Tinta Si Isteri Mekanik: Anniversary Dinner : 10 December 2016

10 April 2016

Anniversary Dinner : 10 December 2016

Tahun ini, kami dinner di favourite cafe kami, iaitu MyStory Cafe Kota Kemuning. Padahal, seminggu sebelum tu, kami dah dinner di sana. Siap dapat makan ala Shell Out dan jadi pengkritik makanan.

Tapi, untuk anniversary dinner ini, ada kejutan buat suami, yang saya arrangekan dengan owner and partner MyStory Cafe.


Offer beliau adalah, setting meja khas untuk hari-hari istimewa dan juga khidmat Fotografer yang memberikan harga istimewa buat kami.


Syoknya....ala-ala Che Ta yang ada fotografer peribadi setiap kali ada function dan holiday.


Jadi, sebab harganya sangat murah, ditambah lagi dengan setting meja yang simple and nice, saya pun bersetuju dengan offer itu.


The anniversary date was on Thursday, esoknya Selangor cuti. Husband pun tutup bengkel on that day, jadi saya pun book hotel yang dekat je. Saje nak berehat dan bermalas-malas atas katil.


Siangnya kami bekerja. Banyak kereta jadi suami agak penat. Dan dia hanya tahu yang malam tu, kami nak dinner di luar. Di mana dia tak tahu. Konon nak surprise kan dia lah. Jadi, sebab dia penat dan nak tidur, dapatlah saya memandu kereta ke MyStory Cafe tu.


Bergerak dari rumah jam 8.00 malam, ETA tiba jam 8.45pm. Tapi malam tu, sangatlah jammed. Maybe sebab esoknya Selangor cuti, ramai yang balik kampung dan keluar bercuti.


Waze tunjukkan jalan, tapi kena guna 3 highway. Kelakar betul. Highway pertama ialah Guthrie Corridor Expressway (GCE) exit Bukit Jelutong. Kemudian ikut New Klang Valley Expressway (NKVE) dari exit Shah Alam ke Bukit Raja. Then ikut pulak Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan terus ke Kota Kemuning.


Mudah dan cepat jugaklah walaupun tolnya dalam RM4.00 lebih. Jam 9.15pm kami sampai, dan fotografer tu macam dah bersiap nak ambil gambar kami.

Yang bestnya, husband tidur sepanjang perjalanan tu. Bila kejut dia, terpinga-pinga mamai-mamai dia turun kereta. Hahaha. Kalaulah cameraman tu dapat ambil gambar dia, sure best.

Bila masuk, the owner, Tuan Asrul dan Puan Rahimah greeted us dan bawak ke meja yang dah siap setting. Simple je tapi celebrative mood.



Then ada extra decoration sebab ada birthday celebration kat sebelah tu. They celebrated birthday Bonda mereka. Sangat sweet dengan belon dan semua tu.




Then kami terus order. Lapar giler dah masa ni.



Walaupun kerap ke sini, tapi masih banyak lagi menu yang belum kami rasa, sebab asyik order favourite food aje kat sini. Tengok bawah ni, masih lagi memilih apa yang nak di makan dan di minum.



Bila makanan sampai, happynya sebab memang lapar betul. Tak sabar nak makan.




Saya, memang nak makan pasta malam tu, jadi pilih Cheesy Creamy Pasta dan suami pilih Lamb Rack. Ah.... sedapnya food malam tu, bila menulis ni teringat-ingat. Minggu depan nak ajak ke sini lagilah.



Tengah-tengah menunggu, ada buskers datang. Today is your anniversary, love song for you. Kata mereka. Tak ingat dah lagu apa depa nyanyi. Hehe lama dah sampai berkarat.

Simple celebration but memorable. Best juga ada personal photographer ni, tapi kena control la sebab gambar-gambar candid kan. Nampaklah muka senyum, berkerut habis semua.



This is us with the owner. Very humble person. Banyak sharing business and agama dengan kami. In fact, Tuan Asrul ni super-senior saya di sekolah menengah. Small world, kan?

Lamb Rack



Creamy Cheesy Pasta




Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign