Tinta Si Isteri Mekanik: RESEPI : NASI AYAM DENGAN PERIUK NOXXA

15 April 2016

RESEPI : NASI AYAM DENGAN PERIUK NOXXA

Saya masak Nasi Ayam ni sebab ayah masa ni tak berapa selera nak makan. Bila saya tanya, nak nasi ayam ke? Ayah jawab "Boleh juga cuba, tukar selera".

Jadi, Sabtu petang saya masakkan kat rumah saya dan saya bawak Periuk Noxxa ke rumah Ayah Mak untuk dinner ramai-ramai.

Suka sangat dengan Noxxa. Dah lah cepat masak, senang basuh dan dapur pun tak kecah.

So, ini resepi yang mudah je. Saya pun tak berapa rajin nak lama-lama kat dapur waktu weekend. Kalau dapat cuti lagi best. Tapi sebab saya dah lama sangat nak masak hari-hari, jadi kira bolehlah nak bertungkus-lumus kat dapur demi suami dan ayah mak semua.

Mula-mula, panaskan minyak dulu. Guna mode STIT-FRY untuk tumis dahulu. Masukkan kayu manis. Ini sebenarnya satu batang, tapi saya pecahkan supaya cepat garing dan naik bau.

Kemudian masukkan bawang merah. Bawang putih saya takde stok, so tak masuk. Halia pun takde, hahaha dah lama tak shopping barang dapur.



Kemudian, masukkan ayam untuk buat stok ayam. Saya masukkan kaki dan leher untuk lebih rasa ayam. Yang lain tu, untuk ayah sebab ayam bakar nanti keras sikit untuk beliau. Kaki ayam tu nanti saya buang sebab takde orang makan. Guna sekadar stok aje.

Petua bila masak ayam, bila kita masukkan dalam periuk, biarkan sekejap supaya air ayam tu kering. Nanti tak hanyir masakan kita.

Saya selalu buat ni sebab tak tahan dengan hanyir ayam tu. tambahan lagi, masakan kita akan lebih sedap jugak sebab lemak ayam pun dah tercampur dengan minyak sawit tu.


Lepas ayam tu dah kering sikit, masukkan beras. Gaul rata ayam dan beras biar sekata.


Lepas tu, masukkan air untuk tanakkan nasi tu. Saya guna 3 cawan beras, so airnya saya guna 3.5 cawan air. Masukkan juga garam dan perasa (jika guna) dan kacau sebati. Tutup periuk Noxxa dan setkan High Pressure 8 minit. 



Lepaskan steam dulu, baru bukak Noxxa. Gaulkan nasi, taburkan bawang kering dan daun bawang, pastu hidangkan.





Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign