Tinta Si Isteri Mekanik: REVIEW : GRAFA SS15

13 February 2016

REVIEW : GRAFA SS15

Kami ke Grafa SS15 ni tahun lepas lagi. Hehehe. Memang dah basi giler dah ni.

Tapi nak buat jugak review supaya boleh pergi lagi *smile

Sumber : Google
Grafa ni terletak di Subang Jaya. Kawasan SS15. Kalau dari traffic light Subang Parade, Subang Parade sebelah kanan, Masjid sebelah kiri. Lepas traffic light tu, belok kiri. Nanti nampak Mc Donald dan Shell sebelah kiri. Masuk simpang kiri dan terus sampai nampak KFC. Terus sikit lagi dan masuk simpang kanan. Terus je. Grafa ni kat tengah-tengah.

Tapi kena awas sikit sebab signboard dia kecik je. Kalau malam kena peka sikitlah. Satu lagi problem adalah PARKING. Walaupun malam, kawasan ni memang happening la. In fact, SS15 memang alive malam-malam.


Sumber : Google


Tapi memang rezeki sebab dapat parking dekat je dengan Grafa. First time kan, so redah ajelah.

Masuk-masuk, memang style cafe hipster. Simple decor. Lampu ala-ala relaxing. But, surprisingly, masuk ke dalam, kawasan dia luas! Besar macam 2 lot kedai. Cantiklah, tapi tak ambil gambar sebabnya baru balik kerja, penat. Tak larat nak fikir dah. Nak makan aje hehe.

Sumber : Google
Satu signature kat Grafa ni adalah The Famous Orange Couch ni. Ramai yang datang, mesti ambil gambar kat sini. Kami tak pun, sebab tak ramai orang, terus menonong masuk carik meja.

Masa on the way ke sini, dah tengok instagram Grafa dah, tapi bila sampai, gi order menu lain. Nampak sangat penat dah malam tu, tengok menu terur order je.

Saya order Olive Garlic Pasta sebab dalam menu ada tulis 'Not your ordinary Aglio Olio" or something like that. Even waiter dia pun macam berahsia. 

Husband order Nasi Goreng Ketam yang ada Soft Shell Crab. 



Food presentation okaylah. Simple. Tapi masih cantik. Sebab dah lapar, lepas ambil gambar je, terus makan. Untuk pasta tu, lama-lama bila makan, makin pedas. Tapi bearable la for me. Cuma kalau tak tahan pedas at all, jangan order. Air memang laju je sedut sebab pedas.

For Nasi Goreng, memang sedap dan berbaloi sebab dahlah ada ketam, di sebalik nasi tu penuh dengan udang dan sotong. Memang bestlah. Kalau datang tengahari, akan order lagi Nasi Goreng Ketam ni.

Overall, pengalaman di Grafa SS15 ni memang berbaloi. Makanan sedap. Servis pun cepat mungkin sebab dah pukul 10 malam. Dah lepas dinner time. So tak ramai orang.

Saya akan datang lagi dengan syarat bukan waktu peak. Maybe by 12.00 noon dah tiba. Atau jam 3.00pm lepas lunch rush hour. Atau jam 10.00pm macam yang saya datang ni.


Alamat Grafa SS15
55 Jalan SS 15/4B
Subang Jaya
03-5611 7600
FB Grafa Malaysia

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign