Tinta Si Isteri Mekanik: Basuh kucing dalam washing machine!

08 March 2016

Basuh kucing dalam washing machine!



sumber : Google


Minggu lepas, lepas balik kerja, suami ke yard untuk basuh baju. Jadi, beliau ambil bakul baju kotor di bilik dan bawa ke yard untuk dibasuh.

Suami saya pun letakkan bakul di lantai. Sebab nak masukkan satu per satu baju yang sama jenis dan asingkan tuala dan pakaian solat. Jadi, dia pun ambil sehelai dua baju dan terus masukkan dalam mesin.

Tiba-tiba, dia dengar bunyi kucing mengiau-ngiau. Buat tak kisah je sebab kat luar memang ada kucing yang suka mengiau bila nampak orang.

Lepas tu dia masukkan lagi baju. Terdengar bunyi kucing tu lagi. Tapi kuatlah. Terkejut agaknya kucing tu.

Rupa-rupanya kucing tu ada dalam WASHING MACHINE! Menjerit suami saya.

Saya pulak terkejut sebab suami menjerit. Hahaha kelakar betul masa tu.

Lepas tu, suami saya melompat masuk dalam rumah, "Eh, kenapa yang?" Tanya saya.

"Kucing tu nak keluar."

Rupanya kucing tu tengah menggelupur nak keluar. Tapi tak boleh lompat sebab tinggi. Dua tiga kali lompat baru boleh keluar.

Washing machine kami jenis TOP LOAD. Besarnya 10kg, tinggi tapi gemuk. Tu yang tak nampak kucing dalam tu. Tak pernah pulak kucing boleh lepak dalam tu.
Jadi suami pun keluarkan balik baju-baju dan basuh mesin tu untuk hilangkan bulu dan bau kucing tu.

Macam mana kucing tu boleh masuk dalam mesin?

Sebab lepas basuh baju, memang kami biarkan penutup mesin tu terbuka, untuk keringkan drum. Sebelum ni kami terus tutup, tapi berbau hapak baju-baju yang dibasuh. Bila tanya mak, mak kata kena keringkan dulu drum nya, baru boleh tutup.

Kena pulak minggu lepas kan cuaca sangat panas. Kucing pun tak tahan agaknya, cari tempat sejuk. Kebetulan, washing machine kami tak tutup. Selamatlah.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign