Tinta Si Isteri Mekanik: JJCM : TAMAN MELATI, GOMBAK

22 February 2016

JJCM : TAMAN MELATI, GOMBAK


Saya ke Cemerlang Heights ni tahun lepas. Tertarik dengan cerita Tuan Al Irfan Jani, saya mendaftarkan diri untuk kelas Stori Telling Marketing.



Best sangat kelas ini. Rupanya setiap dari kita adalah Storyteller, atau, pencerita yang hebat. Sebabnya, setiap hari kita bercerita. Hampir setiap masa kita bercerita. Bangun pagi, bercerita dengan suami dan anak-anak. Di pejabat, bercerita dengan kawan-kawan sepejabat, dengan klien, dengan bos. Nanti bila di kenduri, bercerita dengan sepupu sepapat, dengan makcik pakcik.

Kita semua adalah storyteller. Cara kita bercerita adalah dengan berborak.

Contohnya, 

"Apa khabar Mak Nab? Sihat?"

"Macam ni lah. Sihat orang tua. Hari tu doktor kata jantung Mak Nab lemah. Sekarang ni kena makan ubatlah. Doktor kata jangan banyak risau. Yelah, Mak Nab ikut cakap doktor."

Hahaha Mak Nab seorang storyteller, kan?

Kelas ni dari pagi sampai petang. Jadi waktu tengahari, saya ikutlah kawan saya, Fir. Single lagi orangnya. Tumpang kereta dia dan Fir bawak kami ke area Taman Melati ni lah. Saya memang tak familiar kawasan ni, jadi ikut sajalah.

Parking tepi-tepi jalan je. Warung ni di corner lot. Di Persiaran Pertahanan. Masuk-masuk je, saya terus tinjau hidangan yang ada. Banyak giler lauknya. Katanya specialty kat sini adalah Ayam Dara.

Cara hidangan very simple tapi effective. Kalau lauk berkuah, ada yang diletak dalam belanga. Macam Gulai Kawah. Macam Ayam Dara tu, letak kat dalam cabinet siap dengan lampu oren macam kat kedai mamak. Yang lain letak dalam tray je, tapi susun ikut jenis masakan. Masak Lemak, berderet masak lemak ayam, daging, sayur. Senang nak tengok, sedap perut berbunyi.


Ha ni lah ayam goreng tu. Menarik kan displaynya?


Sambal Kering Ikan bilis. First time tengok masakan guna ikan bilis yang besar ni.


Agh....kerabu favourite saya ni. Ada macam-macam jenis kerabu. Saya tak ambil gambar semua sebab tinggal sikit je.


Ha, tengok ni. Sotong kembang. Ni tak ingat, samada sambal atau kari. Tengok display dia, dalam belanga! Mesti laku keras, sebab tu buat banyak-banyak. Bawah periuk ni, ada tungku, so sentiasa panas.


Ketam pun ada. Goreng rangup is my favourite.

Dua kali saya pusing kawasan lauk-pauk sebab banyak sangat pilihan sampai tak tahu nak pilih apa. Hahaha. Memang macam tu. Bukan apa, saya nak pilih semua yang saya suka, tapi perut saya kecik je. Dan hero saya takde bersama, nanti kalau tak habis, sayang membazir pulak.

Yang bestnya, saya tak ambil gambar pun apa yang saya pilih. Lapar sangat dah. Duduk terus makan. Seingat saya, saya ambil kerabu, jantung goreng yang dicucuk ke batang sate, satu lagi protein saya tak ingat. Nasi ambil sikit je, tak sampai sesenduk. Adik tu kena kurangkan nasi tu sampai dua kali, pastu tanya, "Cukup ke kak?". Cukup dik, sebab nak ratah lauk ni.

Saya jangka. harga lunch saya around RM8.00 - RM9.00 termasuk air. Tapi jangkaan saya salah!

Saya cuma perlu bayar RM7.00 termasuk air. Murah giler for a luxury lunch macam ni.

Overall, memang bestlah experince di sini. Banyak pilihan, makanan sedap, kawasan selesa, panas sikit tapi banyak kipas. Warung kan, kira ni macam high-end warung la ni.

Kalau yang biasa dengan area Taman Melati, mesti tahu warung ni. Maafkan saya, saya tak familiar so saya tak tahu macam mana nak terangkan. Tapi dekat dengan LRT Taman Melati. Ha, yang gambar first tu, tu LRT nya track. Haha harap dapat membantu.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign