Tinta Si Isteri Mekanik: Alammi Spa Concorde Shah Alam - Massage yang sakit!

29 April 2016

Alammi Spa Concorde Shah Alam - Massage yang sakit!

Salah satu cara release tension saya adalah ke spa. Diurut dalam suasana yang relaxing dan tenang memang best.

Saya selalu ke Alammi Spa, Concorde Hotel Shah Alam sebab mudah nak dapat slot (dengan temujanji 1-2 minggu awal), parking pun senang dan saya selesa dengan terapis mereka.

Alammi Spa ni betul-betul dalam hotel Concorde ni, di tingkat 3. Bersebelahan dengan swimming pool dan gymnasium.

Kalau booking, kena hadir awal 15 minit sebab nanti nak register dan minum air halia atau air serai yang mereka hidangkan.

Saya suka minum air halia dulu sebelum diurut sebab senang angin nak keluar. Badan banyak angin memang macam ni. Hehe.

Lepas dah register, nanti terapis akan bawa kita ke bilik treatment. Dalam bilik treatment ni, kita tukar baju dan semua barang kita diletakkan dalam almari dalam bilik treatment ni. Senang dan keselamatan pun terjaga.

Ini suasana bilik rawatan. Cozy je, muzik pun memang relaks minda kita, so senang nanti badan kita nak relaks.



Inilah almari untuk kita simpan baju dan kasut dan handbag dalam ni. Siap ada kunci so kira terjamin la keselamatan barang-barang berharga kita.



Katil treatment pun siap cantik-cantik, macam kat bilik hotel je ada rose petals sumer ni. Ini pun ada yang terjatuh sebab saya letak bag atas dia. Bila angkat, terjatuh petals tu separuh. Hehe.

Pintu tu, pintu masuk ke bilik treatment.



Depan katil ada sinki untuk terapis basuh tangan sebelum urut kita. Dan juga untuk basahkan tuala untuk lap kaki sebelum urut. Memang mudahlah semuanya dalam satu bilik je. Takdelah kejap-kejap terapis keluar bilik tinggalkan kita.



Ini kaunternya. Kami berdua lepas diurut. Husband memang setiap kali diurut akan tidur lena, sampai kena kejut untuk pusing badan, dari meniarap kepada terlentang.



Ini masa baru lepas keluar hospital. Bercuti 5 malam 4 hari di Tropicana Medical Centre. Masa ni satu badan sakit sebab tegang. Rupanya bila tekanan darah kita terlalu tinggi, darah kita menjadi pekat. Mungkin ini yang sebabkan saya sakit-sakit satu badan. Kesan ubat pun ya juga.

Jadi sebab tu kali ini, urut memang sakit. Sampai kena cakap kat terapis suruh slow banyak. Jangan urut kuat-kuat sangat. Tak tahan dan juga risau naik pulak blood pressure saya. satu hal pulak nanti.



Ini faedah-faedah yang kita dapat bila kerap berurut.


Reducing or eliminating pain.
Improving joint mobility.
Improving circulation.
Improving lymphatic drainage.
Reducing muscular tension.
Decreased anxiety.
Enhanced sleep quality.
Greater energy.
Improved concentration.
Increased circulation.
Reduced fatigue.


Dan yang paling sesuai untuk saya adalah

High blood pressure patients demonstrate lower diastolic blood pressure, anxiety, and stress hormones.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign