Tinta Si Isteri Mekanik: Ayah suruh baring kat lantai Lepas Discaj

31 March 2016

Ayah suruh baring kat lantai Lepas Discaj

Lepas discaj, saya memang tak larat nak buat apa-apa. Satu badan terasa sakit. Duduk memang tak boleh lama. Kena baring flat tanpa bantal untuk relakskan badan.

Masa saya di hospital, Ayah called. Dia tak sihat, jadi tak larat nak lawat saya kat hospital. Ayah pesan, balik rumah, kena kerap baring flat atas carpet, tanpa bantal tanpa tilam.

So, bila saya sakit badan, yang tegang sampai tak boleh buat apa, saya pun buat apa yang ayah pesan.

Memang berkesan!

Macam ni gambarnya.


Bila Google, rupanya ada beberapa kebaikan baring di lantai tanpa sebarang bantal dan tilam.

1. Bagus untuk back pain. 

2. Menjajarkan pinggul (Aligned hips).

3. Menjajarkan bahu (Aligned shoulders).

4. Membetulkan kepala, leher, tulang belakang, pinggul, seluruh badan.

Patutlah Ayah suruh saya baring flat kat lantai. Untuk betulkan semula badan saya yang sakit.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign