kelamaan ayah semakin selesa dan tidur semasa Neb. Lega hati saya. 

Shift pagi diganti pula oleh Nurse Maria. Kecil comel orangnya dengan senyuman semanis gula. Kecil kecil cili padi. Walaupun kecil tangkas berlari. 

Shift lebih pendek dan lebih sibuk dengan kehadiran doktor. 

Namun beliau tetap ceria berkhidmat kepada Atok-Nenek ini. Saya amat mengagumi jururawat di Wad Gearitrik, PPUM ini. Saya tidak mampu membuat apa yang mereka buat. 

Sentiasa ceria. Senyuman menawan. Hati gembira. Mencuri hati dan perasaan. Cekap. Pantas. Amanah. 

Tiada satu saat pun mereka bazirkan. Beri ubat. Bersihkan pesakit. Siapkan rekod. Tukarkan cadar. Macam-macam lagi tugas nereka. 

Terima kasih, Nurse. 




FB:Rahim Auto

28 June 2015

REKOD PERAKAUNAN


REKOD PERAKAUNAN 
***************** 

Apabila kita menjadi seorang usahawan, amatlah penting untuk kita mengetahui perbelanjaan dan pendapatan kita. 

Oleh itu, mulakan dengan merekod semua belanja dan terimaan. Setiap hari setiap sen. 

Tak perlu pening kepala nak beli perisian (software) apa. 

Paling ringkas, buku tulis sahaja. 

Muka surat kiri untuk semua TERIMAAN atau JUALAN. 
Muka surat kanan untuk semua PERBELANJAAN. 

Segala resit dan baucer pembayaran, masukkan dalam satu fail. 

Begitu juga dengan Penyata Bank di dalam satu fail berasingan. 

Setiap akhir bulan, jumlahkan kedua muka surat itu. 

Dari rekod ini, bolehlah tahu Jumlah Jualan dan Jumlah Perbelanjaan syarikat kita. 

Lain-lain kita serah pada Akauntan. 

Mereka akan keluarkan Penyata Untung Rugi (Profit & Loss atau P&L), Penyata Aliran Tunai (Cashflow Statement) dan Kunci Kira-Kira (Balance Sheet). 

Mudahkan? 


FB:Rahim Auto

KOMITMEN YANG LIMA


KOMITMEN YANG LIMA
******************

Tulis sahabat syurga saya, CikSue @ciksuelunatots, kita komited pada lima perkara ini:-

1. Untuk tua sebagai seorang yang bahagia menjaga keluarga.

2. Bijaksana berkongsi ilmu niaga.

3. Sihat dan ceria

4. Baik mempersona

5. Kaya memberi semula.



FB:Rahim Auto

HARI KEENAM


HARI KEENAM 
*********** 

Malam ini giliran saya menemani ayahanda di hospital. 

Sunyi sudah wad ini. Lampu sudah dipadamkan tadi. 

Bilik ini ada empat pesakit. 2 tiada peneman. Seorang diteman bibik. Dan saya meneman ayah. 

Ramadhan hari ke-10 dan 6 hari ayah diwadkan. 

Berbeza kali ini. 

Syukur pada Ilahi. 

Ampunkan dosa ayahku Ya Allah. 

Ameen. 


FB:Rahim Auto

24 June 2015

June 24, 2015 at 01:31PM


RINDU ****** Datin @ruzitajaafar. Kasihnya besar. Sentiasa prihatin pada sahabat. Dari mula ketibaan di Kota Bharu pada Ahad lepas hingga Jumaat malam, kami sentiasa dijaga baik oleh beliau. Sebut sahaja mahu apa, andai masa ada terluang, insyaallah tertunai. Siap sempat shopping tudung dan emas. Durian laici rambutan sempat dibeli. Nasi kerabu dibawa ke kedai Azma yang sangat sedap. Tambah lagi dengan solok lada. Orderkan juga Pulut Pauh dan Pulut Bakar. Nasi Ayam Madu Opah sampai dua kali kami bersarapan. Kedai Kopi Din Tokyo penuh semeja dengan Telur Ping Pong dan Telur Taliban. Colek pula masa balik Terawikh malam pertama. Aduh benar-benar sedap buat kami pertama kali merasa. Waktu sahur, jam 5 mula memanggil setiap seorang. Bila makan sikit, pasti ditegur takut lapar. Terubat rindu pada mak waktu sahur. Terima kasih Allah kerana mempertemukan kami dengan Datin Ruzita. Log budi telah tertulis kebaikan Datin. Insyaallah. FB:Rahim Auto

23 June 2015

June 23, 2015 at 05:48PM


KONGSI ILMU *********** Sahabat saya, Tuan @abang_dendeng berkongsi cara mudah untuk mengetahui jumlah JUALAN HARIAN menggunakan Microsoft Excel. Mudah difahami dan praktikal dilaksanakan. Dalam Excel, kita boleh gunakan formula pengiraan, dan ini memudahkan kita untuk melatih staf yang tiada asas perakaunan pun! Siapa yang berminat, boleh emailkan maklumat kepada Tuan AD di norhamidi@fastmart.com.my. FB:Rahim Auto

TIDUR



TIDUR 
***** 

Ayah masih di hospital. 

Jadi rutinnya menjadi berbeza. 

Malam tadi ke hospital. Hantar barang. Jadi tidur sudah lewat. 

Lepas sahur, tak tidur. Hantar bonda mahu jumpa cinta hatinya. 

Ingatkan boleh bertahan, rupanya tumbang juga. 

3 jam tidur tidak dapat menampung keperluan badan. Pening kepala jadinya. 

Penat badan balik dari Kota Bharu. 
Sabtu Ahad juga tidur tak nyenyak. 
Maka hari ini badan menyerah. 
Alhamdulillah. 

You are confined by the walls you build yourselves.





You are confined 
by the walls 
you build yourselves. 

FB:Rahim Auto

Genap setahun




Genap setahun yang lalu, saya menulis ini. 

Namun, pengajarannya terkena 'batang hidung' juga kali ini. 

Dua tiga hari kebelakangan ini, saya banyak berfikiran negatif. 

Allah tegur lagi secara halus. Sekali lagi. 

Ini petikan dari Ibu Rose. 

"PERKATAAN dan PERBUATAN kita 
boleh merupakan 
panah yang MEMBUNUH 
atau 
ubat yang menyembuhkan." 

Pilihan di tangan kita. Tangan KITA. Insyaallah. 


FB:Rahim Auto

22 June 2015

June 22, 2015 at 10:54PM


TINGKAT 13, Menara Utama ********************** Ziarah ayahanda malam ini. Hantarkan barang keperluan. Ayah nampak sihat. Cuma kakinya masih sakit. Ya Allah. Mudahkanlah kesembuhan ayah. Ampunkan dosa beliau. Sayangilah beliau. FB:Rahim Auto

21 June 2015

June 21, 2015 at 07:39AM


KASET ****** Ayah sekarang kurang sihat. Salah satu cara mengurangkan kesakitan adalah dengan mendengar ayat-ayat Allah. Terjumpa kaset Ayatul Quran 30 juzuk ni. Masih elok lagi rupanya. Bagus juga sambil uruskan ayah, boleh baca Al-Quran juga. Dapat lancarkan bacaan. FUSH SHILAT 44 yang artinya : " Dan jikalau Kami jadikan Al Quraan itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?" Apakah (patut Al Quraan) dalam bahasa asing sedang (rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: "Al Quraan itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mu'min. Dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quraan itu suatu kegelapan bagi mereka. Mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh". Ya Allah. Kurangilah kesakitan ayah. Ampunkan dosa ayah. Sabarkanlah dan tabahkanlah hati kami dalam melayani ayah. Ameen. FB:Rahim Auto

19 June 2015

June 19, 2015 at 10:46AM


RICH DAD POOR DAD **************** "Kita menghabiskan masa bertahun-tahun di sekolah, tetapi tidak belajar apa-apa berkenaan wang. Inilah sebab utama kenapa kita menghadapi masalah kewangan. Akibatnya, kita hanya belajar cara bekerja untuk wang, bukannya belajar cara menjadikan wang bekerja untuk kita." -Robert T. Kiyosaki- FB:Rahim Auto

June 19, 2015 at 12:46AM


Tukar tayar malam hari ******************* Petang tadi tayar Datin @ruzitajaafar pancit. Tersadai di tepi jalan waktu hampir berbuka. Lepas terawikh, ramai-ramai pergi tolong tuksrkan tayar. Proses menukar tayar akan menjadi cepat dan mudah jika tahu tekniknya. Tukar tayar simpanan (spare tyre) tetapi perlu cepat baiki atau tukar tayar baru. Sebab spare tyre tu bukan untuk dipakai lama. Perlu ingat bahawa kelajuan maksimum tayar simpanan hanyalah 80km/j. Tak boleh bawa melebihi had sebab ia membahayakan pemandu dan penumpang kereta. Tetuan @rahimauto boleh membantu situasi kecemasan seperti ini. FB:Rahim Auto

18 June 2015

June 18, 2015 at 08:00PM


Adik Muslim ini sangat hebat. Dalam usia 20 tahun, beliau telah belajar tentang Public Speaking. 3 pesan bonda Muslim semasa Muslim mula menghadiri kelas Public Speaking. 1. Behave Kawal tingkahlaku sepanjang bersama rakan-rakan. 2. Belajar Belajar bersungguh-sungguh dalam Public Speaking. Potensi Muslim sangat besar. 3. Bernetworking Berkenalanlah dengan ramai orang. Ya Allah, mudahkanlah urusan pembelajaran Adik Muslim. Ameen. FB:Rahim Auto

16 June 2015

June 16, 2015 at 10:19AM


Ini Telur Ping Pong. Hanya ada di Kedai Kopi Din Tokyo. Menariknya nama hidangan ini. Ada juga Telur Taliban. Itu untuk telur separuh masak. Telur Ping Pong untuk telur tiga suku. Hanya di Kota Bharu. #kotabharu #patatimur FB:Rahim Auto

June 16, 2015 at 08:08AM


NASI AYAM MADU OPAH ******************** Kembali lagi kami ke Nasi Ayam Madu Opah. Set ini sangat ringkas, hanya ada sepinggan nasi, kuah kari/gulai, sos cili thai dengan timun serta ayam madu. Masuk sahaja ke kedsi ini, kami disambut dengan bau wangi ayam yang sedang digoreng. Mata pula menangkap pelbagai jenis hidangan kuih-muih yang diletakkan di meja panjang. Semalam kuih telah habis, hanya ada mangga asam boi. Kemudian, mata perlu cekap memerhati meja kosong. Kalau datang ramai, terus ke belakang sebab ada meja panjang. Duduk sahaja, akan ada yang mengambil pesanan. Hanya pesan air dan bilangan ayam. Biasanya sebab kami ramai, ayam dihantar sepinggan sepinggan. Yang menariknya, bila bayar, rupa-rupanya nasi dan kuah serta sambal itu PERCUMA!. Hanya yang dikira adalah ketulan ayam sahaja. Sebabnya, pelanggan akan meratah ayam secara purata 2 ketul seorang. Bulan Ramadhan ini kata Opah, kedai akan ditutup selama sebulan dan bersambung ke cuti Raya. "Inilah waktu untuk berehat sebab kedai tak pernah tutup." Indahnya persahabatan. Kita kecilkan perbezaan. Kita raikan bersama. FB:Rahim Auto

June 16, 2015 at 08:06AM


NASI AYAM MADU OPAH ******************** Kembali lagi kami ke Nasi Ayam Madu Opah. Set ini sangat ringkas, hanya ada sepinggan nasi, kuah kari/gulai, sos cili thai dengan timun serta ayam madu. Masuk sahaja ke kedsi ini, kami disambut dengan bau wangi ayam yang sedang digoreng. Mata pula menangkap pelbagai jenis hidangan kuih-muih yang diletakkan di meja panjang. Semalam kuih telah habis, hanya ada mangga asam boi. Kemudian, mata perlu cekap memerhati meja kosong. Kalau datang ramai, terus ke belakang sebab ada meja panjang. Duduk sahaja, akan ada yang mengambil pesanan. Hanya pesan air dan bilangan ayam. Biasanya sebab kami ramai, ayam dihantar sepinggan sepinggan. Yang menariknya, bila bayar, rupa-rupanya nasi dan kuah serta sambal itu PERCUMA!. Hanya yang dikira adalah ketulan ayam sahaja. Sebabnya, pelanggan akan meratah ayam secara purata 2 ketul seorang. Bulan Ramadhan ini kata Opah, kedai akan ditutup selama sebulan dan bersambung ke cuti Raya. "Inilah waktu untuk berehat sebab kedai tak pernah tutup." Indahnya persahabatan. Kita kecilkan perbezaan. Kita raikan bersama. FB:Rahim Auto

14 June 2015

June 14, 2015 at 07:08PM


MAKANAN SEDAP DI KOTA BHARU **************************** Baru touched down di Kota Bharu. Terus Datin @ruzitajaafar bawa kami yang kelaparan makan Nasi Kerabu Azma di Pasir Pekan. Sedapnya. Pertama kali makan Solok Lada. Baru nak cuba makan Pulut Pauh. Dan dapat rasa Pulut Bakar. Terima kasih Datin. Terima kasih @hazarina_ishak. Terima kasih Fasi. FB:Rahim Auto

13 June 2015

June 13, 2015 at 10:26AM


~Jadilah seperti batu gemerlap yang memancarkan cahaya tapi tidak panas~ ~Jadilah speaker yang hebat di atas pentas yang mampu bercakap dengan menyentuh emosi audiens~ FB:Rahim Auto

12 June 2015

June 12, 2015 at 05:01PM


PUAN FARIDAH HANIM HARUN ************************* Saya telah lama dalam bidang HR. Menguruskan karenah dan potensi manusia. Makin lama, makin saya tercari cari mana lagi lompong yang perlu saya isi. Bertemu Ibuhanim adalah anugerah tidak terperi. Sekarang saya baru mengerti. Luasnya ilmu kepimpinan bagaikan tidak bertepi. Saya mahu belajar lagi bagaimana untuk memimpin satu pasukan ke arah kejayaan yang lebih besar. Terima kasih Dato' @roslanabhamid kerana mempertemukan saya dan beliau. FB:Rahim Auto

11 June 2015

June 11, 2015 at 03:52PM


FB:Rahim Auto

June 11, 2015 at 09:05AM


A SUCCESSFUL TEAM BEATS WITH ONE HEART **************** 3 hari 2 malam "berkampung" di Malaysia Anti Corruption Academy (MACA) bersama sekumpulan insan hebat. Komitmen mereka sangat tinggi menjadikan objektif dapat dicapai dengan hasil luar biasa. Belajar bersama. Makan berjemaah. Ketawa berhibur dengan riang. Menangis sampai merah mata pun tak apa. Apabila keliling kita adalah orang yang hebat, kita juga menjadi orang hebat. Siapa kawan kita sekarang, menentukan siapa kita tahun 2020 nanti. Terima kasih sahabat hati. Log budi bertambah lagi. Kita jumpa lain kali. Juga berjiran di syurga nanti. Insyaallah. FB:Rahim Auto

08 June 2015

June 08, 2015 at 08:08PM


FB:Rahim Auto

06 June 2015

June 06, 2015 at 01:06PM


NUGET JOWO *********** Mari teka Ini Apa? Haha ini jawapan saya bila kakak bertanya ini apa. Kebetulan pula. Pagi tadi saya dapat tahu personaliti saya. Ianya diwakili oleh ikon Badak Sumbu. Haha petang ini makan kuih Cucur Badak. Alhamdulillah. Pengantin telah selamat bernikah. Tadi dalam khutbah nikah, pesan Tok Kadi, "Jauhilah zina dan janganlah kamu menghampirinya". Hampir pun jangan kata Tok. Khutbah nikah ini untuk yang bakal berkahwin, yang telah bernikah dan yang bernikah lagi. Haha Tok buat lawak ya. Tahniah Yazid dan Adillah. Dari Pak Usu Rahim dan Mak Usu. FB:Rahim Auto

June 06, 2015 at 09:28AM


ROMBONGAN PENGANTIN ********************** Pagi ini kami mengiringi pengantin ke Pagoh. Anak sulung kakak yang sulung. Beza umur tak jauh dari kami Pak Usu Mak Usunya. Tanda kami yang termuda haha. Janji berkumpul jam 9.00pagi. Kami semua semangat 8.30pagi dah siap tunggu kat luar sambil menyembang. Aku ngak ngerti ngomong jowo. Tapi dengar jugak buat-buat faham. Tapi sampai sekarang belum tiba. "Janji Melayu" kata kakak yang seorang. Untuk usahawan, "On Time" bagi mereka adalah LAMBAT. Setiap minit adalah emas. Terbuang tiada ganti. Masa tidak berhenti. Kita meati mendahului masa. Dulu sentap bila tuan guru kata mahu semalam perkara yang mereka minta hari ini. Rupanya itu kod mereka untuk A.S.A.P. Hihi. Okay, mahu ke majlis nikah dan bersanding anak saudara sulung ini. Pertama kali cucu menikah buat keluarga mertua. P/s: Baju ini dari Butik @orchid_scarf milik sahabat hati CikPuan Wan Marlieyana. Buat Mak Usu ini rasa bahagia terkurus sedikit. Hihi. FB:Rahim Auto

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign