Tinta Si Isteri Mekanik: Mother's Day - sakit yang tak boleh tahan tapi kena tahan jugak!

10 May 2016

Mother's Day - sakit yang tak boleh tahan tapi kena tahan jugak!

Ahad lepas kan Mother's Day, special day for all mommies.

Ada baca yang kata celebration ni haram sebab asal usul dia berkaitan dengan agama lain. But for me, kegembiraan ibu itu yang penting.

Memang betul, every day is Mother's Day, tapi kita ni, kalau dah namanya hari-hari, kita tend to take things for granted. Tak sedar yang kita semakin tak appreciate apa yang ada depan mata. Takut-takut, bila sedar, mak dah takde dan kita menyesal tak buat banyak perkara untuk mak.

My moms is a very simple person. My mak PJ (mak kandung) ni, dapat makan best, bawak shopping, jalan-jalan tengok-tengok kain kat JAKEL MALL pun dah happy dah. Bawak pergi Nursery Pokok kat Sungai Buloh tu pun happy sangat sampai nak borong semua pokok. Hehehe.

My mak Muar (mother-in-law) pun easily pleased. Suka belikan mak kain ela. She looks so sweet pakai pink, so saya suka belikan warna pastel untuk mak. Nanti, bila dah siap jahit, dia akan terus gosok dan gantung. Dan akan tunjuk pada kakak-kakak ipar. Tapi kat saya, mak tak tunjuk. Dan saya selalu lupa warna dan corak kain yang saya belikan, sampailah bila mak pakai, rasa macam "Eh, macam pernah tengok je". Nanti kakak akan cakap, "Ini kan kain yang Rahim/Odah belikan". Cara dia tunjukkan sayang dia adalah, dengan masakkan my favourite dish iaitu SAMBAL GORENG JAWA. Hehehe.

But this year, suami saya hadiahkan treatment yang best untuk saya. Sebab dia tahu yang saya tak mahu bergantung dengan ubat hypertention.

So, dia hadiahkan saya URUTAN TERAPI SARAF di Alammi Spa, Concorde Shah Alam.



Saya Google dulu tentang Urutan Terapi Saraf ni. Antara informasi yang saya dapat adalah:

- Penyakit akan timbul jika sistem peredaran darah tidak lancar.

- Rawatan Terapi Saraf merupakan satu lagi kaedah refleksologi yang dipermodenkan.

- Urutan saraf menggunakan titik saraf.


Tak banyak sangat tentang terapi saraf ni, tapi bila ke Alammi Spa, ada juga informasi yang saya dapat.


Sekarang dah tukar ke hari AHAD.





Gambar ni, ini semua point yang ditekan dan diurut jika kita ambil urutan terapi saraf untuk satu badan.

Sejak sakit ni, badan saya ada yang terasa kebas-kebas, macam kat tangan sebab saya suka tidur mengiring, kaki pun mudah lenguh dan cramp kalau menggeliat tak kena cara, pinggang memang selalu lenguh. Dan yang penting sekali, bahagian bahu dan tengkuk selalu sakit dan buatkan kepala saya berat je.

So, treatment ni start dengan sesi consultation. Akan ada satu form kena isi, then proceed dengan bacaan tekanan darah. Nanti Puan Ros akan tanya apa masalah kita dan beliau akan suggest point mana dia akan treat.

Macam saya, sebab ada darah tinggi, dia suggest urutan satu badan untuk dia cari point mana yang trigger tekanan tu. Tapi sebab satu badan, tak cukup hanya satu jam je. Kena urut 1.5 jam, dan saya okay je sebab tak tahanlah bahu dan tengkuk ni sakit.

Dia start dengan bahagian kaki dulu. Ada part sedap kena urut, ada part, sampai saya terjerit sebab sakit. Hahaha memang Puan Maziana (owner Alammi Spa) ni dah bagitahu, yang urutan terapi saraf ni sakit, tapi sebab saya nak cepat sihat, saya cuba jugaklah.

Dan Puan Ros jumpa point yang trigger tekanan darah tinggi saya adalah di bahagian belakang, kat urat belikat. Dan, pertama kali saya dapat rasa dan tahu urat belikat tu kat mana. Kat bahagian belakang ni memang lama Puan Ros urut sebab tegang sangat. Bahu saya yang keras tu pun diurut-urut sampai lembut. Sakitnya....walaupun sedap tapi sakit.

Lepas tu dia urut kepala pulak. Ada point yang sakit bila kena urut. Ini sebab stress ni, katanya.

Jangan stress. Kawal stress tu. Pergi berehat. Itu pesan beliau.

Saya pun fikir, apa saya nak buat untuk berehat?

Anyway, kalau nak buat appointment dengan Puan Ros, call Alammi Spa untuk temujanji. 


03-5511 0200

Cakap untuk Urutan Terapi Saraf.

Hanya ada hari AHAD sahaja.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign