Tinta Si Isteri Mekanik: REVIEW : DIM SUM SEDAP DI WESTSIDE BISTRO, SHAH ALAM CONVENTION CENTRE

16 February 2016

REVIEW : DIM SUM SEDAP DI WESTSIDE BISTRO, SHAH ALAM CONVENTION CENTRE

Dim sum adalah antara kegemaran kami berdua. Sangat suka sebab kononnya macam hidangan yang sihat sebab dim sum kan dikukus? So macam boleh makan banyak-banyak hehehe. Ajaran salah ni.

So bila saya ternampak offer ni dalam Groupon, saya memang terus beli. Tak tunggu dah sebab takut bila tangguh, saya terlupa dan melepas peluang ni.


Tempoh offer ni dari bulan September 2015 sampai 1 November 2015. Being me, memang selalu tunggu last minute baru teringat dan baru terhegeh-hegeh nak redeem.

And, surprise surprise, tarikh yang saya nak iaitu pada 1 November tu dah penuh! Argh...menyesal sangat tak book awal-awal tapi weekend kami memang penuh sebab saya tengah ambil course LEADERSHIP. Memang cramp sabtu ahad saya.

Tapi, saya bernasib baik sebab Westside Bistro extend the promotion until December 2015. So saya cepat-cepat book on 11th December iaitu hari cuti Keputeraan Sultan Selangor. Dan masukkan dalam Planner saya. Plus REMINDER juga. Siap bagitau husband supaya dia tak kerja hari tu.

Saya pernah beberapa kali ke Shah Alam Convention Centre. Terletak bersebelahan dengan Kompleks PKNS dan SACC Mall, SACC selalu menjadi pilihan sebagai venue untuk majlis perkahwinan dan seminar.

Tapi selalu tak perasan dengan Westside Bistro ni. Sebab letaknya di corner, so nampak kecil. Dan bila saya pergi seminar yang ramai orang, memang terselindung la Bistro ni sebab orang dok lalu lalang kat situ.

Ini gambar dari luar. Dari Kompleks PKNS. Westside Bistro ni dekat kawasan bulat tu. Ada juga outdoor area untuk merokok.

Sumber : Google
Pagi tu, kami tak makan pun. Cuma minum coffee je sebab nanti nak makan banyak-banyak dim sum ni. Lagipun, masa yang diberikan adalah dari pukul 11 pagi sampai pukul 3 petang. 4 jam nak makan tu..

Kami tiba dalam pukul 12 tengahari. Parking di basement SACC Convention Centre. Park dekat area lif, senang sikit. Naik tingkat 1. Keluar lif, ke kanan dan kanan lagi dan jalan terus sampai hujung.

Nanti nampak kaunter ni. Ini kiranya reception area dia. Kecik je kan? Kami datang, terus ke kaunter. Adik berbaju hitam yang sambut.


Disebabkan dah beli Groupon dan bayar melalui Groupon, kita kena print dulu voucher Groupon dan serahkan kepada staf mereka.

Pilih meja dan duduk. Hehe.

Lepas tu, staf akan serahkan satu borang. Dalam tu, ada senarai semua dim sum. Ada dim sum yang STIM dan ada dim sum yang diGORENG. Boleh pesan 5 jenis setiap satu. Maknanya sekali datang, 10 jenis dim sum.

Bila dah habis makan, baru pesan lagi 10 jenis. Bagus juga buat macam ni. Tak membazir. Hanya pesan apa yang kita nak makan je.

Masa beli Groupon ni, ini senarai dim sum yang ada.


Steamed dim sum
Steamed chicken dumpling
Steamed fish ball dumpling 
Steamed seaweed golden roll
Steamed prawn dumpling
Braised chicken feet with black bean sauce
Steamed barbecue chicken bun
Steamed long bean dumpling
Steamed salted egg dumpling
Steamed button mushroom dumpling

Fried dim sum
Deep fried beancurd roll
Salad prawn
Deep fried Vietnamese rolls
Deep fried beancurd prawn roll
Deep fried wantan dumplings
Thai fish cakes
Deep fried crispy otak-otak roll
Crispy beancurd roll

Porridge and rice
Porridge with fish, chicken, and groundnuts
Salted egg seafood fried rice

Dessert
Chilled almond pudding with longan
Chilled sea coconut with longan
Crispy sesame ball
Mini egg tarts
Mixed fruits

Drinks
Jasmine tea

Saya suka sangat dengan sea coconut ni. Pertama kali makan di Setia Alam Convention Centre. Dan terus jatuh cinta. Sedap dimakan sedikit sejuk. Rasanya kenyal yang lembut. Sebab dimasak dengan gula, jadi rasanya manis. Saya makan 2 mangkuk. Kuahnya saya tak berapa minum, hanya makan sea coconut sahaja. Longan kegemaran suami, maka suami makan longan.


Chilled sea coconut with longan.


Jasmine tea ni, suami ambil. Dia ingatkan teh biasa. Siap letak gula dan creamer. Saya pun pelik tapi tak tegurlah. Bila minum, tak sedap langsung. Tapi dia habiskan juga, tak baik membazir katanya. Dan kemudian, suami ambil sea coconut pula.

Jasmine tea. Chilled sea coconut with longan. Mini tart.


Yang bawah ni dim sum kukus. Sedap semuanya kecuali yang chicken feet tu. Second order hanya ambil Steamed chicken dumpling. Ini Siew Mai sebenarnya.

Bila dim sum kukus ni datang, kena hati-hati sebab PANAS. Yelah, keluar kukusan terus ke meja. Berasap-asap atas meja. Dan make sure dah sejuk baru masuk mulut. Again, PANAS. 


Steamed chicken dumpling. Steamed prawn dumpling. Braised chicken feet with black bean sauce. Yang oren tu tak tahu tapi rasanya ketam.


Yang ni jenis dim sum yang digoreng. Thai fish cakes tu sedap. Yang dua lagi tu biasa aje. Cuma dim sum yang digoreng ni berminyak sangat. Second order, ambil Thai fish cakes lagi. 



Thai fish cakes. Deep fried beancurd roll. Crispy beancurd roll.





Kami order semua. Sebab nak merasa. Second round, hanya ambil yang sedap di tekak sahaja. Lagipun dah kenyang, jadi tak mahu membazir.

Suami rasa juga bubur nasi (Porridge with fish, chicken, and groundnuts) dan saya ambil sesenduk Nasi Goreng Cina (Salted egg seafood fried rice).

Kami keluar dengan perut yang bergendang gendut hahaha. Memang padat penuh puas hati sebab dapat makan dim sum sedap dan murah.

Oh masa tu serentak ada promo juga Buy 1 Free 1 dengan harga RM58.00. Sama je dengan harga Groupon, so okaylah kan.

Overall, okaylah cuma tidaklah sebanyak China Treasures di Sime Darby Convention Centre.


Westside Bistro
Precinct 1.1, 
Jalan Perbadanan 14/9 SACC Mall, 
Seksyen 14, 40000, Shah Alam, 
Selangor


Phone:+60 3-5511 8858

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign