Tinta Si Isteri Mekanik: April di IJN dan 3 Tips Persediaan Membawa Pesakit ke Hospital

21 April 2016

April di IJN dan 3 Tips Persediaan Membawa Pesakit ke Hospital

Selasa lepas, adik whatsapp. Katanya ayah sesak nafas, mintak hantar ke ER.

Saya pulak lambat baca whatsapp. Biasanya memang sekat diri dari tengok phone sampailah habis kerja-kerja tanggungjawab utama dulu.

Jadi bila baca tu, tergamam sekejap. Cakap dengan suami, kita kena siap cepat dan hantar ayah. 

Tapi, masa tu, kami buntu sebab pagi tu dah ada interview untuk jawatan mekanik di Rahim Auto. Jadi memang tak tahu mana nak dahulukan. Family atau business.

Bila cakap kita hantar ayah, suami kata interview macam mana?

Bila cakap interview dulu, saya cakap ayah macam mana?

Last-last, saya Bertanya Allah Dulu. Ada baca e-book Cik Insyirah (sekarang dah keluar buku bertajuk sama), apa-apa pun berbalik kepada Pencipta kita.

"Ya Allah. Susunkan untukku wahai Yang Maha Mengetahui."

Simple doa, yet a powerful one.

Tiba-tiba, whatsapp masuk ke phone suami.

"Tuan. Saya minta tangguh interview. Mertua saya ada emergency."

Leganya saya masa tu. Terus siap. 

Dalam kereta, suami kata kita pergi breakfast dulu. Nanti terus ke ER PPUM. Masa ni andaian kami, adik hantar ayah ke PPUM.

Selesai sarapan kilat (nasi lemak je yang siap, makan laju-laju) terus gerak ke PJ.

Dah nak tiba, adik kata dia bawak ayah ke IJN. Sebab IJN patients tak ramai dan treatment juga cepat kat ER. Dah terkedu balik, sebab kena reschedule balik plan.

Sejak keluar hospital ni, to get back to my old fast thinking tu macam ada lagging sikit. Yelah, darah tinggi kan? Tapi kadang geram juga sebab rasa lembabnya aku fikir ni.

So, decide pergi singgah rumah parents dulu sebab mak ada kat rumah.

Kat sana, baru buat plan. Husband pergi bengkel, bawak kereta ayah. Saya dan mak ke IJN sebab adik kena masuk kerja, ada issue tak settle. Dekat je IJN dengan PCMC, so nanti dia datang balik.

Alhamdulillah, Allah bantu mudahkan kami. Doktor pakar nak monitor ayah, so kena warded. Decided at 10.00am. Cepat betul sebab tiba ER jam 8.00am.

Tapi.........

Dapat bilik jam 4.00pm!

Sebab patient tu dah discharge tapi belum keluar. Iyalah, nak arrange family nak ambil etc on working day memang ada sikit lambatlah.

Patients dari katil 1 sampai 4 dan katil 6 semua dah discaj atau dah dapat bilik. Nurse kata, double-bedded ada banyak kosong, tapi Single Bed takde kosong. Ini pun kami force-upgrade kepada Single Deluxe.

Patutlah lama menunggu. Ayah dah gelisah sebab dia nak tidur, tapi tak berapa selesa. Mak pun sambil tunggu sambil lelap mata. Hehe.

Masuk je bilik, ayah terus tidur nyenyak. Cuma bangun untuk ke tandas je sebab dapat ubat lawaskan kencing.

Sekarang, doktor kata jantung ayah lemah. Fluids dalam badan agak banyak. Jadi buatkan jantung makin lemah. With his age and Steven-Johnson Syndrome history, kena redha. Beri yang terbaik buat beliau, insyaalah.

Sejak tahun lepas, sudah 4 kali ayah dimasukkan ke hospital. Jadi saya nak share tips-tips untuk membawa pesakit ke hospital.

Tips 1.
- Pastikan Kad Pengenalan dan Kad Pesara (jika ada) dibawa bersama. Ini sangat penting untuk proses pendaftaran.

Tips 2.
- Bawa rekod perubatan seperti kad temujanji dan borang discaj hospital sebelum ini. Ini untuk memudahkan penyampaian informasi kepada team perubatan berkaitan sejarah kesihatan pesakit. 

Sangat penting kalau ayah mak kita pergi ke temujanji hospital berdua sahaja tanpa ditemani anak-anak. So, belek rekod-rekod tu semasa dalam perjalanan supaya mudah kita terangkan kepada pasukan saringan (triage) nanti.

Tips 3.
- Bawa ubat-ubatan hospital yang biasa ayah mak kita makan setiap hari. Nanti medical team akan tanya pasal ubat. 

Di PPUM, mudah sikit sebab rekod-rekod semua online, tapi sebagai anak yang mahukan yang terbaik buat parents mereka, bawak je untuk mudah. Takdelah asyik tanya, "Ayah makan ubat apa?"


Tips 4.
- Bawa SABAR banyak-banyak. Adalah normal kalau kena menunggu 5 - 6 jam di government hospital. Lagi-lagi kalau doktor ada ambil darah. Kena tunggu result biasanya dalam 2jam macam tu.

Bawak juga baju sejuk, air dan bahan bacaan serta power bank. Ini nyawa-nyawa tambahan untuk SABAR.


Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign