Tinta Si Isteri Mekanik: November 2015

28 November 2015

INSTITUTIONALISING FOR LONG TERM SUCCESS



INSTITUTIONALISING FOR LONG TERM SUCCESS **************************************** 

Dalam kelas Ibu Hanim, setiap awal sesi, akan ada recap dari kelas sebelumnya. 

Supaya kawan-kawan yang tidak hadir kelas sebelumnya boleh faham sedikit apa yang dipelajari. 

Ilmu Ibu yang kami pelajari ni sangat praktikal. 

Boleh terus apply dalam bisnes atau jawatan kita. 

Saya cuma share, bila dah ada VISI dan MISI, jalan bisnes kita semakin jelas. Kita dah nampak, guna PLUS Highway nak pergi Alor Setar. Tak lalu LPT. Tak menyimpang mana-mana. Hehe. 

Hari ni kelas Institutionalizing Organization. Macam mana kita nak sustain lama. Bertahan sampai 5 generasi. Insyaallah. Ameen. 

Like FB Rahim Auto untuk tips penjagaan kereta.

25 November 2015

CUTI KRABI : Kami Rancang Tapi Kami Tak Buat Pun Tapi Kami Tak Menyesal..

Yang ni memang kelakar. Lain yang kami rancang, lain yang kami buat. Konon nak experience, tapi keselesaan yang kami pilih.

Apa yang kami rancang tapi kami tak buat pun, tapi kami tak menyesal.

1) Rancang naik bas je.

Tapi bila depan kaunter, suami kata "Kita naik teksi je lah. Senang dan cepat."

Saya okay je sebab yang mengangkat bag adalah suami, so biar dia aje yang buat keputusan.

Walhal, masa plan, kita jimatkan belanja supaya boleh spend kat souvenir dan massage dan makan. Hahaha.


Ini kaunter teksi dan bas. Keluar je dari pintu arrival, dah terus nampak kaunter ni. Airport Krabi ni tak besar mana pun, memang macam Airport Alor Setar je. Skypark lagi lawa lah.

So, kami naik teksi. Tapi yang kelakar, rancangan mengejut ni pulak, mengejutkan kami.

Sebab, bukan teksi, tapi VAN! Besar giler untuk kami berdua aje. Kalau reramai takpelah naik van ni. Tapi kami tak kisah. sebab dapat experience ni.

Tengoklah tu, sikit punya besar 'teksi' kami. Tapi selesa sangat. Yang penting, air-cond kuat. Takde bau pelik-pelik. Luas pemandangan sebab besar.


Di kaunter tadi, mereka dah tanya hotel mana yang kita book, jadi driver akan terus hantar ke hotel.



Settle tentang teksi, kami menuju ke luar airport. Tapi berhenti lagi, sebab nak beli simkad Thai. 




2) Rancang tak nak beli Data

Beli jugak akhirnya. 


Memang tahu WiFi memang ada dan banyak kedai offer free WiFi, tapi beli jugak sebab murah.


Untuk 3 hari, 500Mb Internet hanya 150 Baht sahaja (RM18.35). Dan keputusan ini bagus sebab WiFi kat bilik adalah sendu.



Dan 500Mb tu cukup sebab kat tempat makan dan massage, saya guna WiFi kedai. Hanya kat bilik je sendu.



Semua setup akan dibuat oleh seller. Kita cuma bagi phone, bayar dan tunggu dalam 10 minit untuk setting. Lepas tu siap dah.



Driver kami sabar je menunggu. Siap angkat bag dan parking teksi depan-depan pintu airport tu. Hehe.



Perjalanan ke Ao Nang hanya ambil masa dalam 30 minit la. Suasana kampung memang nampaklah kat Krabi ni. Macam kat Muar, macam kat Alor Setar gitu. Banyak kebun getah dan kelapa sawit. Nenas pun ada jugak. Lagi satu, banyak bukit batu kapur kat sini.



Tetiba, teksi ni berhenti kat satu tempat. Dia kata nak buat report pada company dia la. Tapi kan dah buat research, memang akan berhenti kat tour agent. 



Tapi driver kata tak payah turun. Tunggu je dalam teksi sebab dia je kena buat report. Then ada satu lady datang ke van. Dok tanya kita duduk hotel mana. Ada buat booking island hopping ke? Kalau nak dia bantu, dia boleh book kan.



Saya jawab, "Oh dah buat booking lama dah dari KL lagi." Hehe terus senyap dan cakap thank you.




3) Rancang nak tidur kat Hotel kalau dapat bilik

Sampai hotel, memang driver turunkan di depan hotel. Kami rancang, dapat masuk bilik terus, tapi rancangan tak menjadi lagi. Aduh.. dahlah mengantuk sebab dapat tidur dalam bas sekejap dengan dalam flight pun sekejap aje.



So, tinggalkan bag dan start jalan kaki menuju ke Ao Nang. Kami book di Haleeva Sunshine, dekat area Masjid Ao Nang. Sebab utama adalah mudah untuk makan di kawasan ini. Memang betul pun, sebab area pantai tu kena hati-hati sikit. Cuma kat area pancake Yaminlah tu adalah gerai-gerai halal.



Target nak cari transport ke Night Market Krabi Town. Hanya ada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad malam sahaja. Tak berani naik motor sebab jauh dan tak tahu jalan. Malas nak sesakkan fikiran cari jalan. Hehe mahu relaks aje kali ini.



So, jalan-jalan lebih kurang 1 km, terjumpa tour agent ni. Pakai tudung kecil molek orangnya. Pandai cakap melayu jugaklah. Senyum aje.



Tanya pasal Night Market Krabi Town. Dia bukak harga 350THB. Dua orang dah 700THB tapi dia bagi 650THB. Uish mahalnya, jadi saya pun tawar. Dapatlah 200THB x 2 orang = 400THB.


Ini agentnya. Kecik je booth dia. Pesan beliau, jam 6 petang, tunggu di lobby hotel. Nanti ada driver datang ambil dengan van. Okaylah, dah settle tentang Night Market Krabi Town. Ingat nak survey Elephant Ride, tapi penat tak tidur, so malas nak fikir.



3) Rancang nak rehat je.

Patah balik ke hotel. Menapak lagi. Pastu, nampak Rumah Urut ni. Hehehe. 




Dia jemput kami masuk dan massage. Saje tanya urut kaki berapa? Refleksologi hanya 250THB untuk 1 jam. Suami kata jomlah sebab nak tunggu bilik lama lagi. Masa tu baru jam 9.30 pagi, so setujulah.



Just cuba dulu urut kaki, kalau okay, baru kita urut satu badan. Kami memang allocate bajet besar untuk massage ni, sebab kami tak pergi Island Hopping. Masa tengok ramalan cuaca, katanya Krabi akan hujan lebat masa ni, so taknaklah redah lautan masa hujan. Just nak Elephant Ride je.




Akak ni urut suami. Agak berumur tapi kuat betul. Untuk saya, yang muda so urutannya pun tak lah kuat sangat. Suasana Ruen Sukhotai Massage ni sangat best, teringat kat Alammi Spa Concorde Hotel yang selalu saya pergi. 



Ruen Sukhotai Massage ni di kawasan Mc Donald, betul betul sebelah White Sands Krabi Resort, memang akan perasanlah pusat urut ni.



Masa urut ni, suami saya siap tertidur-tidur. Berdengkur lagi. Awek-awek ni gelak je tengok kami tidur. Kejap-kejap dia tanya, "Sir, okay masage? Hard okay?" Suami jawab, "Okay good."



Habis massage dalam jam 10.45 pagi gitu, so kami pun jalan balik ke hotel. Sebab bilik tak dapat masuk lagi, lepak je kat lobby. Charge handphone sambil WiFi. 



Kat lobby, boleh buat air panas macam teh dan kopi. Buatlah berapa banyak pun, diorang tak kisah. Cuma dah orang bagi free, silalah jaga kebersihan. Buang cawan kertas tu bila dah habis minum.



Dalam jam 12.30tengahari, barulah bilik settle dan boleh naik atas. Dah tahu, hotel ni takde lift, dapat lak tingkat 3, memang sedaplah menapak. Tapi okay je sebab suami yang angkat bag, saya cuma bawak bagpack je.



Masuk bilik, terus melepek. Bilik okaylah, for only RM175.00/2 malam, as long as it is clean, I am okay. 



Lepas tu, tidurlah apalagi. Waktu ni Zohor dah masuk dan dapat dengar azan sebab masjid cuma 300 meter je dari hotel.



Dah petang sikit, bangun dan mandi. Sesiap nak pergi lunch. Rasanya dalam jam 3.00 petang kot. Takut terlajak tidur kan, nanti terlepas pulak ride ke Night Market Krabi Town jam 6.00 petang.



Panas waktu petang tu, so malas nak gi jejauh, kami ke BangBoo Restaurant kat sebelah hotel. Makan nasi goreng dengan teh ais dan mango juice. Mahal giler la, sebab nasi goreng je dalam RM20.00 satu, air teh ais dalam RM5.00, mango juice dalam RM7.00. Bayar masa ni dekat 500THB. Pergh...tapi sebab malas nak gi pantai Ao Nang, redha ajelah.



Sebab panas, kami cecepat masuk bilik hehe. Tunggu pukul 6.00 nak ke pasar malam.



Rancang lain, buat lain. Tapi kami okay sebab datang Krabi nak relaks.

20 November 2015

OhBulan.com ambik artikel kita!

2 tahun yang lalu, saya membuat keputusan untuk belajar menulis. Iya, belajar menulis dengan betul.

Kenapa nak belajar tulis dengan betul? Tak pandai tulis ke?

Memang saya tak pandai menulis. Menulis karangan yang mempunyai tujuan. Menulis untuk memberikan manfaat kepada pembaca. Dan salah satu kelemahan saya adalah bahasa melayu.

Sebenarnya saya boleh menulis. Tapi tanpa tujuan. Tulis just sebab nak tulis. Konon boleh jadi memori la kan. Atau tulis sebab nak update blog. Asalkan tulis dan blog ada entri baru.

Kalau tengok dan belek entri saya dari tahun saya mula menulis di blog, iaitu tahun 2009, saya macam "ish...teruknya." Main belasah je tulis. Kejap English, kejap Melayu. Kelakar bila baca, tapi malu ar bila fikirkan ada orang baca. Hehe.

Apabila saya mengakui yang saya tak pandai menulis dengan baik, Allah menghantar bantuan melalui Facebook. Hehe FB menjadi kawan saya.

Saya mula mengikuti dan mengekori rapat 2 guru bahasa saya. 

Guru yang pertama adalah Dato' Roslan Ab Hamid. Beliau digelar Jutawan Perkataan dan ia sememangnya tepat sebab saya berjaya menambah perbendaharaan kata saya.

Guru kedua adalah Puan Ainon Mohd. Pengasas PTS Media Group. Semasa saya di universiti, kami gunakan buku hasil tulisan Puan Ainon untuk rujukan. Pasal Edward De Bono kot.

Kedua-dua mentor ini, bahasanya alahai. Sedap bila dibaca. Menarik kontennya. Mudah difahami. Tambah lagi Dato' Roslan. Siap ada peribahasa. Yang saya memang tak tahu. Cabarannya cuma bila Dato' gunakan bahasa aras tinggi, kena baca 2-3 kali untuk faham.

Kemudian, saya mula mengorak langkah. Cuba untuk tiruvasi gaya penulisan mentor-mentor ini. Tapi masih tiada haluan.

Allah temukan saya pula dengan Zaila, seorang Guru Online bagi Akademi Bekerja Dari Rumah. Masa tu, apa yang buat saya ingin belajar dari Zaila adalah bukan untuk bisnes. Saya cuma nak belajar cara dan teknik menulis. 

Sebab itu kelemahan saya. Sikit-sikit saya dah tahu asasnya. Contoh menulis dalam bahasa mudah tanpa jargon. Setiap para tidak melebihi 5 baris.

Walaupun kami berniaga dengan membuka bengkel automotif, tapi saya fokuskan dahulu kepada teknik menulis. Bila belajar asas, nanti senanglah nak tulis apa pun. Cewah..berangan jugaklah sikit.

Labur duit untuk ilmu penulisan dalam tahun 2013. Kelas dia melalui online sahaja. Tak payah drive dan parking dan masuk kelas. Semuanya depan komputer je. Senang. Tapi homework tetappp ada hehe.

No pressure here. Semua pun boleh join. Semua tu samada you bekerja full-time atau work-at-home. Cuma ikut je struktur yang Zaila beri dan buat homework.



Writing is an exploration. 
You start from nothing 
and learn as you go.



Then 2014 belajar dengan Dato' Roslan melalui Pra Pulau Jutawan. Puan Ainon belajar tentang ilmu pengurusan bisnes.

2015, saya melabur pula dalam Public Speaking Mastery, program eksklusif Dato' Roslan yang mempunyai 3 siri. Saya perlukan ilmu ini sebab saya nervous bila nak bercakap dengan audiens yang ramai. 

Kalau dalam kelas yang ramai, nak tanya soalan pun menggigil-gigil. Berdebar-debar gila. So saya nak atasi rasa takut ni. 

Tapi kelas ni best giler, sebab ada satu aktiviti ni memang buat kita macam "I did this. So i can do almost everything with plans and better execution." Memang best feeling 'terbang tinggi' tu.

Mid 2015, ada lagi satu program yang saya join lagi, iaitu Public Leadership Mastery. Join sebab Public Speaking Mastery dah habis. Lagipun saya perlu Leadership Training sebab saya sangat tak pandai nak lead the team.

Dan yang menariknya, Puan Faridah Hanim Haron adalah Trainer untuk Petronas selama 20 tahun dan beliau adalah di dalam golongan Top 1% Performer di Petronas.

Bayangkan kehebatan beliau dengan menjadi salah seorang Performer terbaik dari 47,000 staf Petronas! Wow. 

Masa kelas 14-15 Nov 2015, tajuknya Creating The Line of Sight. Masa ni belajar tentang Visi, Misi, Corporate Agenda, Roadmap, SWOT, TOWS. Banyaklah. Then kena applied terus dengan buat untuk company kita.

Kenapa kena buat ni semua? Supaya kita jelas mana kita nak pergi, apa kita nak capai, apa kena buat, macam mana nak buat. Semualah tentang bisnes.

And for the first time, everything is completed for Rahim Auto. Kami tahu 10 tahun akan datang, Rahim Auto adalah apa. Sebelum ni, kalau orang tanya, "Rahim Auto nak jadi apa?", kami tak tahu nak jawab apa. But now, we know already. Yeay.

Macam banyak je kan kelas yang saya join? Hehe. 

Dan hasil dari pembelajaran berterusan, sangatlah berbaloi.

Kami menulis satu artikel dan ianya telah viral. Sehingga hari ini (20.11.2015), ianya telah di view seramai 584,000 orang. Dan telah dikongsi oleh 5,700 orang. Wow.

Ianya sangat Wow untuk kami. Anjakan paradigma untuk bisnes kami. Titik permulaan hasil pembelajaran dan TINDAKAN kami.


Learn what is true 
in order to do 
what is right.



Terima kasih kepada semua yang membantu dan menyokong perjuangan kami. 

Dan ini lah artikel yang disiarkan oleh OhBulan.Com dalam segmen Gaya Hidup.






17 November 2015

Surat buat Ibu Hanim

Surat buat Ibu Hanim
************************* 

Assalamualaikum Ibu. 

Great morning today. Ibu. 

Just nak share dengan Ibu. 
Your ilmu/class was very powerful Ibu. 

Before this, memang ada peta. 
Ingat dah okay dah sebab ada peta. 

Rupanya, 
peta kami kosong Ibu. 
Hahaha. 

Patutlah kami tak sampai-sampai ke destinasi. 
Asyik sesat aje. 

Kelas Creating Line of Insight ini mengisi ruangan kosong di: 
VISI 
MISI 
CORPORATE AGENDA 
SWOT 
TOWS 
BALANCE SCORECARD 
KPI 

Haaa penuh terus peta jalan Rahim Auto 

Menariknya, CA kami sehingga 2017 adalah 
"To be the trusted automotive workshop in Selangor." 

Dan bila kita jelas dan spesifik dengan hala tuju bisnes, 
Law of Attraction mula bertindak. 

Kami buat satu entri tentang banjir dan 3 tips di FB PAGE RAHIM AUTO. 

Lepas 1 jam, dah 2 ribu view. 

Pagi ni, sehingga jam 8.30am, dah hampir 90 ribu views dan 1,200 shares Ibu. 

Masya Allah Tabarakallah. 

Seronoknya Odah Ibu. Alhamdulillah. 

Terima kasih Ibu. 

Odah doakan 
Allah berkati Ibu, Abah, Haziq dan Along (sorry lupa nama princess Ibu), 
kurniakan kebahagiaan, 
kesihatan, kekayaan dan kejayaan 
buat Ibu sekeluarga. 

Ini pula untuk kawan-kawan Odah yang dihormati. 

Kawan-kawan, next class Ibu adalah 
pada 28 dan 29 November 2015 ini di MPWS Bangi. 

Kelas Institutional Capability ini 
adalah untuk mendapatkan RESEPI terbaik 
untuk MEMANJANGKAN HAYAT BISNES kita. 

Ini antara soalan yang perlu kita sebagai owner bisnes jawab. 

● Ingin business anda bertahan lama? 

● Ingin kekal teguh walaupun kehilangan pekerja mahir? 

● Ingin membuka cawangan atau franchise/ licencing? 

● Mahu belajar cara mengukur tahap kekuatan capability business kita? 

● Ingin automate kan business kita? 

Kalau ada soalan yang kita jawab YA, boleh rujuk www.facebook.com/AnnemsLeadershipSolution 

#ibuhanimnov2015

12 November 2015

REVIEW : ZAWARA COFFEE, BUKIT JELUTONG



Kafe hipster sekarang tengah "in". Dah beberapa kali balik dari Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong, asyik cakap pada husband, "Nanti kita makan kat sini ya, yang."

Jadi,

Husband yang baik 
adalah 
yang belanja isterinya makan. 
Hahaha


Saje je melawak. Kami berdua memang suka makan. Husband pun game je bila ajak try out new place.

Sebenarnya, dah 2 kali kami pergi selepas office hour. Tapi PENUH GILER PARKING! KAli ke-3 baru dapat parking. Memang hot arealah sini. Ini belum semuanya fully occupied. Lepas ni memang boom lah kat sini.

Kami masuk-masuk je, adik-adik manis dok ucap "Welcome to Zawara." Sahut menyahut antara mereka. Dah rasa macam kedai franchise yang international macam Starbucks, Chatime.

Bila disapa sebegini rupa, kita jadi seronok dan selesa di Zawara Coffee ni. Rasa dihargai betul. Takdelah tercongok, terpinga-pinga nak buat apa. And they were very helpful kalau nampak kita tak tahu nak buat apa. Thumbs up Zawara Coffee Bukit Jelutong staff.

Kat sini banyak pilihan tempat duduk. Luar ada, sesuai untuk smokers dan vapers. Siap ada bench lagi macam piknik kat taman tu. Then belah dalam memang luas. Saya ingat sikit je seating area dia, rupanya belakang area kaunter pun ada.


Gambar ini dari Google. Tak perasan outlet Bukit Jelutong atau bukan.

Meja kerusi Zawara Coffee ni berasaskan kayu dan wrought iron. Berat tapi cantik. Simple je dekorasi tapi tenang dan selesa (cozy and comfy).

Lepak kejap baru order. Sebabnya check dulu instagram @zawaracoffee dan #zawaracoffee. Tak tahu nak order apa. Menunya western. Penuhi citarasa anak muda zaman ini, mahu ringkas mahu trendy. Yang lainnya ada Kacang Pool.

Jadi saya pilih Soft Shell Crab Burger. Untuk husband, pilihan Spaghetti Thai Minced Beef. Air hanya untuk husband sebab nanti saya tak habis makan, kita share sahaja. Hot Caramel Latte.

Harga makanan, kira standard la. 

Soft Shell Crab Burger - RM23.00
Spaghetti Thai Minced Beef - RM12.00
Hot Caramel Latte - RM10.00.

Sekali sekala bolehlah. Tiap-tiap hari bajet lari, balik kampung kata menteri. Haha.

Sini konsepnya SELF-Service. Just beratur dan order. Nanti akan dapat satu alat yang kami gelarkan UFO. Pegang alat ini dan bila berbunyi, pergi kaunter dan ambil pesanan. 


Sambil menunggu, bolehlah berbual, boleh ambil gambar. Jangan asyik belek telefon. Hehe. Sayalah tu.


Ini dari Google.


Ini yang saya ambil sendiri.

Siapa yang berdekatan dengan Bukit Jelutong, boleh ke Zawara Coffee untuk bersantai dan re-connect dengan yang tersayang. Kafe selesa, makanannya pun sedap. Harganya berbaloi.

p/s: Ini bukan review berbayar. Ini adalah pengalaman saya sendiri.









06 November 2015

Steve Jobs’ Last Words

Steve jobs’ Last Words 
******************

I reached the pinnacle of success in the business world. 

In others’ eyes, my life is an epitome of success. 
However, aside from work, I have little joy. 

In the end, wealth is only a fact of life that I am accustomed to. 

At this moment, lying on the sick bed and recalling my whole life, I realize that all the recognition and wealth that I took so much pride in, have paled and become meaningless in the face of impending death. 

In the darkness, I look at the green lights from the life supporting machines and hear the humming mechanical sounds, I can feel the breath of god of death drawing closer

Now I know, when we have accumulated sufficient wealth to last our lifetime, we should pursue other matters that are unrelated to wealth

Should be something that is more important: 
Perhaps relationships, perhaps art, perhaps a dream from younger days 

Non-stop pursuing of wealth will only turn a person into a twisted being, just like me. 

God gave us the senses to let us feel the love in everyone’s heart, not the illusions brought about by wealth. 

The wealth I have won in my life I cannot bring with me. 

What I can bring is only the memories precipitated by love. 

That’s the true riches which will follow you, accompany you, giving you strength and light to go on. 

Love can travel a thousand miles. 
Life has no limit. 
Go where you want to go. 
Reach the height you want to reach. 
It is all in your heart and in your hands. 

What is the most expensive bed in the world? 
Sick bed

You can employ someone 
to drive the car for you, 
make money for you 
but you cannot have someone 
to bear the sickness for you. 

Material things lost can be found. 

But there is one thing 
that can never be found 
when it is lost – Life. 

When a person goes into the operating room, 
he will realize that there is one book 
that he has yet to finish reading – Book of Healthy Life. 

Whichever stage in life we are at right now, with time, we will face the day when the curtain comes down. 

Treasure Love 
for your family, 
love for your spouse, 
love for your friends.
 Treat yourself well. 
Cherish others. 


FB:Rahim Auto

Hall Of Fame. Best Giler



Yeah, you
can be the greatest
You can be the best
You can be the King Kong banging on your chest

You can beat the world
You can beat the war
You can talk to God, go banging on his door


You can throw your hands up
You can beat the clock (yeah)
You can move a mountain
You can break rocks
You can be a master
Don't wait for luck
Dedicate yourself and you gon' find yourself


Standing in the hall of fame (yeah)
And the world's gonna know your name (yeah)
'Cause you burn with the brightest flame (yeah)
And the world's gonna know your name (yeah)
And you'll be on the walls of the hall of fame


You can go the distance
You can run the mile
You can walk straight through hell with a smile


You can be the hero
You can get the gold
Breaking all the records they thought never could be broke


Yeah, do it for your people
Do it for your pride
How are you ever gonna know if you never even try?


Do it for your country
Do it for your name
'Cause there's gonna be a day...


When you're standing in the hall of fame (yeah)
And the world's gonna know your name (yeah)
'Cause you burn with the brightest flame (yeah)
And the world's gonna know your name (yeah)
And you'll be on the walls of the hall of fame


Be a champion, be a champion, be a champion, be a champion
On the walls of the hall of fame


Be students
Be teachers
Be politicians
Be preachers
(Yeah)


Be believers
Be leaders
Be astronauts
Be champions
Be truth seekers


Be students
Be teachers
Be politicians
Be preachers


Be believers
Be leaders
Be astronauts
Be champions


Standing in the hall of fame (yeah, yeah, yeah)
And the world's gonna know your name (yeah, yeah, yeah)
'Cause you burn with the brightest flame (yeah, yeah, yeah)
And the world's gonna know your name (yeah, yeah, yeah)
And you'll be on the walls of the hall of fame


(Be a champion)
You could be the greatest
You can be the best
(Be a champion)
You can be the King Kong banging on your chest


(Be a champion)
You could beat the world
You could beat the war
(Be a champion)
You could talk to God, go banging on his door


(Be a champion)
You can throw your hands up
(Be a champion)
You can beat the clock (yeah)
You can move a mountain
(Be a champion)
You can break rocks


(Be a champion)
You can be a master
Don't wait for luck
(Be a champion)
Dedicate yourself and you gonna find yourself


Standing in the hall of fame



04 November 2015

REVIEW : Jurujual di The Face Shop Paradigm Mall ni memang tau...

Dua minggu lepas, saya temankan adik ke The Face Shop di Paradigm Mall. Nak beli Jeju Aloe Fresh Soothing Gel. Gel ALoe ni sesuai kalau sunburn, boleh lembapkan kulit dan juga soothe kan kulit.

Besar tau bekas tu, harganya dalam RM22.00 kot. Best bau Aloe Vera dia.

But before tu, dalam seminggu dua sebelum, kami pergi ke The Face Shop Sunway Pyramid. Giler tak best Sales Assistant dia. Biasanya kalau beli apa-apa barang pun, akan dapat free sample sebab adik saya ahli kelab The Face Shop ni. Tapi SA dia kerek, bila adik tanya ada sample yang dia nak cuba, SA kata "Oh you have to purchase more than RM50.00 to get the sample."

Adik pun cakaplah, "The signboard outside says just purchase and I will entittle for free gift."

SA tu kata lagi, "Oh you have to purchase more than RM50.00 to get the sample."

Bengang adik saya. So kami banned The Face Shop Sunway Pyramid. That's why kami ke Paradigm Mall yang dekat sangat dengan rumah mak ayah.

Kat sini, memang best lah SA dia. Always greet potential customers yang masuk. Walaupun mereka hanya masuk tengok-tengok je, the SA still layan bebaik. Takde pun nak kerek-kerek.

Saya mulanya tak nak beli apa-apa tapi sebab SA nya best, saya pun pilih Cherry Blossom Daily Perfumed Hand Cream.


Tapi, SA tu suruh pilih satu lagi barang yang murah-murah untuk qualify for discount 30% untuk Hand Cream tu. Haaa baiknya dia.

So saya pilih Blackhead Charcoal Nose Strip yang hanya RM2.00++ je. Dapatlah diskaun 30% tu.


Jumlah belian saya tak sampai pun RM15.00 tapi kebaikan SA tu memang berpanjangan. Dia beri pulak free sample Chia Seed Sebum Control Moisture Cream sebab dia kata muka saya Oily (berminyak), Chia Seed ni sesuai untuk mengawal minyak di muka. 



Saya dah try sample Chia Seed ni. Memang best sebab bila waktu solat jam 3.30pm (syarikat memang tetapkan waktu solat adalah jam 3.30pm), muka saya tak berminyak pun. Masih macam pagi.



Dan juga CC Cream pun free sample juga. Memang awesome lah SA ni. Tapi yang ni, saya belum cuba lagi. Nanti saya combinekan Chia Seed dengan CC Cream ni ya.

Ini lah CC Creamnya.

Anyway, thank you much SA di The Face Shop Paradigm Mall. Lepas ni, memang akan ke Paradigm Mall aje. Yang Sunway Pyramid kami tak minat lah.

03 November 2015

CUTI KRABI : Itinerary mesti ada

Ini percutian kami yang paling sempoi. Dahlah pertama kali ke Krabi, tapi takdelah beria sangat nak explore Krabi, which is SO NOT US!

Biasanya, sebelum tetapkan itinerary, kami pilih samada percutian ini adalah EXPLORATION atau RELAXATION. Ada beza tau antara keduanya.

Kalau kami pilih exploraion, memang akan keluar pagi balik malam. Sangat padat jadual, bilik hotel hanya untuk solat, mandi dan tidur sahaja.

Macam pergi Kuching, memang lepas Subuh terus keluar. Balik petang untuk solat jamak dan mandi. Kemudian keluar lagi. Sama jugak masa ke Langkawi, Hong Kong. Keluar pagi balik malam.

Kalau pilih relaxation, memang totally relax. Keluar sekadar makan, jalan-jalan sikit, shopping je. Yang lain memerap dalam bilik je hehe.

Untuk Krabi ni, kami pilih relaxation. Sebabnya adalah kerana cuaca. For info, September hingga November or early December ni, musim monsun. Maknanya banyak hujan dari nampak matahari. So kami malas nak island hopping masa monsun takut trauma hahaha.

Bila buat research, memang lepas pukul 1 tengahari tu akan hujan, siap ada petir lagi ikut ramalan cuaca. Jadinya, hanya ada 1 aktiviti sahaja yang kami nak buat iaitu Elephant Ride and ATV.

Tiba Ahad pagi, memang nak cari Krabi Night Market Trip pada Ahad malam dan Tour Elephant Ride untuk hari Isnin. Lepas tu nak lepak bilik je.

Lain-lain aktiviti adalah makan, makan dan masage. Itu tujuan kami. Sambil tu, nak plan marketing untuk Rahim Auto dan juga 2016 punya bajet.

Dalam blog My Super Kids, ada 9 tips bagaimana untuk buat itinerary sebelum travel.


Ringkasannya:-

1. Tujuan Kembara 

- saya tetapkan RELAXATION


2. Berapa lama akan ke sana 

- 3 Hari 2 Malam sebab cuti takde dah


3. Rujuk Peta dan Buku-Buku Travel 

- Google je


4. Plan Nak Tinggal di Mana 

- dekat pantai Ao Nang atau area masjid. Kami pilih area masjid


5. Plan Transport 

- First day guna kaki. Second day sewa motor. Last day naik tuk-tuk


6. Check Hari Cuti/Festival

- takde pape

7. Check Best Time Untuk Kunjungan

- Disember hingga April. Tapi harga akan naik la sebab peak season. Kami nak relaks so pilih non-peak season.

8. Bajet

- Memang buat sebab malas nak tukar duit kat sana. Tak mau jugak balik holiday kayap. Sebab kami pergi awal bulan. Kalau over bajet, ada 24 hari lagi nak gaji hehe.

9. Fleksible

- memang fleksibel sebab memang nak relaks.


So, hasil tips ni, inilah itinerary kami. Saya buat dalam Excel terus. Sekali dengan bajet.

Siap sekali dengan conversion rate. Senang nak bajet.

Paling kelakar, masa buat bajet nilah discover yang 5,000THB yang saya tukar awal-awal tu cuma cukup untuk hari pertama sahaja! Terkejut betul sebab ingat cukup hehe. Then terperasan yang duit hotel belum bayar. Patutlah tak cukup. Pastu, cenderahati bajet besar. Makan lagi. Massage lagi. Haih la.

Dari itinerary ni, saya bawak sampul raya untuk asingkan duit hari pertama, kedua dan ketiga. Senang supaya tidak overspend. Seriau betul kalau terputus duit. Boleh bertukar jadi harimau jadian tau.

Dari itinerary juga boleh tahu harga mahal atau tak. Contohnya Trip ke Krabi Night Market tu, memula adik tu letak 350THB tau. Dua orang 650THB dia bagi. Tengok itinerary, eh macam mahal je. So, apa lagi, tawarlah. Dapat jugak harga 200THB.

T-shirt kat Krabi Night Market, yang biasa memang 100THB. Tapi sebab beli banyak, dapatlah diskaun 40THB untuk t-shirt kanak-kanak. Okaylah kan. 

So, untuk yang nak travel, MESTI BUAT ITINERARY ni ya. At least tersusun sikit agenda kita semasa bercuti. Kalau dah tiba Krabi baru nak plan, rugilah masa kita. Dahlah pendek, lagi nak buang masa. Tapi kalau uolls jenis redah je, silakanlah. Ahkak ni jenis cepat panik nanti stress lepastu jadi singa mengaum pulak. Tak bestlah cuti-cuti berhangin je kan.

Combinekan bajet pun bagus juga. Kalau ada nama syarikat atau perseorangan yang kita dah hire, masukkan sekali nombor telefon, senang tak payah bukak banyak fail nak semak.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign