Tinta Si Isteri Mekanik: October 2015

31 October 2015

RESEPI : MEE HOON SINGAPORE

Semalam saya teringin betul nak makan Mee Hoon Singapore ni. Tapi yang masak sendiri. Tak mahu yang di kedai. Hehe.

Saya masak ni untuk sarapan dan juga untuk lunch. So tak payah masak lagi. Resepi ni kiranya untuk 5 dewasa makan.

Saya gunakan mee hoon berjenama Jasmine. Biasanya guna mee hoon Sufi tapi takde stok, so Jasmine lah.

Mee hoon Jasmine ni keras sikit walaupun direndam dalam air suam panas untuk 15 minit. Okay je cuma bila dalam kuali, kena tambah air sikit untuk lembutkan ia.

Satu lagi tips, kena tambahkan kiub ayam untuk perasa. Kalau setakat garam aje, tak sedap rasanya.

Okay ini resepinya.

Bahan-bahan.

1 paket Mee Hoon
1 biji bawang besar - hiris nipis/tumbuk
1 cekak daun kucai - potong sebesar 1 inci
1 batang lobak merah - potong seperti mancis
1 paket kek ikan - potong nipis
1 paket bebola ikan - potong 2 atau hiris
1 kiub ayam
3 biji telur
9 biji cili padi - hiris atau potong dua
500 gram udang/sotong/ayam
garam
lada hitam (jika suka)

Cara-caranya.
1. Rendam mee hoon dalam air untuk lembutkannya.
2. Panaskan minyak dalam setengah cawan dan tumiskan bawang dan cili padi. Goreng hingga bawang naik bau dan kecut.
3. Masukkan lobak merah. Biarkan sebentar sampai carrot lembut.
4. Masukkan pula kek ikan dan bebola ikan. Goreng sebentar.
5. Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau sedikit. Buatkan lubang di tengah-tengah bahan dan tuangkan telur di lubang itu. Biarkan sekejap dan gaulkan macam kita masak scramble egg.
6. Masukkan pula udang. Udang kalau kita masuk terlalu awal, nanti keras dan tak sedap.
7. Pecahkan kiub ayam dan taburkan bersama garam dalam kuali. Gaulkan semua bahan.
8. Masukkan mee hoon bersama sedikit air. Air ni, kena tengok mee hoon kita samada masih keras atau telah lembut. Kalau dah lembut, jangan masukkan air lagi, nanti lembik mee hoon tu.
9. Gaulkan semua bahan hingga sebati sampai mee hoon lembut. Sekiranya masih keras, tambahkan air dalam 2-3 sudu untuk lembutkannya.
10. Rasa mee hoon. Mesti ada rasa pedas dari cili padi, rasa sedap dari kiub ayam. Tutup api dan hidangkan.







30 October 2015

CUTI KRABI : Perjalanan ke KLIA2 - Kami Terlepas Bas!

Sebenarnya, saya dah beli tiket SkyBus ni awal-awal dah. Skybus ni sebahagian dari kumpulan Air Asia. Dan pick-up point di One Utama dan juga dari KL Sentral.

Kali ni, trip kami ni kami nak santai-santai je. Relaks. Yang penting nak massage setiap hari hehe. Jadi sebab flight awal pada jam 7.00am, tak mahu rushing-rushing kan. So beli tiket dari One Utama untuk bas pertama pukul 3.00am.

Sabtu malam tu, memang tidur rumah mak ayah di PJ. Nanti adik akan hantar ke One Utama. Suami mengantuk, jadi suruh dia tidur dulu. Saya takut tak terjaga, jadi decide tak mahu tidur. Plan jam 1.00am mandi dan solat dan terus gerak ke One Utama jam 2.15am.

Kejut suami jam 1.30am. Dia mandi dan bersiap. Kejut adik pulak. Alhamdulillah dia boleh bangun. So, semua dah siap, jom gerak ke One Utama.

Pagi-pagi macam ni,memang takde kereta sangatlah kan. Tak sampai 10 minit dah tiba. Dok tunggu kat New Wing.

Tapi tak nampak pun basnya. Masih relaks lagi, konon banyak masa kan. Dah sampai 2.50am, basnya takde lagi. So, suami turun kereta, pergi tanya kat pengawal keselamatan.

Rupanya kami dah SALAH TEMPAT! Bukan kat bus stop yang betul-betul sebelah New Wing tu. Kena masuk kat Open Carpark One Utama tu.

Dah menggelabah dah ni. So, adik terus drive ke kawasan open carpark tu. Eh, gelap je. Mana basnya?

Masuk dalam lagi sebab nampak ada kereta lain kat depan. Cuba ikut, tapi tiba-tiba hilang terus. Memang gelap kat situ. Ternampak ada guard kat Tower. So tanya dia. Dia tunjuklah, tapi kan gelap. Redah aje.

Klunya, ikut signboard KELUAR. Sebab Skybus ni kat Ground Floor New Wing. Tricky sikit, so kalau nak naik bas tu, datang setengah jam awal.

Yang bestnya, dah nampak dah bus, tapi jalan keluar tak jumpa. Haha bila ingatkan kembali, bolehlah gelak. Tapi masa tu, cuaknya la hai. Adik pusing-pusing dapat jumpa jalan keluar.

TAPI, bas jam 3.00am dah BERTOLAK. Eiii bencinya. Lewat 3 minit je. Patutlah, masa tersekat tu, nampak dah basnya, by the time adik pusing, bas tu pun jalan.

Bila tanya di kaunter, bas jam 4.00am nanti. Dia kata "Sempat kak. Bas pukul 4.00am tiba KLIA2 jam 5.00am. Flight jam 7.00am sempat."

Aduh, geram dengar. Kami ni dahlah dah bawak turun bag. Adik pun dah bergerak. Nasib baik dia perasan kami lambai-lambai. Saya buat keputusan untuk ke Paradigm Mall. Naik bas Aerobus. Bas gerak pukul 3.30am.

Apalagi, adik pun pecutlah. 5 minit je dah sampai. So terus beli tiket Aerobus. Burn tiket SkyBus tu.

Dapat naik bas 3.30am. Dab tiba di KLIA2 jam 4.10am. Tak tahulah laju atau tidak, tapi rasanya biasa aje. Kami berdua bantai tidur dalam bas. Bas gerak je terus lelap. Kerusi selesa. Air-cond okay. Penumpang pun tak ramai, so berbaloilah naik bas ke KLIA2.

Tapi memang kalut gila pagi-pagi tu. Tapi dapatlah sampai awal di KLIA2. 

Kenapa nak sampai awal di KLIA2?

Sebab ini pertama kali ke sana. Tak familiar. So tak mahu menggelabah tak nak panik nanti rosak plan nanti stress. But, berbaloilah tiba awal. Memang enjoy KLIA2 ni, macam-macam kedai ada.

Tiket bas SkyBus MAHAL okay. RM14.50 seorang sehala. Burn RM29.00 tu.

Tiket Aerobus cuma RM10.00 seorang sehala. Ini harga di kaunter. Kalau online cuma RM9.00 seorang sehala sahaja.

Jadual perjalanan SKYBUS One Utama - KLIA2, boleh klik sini.

Jadual perjalanan AEROBUS Paradigm Mall - KLIA2, boleh klik sini.

PERBELANJAAN:

Tiket Bas (One Utama - KLIA2) - RM29.00/2 pax
Tiket Bas (Paradigm - KLIA2) - RM20.00/pax

TOTAL - RM49.00

28 October 2015

REVIEW : BUAT BAIK ITU PERCUMA


BUAT BAIK ITU PERCUMA 
********************* 

Lamanya saya tidak menulis. Rasa seperti tiada apa mahu dikongsi. Rasa biasa-biasa aje. 

Tetapi terbaca perkongsian tahun lepas pada tarikh yang sama. Guru Public Speaking saya iaitu Dato' @roslanabhamid menulis, Buat Baik Itu Percuma. 

Mudahnya la hai. Percuma. Tanpa bayaran. Percuma itu saya suka hehe. 

Sebenarnya, nak cakap. Pin tudung ni comel sangat. Sebab Volkswagen Beetle. Dan sebab ianya PINK. 

Saya beli di @ukhtyslounge Kota Damansara. Saloon patuh syariah di Kota Damansara. Lepas treatment rambut, ternampak pin ini. 

Saya suka salon ini sebab ianya benar-benar patuh syariah. Tiada lelaki dibenarkan masuk. Urusniaga adalah sebelum atau selepas waktu solat. Tiada urusan semasa waktu solat sebab ianya di dalam kawasan Masjid Kota Damansara. 

Telefon atau whatsapp mereka di talian 013-240-7288 / 012-4677-288. FB Page Uktyslounge. Instagram @ukhtyslounge.

16 October 2015

CUTI KRABI : Cara Mudah Mengira Tukaran Wang Semasa Membeli-Belah di Krabi

Dalam post saya yang lepas, ada saya ceritakan persediaan wajib sebelum melancong ke Krabi.

Yelah kan, sebelum ni kalau 1,000Baht, senang je nak convert iaitu hanya RM100.00 je kan.

Tapi sekarang ni jadi susah sikit, sebab dah naik duit baht ni.

Roughly, 100baht dalam RM12.50 la, senang kira.

Tapi kertas ni perlu ada untuk saya sebab nak kena beringat especially masa shopping dan makan. Hehe.


Saya start dengan 5Baht. Tak perlu pun takpe, ikut suka. Sebab barang paling murah saya beli adalah 16Baht. Iaitu air mineral besar tu. So bila tengok kat jadual ni, takdekan 16Baht. Tapi ada 15Baht. Harga air tu lebih kurang RM2.00 la.

Saya banyak gunakan kertas ni kat pasar malam. Nak tahu berbaloi atau tidak.

Untuk cenderamata, saya dah siap-siapkan bajet. Lebih kurang macam ni saya tulis.


T-shirt Krabi : 

100Baht x 6 pcs dewasa
*Note: Buy 10 free 1(maybe)

Fridge magnet :

60Baht/6pcs x 5bag
*Note: Need 30pcs - office 20, misc 10


Pouch krabi (small):

100Baht/5pcs x 2bag
*Note: Ladies 5, misc 5

Bag Kain Krabi (small):


160Baht/1pcs x 3bag
*Note: Me 1, Niece 1, sis 1

Bag (medium)


300Baht/1pcs x 2bag
*Note: Moms 2

So dari sini dah dapat bajet untuk souvenirs.

Dalam Itinirerary nanti, kat Night Market, siap-siap tulis Bajet for Night Market is 2,500Baht. Then asingkan terus duit untuk ke Night Market. 

Kenapa saya asingkan duit? Hehe knowing me, ada kemungkinan untuk bershopping melebihi bajet nanti.

So senjata melawan nafsu di Night Market adalah:

1. Convertion Rate
2. Bajet

Memang menjadi plan saya ni. Bajet tu siap berlebih-lebih. Dan yang bestnya, makanan dah termasuk. Maknanya saya berbelanja untuk cenderahati adalah kurang dari bajet. Yeay!

Suka sangat.

Makanan malam tu yang kami beli adalah:

1. Pancake Banana Chocolate
2. Sangkaya (Coconut Ice cream with chocolate and nut)
3. Nasi kerabu
4. Phad Thai
5. Otak-otak pulut
6. Mango Shake
7. Lemon Soda

Ada entry khas untuk Night Market ini insyaallah.

12 October 2015

CUTI KRABI : Persediaan Wajib Sebelum Melancong Ke KRABI.

Teks : Saudah Salleh

1. Passport


Kena pastikan passport masih lagi dalam tempoh. Sekurang-kurangnya 6 bulan. Kalau kurang 6 bulan, kena pergi renew.

Saya renew di Jabatan Imigresen Cawangan Kelana Jaya. Mungkin tempat lain berbeza sedikit.

a) Untuk yang pernah ada passport.

- cuma perlu bawa passport lama dengan IC. Pastu, bawak pen sebab ada borang perlu diisikan.

b) Untuk yang memohon buat kali pertama

- lagi senang. Bawa IC dan pen je.


Tips di Jabatan Imigresen Cawangan Kelana Jaya:-

- datang selain dari Sabtu Ahad sebab ramai orang. Kami datang hari Jumaat. Mula beratur jam 7.25am. Dapat nombor 30 dan 31. Siap urusan pembaharuan pada jam 9.00am. So tiba office jam 9.30am. Satu slip akan diberi. Simpan elok-elok sebab slip akan digunakan semasa mengambil passport.

- hari Sabtu kami hanya perlu ambil passport sahaja. Tak perlu beratur ambil nombor. Pergi ke kaunter 1 dan 2, serahkan slip kepada pegawai. Dalam 5-10 minit dah siap.

2. Tiket Kapalterbang

Hanya AirAsia sahaja yang fly ke Krabi. Dan macam biasa, lagi awal kita beli tiket, lagi murah.

Kami beli in May 2015. Mula-mula hanya beli tiket sahaja. Takde tambah makanan, baggage, seat ke. Hanya tiket je.

Tapi saya rasa, tips ni tak berapa sesuai untuk saya. Untuk saya sahaja. Sebab bila dah nak terbang, baru add-on makanan dan baggage dan seat, rasa macam bajet dah lari. Haha. 

Stail saya. Bulan Mei bayar tiket. Julai book hotel. Jadi Ogos September boleh bajet untuk belanja.

So buatlah memana yang sesuai. Sesuai untuk saya, tak semestinya sesuai untuk uolls kan...

Total tiket adalah RM360.00. Untuk seorang adalah RM180.00. Sebenarnya saya tersilap. Saya bayar guna kad kredit. Jadi ada tambahan caj. Rasanya RM16.00 seorang kot. Nanti saya update detail ya.

Tapi ini belum tambah bag dan makanan. Saya ambil check-in baggage masa balik dan makanan untuk pergi dan balik. Masa pergi, beli Nasi Lemak Pak Nasser untuk kami berdua. Balik, saya beli Uncle Chin's Chicken Rice dan untuk suami, saya belikan Bukhara Briyani.

Total semua adalah RM453.16.

3. Hotel

Ha...yang ni masalah buat saya. Memang tahu kena carik hotel dekat dengan McD supaya dekat dengan kawasan pantai. Kalau di kawasan masjid Ao Nang tu mudah cari makanan. Kalau kawasan pantai tu, happening sikit malam-malam.

Saya ni pulak blur. Search blog semua, last-last too many information jadi pening. Saya pun decide book Haleeva Sunshine. Based on Kak Filla punya review.

Murahlah sebab dua malam cuma RM176.40. Agaknya ada lagi murah tapi sebab dah blur, book jelah hotel ni.

Tapi memang bestlah sebab dengar azan. Makan pun senang. Bilik pun okay. Toilet pun okay ada getah paip kat toilet bowl. Hahaha.

Cuma cuma...jauh nak ke happening area tu. Kalau sampai McD tu larat lagilah nak jalan. Kalau ke pantai, baik naik tuk-tuk atau sewa motor. Kalau larat, jalanlah kaki.

4. Wang Belanja

Yang ni memang kena buat. Sebab tukaran wang kan ringgit malaysia jatuh. So tak mahulah overspent dan kena tukar pulak kat sana.

Ada dua perkara yang saya buat untuk trip ini *sebab ini kan pertama kali bergerak sendiri tanpa tourist guide.

a) Itinerary atau Jadual Perjalanan

- kat sini buatkan sangat detail. Sebab kita nak buat bajet sekali, so mudahlah kalau kita rancang pergerakan kita. Contoh, hari pertama. Tiba Krabi 7.25am. Transfer ke hotel - Haleeva Sunshine. Teksi 600THB/Bas 150THB per pax. Breakfast - area masjid 500THB. Lunch Bangboo/Salameeyah/Masjid 500THB. Very detail. Lebih duit takpe, boleh shopping hehe.
- sebab flight kami jam 7.00 pagi, maka itinerary bermula dari sabtu lagi. Sebab kami tidur rumah mak ayah, senang adik nak hantar ke Paradigm Mall/One Utama.
- masukkan juga nama-nama travel agent ke, nama tempat ke, nama makanan yang harus dicuba, letakkan juga harga. Jadi dari sini kita boleh buat bajet dah.
- nanti saya uploadkan itinerary yang saya buat untuk rujukan dan panduan.

b) Kertas Conversion Tukaran wang

- sebelum ni, senang nak kira. Macam kalau pakej Phi Phi Island harga 1,000 THB, maknanya RM100.00 je.
- sekarang ni, setiap 100THB, matawang Malaysia adalah RM12.20 atau RM12.25.
- kalau terror arithmetic, bolehlah congak dalam kepala. Kalau tengah stress ke lapar ke, tengah excited nak beli souvenir ke, kadang kita lupa atau salah kira.
- so, ini sangat memudahkan kita untuk terus dapat harga dalam Ringgit Malaysia.
- yang ni saya baca kat blog Kak Red. Memang mudahlah masa awal-awal sementara nak sesuaikan diri di sana. Buat dalam excel. Nanti saya masukkan untuk panduan.

5. Packing List

Senang juga. Takde tertinggal. Untuk pakaian senang je. Yang selalu terlupa adalah charger, sunblock, ubat, minyak-minyak, travel adapter dan extention. Passport pun ada jugak yang tertinggal.Ini sebabnya saya ada senarai. Senang nak ingat. Saya masukkan juga nanti.

Bila ada semua ini, rasa relaks sikitlah. Rasa bersedia. Rasa takde barang tertinggal. Bolehlah enjoy holiday.

10 October 2015

CUTI KRABI : Impian Kami Ke KRABI Telah Tercapai! Tapi BAJET kami lari...



Impian Kami Ke KRABI Telah Tercapai! Tarikh 4 - 6 Oktober 2015.

Alhamdulillah. Impian kami berdua telah tercapai.

Dan kami uruskan semuanya sendiri. Hahaha itu pun nak kecoh kan? Sebenarnya saya tak pernah travel sendiri. Biasanya semua diuruskan oleh travel agent. So kita dah tak payah nak fikir apa sangat. Sediakan duit. Siapkan bag pakaian dan tukar duit je.

Tapi kali ni memang teruja, sebab first time bergerak sendiri. Kalau dengan travel agent kan kena ikut masa dan jadual mereka. Okay je cuma kadang pergi tempat yang tak kena dengan kitalah, makanan/kedai yang dipilih tak kena selera lah.

Kali ni, memang totally my plan. Tambahan pulak ini penerbangan antarabangsa, lagilah perancangan teliti perlu dibuat.

Best jugak susun sendiri jadual. Pening nak pilih tarikh dan harga pulak mestilah yang terendah. Lepas dah dapat tarikh, kena carik hotel pulak. Then, rancang aktiviti yang best.

Paling penting adalah bajet semasa penyediaan perancangan ini.

Kali ini, Ringgit Malaysia kan lebih rendah dari Thai Baht, so memang terasa la perbezaan harga dan belanja kita pulak makin bertambah.

Masa saya tukar di Midvalley, tarikh 27 September 2015, 100 THB bersamaan dengan RM12.20. Nampak tak beza sampai dua ringgit lebih untuk seratus baht. Sebelum ni senang aje. Lebih kurang 100THB, macam RM10.00 aje.


100THB = RM12.20 @ 27.09.2015



Saya tukar hanya 5,000THB je. Jadi jumlah duit Malaysia adalah RM610.00.

Saya ingat cukuplah kan. Tiket kapalterbang dah bayar, hotel pun dah bayar. Cuma untuk pengangkutan dan makan minum serta aktiviti dan cenderahati.

Balik dari Midvalley, saya pun buat kira-kira. Itinerary kata orangputih. Jadi senang nak masukkan bajet.

Sekali tengok, TAK CUKUP. Satu hari, belanja dalam 5,000 THB. Maknanya duit yang saya tukar tu, cukup untuk hari Ahad 4 Oktober tu je. Hahaha.

Dan lagi satu, saya ingat saya dah bayar duit hotel, rupanya BELUM. Book sahaja rupanya. Dahlah harganya 1,440THB. Kena pulak ringgit jatuh, naiklah sikit harga hotel tu.

Jumlah bajet untuk 3 hari 2 malam di Krabi dalam 15,000 THB. Tapi sebab ada aktiviti yang saya buang, sebab ramalan cuaca, jadi ada pengurangan belanja dalam 3,000 THB. So final total adalah 12,000 THB. Saya kekurangan 7,000 THB lagi.

Kemudian, saya tukar lagi tapi kali ini adik tolong tukarkan sebab saya tak sempat. Tukar  di Ampang Park pada 2 Oktober 2015. Lagi parah sebab ringgit jatuh lagi.


100THB = RM12.25 @ 02.10.2015


Memang bengang la. Kena tambah RM3.50 lagi berbanding harga tukaran minggu lepas. Hai...nasiblah. 

Jadi jumlah bajet saya adalah


12,000THB = RM 1,467.50


Duit Malaysia pun saya bawak, dalam RM200.00. Sebab nanti kat airport nak makanlah, nak beli baranglah, so siap-siapkan aje.

Lari bajet jugaklah dalam 300 ringgit tapi takpelah. Just enjoy je. Nak stress pun tak bagus.

Nanti saya sambung lagi.

02 October 2015

Nana-Korobi, Ya-Oki




Saya peminat Vincci. Suka sangat dengan kasut dan beg tangan mereka. 

Kawan beritahu, ada SALE Vincci. Sebab dekat dengan pejabat dan ada kawan mengajak, saya pun bersetuju. 

Tepat-tepat jam 12.31pm, kami keluar. Wazekan alamat, hanya 20 minit sahaja. "Wah, ini sudah bagus." 

Memang tiba 20 minit kemudian, tapi hanya di penghujung jalan sahaja. Hahaha.

Tapi dapat park kereta di tepi jalan tu. Cepat-cepat keluarlah dan berjalan ke sana. 

Baru 100 meter, ada puan yang baik hati beritahu, disebabkan terlalu ramai pengunjung, maka ditutup sementara sale itu sehingga esok. 

So, kami pun patah balik. Sempat beli nasi putih berlaukkan sotong tepung dan sambal telur puyuh. 

Tapi, nak keluar dari kawasan Glenmarie tu, ambil masa 1 jam! Semua jalan keluar sesak sampai tak bergerak. 

Saya ambil keputusan, balik pejabat ikut NKVE. Mudah dan cepat. 

Kami plan nak ke sana pada esoknya. Semangat dah ni, nak beratur jam 8.30pagi. Sebab ada adik tu kata, dia beratur dari jam 9.30pagi, tapi dapat masuk jam 12.00pm. Pergh... 

Last-last, petang ni cancel sebab dapat sms. 

RM0.00 Vincci: 
With deep regret we inform you that the 
Vincci Warehouse Sales will be CANCELLED 
on 03 & 04 Oct 2015 due to safety reasons. 

Pengajarannya, bila kita fokus untuk buat sesuatu, kita buat tanpa nanti. 

Sharp 12.31pm je terus gerak. 

Kalau ada halangan, siap boleh ada Plan B to Z lagi. 

"Nana-Korobi, Ya-Oki" 

Fall Seven time, Get Up Eight. 

Betul kan Tuan Shuhairy Norhisham? 


FB:Rahim Auto

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign