Tinta Si Isteri Mekanik: August 2015

29 August 2015

Setahun Berlalu Semenjak Kita Berkenalan!



Hari ini genaplah setahun Odah dan Rahim mengenali kekanda adinda semua. 

Terima kasih di atas hadiah persahabatan yang indah ini. 

Kami doakan semuanya sentiasa diberkati, dikurniakan kesihatan, kebahagiaan, kekayaan dan kejayaan di dunia dan akhirat. 

“Best friends are people you know you don’t need to talk to every day. You don’t even need to talk to each other for weeks, but when you do, it’s like you never stopped talking.” 


FB:Rahim Auto

26 August 2015

3 Tips Shopping dan enjoy Mysale tanpa gundah

Tadi saya dok belek website Zalora. Dok belek pun sebab bulan September ni ada Family Day office. Jadi tema dinner adalah Santai.

Haha best kan tema dinner tu? Takdelah susah sangat nak mencari baju. Tapi, biasalah, nak gi holiday kenalah ada baju baru. Itu yang membelek Zalora.

Sebenarnya, tak lama lagi Mysale akan berlangsung tau. Syoklah nak bershopping. Husband pun excited, sedangkan husband bukanlah kaki shopping. He is more the type yang as long as I can wear this, there's no need to buy a new one. But he is more excited than me now. Diskaun kan, sape taknak.

There are soooo many choices at Zalora website that I went gaga over the women's clothing section. Panic mode, babe. All I want is A dress, but their collection tu best sangat.

Kalau boleh, nak beli semua. Memang tak lah kan unless duit memang berkepuk-kepuk. How I wish I had lots of money to spend on things as essential as clothes. Haha. Berangan is free, kan..

Ada 3 perkara yang boleh kita lakukan untuk enjoy Mysale.

Pertama, buat LIST atau senarai benda yang kita nak beli. Kenapa kena ada list? Supaya kita lebih teratur dan fokus. Takut nanti, habis je Mysale, makan angin je sementara nak tunggu gaji. Taknaklah macam tu.

Macam saya yang nak baju baru untuk Dinner office kan? I want long dress atau maxi. Warna tak kisah. Corak ceria supaya seiring dengan tema Santai. Satu helai je. Hihi. Ini untuk fokus kan?

Saya belek baju dalam almari. Takde dress. Ada jubah sahaja. Saya dah berkenan dengan 2 dress ini. Cantik kan?








For tips kedua dari Mysale, kita kena FIKIR dalam-dalam. Benar-benar fikir supaya kita tidak membazir.

It is true that we are mesmerized with all the items offered on a low price but we need to make sure what we grab is going to be worn or not.

Antara soalan yang boleh dijadikan rujukan.
"Pakai sekali atau berkali-kali? Mana boleh pakai lagi baju ni?"
"Sesuai dengan tudung dan handbag yang ada?"
"Okay ke pakai ni?
"Muat?"

Hahaha soalan terakhir tu memang soalan maut. Penentu samada beli atau tak.

Tips terakhir dari Mysale Shopping Rules adalah TUNGGU
Ala...boringlah nak tunggu. Tapi ini tips yang berbaloi kalau kita sedang berjimat dan ada bajet.

Kenapa kena tunggu? Adakalanya, baju yang kita nak tu, turun harga lagi sebab ada Further Reduction Discount (Diskaun Lebih Banyak). Untung sangat kalau tunggu sekejap kan?

Tapi, tips ni ada risikonya tau. Takut kita pulak menangis sebab baju atau saiz dah habis. Pulak tu kalau baju tu memang berkenan sangat di hati. Tapi takpe. Search je lagi kat Zalora tu, mesti ada baju lain yang lebih cantik, lebih berkenan di hati.

So, ingat 3 tips Mysale Shopping Rule ni ya. Iaitu buat LIST. FIKIR dalam-dalam. TUNGGU sekejap untuk Further Reduction Discount.

Saya rasa mahu dress pink la. Boleh pakai banyak kali. Tudung ada. Handbag ada. Okay sweet sangat pakai dress ini. Now, part tunggu ni. Hm....

22 August 2015

REVIEW : MENU KEMUNING STEAK HAUS at MY STORY CAFE


REVIEW : MENU KEMUNING STEAK HAUS at MY STORY CAFE ***************************** 

Ini hidangan pertama yang kami nikmati di Kemuning Steak Haus. Menunya sederhana banyak. Tapi sangat menggoda. Saya sampai tak tahu nak pilih menu apa. 

Tapi in the end, saya pilih Spaghetti Carbonara. Jika chef boleh memasak Carbonara yang ringkas ini dengan sedap, menu lain pasti sedap juga. 

Tuan Rahim @rahimauto tak susah memilih sebab ada Lamb Chop kegemaran beliau. 

Beliau juga mencuba air Durian Belanda. Memang sedap. Saya rasa sedikit sebab tak suka sangat but, it still taste as original as Durian Belanda's fruit. 

Untuk minuman, terus saya pilih Mint & Lemon Quincher dan memang tepat pilihan saya. Walaupun ada lemon, ianya tidak begitu masam. Mint atau pudina memberikan rasa ber"gas" pada minuman ini. 

Bila hidangan tiba, saya rasa macam tak cukup sebab nampak macam sikit je. Dah pilih dah kalau tak cukup akan pesan Fish & Chips pulak. Hihi. 

Tapi rupanya, sengkak perut saya. Banyak rupanya spaghetti tu. Kuah Carbonara pun cukup melitupi semua spaghetti hingga helaian terakhir. 

Lamb chop nya sedap dimakan begitu sahaja tanpa kuah lada hitamnya. Bestnya Lamb Chop ni, ianya dihidang bersama dengan Mash Potato, Coleslaw dan Garlic Bread. 

Next time datang, akan pesan Fish & Chips ya Tuan @asrulhusni. Insyaallah. Boleh lawat FB KEMUNING STEAK HAUS at MY STORY CAFE untuk maklumat lanjut.




21 August 2015

August 21, 2015 at 10:52PM


REVIEW : KEMUNING STEAK HAUS AT MY STORY CAFE ****************************** Tatkala kaki melangkah masuk ke Kemuning Steak Haus at My Story Cafe, hati saya mula terpikat. Dekornya sangat memikat jiwa. Penggunaan perabot yang ringkas, tidak serabut dan ruang santai untuk anak-anak menggambarkan jiwa kekeluargaan pemiliknya. Saya benar-benar menikmati dekorasi Cafe hinggakan menu yang dibelek tidak dapat difokus. Asyiklah tengok sekitar Cafe. Suasana santai memang dapat dirasai di sini. Ada ruangan untuk anak-anak bermain. Ada almari yang penuh dengan buku khas buat ulat buku. Paling unik adalah dinding PAPAN HITAM. Macam kat sekolah dulu-dulu! Cuma bezanya, di sini, kalau conteng papan hitam tu, takde cikgu nak marah hihi. Kami pun tinggalkan kenangan di papan hitam. Walaupun tulisan tak cantik, tetap panjat tangga konon nak tulis paling atas supaya takde orang boleh padam. Bila agak tenang, baru belek menu. Dah jadi balik jiwa kacau. Sebab tak tahu nak pilih apa. Nanti saya sambung tentang makanan. Hahaha. Laparlah pulak bila nak mengarang tentang makanan. FB:Rahim Auto

17 August 2015

SABAR ITU ADA TAHAPNYA



Aduh. Saya diuji lagi dengan topik Circle of Tolerance. 

Tapi kali ini pembelajarannya adalah SABAR ITU ADA TAHAPNYA. 

Diam bukan bermakna saya kalah. Diam bukan bermakna saya tidur. Diam bukan bermakna saya malas. 

Kali ini saya sabar lagi buat sekian kalinya. 

3 perkara yang menampakkan ketiadaan kerja berpasukan sangat menyakitkan hati. Literalnya seakan saya yang bersalah. Sedangkan ianya berpunca dari ketidakcekapan orang lain. 

Hati saya sakit setiap kali menjadi kambing hitam. Kerap dipersalah, kerap dimarah. Ikutkan hati mahu buat perkara drastik. 

Namun ilmu menjadi penghalang. Besarkan Circle of Tolerance. Raikan perbezaan. Itu saya ambil maklum. 

Namun jangan sampai dipijak-pijak. Hanya kerana saya DIAM. 

Tumpah jua air mata berharga. Namun ianya akan menjadi pembalut luka. Membasuh kemarahan memberi kemaafan sejahtera. Tabahlah wahai hati, kita sama-sama besarkan jiwa raga. 

Oh inilah anak kedua abang kakak yang sulung. Meraikan hari bahagia mereka berdua. Pak Su Rahim dan Maksu doakan kalian bahagia. Sampai syurga. Ameen. 


FB:Rahim Auto

16 August 2015

Selesai sudah pernikahan kami - Statement dari SUAMI




Statement nakal dari suami.

Haha comel sangat akan ingat sampai syurga.
Ini untukmu sayangku.

Lirik lagu Cinta Sesungguhnya nyanyian Sabhi Saddi.

Ku adalah manusia
Yang paling beruntung
Memiliki kamu

Kau tiada habisnya
Menyayangi aku sepenuh hatimu
Cinta yang luar biasa
Ku serahkan pada dirimu

Kaulah cinta sesungguhnya
Sekuat hatiku kan menjagamu
Demi cinta seutuhnya
Ku kan berjanji seumur hidupku
Takkan lelah mendampingimu

Ameen Insyaallah. 

CIRCLE OF TOLERANCE


CIRCLE OF TOLERANCE 
****************** 

Benarlah. 

Apabila seorang murid itu bersedia untuk belajar, maka Allah akan hantarkan guru yang terbaik. 

Minggu lepas saya belajar tentang Lingkungan Toleransi (Circle of Tolerance). 

Semakin kurang Andaian Berkod (Encoded Assumption), semakin kurang Peraturan Hubungan (Rules of Engagement), semakin besar Lingkungan Toleransi kita. 

Bila dah belajar, mesti ada ujian kan? Untuk uji samada kita benar-benar memahami ilmu itu. Ujian pula datang dalam pelbagai bentuk. Objektif. Subjektif. Lisan. 

Berdasarkan situasi pagi ini, saya rasa markah saya hanya sekadar 70%. 

Ada beberapa perkara perlu saya tingkatkan. 

Namun saya bergembira dengan markah saya. 
Raikan kejayaan kecil dan besar agar kita menghargainya. Syukuri ujian yang hadir, kerana ujian hadir bersama hadiahnya. 

Ini OOTD semalam. Jubah dan shawl dari @dyana.com.my. 

Majlis pernikahan anak abang ipar yang sulung. 
Kelebihan berkahwin dengan anak bongsu, umur anak saudara bapa saudara hampir sebaya. Hahaha. 


FB:Rahim Auto

15 August 2015

Clearance Sale Lunatots 15 & 16 Ogos


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Tuan / Puan, 

Bersama ibu bapa sejak 2008, Lunatots Malaysia selalu mahu menjadi pengalaman terbaik keibubapaan anda. 

Sekalung penghargaan dan terima kasih untuk semua teman yang menyokong kami sejak 7 tahun yang lalu. 

Mengutamakan ibu menyusu -- mudahkan mereka. Ia sentiasa ada dalam hati dan fikir kami. 

Alami bersama cloth diaper Lunatots. Babywearing adalah cara hidup. 

Keperluan ibu menyusu dan bayi di bawah satu bumbung. 

Kini Lunatots mempunyai 9 cawangan diseluruh Malaysia. 

Alhamdulillah -- berkat dorongan dan sokongan teman yang mendoa. 

Istimewa 15 & 16 Ogos ini, Lunatots akan mengadakan Clearance Sale di cawangan utama kami iaitu Lunatots BSP. 

Berikut adalah maklumat lanjut : 

Masa : 10 pagi sehingga 9 malam 
Tarikh : 15 & 16 Ogos 2015 
Alamat : 32 G, Jalan Danau Lumayan 1, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, Kuala Lumpur. 
Phone No : 03 - 9226 5152 
Whatsapp No : 010 - 2414 050 
Waze : Lunatots Cheras 

Kami mohon maaf atas kelewatan respons whatsapp namun besar hati kami untuk berjumpa Tuan/Puan pada 15 & 16 Ogos 2015 ini ya! Pengalaman keibubapaan bersama Lunatots Malaysia. 

Follow @lunatotsmalaysia 
Follow @lunatotsmalaysia 
Follow @lunatotsmalaysia 


FB:Rahim Auto

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign