Tinta Si Isteri Mekanik: CUTI KRABI : Ruen Sukhotai Massage yang BEST

11 January 2016

CUTI KRABI : Ruen Sukhotai Massage yang BEST

Salah satu perkara yang saya nak sangat buat berulang kali di Krabi adalah MASSAGE. 

(sumber : Google)

Memang salah satu cara kami reward diri adalah dengan berspa. Dan lagi memang Thailand dan Indonesia terkenal dengan spa yang best dan murah.

Contohnya, Reflexology Massage cuma 300Baht sahaja di Krabi. Dalam RM37.00 je untuk satu jam. Best giler.

Saya rasa, tak ramai yang blogkan Ruen Sukhotai Massage ni. Rasanya mungkin ramai yang ingat Spa kat sini MAHAL. Padahal, sama je rate dia dengan Spa biasa tu.

Sebelum tiba di sini, kami ada lalu beberapa spa kecil. Dapat jugak survey harga. Kalau Thai Massage, hanya 250Baht. Oil Massage 1 jam cuma 300Baht. So, memang berbaloi la kami ke Ruen Sukhotai Massage ni.


Ini di hadapan atau pintu masuk Ruen Sukhotai Massage ni. Cantik kan?



Kalau kita buat Reflexology, ini area dia. Agak terbuka la. Masa kami massage, takde orang. Even yang lalu lalang pun macam takde. Sebab ramai ke Island Hopping pagi-pagi ni. Puas hati buat Reflexology ni. Satu jam yang penuh padat dengan urut je.


Ini ruangan untuk body massage. Ada langsir in between. Pintu sebelah kiri tu untuk body scrub sebab dalam tu ada bathtub.


Dekorasi dalam spa ni minimalist je. Tapi merelakskan kita. Yang pintu kaca depan ni, kira main entrance dia. Yang pintu kaca depan sana tu ada bilik-biik. Untuk couple urut bersama.

Overall, experience kami memang ini Spa terbaik. Sebab itu hari ketiga sempat lagi kami buat body massage. 3 hari, 3 kali urut. Nikmatnya...

(sumber : Google)

Hari kedua sebenarnya, kami ke Sukhotai Massage. Yang ni memang dekat kawasan pantai. Kawasan yang banyak kedai-kedai kecil.

Saya lupa ambil gambar tapi ada satu di Google.

(sumber : Google)

Tapi, kalau sayalah, saya takkan datang lagi ke sini. Tak best macam Ruen Sukhotai Massage tu. Dia tak pentingkan sangat hygiene. Rasa tuala tu macam guna balik je, macam dah pakai sebab macam berminyak. That's why sekali je ke sana. Urut pun tak best. Banyak keluar masuk. Kira macam 40 minit je urut. Dahlah so-so je urut.

So, hari ketiga, untuk urutan terakhir di Krabi, kami kebali ke Ruen Sukhotai Massage.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign