Tinta Si Isteri Mekanik: Cara Lelaki ini Menyimpan Duit Hantaran dan Duit Majlis Kahwin

01 April 2016

Cara Lelaki ini Menyimpan Duit Hantaran dan Duit Majlis Kahwin

Saya on medical leave masa kisah video viral tentang pergaduhan di masjid berkaitan ketidakcukupan wang hantaran di majlis pernikahan.

Bila suami balik, saje tanya suami, macam mana dia simpan duit untuk kahwin. Gaji dia masa tu kecil je. Masa kami kahwin, gaji bersih beliau hanyalah RM1,200.00. Sikit je kan?


So, berdasarkan cerita suami, ini langkah-langkah yang dia buat untuk menyimpan.


1. Hanya beli motor untuk kenderaan ke tempat kerja.

- balik kampung naik BAS. Kampung beliau di Muar.

2. Masak sendiri untuk makan malam.

- beli dapur, tong gas, kuali dan senduk.
- beli jugak periuk nasi yang paling murah.
- beli beras.
- beli bawang, cili padi dan telur. Buat nasi goreng. Atau nasi putih, lauk ikan bilis bawang letak telur. Atau nasi putih, telur dadar. Makan paling simple sebab taknak lapar.
- kalau makan luar, makan paling simple. Nasi goreng kampung. Nasi paprik. Takdelah western atau fast food setiap hari.

3. Simpan separuh dari gaji. Suku gaji lagi beri pada mak. Baki baru belanja.

- ini yang dia buat.
- p/s : saya pun tak mampu buat begini hehe.


Memang simple giler lifestyle dia. Dia takde risau dengan "APA ORANG KATA". 


Suami kata, dia tahu dia hanya seorang mekanik. Mak Bapak orang susah, jadi dia tahu kalau nak kahwin, akan guna duit dia sendiri. Suami tak harapkan Mak Bapak yang sponsor, jadi dia bersedia dari awal.


Sejak dari belajar, dia cari peluang untuk dapatkan full sponsorship dan elaun. Bila dia tak dapat peluang itu, dia kerja kilang papan dulu sambil intai peluang.


Dapat je peluang tu, dia belajar sungguh-sungguh. Tak mahu gagal, nanti lagi lambat dia keluar dan bekerja.


Masa mula-mula habis belajar, takdelah terus dia dapat gaji besar. Pada dia, asal ada kerja dan dapat duit sebab nak bagi pada mak. 


Awal-awal kerja, gaji RM350.00 je. Lepas tu dia pindah ke Kajang, duduk dengan kakak. Kerja mekanik tapi tak lama sebab bos tak bayar gaji. Jadi dia nak berhenti, bos bagi dia motor sebagai tukaran wang gaji.


Dapatlah kerja warehouse, gaji kecik tapi kerja sampai 3-4 pagi tunggu kontena sampai, tapi esok kena masuk kerja pukul 8.00pagi. Lepas tu baru dapat kerja mekanik kat Kajang jugak.


Tahun 1998, dapat kerja Mekanik kat Shah Alam. Berulang-alik naik motor dari Hulu Langat. Sebab duit rumah tak payah bayar, dia beli motor baru sebab nak hantar anak saudara ke sekolah dan nak guna berulang ke Shah Alam.


Masa ni, gaji dah besar sikit. Dia guna duit simpanan untuk beli motor campur duit tolak motor lama. Tapi masih simpan separuh gaji, suku bagi mak, suku untuk belanja.


Itu sebab masa kami mula berkawan bulan April, bulan Mei dah sibuk tanya bila dia boleh jumpa mak ayah saya. 17 September, dia lamar saya.


Ajak kahwin in December. 3 bulan sahaja untuk buat preparation untuk merisik, bertunang dan bernikah. Bayangkan, masa tu lagi seminggu nak Ramadhan!


Ayah pulak nak saya experience merisik dan tunang. Tak mahu sekali kan majlis tu. So ayah decide, merisik masa Ramadhan. A very simple occasion.


Then masa Syawal (Oktober), buat majlis tunang. Pagi tunang, petang open house ayah. And December kami nikah.


Hantaran, ayah tak mintak. Ayah suruh suami tetapkan. Ayah cuma mintak serba berdiri. Kalau orang Johor, fahamlah apa serba berdiri ni. Barang kemas sebagai hadiah kepada isteri, dari atas sampai kaki. Anting-anting, rantai, gelang tangan dan gelang kaki. Saya tak nak anting-anting. Yang lain terpulang kat dia. Saya nak cincin je yang saya pilih.


Very simple.


Still remember, Ayah kata, "Rahim aje yang tahan layan kerenah anak ayah ni."


Hahaha so true Ayah.


Sebenarnya teringat our BLIND DATE pada 2 April 2006.


Masa saya pusing lepas makcik saya bagitahu, "Inilah orangnya", saya dalam hati jawab "La.....dia ke?" Hahaha. So not my type.


Sebab dia SKEMA sangatlah. Baik sangat. Dan PENDIAM. And I was thinking, macam mana nak hidup dengan orang pendiam ni? Tapi sebenarnya, suami saya kelakar dan takdelah pendiam sangat.


Hahaha sorry. Mengenang kisah lama. Memang tak sangka kahwin dengan dia. I love you sayang.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign