Tinta Si Isteri Mekanik: The Terminal

07 April 2016

The Terminal

Masa saya on medical leave bulan lepas, saya tak dapat buat satu perkara yang sangat saya suka, iaitu membaca.

Bila membaca, sekejap sahaja sebab akan buat kepala saya pening dan berpinar. 10 minit maksima saya boleh membaca.

Kat hospital, rancangan tv sangat boring. Iyalah, hospital kan? Sure suruh berehat, jangan buat perkara yang memenatkan supaya cepat sihat dan boleh discharge dengan cepat.

Tapi, untuk saya ni, jadi stress pulak bila tak buat apa-apa.

Hari Sabtu, memang tiada visitor. Saya yang tak bagi datang sebab saya nak rehat dan nak tidur sebenarnya. Sebab dah dekat 2 minggu, saya tak cukup tidur dan tak berapa nak rehat.

Nasib baik rancangan tv waktu weekend agak menarik, jadi saya banyak baring atas katil je sambil tengok tv. 

Nak turun katil, nak ke tandas, semua kena slow-slow dan hati-hati sebab kepala saya masih sakit. Tekanan darah masa ni antara 160/90 dan 170/90, so masih ada pusing-pusing kepala, masih tak stabil lagi.

Dapatlah jugak terlelap-lelap, then terbangun sebab nurse masuk, cleaner masuk, F&B person masuk hantar makanan.

Pesan pada suami, mintak bawak kan komputer, at least saya boleh surf internet waktu bosan. Guna phone untuk tengok movie tu boleh, tapi saya kena mengiring sebab wayar charger tak berapa panjang. Jadi badan saya cepat lenguh dan sakit.

Hari Ahad memang ramai visitor. Ahad saya dah kurang pusing kepala, jadi gagahkan diri untuk berjalan. Suami ada, jadi kurang sikit risau kalau tiba-tiba saya pening atau nak terjatuh masa berjalan-jalan.

Teman suami ke cafetaria. Memang berjalan sangat perlahan. Sakit satu badan bila berjalan. Sabar je suami menunggu saya. Bila pening, saya stop kejap.

Then mak dan adik saya datang. Bila mereka nak balik, saya hantar sampai lif. 

Saya kena banyak bergerak sebab saya nak tidur nyenyak malam tu. Alhamdulillah, saya dapat tidur awal dan dapat deep sleep.

Esoknya, suami pergi kerja. Saya surf internet dan saya bukak iflix. Sebagai pengguna Unifi, saya dapat langgan iflix PERCUMA selama setahun. Banyak juga movie dan drama ada dalam iflix ni.

Saya tengok balik The Terminal. 

Sumber : Google

Lakonan Tom Hanks dan Catherine Zeta-Jones tentang Mr Victor Navorski yang tiba di New York. Tapi tak dapat keluar dari airport sebab beliau tiada kewarganegaraan. Masa tu, negara Krakozian sedang berperang dan telah berlaku rampasan kuasa menyebabkan negara itu mengisytiharkan darurat.

Jadi, masa tu Krakozian kiranya tidak wujudlah sebab darurat. Dan Mr Navorski ni macam alien lah kat JFK International Airport. Dan dia tidak dibenarkan melepasi pintu keluar airport tu dan akan ditangkap sekiranya beliau melangkah keluar ke bumi Amerika.

Kesian pada Mr Navorski ni sebab dahlah dia tak pandai cakap English, takde sape nak tolong dia untuk keluar dari situasi itu.

Mr Navorski nak jugak keluar ke bumi New York sebab dia ada misinya tersendiri, iaitu mendapatkan tandatangan terakhir dari tenor saxophonist, Benny Golson. Ini adalah janji terakhir Mr Navorski kepada bapanya, yang sangat meminati muzik jazz.

Disebabkan beliau terpaksa tinggal di terminal airport, Mr Navorski ada dapat voucher makanan dan kad telefon, tapi voucher makanan dia terbang dan dibuang oleh cleaner bernama Gupta Rajan. 

Oleh kerana kelaparan, Mr Navorski mencari jalan untuk mendapatkan duit. Mula-mula dia cuba untuk mencari pekerjaan, tapi tak berjaya.

Kemudian dia memerhatikan bagaimana dengan mengembalikan troli ke tempat asalnya, akan mendapat 25sen. So, dia mula mengambil troli-troli yang terbiar dan kembalikan ke tempat troli. 

Rasanya dia dapat 8 keping quarter dan terus ke Burger King. Dia kan tak faham English, just letak je duit atas kaunter dan staf Burger King akan pilihkan makanan berdasarkan kepada nilai wang yang dia ada.

Mula-mula hanya dapat burger aje. Tapi, lama-kelamaan dapat set burger paling besar dan banyak. Seronok la Mr Navorski dapat makan sedap. Nampak sangat dia really appreciate the food.

Tapi, sebenarnya perkara ini tidak disukai oleh Mr Frank Dixon (US Custom and Border Protection) sebab selagi Mr Navorski berada di JFK International Airport, selagi itu Mr Navorski berada di bawah tanggungjawab beliau.

Lepas tu, Mr Dixon arahkan sekumpulan pekerja untuk menghalang Mr Navorski dari mengambil troli-troli untuk mendapatkan duit. Dah takde sumber pendapatan Mr Navorski.

Pada masa yang sama, setiap pagi Mr Navorski akan ke kaunter visa untuk dapatkan kelulusan masuk ke bumi Amerika. Setiap hari, pegawai bernama Dolores Torres yang akan melayan Mr Navorski.

Sumber : Google
Jadi, ada seorang pekerja di bahagian F & B bernama Enrique Cruz ni, dia minat sangat dengan Dolores Torres ni. Cruz dok perhati je Mr Navorski ni setiap hari mesti jumpa Dolores.

So, Cruz ni offer pada Mr Navorski. Tanyakan soalan pada Dolores dan in return, Cruz akan bagi makanan dan minuman pada Mr Navorski.

Sumber : Google
Mr Navorski ni macam matchmaker dah pada Cruz dan Dolores, yang mana akhirnya mereka berdua ni kahwin.

Mr Navorski ni kiranya hidup dalam terminal ni selama 9 bulan. Kat sini takde hotel, dan kalau ada pun, Mr Navorski takde duit nak bayar. 

Jadi, kat mana dia tidur? Dia tinggal di Gate 67, boarding gate yang ditutup sementara sebab construction. Rupa-rupanya, Mr Navorski ni pandai bertukang, jadi dia banyak ubahsuai perabot dan buat beberapa perkara semasa beliau 'tinggal' di Gate 67 ni.

Sumber : Google
Ada kisah cinta di sini, di mana Mr Navorski sukakan seorang pramugari iaitu Amelia Warren lakonan Catherine Zeta-Jones. Mereka bertemu disebabkan oleh Gupta Rajan, cleaner yang buang voucher makanan Mr Navorski.

Ada satu kisah yang membuatkan Mr Navorski dianggap hero oleh semua pekerja di JKF. Mr Navorski sampai kena buli dengan Mr Dixon masa Mr Navorski selamatkan seorang Russian yang bawa ubat untuk bapanya, tetapi tak dibenarkan oleh Mr Dixon. Jadi Mr Navorski kata, dia salah faham sebab Krakozian kata, perkataan tu maksudnya father, tapi for Russian perkataan itu bermaksud goat.

Mr Navorski ni seorang yang baik hati, sopan dan sangat hormat pada orang lain, sebab tu dia boleh survive dalam terminal dan berkawan dengan ramai orang.

Bila Krakozian dah merdeka, siap ada party lagi yang dianjurkan oleh pekerja airport tu.

In the end, dapat juga Mr Navorski menjejakkan kaki ke bumi New York, dapat tunaikan hasrat terakhir bapanya dan dapat pulang ke Krakozian.

Pengajarannya banyak dalam cerita ini. Antaranya, Life is Waiting. Tagline movie ini. Do whatever it takes to survive. Jangan buat jahat or langgar peraturan untuk hidup. Konsisten dan fokus pada matlamat kita. Buat baik dengan semua orang. Mr Navorski ni, tak marah pun dengan Mr Dixon yang mengurung dia di terminal, malahan siap bagi hadiah lagi bila dia nak tinggalkan JFK.

Yang paling penting, FOKUS PADA PENYELESAIAN, bukan pada masalah kita.

Dan rupa-rupanya ini adalah berdasarkan kisah benar Mehran Karimi Nasseri yang tinggal di Terminal One di Charles de Gaulle Airport dari 26 Ogos 1988 hingga Julai 2006. Pergh... 18 tahun tu.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign