Tinta Si Isteri Mekanik: REVIEW : RESTORAN AROMA HIJRAH

19 February 2016

REVIEW : RESTORAN AROMA HIJRAH


Maafkan saya.

Saya sangat lemah apabila ada pilihan tak perlu memasak. Haha. *memang mencari peluang.

Restoran Aroma Hijrah ni terletak di TTDI Jaya, Shah Alam. Atau Seksyen U2. Kawasan Monforts Boys Town, Space U8, AidiJuma, Nasi JJ Kak Wok. Ha...kalau tau mana-mana satu tempat tu, kira senanglah.

Sumber : Google

Restoran Aroma Hijrah ni sebenarnya restoran nasi arab. Jadi hidangannya memang ikut style Arablah. Dah banyak kali makan kat sini. Sebab dekat dengan bengkel Rahim Auto. Balik kerja, terus ke sini.

Satu je syaratnya, kalau makan kat sini, saya tak akan makan tengahari. Biar perut betul-betul kosong, baru boleh habis nasi sepinggan.

Untuk nasi, ada pilihan antara Nasi Mandy, Nasi Kabsah dan Nasi Maghlubah. Saya paling suka Nasi Mandy. Kurang rasa rempah berbanding 2 lagi nasi tu.

Gandingkan dengan Roasted Chicken atau Ayam Bakar, Nasi Mandy memang sesuai. Ayam dia lembut dan juicy, tidak kering seperti ayam bakar biasa. Rempah yang disalut pada ayam pun sedap, tidak terlalu menyengat sangat. That's why saya boleh habiskan satu hidangan Nasi Arab ni.


Setiap pesanan nasi, akan dihantar bersamanya Sambal dan Salad. Sambal Nasi Arab di Restoran Aroma Hijrah ni memang kena dengan tekak orang Malaysia. Sambalnya seimbang antara rasa PEDAS dan MANIS. Sedap sangat dengan ayam bakar tu. Saya suka betul.

Salad Nasi Arab, macam biasa, ada timun, tomato dan bawang merah. Semuanya di potong dadu dan ada masam-masam, mungkin dari limau atau cuka. Tapi tak kuat sangat, sedang-sedang elok je.

Campurkan nasi, ayam, salad dan sambal. Fuh...tak tengok kiri kanan dah bila makan.

Suami pula kalau ke sini, memang pilih lauk kambing je lah. Nasi Kabsah dengan Lamb Kabsah. Memang kami berdua akan pilih masakan yang sama je bila ke sini.

Ini alamatnya. 

Restoran Aroma Hijrah
8 Jalan Opera U2/H
TTDI Jaya
40150 Shah Alam
No. Tel : 03-78321524 / 012-6544838 / 012-6644639

Kalau ramai, better buat reservation dulu. Pastu request tempat makan bersila. Best!

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign