Tinta Si Isteri Mekanik: Uncle Lim's dan Nasi Lemak Kopi O

13 April 2016

Uncle Lim's dan Nasi Lemak Kopi O

 Lepas anniversary dinner tu, kami check-in hotel. Tapi hotel bajet je sebab masuk pun dah sure pukul 12 malam. Then esok pagi jam 11am dah nak kena check-out, so saya decide kita lepak hotel bajet je.

Lagipun nak try bilik kat situ, so kalau ada family datang, sesuai ke nak letakkan mereka kat sana.

Pagi esoknya, kami check-out around 10.30am. Awal sikit dari check-out time sebab nak ke IPC, Mutiara Damansara.

Sebabnya, nak ke Uncle Lim's. 
Kenapa kami ke sini? Sebab Uncle Lim's ni antara tempat kami makan masa tengah berkawan dulu. Tapi kami selalu ke cawangan Subang Parade, malas nak ke area IKEA ni sebab Jam!

Kali ni ke IPC sebab dekat. Dan nak lepak IKEA kononnya.

Kat IPC ni, cawangannya tak berapa besar. Dia kat hujung, so maybe sebab tu nampak macam kecik dan sempit.

Eh tapi saya rasa, sama je kot saiznya, cuma kat Subang Parade tu kawasan lapang, so rasa dan nampak macam luas.

Sumber : Google

Sebabkan kami berdua masih mamai,  maka kami berdua order coffee-based drink. Suami order Kopi O Kaw dan saya order Nescafe. 


Dan disebabkan kelaparan sangat, kami berdua order Nasi Lemak. Breakfast dan Lunch terus.

Ini Nasi Lemak Ayam Rendang. Sambal tu kurang sikit, still sedap, cuma tekak Melayu ni nak sambal nasi lemak tu pedas manis. Ini tak pedas. But suitable for all.

Ayam rendang tu macam ayam merah bersantan berserai.



Ini Nasi Lemak Rendang Daging. Ini sedap untuk saya, sebab saya tak tahan pedas, hehehe.

Daging Rendang tu sedap dan banyak. Nasi dah habis, daging belum habis lagi. Ratah lauk untuk habiskan, sayang membazir.


Overall, makanan dan minuman di Uncle Lim's ni sedap. Bila kita makan, berasa makanan dia. Menu pun menu yang seluruh rakyat Malaysia boleh makan.

Saya lihat, rata-rata Melayu memilih Nasi Lemak, manakala pelanggan Cina memilih Bubur Ayam dan Roti Bakar.

Air, banyaknya pilih minuman panas. Kopi O dia memang kaw! Buntang mata bila minum.

Ini alamat Uncle Lim's :

LG 15 (P1)
IKANO Power Centre
No. 2 Jalan PJU 7/2
Mutiara Damansara
47800 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Tel: 603-7725 4381
Fax: 603-7725 5425

Business Hours:
9.30 am - 10.00 pm (Weekdays)
9.30 am - 10.30 pm 
(Sat & Sun)

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign