Tinta Si Isteri Mekanik: 210/110 - Ini Tekanan Darah Saya Tapi Saya Degil

05 April 2016

210/110 - Ini Tekanan Darah Saya Tapi Saya Degil

Saya menulis kisah ini agar ianya memberi manfaat kepada mereka yang membacanya. Jangan DEGIL macam saya. Sebab akibatnya...

Tak boleh bayangkan kalau apa-apa berlaku pada saya. I am NOT READY.

Okay. Saya mulakan dari awal.

Seminggu sebelum saya sakit, kami agak sibuk. Bukan apa, cuma ada malam-malam yang kami ke rumah parents kami. Ayah tak berapa sihat. 

Biasanya balik around 12 tengah malam. Kiranya tidur dalam pukul 1. Tapi seminggu tu, saya tak nyenyak tidur. Asyik terbangun-bangun. Rasa tidur tu tersentak-sentak, macam kita mimpi terjatuh tu.

Tapi saya buat tak kisah je, biasalah kan... Penat.

Tapi, hari khamis, masa saya bangun pagi, kepala saya BERAT. Macam ada batu atas kepala saya dan tengkok saya. Saya solat pun duduk terus. Dan terus decide untuk ke klinik. Tahu dah mesti tekanan darah saya naik ni.

Around 8am, terus ke klinik. Semua okay, boleh jalan, boleh bercakap. Cuma kepala saya berat. Dan bila di kaunter, nurse tanya sakit apa, saya jawab sakit kepala.

Sebab tak ramai orang, memang cepatlah saya dipanggil, lagipun ada 2 orang doktor dan saya berdoa agar dapat owner klinik ni.

Bila masuk bilik doktor, terus doktor ambil tekanan darah saya. Dan doktor terperanjat sebab tekanan darah saya adalah 210/110.

Doktor suruh relaks kejap. Tarik nafas dan lepaskan. Dua tiga kali buat begitu, tapi tekanan darah saya masih tinggi iaitu 190/110.

Terus doktor suruh masuk ke Bilik Rawatan. Makan 1 biji ubat dan bukak baju sebab nak buat ECG. Uish, kes berat dah ni.

Teringat masa Ayah kat Emergency PPUM bulan lepas, memang kena buat ECG untuk tengok keadaan jantung. Risau jugak, takut heart attack ke ni?

Alhamdulillah, doktor beritahu yang jantung saya takde masalah. Check balik tekanan darah, masih 180/90. Doktor kata, duduk luar dan rest. No handphone at all. Mesti turunkan tekanan darah, kalau tak, doktor akan panggil ambulans dan hantar saya ke hospital.

Duduk luar, memang saya letak handphone kat tepi. Relaks je, tengok tv. Sambil berbual dengan husband. 15 minit lepas tu, masuk semula jumpa doktor dan check tekanan. Alhamdulillah, turun ke 160/80. Masih tinggi, tapi terkawal sebab tadi dah makan ubat. So, doktor bagi balik tapi still advise saya untuk ke hospital.

Saya janji kalau keadaan makin teruk, saya akan ke hospital.

Little that I know, yang keadaan saya sangatlah serius. Tekanan darah yang terlalu tinggi boleh sebabkan STROK, HEART ATTACK dan boleh sebabkan kematian!

Malahan, kalau tekanan darah melebihi 180/110, ianya dikira sebagai krisis perubatan atau MEDICAL CRISIS! Patutlah semasa saya di Accident & Emergency Tropicana Medical Centre tu, saya diletakkan di bilik besar yang penuh dengan peralatan dan white board yang ada info tentang Code Blue.

Scary tau duduk bilik tu. Dengan bunyi beep beep dari mesin heart rate dan blood pressure, dengan sunyinya. Nasib baik takde kes-kes kemalangan ke atau yang lain-lain. Kalau tak, blood pressure agaknya tinggi je sebab nervous.

Sumber : Google


Tapi.....

Saya ke hospital pada ESOKNYA. Waktu malam, lepas Maghrib. Sebab saya agak, tekanan saya masih tinggi sebab masih sakit kepala dan semakin lemah dan tak larat.

Tak lama lepas registration, terus dapat masuk triage dan lepas ambil tekanan darah, terus ke bilik yang besar tu. Kemudian, nurse buat ECG untuk pastikan jantung saya takde masalah. ECG ni pun dah buat kat klinik, tapi hospital buat sekali lagi untuk rekod mereka.

Lepas ECG, ke X-Ray pulak untuk tengok paru-paru. Esoknya kena buat CT Scan sebab doktor discover ada spots kat lungs, tapi result clear.

Lepas tu kena cucuk branula pulak. Nasib baik Nurse Fiza pandai cucuk, sekali cucuk terus je okay. 

Doktor awal-awal dah bagitahu, memang kena warded sebab hypertention. Nasib baik saya dah siapkan tuala, toiletteries dan telekung dan juga baju tidur untuk suami dan saya. Rupa-rupanya dapat juga tuala dan toiletteries dati TMC untuk guest mereka,

Jam 12 malam, dapat bilik Single. Besar biliknya, siap ada sofa bed. Suami, masuk bilik, solat terus tidur. Saya pulak terkebil-kebil tak dapat nak tidur.

Mintak sleeping pill dari nurse, tapi tak dapat sebab dah lewat sangat. Lagipun saya dah diinject ubat hypertention, so doktor tak bagi.


Rupanya, sebab tekanan darah saya masih tinggi, dalam lingkungan 160/90, menyebabkan saya tak boleh tidur. Bila tekanan tinggi, sebenarnya kita rasa sakit kepala, tapi sebab dah biasa dengan sakit tu, badan kita macam adapt dah atau immune dengan sakit. Kita tak rasa sakit, tapi dalam keadaan normal, memang sakit.

Saya cuma dapat tidur 3 jam je dan siang Sabtu tu, tidur kejap-kejap je. Tak dapat tidur nyenyak. Ini salah satu reason saya kena hypertention. Kurang tidur. Dan penat.

Ahad tu, saya cuba berjalan. Sebab saya tahu, kalau minda saya penat, memang saya tak dapat tidur kecuali kalau saya penatkan badan.

Hari Sabtu, sebab saya seorang, saya tak berani nak keluar, atau renyah-renyah sangat. Takut jatuh dan tumbang. So Ahad tu, suami ada sama, so kami berjalan ke Cafetaria di LG. Nak beli breakfast dia.

Lepas tu, kawan dan adik-adik saya datang, so saya hantar sampai ke lif. Banyak berjalan lah hari Ahad tu. Alhamdulillah, malam tu saya dapat tidur nyenyak. Sampaikan nurse datang nak ambil tekanan dan suhu badan pun saya tak boleh bukak mata. Hulur tangan kanan je, sebab tangan kiri saya ada branula dan sakit bila tekanan diambil.

Tapi, tekanan darah saya masih 160/110. Doktor target, kena turunkan ke 130/80 ke bawah, baru boleh discaj. So result darah saya, White Blood Count agak tinggi, so doktor introduce antibiotik dan juga tambahkan satu lagi ubat untuk hypertention.

Antibiotik tu setiap 6 jam, cucuk ikut branula. Terasa sakit bila antibiotik tu masuk. Tapi ada seorang nurse ni, buat tak sakit pun. Ada seorang tu, main tekan je, suruh kita tahan, katanya memang macam tu. Bila cakap pada nurse Aishah, dia flush dengan air dulu baru masuk antibiotik. Sebab kadang-kadang, ada blood clod kat branula tu, tu yang sakit tu. Lepas tu saya mintak dia je yang cucuk antibiotik tu.

Hari Selasa, baru dapat capai target doktor. Baru dapat discaj. Alhamdulillah.

Memang kena hati-hati dengan sakit kepala. Pergilah buat pemeriksaan tekanan darah di klinik. 

JANGAN DEGIL MACAM SAYA!

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign