Tinta Si Isteri Mekanik: 2016

19 November 2016

Rindu

Rindu sangat untuk menulis. Tapi bila balik rumah, otak dah tak mampu nak bergerak. Dah macam tepu dengan segala benda perkara baru di pejabat. Balik tahu nak mandi dan tidur je.

Tapi setelah 2 bulan setengah kat tempat baru ni, rasa dah okay sikitlah. Dah dapat bertenang sikit sebab kerja-kerja dah tersusun sikit. Backlog tu dah hampir siap, kiranya dah key-in sampai Oktober 2016 dah. 

Betullah lata orang, kalau dalam masa 3 bulan pertama ni, kita dapat adapt situasi baru ni, insyaallah kita boleh serasi di situ. Well taknak jinx sangat, just bersyukur sebab dapat control apa yang perlu dicontrol.

Ingat kan kat tempat baru ni, tak kisah tentang kehadiran, rupanya mak sudah salah. GM sana sangat strict, semua kena ada di office pukul 9.00am. Mula-mula rasa macam Ala..jalan jammed lah. In denial sebab kena datang sebelum pukul 9.00am.

Tapi bila berlapang dada dan terima kenyataan (haha drama giler), saya mula susun strategi. Kena keluar jam 7.55am paling lewat 8.00am. So, breakfast (kedai) dalam 45 minit, so 7.15am kena gerak ke warung. Saya siap (mandi dan make-up) dalam setengah jam. Kalau kena gosok baju, tambah 15 minit lagi. So, saya kena bangun selewat-lewatnya pukul 6.00am! Hah, patutlah saya selalu sampai lambat, bangun pun lewat haha. Dah solat, siap boleh baring tidur lagi.

But, bila dah buat jadual macam ni, teraturlah sikit. Kehadiran pun bagus, sebelum jam 9.00am dah kat meja. Kecuali kalau sesak sangat atau terlewat, saya sampai dalam 9.15am. Boleh diterima sebab saya jarang lewat dah.

Masak, memang tak sempat dah. Sekali sekala je kalau teringin. Itupun setakat pasta or nasi goreng or nasi lauk simple. Memang banyak makan luar je, samada keluar berdua atau kami tapau dan makan kat rumah. 

Rumah pulak, kalau larat kami buat. Kalau tak larat, panggil part-time cleaners. Senang cerita. Seriously, kami amat santai sekarang ni. Betullah orang kata, bila berumur ni, tenaga pun makin kurang. Time ni, masa pun padat. Alhamdulillah, wang ada. Jadi saya berpegang pada, dalam duit saya ada duit awak dan mereka. Share the wealth dengan mereka.

Ini pun tengah ada cleaners bersihkan rumah. 2 orang 2 jam. Anak beranak, anak sedang cuti semester. Ambil Diploma in Sains. Tolong mak, jawab dia. Puan Mak pulak, buat hujung minggu je, sebab weekdays anak-anak sekolah, jadi sibuk ambil hantar. Nanti cuti sekolah, senang sikit katanya.

Saya selalu ambil dari www.maideasy.my. Dah lama dengan mereka, sejak dari harga murah sampailah sekarang harga weekend yang RM88 excluding GST. Saya dah jadi tak berapa cerewet dah, sebab matlamatnya ialah rumah bersih. Nak harap bersih macam kita buat, memang susah sikit nak dapat. Tapi asalkan goal tercapai, saya okay. Hahaha simple je. Nasib baik mereka sanggup, kalau tak? Mak yang pengsan.

Tadi pergi RHB Bank kat Paradigm Mall. Teringat yang kad debit belum tukar kepada kad baru, alhamdulillah sebab pergi awal, jadi parking pun senang. Dah settle kad baru, saje jalan-jalan. Dah terjebak dengan PADINI. Memang carik kasut sejak awal bulan tu, tapi tak berkenan. Rupanya, nak dapat kasut murah. Beli jugak pouch, nak gantikan wallet yang dah terkopek.

Lepas tu, nak beli blusher. Ingat nak ke Sephora atau MAC, tapi singgah kat Elianto sebab nak beli brush dia. Terus terjebak beli blusher dan lipstik jugak. Sales Associate ni namanya Ika, sangat pandai memujuk hati kakak ni supaya beli banyak barang. 

Saya suka kat office baru, semuanya presentable. Semuanya fashionable, yelah sesuai dengan industri kami lah kan. Tapi baju saya kena beli lagi, sebab rasa tak cukup, rasa baju ni dah pakai dah hari tu, pastu cakap takde baju. Hahaha.

Memang ada bajet untuk baju, kasut dan make-up. Dah buat bajet bulanan dah, sebab kat sini, senang nak lunch yang harganya dalam RM30 ke bawah. Kalau ke food court je, bosan sebab pergi 1 gerai je, ambil lauk yang lebih kurang je setiap hari. Dan juga, saya dah start rekod perbelanjaan saya. Letak dalam dropbox, senang nak monitor.

Anyway, dah banyak membebel. Selamat berhujung minggu. Enjoy!


04 October 2016

7 Tips To Survive Hari Pertama Bekerja..Terutamanya untuk yang dah lama bekerja.

Masa saya dapat call yang katakan saya diterima di tempat baru tu, pergh...tak profesional langsung saya sebab saya terjerit macam tak percaya saya dapat. Hahaha. Kesian sangat pada orang HR tu, maybe terkejut sebab tak pernah orang buat kot.

Jadi, antara perkara yang paling awal saya buat, selain dari shopping, ialah Google apa nak buat pada hari pertama. Nampak tak betapa nervousnya saya masa tu?

So, ini 7 tips macam mana nak harungi hari pertama kerja tu?

1. Rancang perjalanan kita.

- Sama je macam kita nak pergi temuduga. Cum bezanya, kalau temuduga, takdelah pepagi kan? Interview kan biasanya start dalam pukul 10.00am. Tapi waktu kerja biasanya start pukul 8.00am atau 9.00am. So kalau jauh, kenalah plan jalan mana yang terbaik.

- Kita boleh jugak gunakan apps macam WAZE sebab sangat membantu dalam menghadapi kesesakan jalan raya. Saya setiap hari gunakan WAZE, sebab tak tentu jammed tu. Tak semestinya semalam okay, hari ini akan okay. Nak nak lagi kalau hari hujan ke, ada accident ke. Kadang waktu cuti sekolah clear, waktu sekolah bagai nak rak jammed dia. For me, Waze is the best la.

2. Siapkan pakaian POWER kita.

- Biasanya kan ada satu baju yang paling kita comfortable pakai, yang kalau kita pakai, rasa paling cantiklah. Haaa pilih yang itu sebab bila rasa kita pakai tu kita jadi cantik, or memang kita lawa giler lah, confidence level kita akan meningkat. Yelah, first day kot. Kenalah confident. Kenalah present yang kita ni layak untuk jawatan tu.

- Or kalau takde baju macam tu, kenalah shopping, hahaha. Macam saya, sebab dah beberapa tahun guna uniform, saya takde baju yang power. Apa saya buat? Shopping baju untuk the first 2 weeks. Saya beli 10 helai blouse dan 6 helai seluar termasuk jeans. Tapi sebab kat office baru ni, dress code adalah Smart Casual, so jeans boleh lah pakai. Kalau tak boleh, belilah slack 6 helai. Kenapa 6 helai tak 10 helai? Boleh je beli, tapi bajet saya ciput je. Hehehe. Boleh mix dress or skirt dengan slack tu. Saya tak rajin pakai skirt.

3. Rehat secukupnya malam sebelum hari pertama.

- Ini memang selalu dengar. Tapi kadang, kita ni kan excited nak lalui benda baru. Tapi kita kena ingatkan diri kita, kalau kita tak cukup tidur, haaaa kang ngantuk nanti karang macam mana? Takkanlah first day dah buat hal pulak kan?

- So make sure, tidur awal. Jangan dok stay up tengok tv ke, berborak kat telefon ke, or lepak kat luar ke. Balik rumah awal, by 10pm dah masuk tidur. Off gajet dan terus tidur.

4. Bawak bekal

- Kenapa kena bawak bekal? Kita kan tak biasa dengan kawasan situ. So mungkin kita akan kelaparan.

- Tapi kadang tips ni tak relevan. Sebab biasanya, kawan baru akan kenalkan kita dengan kawan-kawan lain dan the best way is bawak pergi lunch. Malaysians kan best, makanan menyatukan kita semua kan?

- Macam saya, first day tu tak lalu nak makan. Perut penuh dengan "rama-rama" (baca: Butterflies - kecut perut nervous). So memang tak boleh nak makan langsung. Saya banyak minum air je hari tu. Tapi, start second day, ambik...Hari-hari pergi lunch hehe.

5. Relaks dan SENYUM

- Senyum seindah suria yang membawa cahaya. Memang betul ayat ni. Dan memang betul, kita nervous menggelabah giler first day tu. Tapi, cara terbaik nak hilangkan nervous adalah dengan SENYUM. Kena ingat, yang mereka mengambil kita hanyalah semata-mata kerana mereka percaya pada kita, percaya yang kita adalah calon yang paling layak, and that's GREAT kan..

- So, senyum. Lepas tu make eye contact dengan rakan-rakan baru. Cuba kenal dan ingat nama mereka. Tegur kawan-kawan office baru. Dan jugak SENYUM!

6. TULIS, TULIS, REKOD

- Yang ni saya rasa PENTING SANGAT. Sebab first day kan, banyak benda baru kita kena belajar. Tentang syarikat. Tentang skop kerja kita. Tentang peraturan dan syarat. Tentang sistem. Banyak. Memang banyak. Dan kita taknaklah terlupa tentang sesuatu benda kan? So, get ready dengan Notebook and good pen. Nak semangat lagi, pergi beli buku nota yang lawa-lawa kat MPH ke, Typo ke, Kaison ke. Banyak dan macam-macam kat sana. And tulislah semua perkara dalam tu.

- Kalau yang lambat tulis sebab nak tulis cantik macam saya ni, saya sarankan guna VOICE RECORDER dalam handphone kita. Ini paling senang dan praktikal. Tapi lepas tu, janganlah biar aje dalam phone. Bila free, dengar balik rakaman kita tu. Tapi dengarlah dengan gunakan Earphone, bukannya SPEAKERPHONE ya. Tanjat lak orang sebelah kita nanti. Hehehe.

7. TANYA, TANYA, TANYA

- Yang ni pun penting jugak. Jangan ada buat silap. So kena banyak tanya. Tapi dah tanya tu, jangan lah lupa pulak. Tengok balik tips nombor 6 tu. Ingat dan buat tanpa salah lagi. Salah kali pertama tu okay lagi sebab salah untuk belajar perkara baru. Tapi kalau salah lagi perkara yang sama, tu salah bongok namanya. Salah yang macam susah nak maaf sebab dah tegur tapi masih buat lagi. Hehehe.

- Yang ni juga pada saya, tips untuk kita cepat belajar. Kadang ada yang tak sempat orang ajar, sebab handover tu just like 1 day aje. Lepas tu orang tu dah kerja kat tempat baru. But, mintak tolong dia untuk be available dan tolong kita dengan jawab soalan kita kat whatsapp. Bila dia free.

- Macam saya, memang tak sempat handover properly sebab banyak sangat benda nak transfer kan? So saya janji dengan orang yang ganti saya tu, tanya je dan saya akan jawab bila free. Kalau saya tak jawab tu, maknanya saya busy. Dan saya akan jawab bila saya free. Like kalau saya busy, malam nanti saya jawab soalan-soalan tu. Or, saya freekan sabtu untuk saya pergi office lama dan ajar. Well, saya taknak la nama saya buruk, so saya tolong je lah. Lagipun for me, bantu je, ilmu ni sangat power. Lagi kita ajar, lagi banyak kita dapat Insyaallah.

So ini tips yang saya rasa amat berkesan dan berguna buat saya. Dan saya share supaya saya boleh sentiasa repeat sebab memang dah terbukti, yang ianya POWER.

Thanks.

28 September 2016

Saya tinggalkan setelah 16 tahun

Wow. Lama betul saya tak menulis. Sebulan lebih. Memang merasai betul-betul masa mencemburui saya.

Rasa cepat sangat masa berlalu. Sekejap je dah petang. Sekejap aje dah hari Jumaat. Yang ini bestlah sebab weekend boleh relaks dan buat favourite hobby. Tapi cepattt sangat masa berlalu jugak. Dah hari Ahad malam, esok kena kerja pulak.

Pejam celik pejam celik, sampailah masanya untuk saya tinggalkan sesuatu yang dah saya lalui untuk 16 tahun.

Saya tak bercerita sangat tentang hal ni. Kalau orang putih kata, taknak "jinx" the situation. Taknak heboh bercerita, lepas tu tak jadi pulak. Lagipun, sebenarnya saya TAKUT. Takut nak lalui perkara baru setelah 16 tahun buat benda yang sama je.

Tapi saya nak coretkan kat sini supaya saya tak lupa. Dah berumur macam saya ni, banyak perkara terasa berkurangan. Especially dari segi energy dan daya ingatan.

Okay, sebenarnya setelah 16 tahun, saya BERPINDAH tempat kerja. 

Tukar tempat kerja is like never crossed my mind. Tak pernah fikir sangat la nak berhenti kerja dan mulakan kerja lain. Ingat nak pencen je kat tempat kerja lama tu. Haha.

What made me moved? Apply, interview and dapat kerja baru? Dalam industri yang totally berbeza dengan yang sekarang?

Sebab saya rasa boring. Boring dah buat kerja rutin. No challenge there. But not the company's fault. Bukan salah company lama saya. Saya yang salah. Saya rasa boring, jadi dah takde cabaran. Saya rasa macam dah takde sumbangan dah pada company tu.

So saya mula cari peluang lain. Peluang yang membolehkan saya membantu diri saya untuk cemerlang semula. Peluang untuk saya bantu syarikat yang perlukan pengalaman dan pengetahuan saya. Sama-sama memberi dan menerima.

And, to cut the story short, saya dapat peluang baru. Proses pun tak lama. Jadi bila dapat, ianya sesuatu yang tak dijangka. That's why saya sangat takut. Sangat takut okay.

Industri berbeza sangat. Engineering ke fashion. Pakai uniform to Smart Casual. Workload berbeza. Yang sama hanyalah debit credit akaun. Hahaha.

So now, I am enjoying the challenge that I want. Bebetul cabaran sebab totally different. Kena cepat catch up dan terus perform yang terbaik.

Itu sebenarnya yang terbaik dalam hidup kita. Bila kerja kat tempat baru ni, saya baru tersedar yang saya dah buat silap. Bukan silap sebab berhenti, tapi sebab saya tak buat yang terbaik masa saya kat company lama. Tapi saya rasa, kalau saya tak pindah kerja, saya akan hanyut dalam keterlekaan saya. Saya tak akan sedar yang saya sebenarnya yang buat silap. Saya sebenarnya yang tak buat the best that I can.

Tapi saya bertuah sebab dapat betulkan keadaan. But keadaan sayalah. Tapi saya tak akan kembali kepada saya yang lama. I wanna be a new person. Be better, like I used to.

Doakan saya berjaya ya? Ameen. Insyaallah.

18 August 2016

Duduk Berdekatan Tetapi Hanya Berjumpa Kembali Setelah 50 Tahun TERPISAH!

Lama betul tak menulis. Saya ada pengembaraan terbaru bulan depan, jadi bulan ni memang busy.

Okay, ini adalah pertemuan yang menggembirakan sebabnya setelah 50 tahun terpisah, baru jumpa balik. Yang kelakarnya, 3 - 4 orang duduk dekat-dekat je.


Seorang duduk di SS4. Kiranya, seberang jalan besar je dari rumah.


Seorang lagi di Taman Megah, tempat kami selalu pergi beli barangan kek. Ni kira bawah la, macam kampung sebelah.


Seorang lagi kat Subang Jaya. Tempat mak saya kerja dulu sekejap lepas pencen.


Bila berjumpa semula, punyalah riuh bercerita sampai makan pun tak lalu!


Oh, ini bukan perjumpaan dengan kawan-kawan saya. Ini Reunion kawan sekolah MAK saya. Dulu, mak saya belajar kat Convent Kluang, MCE kat sana. Atok Bak seorang Polis, jadi banyak berpindah randah naik pangkat.


Habis sahaja MCE, mak pindah Batu Pahat kot. So, terputuslah hubungan dengan rakan sekolah. 


Tapi, kawan-kawan mak ramai lagi di Kluang and they got mak's number through our cousin. Sebab husband kawan mak tu jiran ayah. But masa tu, mak ayah tak berkenalan lagi.


So, terjadilah mini reunion sebelum reunion besar-besaran pada 24 September 2016 di Kluang. Ini khas untuk Klang Valley sahaja. Mereka semua tak sabar nak jumpa, tu yang jadi mini reunion tu.


11 Syawal (17 Julai), mereka berjumpa di Crystal Crown, Petaling Jaya. Mak ajak saya sekali, so okaylah sebab lepas tu nak ke open house pulak.


This was what happened bila dah lama tak jumpa.








Kami dah start makan pun, mereka masih berbual lagi. Saya siap round tengok makanan sambil ambil gambar, datang ke meja semula pun tak bergerak lagi. Iyalah, 50 tahun tu.

Ini antara menu Hi-Tea Crystal Crown Hotel.










Ini baru dessert. Ada lagi saya tak ambil iaitu Ice-Cream, ABC, Cendol.













Saya tak larat nak angkat tudung periuk tu sebab beratttt okay. Tapi sebab nak senang ingat apa yang dihidang, saya ambil gambar menu sahaja hehehe. Ada lagi yang saya tak ambil macam Naan, Nasi Putih, Sup, Roti, Salad-Salad.


Ini semua yang hadir. Dari jam 12 tengahari sehingga jam 3.00 petang. Itupun mak balik awal sebab nak ke open house pulak.

Dan....masa kat open house tu, baru mak rasa lapar. Hahaha.

It was good to see that the friendship and friendly people was still the same. Hanya 4 orang anak sahaja yang teman mak-mak ni berjumpa and surprisingly, we had a great time. Tak boleh bayang bila jumpa almost semua rakan sekelas bulan September nanti. Tapi yang tu, adik saya yang bawa mak dan ayah ke Kluang. 


Remember that the most valuable antiques are dear old friends. 
~H. Jackson Brown, Jr.~





06 August 2016

Raya Kelima Kita Balik KL dan Beraya Open House

Ahad pagi, memang dah set nak kena gerak pukul 8. Sebab nak singgah Tanjung Emas nak beli pes Mee Bandung Abu Hanipah. Lagipun nak buat video "Tips Perjalanan Jauh" oleh Abang Sado Rahim Auto.

Memang kelakar lah buat video tu. Dahlah masa record, mak pun ada sama dan dok bercakap-cakap dengan kami berdua. Hahaha apa pun tak boleh sebab malas nak shoot lagi. Nanti lambat pulak gerak kan.

Masuk bag semua start gerak kul 8.15am. Kami paling last balik, sedih muka Mak dengan Bapak. Kak Ros siap basuh selimut dan tuala yang digunakan sebab tak nak Mak penat.

Tiba Muar, terus ke Tanjung Emas beli pes Mee Bandung. Beli 5 pes akan dapat Mee Bandung yang siap dimasak 1 bungkus. Saya beli 10 pek pes tu sebab kawan office pesan. Dapatlah 2 bungkus Mee Bandung. Tapi kami tak makan pun sebab nak pergi Open House rumah pakcik saya. Kak Ros pun tak mahu.

Jadinya, kami singgah ke rumah rakan usahawan kami di Saujana Impian Kajang. Nak pass Mee Bandung tu sebab dia suka sangat Mee Bandung ni. Teruslah beraya 'sekejap'. Takde maknanya, dekat 2 jam kat rumah dia.

AD hidangkan karipap dendeng, kek coklat dan udang tempura. Sedapnya, dapatlah lapik perut sementara ke open house.



Lepas tu, terus hantar Kak Ros di Hulu Langat. Solat sekejap dan terus ke Shah Alam untuk ke Open House pakcik saya.

Punyalah lapar, sampai-sampai terus salam dan terus disuruh makan. Hahaha jemputan pukul 1.30pm, tapi kami dah maklumkan akan lambat sebab dari Muar. Pukul 3.00pm baru sampai rumah Ayahchik. Dek lapar, satu gambar pun takde kali ni.

Oh, on the way balik, di area Sg Mati tu ada banyak gerai jualan, jadi saya belikan pakcik saya Belimbing Besi dan Jambu Madu. Dan juga beli ubi kayu sebab saya teringin nak makan ubi rebus dengan sambal tumis. Murah jugaklah ubi kayu ni, biasa beli 3kg RM10.00 atau RM3.50/kg. Tapi kali ni, cuma RM3.00/kg. Beli 3 kg sahaja dah cukup banyak. Siap bagi Kak Ros, Ayahchik dan juga Mak.

Pukul 5pm, kami beransur pulang sebab ada tetamu lain pulak beraya. Tapi kami tak balik rumah pun. Lepak kat Citta Mall dengan my cousin, bincang pasal bisnes. Makan Char Kuey Teow Special kongsi dengan husband. Air Ais Kosong je. 

Lepak sampai jam 7.00pm, hantar cousin balik terus balik rumah. Capek but very fulfilling day.








03 August 2016

Raya Ke-Empat. Tak Jadi Balik KL Kita Beraya Ke Kluang

Kami tak jadi balik KL pagi Sabtu tu. Raya ke-3 tu, sepupu-sepupu dari Kluang datang ziarah. Ini anak-anak Cik Mah, adik mak yang bongsu.

Mereka bawa berita tak berapa best. Cik Mah tak berapa sihat. Sekarang dah start dialisis. Tapi sekarang dah tak boleh jalan sangat. Banyak guna wheelchair dah. Pastu, matanya dah tak nampak.

Bila dengar adiknya tak sihat, terus mak ajak ke Kluang. Okaylah ikut je. Cuma esok balik KL kena awal lah. Lepas sarapan terus balik. Nasib baik ada 1 jubah standby. Jubah hitam kosong je la, dengan tudung ada extra. Sebab esok (Ahad) tu terus nak pergi open house pakcik pulak. Nak basuh baju, Sabtu rumah kosong, siapa nak tolong angkat baju pulak kan?

Saya tanya dengan Kak Ros, pukul berapa nak bertolak? Punyalah semangat dia jawab, "6.30 pagi."

Awal giler tu, sure akan gerak kul 8 lebih punya. Dah tahu sangat mereka ni, akan ada family yang lambat.

Saya ketawa je, terus cakap, "Kita gerak pukul 8 lah. Okay sikit lepas sarapan."



Ni tengah menunggu semua siap. Sambil test camera. Hahaha poyo je. Saje guna monopod, dah lama terbiar, kesian dia.

Gerak dalam pukul 8.15 am, singgah Petrol Station isi minyak, buang isi perut, keluarkan duit, beli jajan buat cerah mata. Cuma 2 kereta je pergi, tapi penuh padat la. Kereta kami 5 dewasa. Kereta Abang Rahman kembar suami, 5 dewasa dan 4 kanak-kanak dalam Alza. Okaylah.

Tiba Kluang pukul 10 pagi. Ingatkan kami awal, rupanya ada lagi awal. Yang bestnya, ini jiran mak, tapi ada kena-mengena dengan Cik Andy, suami Cik Mah.

Sampai-sampai je, dapat jumpa Cik Mah sekejap je sebab Cik Mah nak pergi buat dialisis. Tak borak pun sebab beri peluang pada mak berbual dengan adik dia.

Tapi kami diminta tunggu sekejap sebab Cik Andy nak hantar Cik Mah dulu, lepas tu dia balik rumah semula. Okaylah kami tunggu sambil makan kuih raya.



Rupa-rupanya, mereka tengah masakkan lauk-pauk untuk dihidangkan pada kami. Alahai, memang begitulah adat orang jawa. Datang rumah mesti dihidang nasi, terutamanya untuk orang jauh.

Makan lagi nasi pukul 11.00 pagi. Lauknya very simple, tapi sedap giler. Yang penting, ada tempe dan sambal kicap. Sayur campur. Kari ayam. Sambal belacan. Kenyang perut.

Jam 12 tengahari, kami pun beransur pulang. Sempat ambil gambar kat rumah Cik Andy ni.



Tapi lepas tu singgah ke rumah sepupu, anak Cik Andy ni di Yong Peng. Sampai dalam pukul 1 lebih. Pun suruh rehat sambil minum kopi dan makan kuih raya.



Dijamu Kopi Mineral yang sedap. Tapi suami, lepas minum kopi, terus capai bantal dan bantai tidur! Hahahaha. Ngantuk katanya sebab tak buat apa.

Rupa-rupanya, kami dijamu nasi. Sekali lagi! Aduh penuh perut. Simple jugak menunya. Tapi dah tak ingat apa dah menunya. Pukul 3 gerak pulak ke rumah kakak ipar. Dekat je tapi sebab dia pergi beraya, so alang-alang kita beraya rumah sepupu pulak.

Kat rumah Kak Yah, siap cakap kat Abang Din, tak payah masak pape sebab kenyang. Cuma tanya, ada Burung Puyuh tak? Dia jawab "Okay aku carik." Sempoi je.

Dia bawak balik Burung Puyuh berempah. Goreng salut tepung. Pergh...sedap giler. Tengok ni, semua yang makan penuh beremosi.


Sedap betul. Saya rasa sebab ada daun limau purutlah. Tapi cuma ada BAU dan Rasa sahaja. Daunnya dah takde, maybe dia perap je lepas tu buang daun tu.

Saya siap order bawak balik KL. Abang Din kata, kalau nak lagi, nanti dia turun Shah Alam, dia bawak sekali. Saya siap jual lagi Puyuh Berempah RM30.00/10ekor.

Habis makan, terus ajak balik. Hahaha. Penat dah beraya, perut pun kenyang.

Kenangan pun banyak. Alhamdulillah.

30 July 2016

Raya ketiga kita beraya rumah semalam yang takde orang tu.

Tahun ni, memang berjalan je masa raya. Bagus untuk saya, sebab jarang jumpa sepupu sebelah suami ni. Dahlah tak ramai, jumpa pun sesekali je.

Hari Jumaat ni, pagi tu hujan selebat-lebatnya. Memang heaven la kat rumah, sejuk je. Dah sarapan, takde buat pape dah. Nak basuh baju, mana nak sidai? Lagipun esoknya nak balik dah, so tak payahlah basuh.

Tapi kali ni, saya memang bawak balik novel dan juga Ipad yang penuh dengan series Devious Maids. Baru terjebak uolls dengan siri pasal pembantu rumah ni. Best jugaklah, fun and entertaining. Latinas ni memang lawa kan? Nak nak bila depa menari salsa, pergh ligat.

So, lepak tengok series je. Anak buah yang rapat pun sibuk tengok series jugak. Cerita apa entah. Orang baru habis final exam, pulun tengok drama sebab lepas raya nanti nak kerja. Takut tak sempat nak tengok. Pagi memang santailah.

Dalam jam 11.00, hujan pun dah berhenti, matahari pun dah menyinar, mohlah kita pergi keluar beraya merapatkan silaturrahim.

Oh raya ketiga ni pun masih ada Baraan. Tapi untuk wanita pulak. Kesian mereka Baraan masa hujan. Lewat sikitlah mulanya sebab lebat masa pukul 8.00 pagi tu.

First house, kami pergi beraya kat rumah Abang Anuar. Abang sulung dan anak ketiga dari 8 adik-beradik suami. Abang Anuar ni duduk sebelah rumah Bapak.

Kat sini di jamu Mee Sup dan Nugget Goreng. Sejuk-sejuk makan Mee Sup memang sedaplah kan. Ada pulak kerepek tempe, cicah dengan sambal kicap, fuhhh berpeluh menahan pedas. Saya cuma hirup kuah Sup je dengan Nugget 2 keping dan tempe tu saya makan 3 keping. Kenyang sarapan belum hilang, tambah ni lagi, memang penuh perut. Sampaikan lunch saya tak lalu nak makan. Bising mak sebab tak makan, habis mak, perut dah penuh, celah mana nak sumbat?



Abang ipar saya yang pakai t-shirt putih kolar merah tu. Kali ni, memang saya ambil gambar setiap rumah yang kami pergi. Saje je buat kenangan, sambil penuhkan blog hehehe.



Sebelum bersurai, kita bergambar dulu. Saya takde dalam gambar sebab saya yang ambil gambar ni. Duduk atas sekali tudung merah tu biras saya, isteri Abang Anuar. Duduk kat tangga baju biru putih tu anak sulung Abang Anuar, Akmal namanya. 

Sebelah Akmal, baju hitam tu biras saya, Abang Jai. Berdiri baju kurung merah tu isteri Abang Jai, kakak ipar saya dan belakang dia muka separuh tu anak mereka, Najib. 

Berdiri tudung purple dan belakang yang terselindng tu anak buah saya, Alia dan Syuhadah. Sebelah Alia tu, mak dan ayahnya, biras dan abang ipar saya. 

Duduk baju t-shirt merah tu kekasih saya. Sebelah dia, yang tudung dusty pink tu anak buah paling rapat dengan kami, my super junior di UUM. Duduk kat tangga yang 3 orang baju hitam tu semua anak buah, Hanif, Azam dan Yusri. 

Wanita yang duduk tu baju coklat tu kakak ipar paling rapat dengan kami, Kak Ros. Berdiri tu tuan rumahnya, Abang Anuar.

Kerana gambar inilah, terwujudnya group whatsapp untuk famili Belukar Cina ni. Muka semua pun macam Cina kan?




Ni Maksu selfie dengan anak buah dan abang kakak ipar biras. Hehehe saje je.

Rumah kedua, rumah depan rumah Bapak. Rumah adik Bapak yang kami panggil Cik Man.

Sekejap sahaja kat sini sebab dah nak waktu Zuhur, para lelaki nak solat Jumaat.



Lapang je rumah Cik Man, senang anak cucu tidur malam. Haha taklah, sebenarnya sebelah kanan saya ni ada sofa meja kopi semua. Siap ada kuih raya lagi kat situ. Lagipun baru lepas baraan, tu yang lapang tu. Kami kan ramai, duduklah bersila. Barulah Raya di Kampung style kampung.



Dah, jom balik. Hahaha.


28 July 2016

Balik Muo Raya Kedua Kita Makan Makan Makan..

Raya kedua balik kampung suami. Konon nak bertolak awal, dalam pukul 8.00 pagi. Takdenya. Haha 8.30pagi kot bertolak, ke lambat lagi but before 9.00am dah gerakla.

Ikut Sg Besi sebab kononnya nak singgah R&R Nilai sebab ada kawan buka kiosk western food kat sana. Masa ni kereta dah start banyak, kat R&R Sg Besi Tol tu dan juga kat R&R Serdang yang ada Starbucks Drive-Thru pun banyak kereta berhenti.

Uish awalnya mereka keluar, kan?

Masa exit R&R Nilai tu, kereta banyak giler sampai stuck kejap tak bergerak. Rupa-rupanya ada kereta nak keluar dari parking. Siap ada anggota RELA yang bertugas mengawal trafik. Bagus juga ada, sebab lancarkan pemanduan.

Alhamdulillah, dapat parking depan-depan R&R tu. Jalan dari hujung ke hujung, tapi tak nampak kiosk kawan kami tu. Rupa-rupanya dia tutup daaaaa. Bukak jam 11 pagi nanti. Tapi kami tak boleh tunggu sebab nak beraya kat Muar, dah janji pukul 1.00pm nak konvoi.



Ini kiosknya. Masakan western beliau memang sedap. Nita ni Chef di Australia dan Singapore. Menghidangkan masakan Barat yang HALAL. Itu yang penting. Niat Nita berniaga sebab nakkan semua Muslim makan makanan yang bersih dan bebas alkohol.

Kami tak dapat rasa masa Raya kedua, cuma dapat ambil gambar je. Hahaha.


Perjalanan balik kampung kali ni, banyak kereta dan ada ketikanya kereta berhenti tersangkut dalam jammed. Nak hilangkan rasa bosan, dengar HotFM sebab banyak lagu raya.

12.30 tengahari baru sampai kampung. Sampai je, terus salam-salam dan terus duduk makan, hahaha. Lapar giler sebab konon pagi tu makan roti je sebab simpan perut nak makan western food. Sekali tutup, terus beli pau je makan dalam kereta. Tapi bagus juga sebab cepat sikit sampai kampung.

Raya kedua, kakak masak Soto sebab ketupat banyak lagi. Saya setia makan ketupat dengan rendang dan serunding kelapa. Sedapnya serunding yang Kak Long buat, banyak jugak ketupat saya makan.

Siap je makan, semua dah ready nak beraya. 3 kereta join beraya, syoklah sikit beramai-ramai. Dapat ziarah Kak Long, Cik Man, Nyayi dan Cik Mis serta Cik Wok. Kiranya adik-beradik Bapak dan Mak dapat ziarah semua masa raya kedua ni.

Raya kedua ni, ada Baraan Lelaki. Masa ni geng-geng Baraan semua pakai baju melayu lengkap, pergi satu rumah ke satu rumah dan memuji-muji Nabi Muhammad SAW. Very simple dan sekejap je pun, but tradisi ni sangat bagus diteruskan. Tapi suami saya dah pencen katanya.

Kat Rumah Cik Yati dan Nyayi, mereka hidangkan Mee Hoon Sup. Sedapnya sambal kicap power orang Johor ni. Pedas giler tapi cukup rasa pedas dan manisnya. Saya cuma makan sesudu Mee Hoon Sup tapi dok hirup Supnya sebab sedap. Walaupun pedas.


Malam tu, nak beraya 2 rumah, tapi kelakarnya, dua-dua rumah takde orang. Hahaha depa pun nak beraya jugak kan?


Bagus juga mereka takde kat rumah, saya dah mengantuk sangat dah masa ni. Naik bilik, tukar baju terus baring nak tidur. Sekali suami masuk bilik, bagitahu Abang Long Kak Long datang. Capai tudung terus turun. Berbual-bual. Bila mereka balik je, dah tak tahan dah, terus naik masuk bilik dan tidur.

Kali ni, saya fokus kepada tema silaturrahim. Kena buat macam ni, kalau tak, saya akan banyak menyendiri hehehe. Tak faham sangat mereka cakap sebab ngomong Jawa. Tu yang malas tu.


27 July 2016

Raya Pertama : Rumah kena SERBU dengan tetamu tidak dijangka!

Malam raya tu, saya cuma tidur 3 jam sahaja. Tidur jam 2 pagi, bangun balik pukul 5.30pagi. Tak larat nak bukak mata awal, hehehe.

Lepas Subuh, terus mula menumis Lodeh. Suami yang memasak, saya cuma tolong masukkan bahan je. Sayur-sayur semua dah siap potong malam raya tu, bawang semua dah siap blend, jadi senanglah pagi tu.

By 7.00am, dah siap semua. Panaskan rendang sekejap je sebab malam tu dah On kan Reheat, supaya lagi kering dek kerana Tragedi Malam Raya ni. Panaskan juga Sambal Kacang Pedas Giler Tapi Sedap ahaha.

Saya terus bersiap sebab nak ke masjid. Nanti kalau lambat, duduk belakang tak best.

Jam 8.15am, semua bergerak ke masjid. Jalan kaki reramai, barulah Raya. Sampai masjid, settle solat Aidilfitri dah jam 9.30am. Sempat jumpa jiran-jiran dan kawan-kawan mana yang ada. Pukul 10.00am baru balik rumah. 

Cepat-cepat naik atas nak gosok tudung. Makeup lite-lite pastu lilit shawl. Dah sibuk my niece nak mintak Angah tolong style kan tudung dia. Siap cakap kat kawan-kawan dia, "I have my own stylist." Haha kecoh je bebudak sekarang.

Turun-turun tengok adik dan kakak dah siap hidang juadah raya. Kak Linda kata tahun ni dia tolong hidang je, tak larat nak masakkan apa-apa. Takpelah, lagipun saya ada.

Siap makan, terus salam-salam. Lepas tu, ayah yang first sekali tidur. Hahaha. Abang dan Kak Linda menyusul, sebab Abang makan Panadol, demam dari hari sebelumnya.

Kami berempat je yang sesibuk ambil gambar. Hahaha.

Tak bergambar satu family sebab adik bongsu beraya di Kelantan, yang ketiga beraya di Gombak. Lain kali bergambar kat Studio je lah.



Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.

Lepas ni memang relaks sebab takde siapa datang. Dah standby, lepas Zohor nak tidur. Tapi tak sempat apa pun, sebab pukul 1, sepupu saya datang dengan anak-anak dan cucu-cucunya.

Penuh satu rumah. Saya panaskan semula Lodeh, Rendang dan Sambal Kacang. Buat air Sirap Ais je. Potong Kek Buah. Siapkan gelas dan mangkuk. Suami tugasnya buat air. Adik saya siapkan mangkuk, sudu dan gelas. Saya tugasnya panaskan lauk dan hidang dan potong nasi impit.

Tak lama mereka tiba, adik ayah satu famili dengan anak cucu semua tiba. Fuh dah start berpeluh. Air memang laku habis, Kejap-kejap buat air. Patutnya nak buat kat Tumbler besar tu, tapi tak sempat sebab kakitangan tak cukup, hahaha.

Tak lama lepas tu, sepupu pulak tiba dengan anak-anaknya. Memang penuh giler rumah ayah Raya Pertama tu. Sekali pandang macam majlis nikah! Hahaha.

Adik saya ni baker, memang suka bakar kek biskut semua dessert ni. Jadi, memang dia buat kek setiap tahun. Memang sedap giler kek-kek yang dia buat. Sepanjang puasa tu, setiap kali kami berbuka kat PJ, satu rumah bau sedap sebab dia dok baking biscuits yang ramai giler orang tempah.

So, cousins yang memang tahu kek memang ada, depa siap ke belakang usha kek. Kami tak sempat potong dan hidang pun sebab kena serbu. Memang tak jangka langsung. 

Cousins dok lepak kat dapur sementara saya potong Chocolate Bundt Cake tu. Dah lah adik saya drizzle cake tu dengan coklat, memang heaven betul. Few Cousins lelaki yang suka kek coklat ni, sambil makan, sambil pejam mata, sambil tangan kiri tunjuk sedap. Haha. Yang ladies, menunggu Carrot Cake.



Cousin yang pertama tu balik je, lapang sikit rumah, baru sempat berbual dengan pakcik saya ni. Baru nampak cousins lain, hahaha. Pakcik saya balik, satu lagi sepupu tiba. Masa ni dah lengang sikit. Sempatlah clearkan dapur susun pinggan mangkuk gelas nak bagi kering.

Dalam pukul 4 tu, 3 family datang. Sepupu jugak dengan anak-anak semua cucu sekali. Penuh balik rumah. Ni pun tak sempat borak sangat, sebab sibuk. Tapi happy sangat mereka datang on the first day, sempatlah saya berjumpa.

Pukul 6.30pm, baru clear rumah sebab semua dah balik. Adik ketiga pun dah tiba dari Gombak. Lega sebab lapar sangat tak makan dari pagi, campur penat kaki sebab berdiri je. 

Malam tu, balik rumah kejap sebab nak packing baju balik Muar pulak.

Sempat tidur dulu, lepas Isyak baru balik PJ balik. Hahaha.

Best betul first day raya kali ni, sebab ada few cousins yang saya tak jangka datang on the first day. Alhamdulillah.




19 July 2016

Tragedi Rendang Ayam di Malam Raya 2016 dan Resepinya sekali.

Tahun ini beraya di PJ, jadi memang saya take over masak juadah hari raya.

Simple je juadah kami, iaitu Nasi Impit, Rendang Ayam, Lodeh, Sambal Kacang. Lepas tu adik saya akan bake cake, tahun ni dia pilih Carrot Cake dan Chocolate Cake.

Standby bahan-bahan untuk masak Nasi Minyak kalau tak cukup.

Sebabnya, family ayah cuma tinggal 2 beradik aje. Jadi rumah ayah menjadi tumpuan anak-anak saudara datang berziarah. Sejak 2-3 tahun ni, memang mereka datang Raya pertama.

Saya plan nak masak Rendang Ayam tu 3 ekor. Lodeh seperiuk besar. Sambal Kacang guna kacang tanah 1 kg. Nasi impit first batch saya masak 35 pek. Masa solat Aidilfitri nanti, masak lagi 35 pek mini.

Bahan-bahan semua saya dah beli dari Ahad lagi, sebab kedai runcit dekat dengan rumah saya tu, tutup hari Selasa. Rupa-rupanya, kita boleh order dulu, cuma pickup je Selasa tu. Tapi saya dah sesiap beli baru terbaca, so takpelah. Ada hikmah juga sebab suami kan ajak shopping Selasa tu.

Ayam 3 ekor tu saya mintak potong kecik, cakap kat makcik tu potong 20. Saiz dia macam kita potong ayam untuk buat sup tapi besar sikit. Serai, tempe, kacang panjang, santan, carrot, kobis, semua siap beli. Cuma terlupa tauhu je. Tapi takde pun takpe.

Bahan Sambal Kacang, saya beli asing sebab adik saya tak sempat. Biasanya memang dia yang masak Sambal Kacang ni, tapi saya dah sesiap Google resepi sebab takut dia busy baking cake.

Dah berbuka, solat semua, kami balik Shah Alam semula sebab Baju Raya tertinggal. Memang kalutlah malam raya kami kali ni. Nasib baik raya PJ, kalau raya Muar, memang merajuk saya. Hahaha.

Start masak dalam pukul 10.30 malam. Kali ni saya decide nak tumis sebab saya guna bawang agak banyak. Lagipun saya nak rendang ni tahan lama, so kena masak betul-betul.

Tumis dengan Noxxa ni senang je sebab sekejap je ON Stir Fry dah boleh mula tumis. Masuk semua bahan yang diblender macam bawang, halia, serai, cili kisar. Dah wangi, masuk ayam sebab nak kecutkan ayam tu. Ayam kan ada air sikit, so tips nak sedapkan masakan ayam ialah biarkan air ayam tu kering, baru tambahkan bahan lain.

Haaaaa, kat sinilah tragedinya. Lepas masuk ayam, saya biarkan nak bagi kering airnya.

Tapi, air ayam tu sangat banyak. Sekali tengok, macam saya masukkan air pulak.


Tengok tu, dah sama paras dengan ayam. Saya pun biarkan, tapi setengah jam berlalu, air ayam tu masih tak kering lagi. Ni belum masuk santan tau.

Saya tanya mak, boleh buang ke air tu? Tapi mak kata nanti rencah blender tu tak cukup pulak. Saya biarkan lagi 15 minit.

Tapi kering sikit je. Ish tak boleh jadi ni. Mak bagi cadangan masukkan kerisik awal. Masuk santan sekali kerisik sama garam gula semua.

So, saya ikut cadangan mak. Sebab saya tahu, kerisik memang akan keringkan rendang dengan cepat. Sepatutnya, kalau guna Noxxa, masa ni kita buat High Pressure (HP). Bagi ayam tu masak sekata but still juicy la.

Tapi bila terjadi macam ni, ayam tu dah masak sangat dah. Jadi saya decide tak payah HP. Biarkan aje kering guna Stir Fry (SF).

Dah pukul 12.30 malam, saya pun offkan SF dan on kan Warm/Reheat sepanjang malam tu. Supaya sempat kering malam tu.

Saya pun ambillah sikit nak rasa. Tapi agak pedas rendang kali ni. Jadi saya pun makan dengan Nasi Impit. Hehehe 3 ketul aje.

Saya ikut resepi dari Kak Azie dari Azie Kitchen.

Bahan bahan:
2 ekor ayam
1 kg bawang merah - hiris
3 labu bawang putih - hiris
4 inci halia - hiris
4 inci lengkuas - tumbuk
2 inci kunyit hidup - tumbuk
4 batang serai - titik
4 senduk cili kisar - ikut suka pedas
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
4 kg santan
2 keping asam keping - ikut rasa
Garam
Gula
Daun kunyit - opsyenal
Sedikit kerisik - opsyenal utk warna gelap


Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga cili benar benar garing.

Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. Masukkan sedikit santan cair bagi membolehkan ayam masak. Setelah itu, baru dimasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja.

Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Jika suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api.

Nota:
Setelah ayam masak, boleh keluarkan ayam terlebih dahulu dan masak bahan perencah sambil dikacau dengan api perlahan untuk menjadikan kuahnya berwarna agak gelap.



15 July 2016

Lepas Shopping Raya, kita balik kampung, TAPI BAJU RAYA TERTINGGAL!

Lepas penat bershopping, teman suami bershopping, terus balik rumah. Sebab nak kemas bag untuk balik kampung. Lepas Zohor, saya terus gosok baju Raya sementara suami tidur kepenatan.

Lepas gosok baju, ish ngantuk pulak. Kejut suami, dia kata ngantuk lagi, so saya cakap saya pun ngantuk jugak. Dah dia ajak kita tidur, saya pun apa lagi, terus baring dan pejam mata.

Bangun-bangun, tengok jam dah dekat 5.30pm. Melompat turun katil, mandi dan solat Asar. Terus capai bag dan kemas baju, toilettries semua. Lepas tu ke dapur, capai Noxxa masukkan dalam bag. Ambil ayam, serai, bawang semua bahan nak masak masuk jugak dalam bag.

Sebab kali ni, saya tak nak susahkan mak. Biar saya je yang masak. Mak relaks. Saya sesiap beli bahan semua dah, mak tak payah risau pasal barang.

Dah siap semua packing, mulalah bawak barang turun ke kereta. Memang banyaklah barang. Bag baju ada 2 sebab satu untuk baju, satu lagi songkok, barang-barang selain baju. Pastu Noxxa. Bawak juga nasi impit yang saya dah masak pagi tadi. Bekas ayam dan sayur-sayur dalam plastik. Sampah lagi supaya rumah tak busuk. Dua kali angkat barang turun, memang mengah lah kepenatan.

Gerak dalam kul 7.00pm. Nasib baik dah pesan makanan berbuka pada adik. Kononnya nak berbuka rendang dan nasi impit, tapi nasi impit je sempat masak. Hahaha lari plan sebab suami ajak bershopping.

Tiba-tiba, masa dah kat traffic light dekat rumah mak, suami tanya,

.

.

.

.

.

"Yang, baju raya kita mana?"

"Eh, Abang tak ambil kat dalam laundry room ke?"

"Tak."

"Alamak, TINGGAL lah BAJU RAYA KITA!

Tapi sebab tiba kampung dah dekat nak berbuka, kami teruskan perjalanan jugak. Sampai rumah mak, terus buat air, siap je dah azan. 

Eh kejap je balik kampung sebab kali ni kami #teamrayaKL. Hahaha. 

Tu sebab semua juadah raya, saya yang masak. Berangkut periuk, bahan mentah semua dari Shah Alam.

Kami balik ke Shah Alam malam tu jugak selepas solat Isya'. Patah balik ke kampung dan tiba jam 10.00 malam.

Sampai je terus start masak rendang. Baru nak kupas bawang, baru nak blender bahan, ayam baru nak bersihkan. Tapi sebab buat reramai, by 10.30pm dah start tumis semua.

Nasi Impit dah selesai, cuma nak tambah lagi 35 pek mini masa solat Aidilfitri sebab takut tak cukup.

Lodeh akan masak esok pagi, tapi dah siap-siap siang sayur semua, nanti mudah tinggal tumis dan masak je.

Sambal kacang masak kat luar lepas tumis rendang.

Tapi ada kisah tragis rendang ni. Saya sambung nanti.

Bye.







13 July 2016

Puasa hari ini tapi terpaksa berbuka akhirnya...

Busy nya lepas naik kerja ni. Esok dan lusa ada Audit ISO dari SIRIM pula. Haha cuti mau panjang, bila mula kerja, bertimbun pulak. Rasakan lah.

Cerita raya kena tunggu esok lusa. Beraya sampai demam. 

Semalam saya mula bekerja, jadi saya niat nak puasa ganti dan puasa Syawal teruslah. Dalam 2 minggu nak puasa sebab kedai kegemaran saya tutup 2 minggu.

Semalam dah lepas sehari.

Hari ni terpaksa berbuka jam 10 pagi tadi. Terus makan kuih raya yang kawan bawak. Hahaha. Lunch order Maggie Goreng dan Telur Dadar. Tapi betullah, bila order makanan sewaktu perut kosong, memang semua pun nak order. Tapi tadi order sebab untuk berbuka dan bersahur sekali. Kononnya, order Maggie Goreng dan Bihun Goreng untuk juadah berbuka dan dinner suami. Nasi Putih dan Ayam Pedas untuk bersahur. Bila terpaksa berbuka, saya pun makan Maggie Goreng. Dah mengantuk pulak sekarang ni.

Semalam, order Nasi Putih dan Ayam Goreng Kunyit, setengah jam menunggu. Berbuka dalam kereta jawabnya sebab dapat makanan dah pukul 7.25pm.

So maybe minggu depan baru boleh sambung puasa. Kena control makan kuih raya supaya checkup bulan depan, kolesterol okay. Kali ni, total cholesterol okay, cuma kolesterol jahat naik sikit berbanding sebelumnya. Doktor kata, ni banyak makan rendang ni. Hahaha sebulan puasa memang kurang makan sayur dan buah, jadi kolesterol baik pun turun jugak. Walaupun total bagus (bawah 5.2), tapi doktor risau kolesterol jahat tu naik sebab boleh kena stroke dan serangan jantung.

Rajin-rajin buat medical check-up sebab kita ingat kita sihat, tapi sebenarnya tak. Ada beberapa kes kematian mengejut yang mungkin disebabkan kolesterol tinggi dan terkena serangan jantung.

Take care ya semua. 


05 July 2016

Last Minute Shopping. Bukan Saya tapi Suami!


Penatnya pagi ni. Semalam teman ayah shopping. Hari ini giliran suami pula. Alhamdulillah, bengkel tutup hari ni, jadi sempatlah membeli baju seluar kasut. Bukan untuk raya, tapi kami memang jarang shopping.

Pagi-pagi terus ke PKNS Shah Alam. Cari songkok. Semalam di One Utama dan Ahad lepas di Plaza Shah Alam, takde pun orang jual. Yang banyak, kiosk pakaian wanita.

Penuh dah parking PKNS tapi dapat kat bahagian belakang, kalau takde, kena turun basement. Malas nak park sana, nanti kena naik tangga pulak. Hehe.

Terus menuju ke gerai songkok. Banyaknya songkok biasa, cik abang ni cari songkok tinggi 5 inci. Dapatlah di satu kiosk, tapi harganya dua kali ganda dari belo di Batu Pahat.

Gerai di Batu Pahat ni memang lejen. Sebab ayah yang suka kedai ni, memang dari muda sampailah sekarang, ayah pelanggan setia. Dari pakcik yang jual tu masih muda hinggalah sekarang ni, anak beliau yang ambil alih.

Bagusnya kedai ini selain dari harga yang murah, kualitinya memang terbaik. Baldu yang digunakan tu tak luntur kena angin dan air. Suami saya pakai hampir 8 tahun songkok sebelum ini. Nak beli baru sebab kepala dah kecik. Sebab rambut dipotong nipis, jadi kalau pakai songkok lama, macam Abdul Kulup lah dia.

Dah dapat songkok, cari pulak butang baju melayu.  Tak banyak kiosk yang jual butang baju melayu, jadi bila ternampak, teruslah singgah. Murahlah butang baju, ada RM5, RM10, RM28 dan yang ada batu Swarowski tu berharga lebih seratus.




Rupa-rupanya ini kiosk kenalan saya. Tadi masa masuk, nampak gerainya tapi sebab ramai pelanggan, jadi saya terus cari songkok. Balik lalu sebelah belakangnya, jadi saya tak perasan gerai beliau.



Dapatlah berbual sebentar sambil saya memilih pin tudung yang hanya berharga RM10 untuk 6.

Kami terus ke Aeon Shah Alam untuk sesi seterusnya. Hehe kali ni beli kemeja, kemeja-t, slack, tali pinggang dan kasut. Pergh. Lelaki kalau sekali shopping, 4 angka pun okay je. Suami kata, bukan selalu berbelanja. Memang betul pun, dah tu, banyak pulak Sale sana sini.

Ni si isteri yang kepenatan menunggu suami shopping. Dapat kerusi terus duduk tak mahu bangun. Hehe

Anyway, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Terima kasih dan semoga ada yang saya coretkan ini memberi manfaat.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign