Tinta Si Isteri Mekanik: TEATER ISTANA BUDAYA : Tenggelamnya Kapal Van Der Wjick

13 January 2016

TEATER ISTANA BUDAYA : Tenggelamnya Kapal Van Der Wjick

Dah lama sebenarnya saya tak menonton teater. Sebab takde yang best. Kadang ada yang best, tapi dah terlepas. Dah tu pulak, Istana Budaya kat tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur yang sentiasa 'hidup' tu.

Saya memang tak pernah minat filem dari Indonesia. Tapi selepas diperkenalkan di Public Speaking Mastery, saya memang suka dengan filem ini. Jadi bila ada peluang menonton teater, saya pun ambillah. Tengok pulak dengan geng-geng Public Speaking Mastery, memang lagi menariklah.

Satu lagi sebab adalah kerana saya suka dengan Nabila Huda. Pada saya, dia seorang pelakon yang sangat bagus. Penjiwaan watak sangat tepat setiap kali Nabila Huda berlakon.

Pelakon utama teater Tenggelamnya Kapal Van der Wijck adalah Amar Baharin sebagai Zainuddin dan Nabila Huda sebagai Hayati.

Sinopsis Tenggelamnya Kapal Van der Wijck:

Teater Tenggelamnya Kapal Van der Wijck diadaptasi daripada novel berjudul sama yang diterbitkan pada 1939 karya ulama terkenal Nusantara, Prof. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali dengan nama Hamka. 

Ia mengisahkan persoalan adat yang berlaku di Minangkabau dan perbezaan latar belakang sosial yang menghalangi hubungan cinta sepasang kekasih hingga berakhir dengan kematian.


Zainuddin dan Hayati yang saling menyintai tidak dapat memenuhi hasrat untuk hidup bersama kerana keluarga Hayati menjodohkan Hayati dengan Aziz. 

Zainuddin yang kecewa telah merantau dan berjaya menjadi penulis terkenal. Oleh kerana menanggung hutang yang banyak, Aziz telah membawa Hayati tinggal di rumah Zainuddin. Sebelum membunuh diri, Aziz telah menulis surat supaya Zainuddin menjaga Hayati. 

Namun, Zainuddin yang masih kecewa kerana Hayati telah melanggar janji untuk setia telah memaksa Hayati pulang ke kampung dengan menaiki kapal Van der Wijck. Malangnya, ketika dalam perjalanan kapal tersebut telah tenggelam.


Tarikh yang mereka pilih adalah pada 14 Oktober 2015 iaitu pada hari Jumaat. Jadi dah tahu dah, Jumaat memang akan jammed. Jadi kami decide terus gerak jam 5.30petang lepas balik kerja.

Tapi, hujan lebat giler petang tu around 5.00pm. Lebat dan lama. So decide, kami gerak lepas Maghrib. Senang sikit dah solat.

Masa tu Maghrib cepat. Rasanya pukul 7.00pm dah masuk waktu. Gerak dalam pukul 7.15pm. Tak sempat makeup apa pun.

Ikut Waze. Guna NKVE dan DUKE. Tapi lepas DUKE, dah mana-mana dah Waze tunjuk. Sebab gelap, kami follow je. Dia bawak lalu jalan yang tak berapa jammed lah, tapi siap kena redah jalan yang flash flood semua. Ngeri.

8.30pm, kami tak sampai lagi. Dah dekat dah, tapi sebab salah simpang, kena harung jammed balik. Rasanya 8.45pm baru tiba. Parking pun dah nak penuh. Menapak laju-laju masuk dewan. Mengah-mengah jalan hehe.



Then jumpa kawan yang pegang tiket. Dapat pulak bantuan staf Istana Budaya sebab teater dah start. Dewan dah gelap, so dia tolong suluh dan tunjukkan seat. Rupanya dapat seat depan. Memang best sebab dapat tengok dekat-dekat. Especially masa props bertukar. Tiba-tiba pokok gergasi turun dari langit. Kapal besar keluar dari kanan stage. Macam-macamlah.




Ini masa break. Jangan sesekali cuba nak ambil gambar masa teater tengah berlangsung. Kena laser merah nanti. Mungkin ada announcement tentang ambil gambar, tapi sebab kami lambat, tak tahulah ada atau tak.

Lakonan Nabila Huda memang tidak menghampakan. Memang best lakonan beliau. Setanding Pevita Pearce, pelakon Hayati dalam filem.

Amar Bahrin. Kena brush up lagi lakonannya. Kalau dia control sangat, lakonan dia kaku. Dalam pertengahan teater, baru sedikit okay, but audience dah boring. Sayalah tu.

Syarul Ridzwan, for newcomers, lakonan dia lebih bagus berbanding Amar Bahrin. Kira bezalah dengan kekakuan lakonan beliau dalam Hati Perempuan tu.

Amyra Rosli, she's fun. Sesuai dengan watak Khadijah. Adik kepada Abang Aziz, suami Hayati lakonan Karl Shafek.

Overall, agak boring. Saya sempat tidur hehehe. Tapi sebab ini teater, banyak sangat scene yang meleret-leret membuatkan teater ni panjang tapi membosankan. Maybe sebab terikat dengan novel, jadi semua benda macam nak cram kan dalam 3 jam. Sama macam Ombak Rindu. Novel best, tapi filem tak best.

Anyway, apa yang best adalah dapat berjumpa kawan-kawan dan juga Guru Public Speaking kami. Ini pun tak semua yang bergambar. Ada yang dah balik. Ada yang tak masuk bergambar.

Berbaloi tengok ke teater ni? For me, it is a good experince. Pengalaman menonton teater. Cerita a bt boring. So better tonton wayang dari tonton teater.

p/s: Nasib baik dah habis teater ni. Lambat sangat buat reviewnya.


Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign