Tinta Si Isteri Mekanik: 2 Jan yang PALING BEST sebab Suami buat SURPRISE PARTY...

09 January 2016

2 Jan yang PALING BEST sebab Suami buat SURPRISE PARTY...

Satu perkara yang saya tak biasa adalah surprise party. Surprise party untuk diri sendiri. Maknanya, orang buat untuk kita.

Biasanya, saya buat untuk orang. Adik-beradik. Kawan-kawan.

So, bila tak biasa, kita tak expect pun ada untuk celebrate birthday. Memang tak jangka tak tahu langsung. Pandai suami pakat dengan adik-beradik.

Birthday tahun ni, memang saya tak plan apa-apa pun. Sebabnya suami pindahkan bisnes bengkel automotif kami ke tempat baru. Sebab owner tu tamatkan penyewaan, jadi suami pun decide sewa bengkel yang depan sikit je dari yang lama.

Yang bestnya, sebab kami focus pada driver wanita, maka dapatlah kami BENGKEL PINK. Syok giler rasa.

Tapi, penatnya nak uruskan banyak perkara. But a great experience for me.

Okay, back to surprise party tu. Sebab penat, malas nak organize apa-apa. Nak fikir nak makan apa pun malas, sebab penat sangat.

Petang tu, kawan kami datang ke bengkel. Saje nak jengah katanya. So teman dia makan sebab tak makan dari pagi. Yang bestnya, saya cuma order air je. Rasa macam kenyang. Suami order nasi goreng. Makan macam biasa.

Itu yang buat saya tak syak apa-apa. Then maghrib dulu kat bengkel baru gerak ke PJ. Sabtu malam memang adik-beradik akan berkumpul, so takdelah terfikir ada surprise party.

Bila sampai PJ, borak dengan abang kat luar. Malas nak layan dia sebab asyik cakap lambat je. Mana nak tahu dia ada. So terus masuk rumah. Sampai je kat depan, terus semua jerit “SURPRISE!”. Hahaha blur terus. Then nyanyi birthday song. Muka blur lagi but senyum meleret-leret. Happy sangat.

Ayah bacakan doa selamat. Syukur sangat dapat bersama-sama ayah, mak tahun ni. As I blogged before, tahun 2015, ayah dimasukkan ke hospital sebanyak 3 kali. Alhamdulillah, Allah masih berikan peluang untuk kami berbakti kepada kedua mak dan ayah.

Then, masa untuk makan. Menu malam tu adalah western food. Ayam bakar Ayamas. Mash potato. Coleslaw. Lasagne. All my favourite food.

Lepas makan, semua lepak-lepak berbual catching up. I know myself. Otak penat tapi badan tak nak ikut. Maknanya, saya kena buat kerja in order nak tidur malam. Adrenalin level pun tinggi sebab surprise party tadi.

So saya pun start mencuci pinggan. Lagipun adik-beradik semua dah susah payah masak dan plan the party. Then kakak ipar kata, pergilah duduk depan. Adik ipar kata pergi main dengan Ahmad. Saya pun okay je sebab suami sambung basuh pinggan. Duduk depan, main dengan Ahmad.

Then…semua nyanyi lagi birthday song. Sebabnya ada KEK. Hish, ingat dah habis celebrate, rupanya ada lagi.

Memang best betul birthday kali ini. Sebabnya ini semua suami yang rancang dengan bantuan adik-beradik.

Thank you so much to all my darlings. Yang menjayakan surprise party ini.


Ya Allah, murahkan rezeki adik-beradikku Ya Allah. Ameen.

p/s: Gambar takde sebab dah kata surprise party kan... Ada satu je suami post di FB.


Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign