Tinta Si Isteri Mekanik: The Mystery Housemaid

26 April 2016

The Mystery Housemaid

Saya terjebak lagi dengan drama di Iflix. Tapi kali ni, beralih ke drama Korea.

Cerita-cerita Korea ni, saya tak berapa minat kecuali The Return of Superman dan juga Running Man. Simple and light entertainment lepaskan lelah rehatkan minda. Cehceh.


Tapi memang itu je saya tengok. Pernah jugak la tengok 1 drama apatah tajuknya, sebab colleague saya kata best, tapi episod 1 pun tak habis sebab bosan.


Tajuk drama ni di Iflix adalah The Mystery Housemaid. Tapi kalau Google, ada juga nama The Suspicious Housekeeper (wiki). Ini semua sebab translation je lah. Perkataan seerti.




Saya mula ingatkan, drama ni scary. Macam kisah hantu atau pembunuhan. Tapi sebab episod 1 dia menarik, saya teruskan jugak tengok sampai episod 20. Setiap episod antara 56 minit hingga 1 jam lebih.


Kena tengok dan fokus kepada drama ni, tak boleh buat kerja lain masa tonton, sebabnya nanti tak faham.


Tak faham sebab.....


Bahasa Korea. Kena tengok terjemahan dia, kalau tak, tak fahamlah apa dia cakap. Hehehe.


Ada terjemahan, tapi hanya dalam English sahaja. Okay jugalah. Dapatlah saya belajar perkataan Korea. Sunbae ialah Senior.


Kisahnya berkisar tentang struggle satu keluarga yang kematian mak mereka. Suami, anak perempuan sulung, anak kedua dan ketiga adalah lelaki dan yang bongsu tu perempuan.


Suami - Eun Sang Chul

Anak perempuan sulung - Eun Han Gyeol
Anak kedua (lelaki) - Eun Doo Gyeol
Anak ketiga (lelaki) - Eun Soo Gyeol
Anak bongsu perempuan - Eun Hye Gyeol.

Suami ni duduk di Korea, tapi Isteri dan anak-anak berada di Filipina sebab mereka bersekolah di sana. Tapi isteri ni balik kejap ke Korea untuk sambut birthday suaminya, tapi masa ni si isteri dapat tahu yang suaminya curang. So, isteri bunuh diri.


Masa ni suami tak tahu yang rahsia beliau dah terbongkar, so suami assume yang kematian isterinya adalah satu kemalangan.


Pada hari ke-49, kiranya telah selesai hari berkabung 48 hari, keluarga ni start jalani hidup merekalah, suami/ayah pergi kerja dan anak-anak pergi sekolah, datanglah pembantu rumah bernama Park Bok Nyeo. Anak-anak panggil Bok Nyeo Nim, makcik kot maksudnya.


Saya paling suka watak Bok Nyeo Nim ni. Sebab dia ni semua benda dia tahu. Cekap pulak tu. 


Rumah macam tongkang pecah masa tempoh berkabung tu, Bok Nyeo Nim siap kemas dalam masa 1 hari ni je.


Sepanjang tempoh berkabung, sarapan pun beli je, sampai muak diorang makan. Tapi first day tu, sarapan dia, memang banyak dengan side dishes semua. 


Ternganga satu family bila Bok Nyeo Nim hidangkan makanan tu semua, sebab Bok Nyeo Nim ni datang tepat jam 7.00am dan sarapan tu siap sebelum diorang keluar. Maybe depa keluar dalam pukul 7.45am, so Bok Nyeo Nim ni kira cekap dalam sediakan macam-macam makanan pagi la.


Gambar bawah ni dinner.




Misterinya Bok Nyeo Nim ni adalah beliau sangat patuh pada ARAHAN. Apa sahaja arahan, Bok Nyeo Nim akan lakukan, hatta untuk MEMBUNUH. Kenapa Bok Nyeo Nim jadi sebegitu? Ada kisahnya.


Misteri kedua adalah Bok Nyeo Nim TAK BOLEH SENYUM. Walaupun diarah oleh keluarga Eun, Bok Nyeo Nim tetap tak boleh senyum. Ada sumpahan terhadap Bok Nyeo Nim. 


Macam ni jelah muka Bok Nyeo Nim sepanjang drama ni.





Tengok ni, orang lain semua senyum, tapi Bok Nyeo Nim tak. Adalah diorang buat supaya Bok Nyeo Nim senyum, tapi tetap tak boleh.



Ini pulak pelakon tambahan yang menjadikan drama ni best.



Ni first love Han Gyeol, Choi Soo Hyuk.


Ni admirer Han Gyeol. Banyak tolong Han Gyeol, tapi Han Gyeol suka pada Choi Soo Hyuk.


Ni rakan sekerja merangkap kekasih Eun Sang Chul, Yoon Song Hwa.


Ini Director Hong, pemilik Agensi yang Bok Nyeo Nim kerja.


Inilah penyebab kepada misteri Bok Nyeo Nim, namanya Jang Do Hyung.

Ini adik ipar dan bapa mertua Eun Sang Chul.


Banyak pengajaran yang boleh kita dapat dari drama ni.


Selalunya, kita menyesal apabila benda/perkara yang berharga, tiba-tiba hilang dari pandangan kita. Bila perkara ini terjadi, baru kita appreciate sesuatu yang hilang tu. Sedangkan, kita kena bersyukur dengan apa yang kita miliki.


Ada banyak lagi, so kalau ada Iflix, boleh download dan tengok masa kita free. Saya selalu tengok masa tunggu suami ambil balik kerja dan bila lepas dinner. Cubalah tengok episod 1 dulu. Memang menarik perhatian untuk sambung tengok episod 2 dan seterusnya.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign