Tinta Si Isteri Mekanik: RESEPI : APPLE CELERY CALAMANSI JUICE

28 April 2016

RESEPI : APPLE CELERY CALAMANSI JUICE

 Lepas saya keluar hospital, saya berazam untuk jaga tekanan darah saya dan tak mahu bergantung kepada ubat-ubatan. Jadi saya pun Google banyak perkara berkaitan HYPERTENTION.

Google tentang ubat yang doktor prescribe kan. Google tentang cara menjaga diri selepas attack. Macam-macamlah, sampai saya jadi takut dan serik.

Antara cara yang bagus untuk menurunkan tekanan darah dan menjaga kesihatan adalah dengan juicing. Minum jus buah-buahan dan sayur.

For me, baiklah makan sayur-sayuran tu. Saya boleh telan lah berbanding kalau cecair ni. Sayur macam kale, bayam, green vege orang putih tu tulis. Tak tertelanlah saya nak minum hijau-hijau macam ni.


So, saya Google jus yang gunakan buah-buahan. 

Saya tahu ayah dulu minum Apple + Celery + Cucumber setiap hari selama setahun tanpa fail. Tapi saya tak sukalah timun bila dibuat jus. Timun ni, ada satu bau tak sedap bila diblend.

Saya ni, dahlah hidu/cium dulu makanan sebelum masuk dalam mulut, kalau tak sedap bau tu, memang saya tak akan makan, apatah lagi minum.

Jadi saya buang timun dari list jus tu, saya gantikan dengan Limau Kasturi. Itu yang nama Calamansi tu. Sedap sangat jus ni bila campur semua tu.



Warna pun menarik. Rasa pun sedap. Remeh sikit tapi berbaloi.

Okay, ingredient dia cuma :

1 biji Apple Hijau
1 batang Celery sebesar 4 jari
3 biji Limau Kasturi
1 gelas Air Sejuk + Ais

Cara-caranya:

1. Potong-potong semua bahan supaya senang nak blend.

2. Masukkan dalam blender. Saya guna Shake & Take je. Hehe. Yang limau kasturi tu, masuk sekali dengan kulit. Sedap jadinya. Tak pahit pun.



3. Masukkan air + ais.
4. Blend sampai semuanya hancur dan sebati.
5. Sediakan tapis dan gelas sekali dengan sudu. Tapiskan bahan blend tadi. Gunakan sudu untuk tekan-tekan serdak tu untuk keluarkan semua jus.
6. Terus minum supaya khasiat buah tu kita dapat.

Rasa jus ni, ada manis dari limau kasturi dan celery. Masam ada jugak dari apple. Light je jus ni, tapi syaratnya kena minum terus.

Celery tu, jangan banyak sangat. Masa first time buat, saya gunakan celery tu sebatang. Pergh....rasa maung celery tu buatkan jus ni tak sedap.

Bila cakap dengan mak, mak kata celery tu tak payah banyak, tu pasal tak sedap. Guna 4 jari je, jadi tak rasa sangat celery tu.

Kalau suka rasa limau tu kuat, tambahkan limau kasturi tu 7 biji. Sedap okay.

Ada banyak faedah bila kita minum jus ini.

Sumber : ifocushealth.com







Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign