Tinta Si Isteri Mekanik: RESEPI DETOKS : LEMON APPLE GINGER JUICE

06 May 2016

RESEPI DETOKS : LEMON APPLE GINGER JUICE

Another juice yang sedap, terutama bagi yang suka halia.

Cuma 4 bahan je yang perlu.

1 biji Lemon
1 biji Granny Smith Apple (Epal Hijau)
1 inci Ginger (Halia)
1 gelas Cold Water and Ice (Air sejuk dan ais jika suka) 

Dalam gambar ni, halia saya besar, dalam 2 inci. Jangan letak banyak sangat, jadi tak sedap. Saya masukkan semua halia ni (2 inci), terasa sangat halia tu, so not good letak banyak-banyak. Letak sekadar ada rasa je, berlebihan tu membazir, dan tak sedap.




Epal hijau ni, potong kecil-kecil kalau guna blender. Kalau guna Juice Extractor, tak payah kecik sangat, asalkan muat masuk mulut Extractor tu. Kulit tak payah buang, sebab nanti kita tapis, so buang masa je dan buang khasiat kulit tu.



Lemon ni, kena buang kulit. Kalau tak, pahit. Kalau nak perah je pun boleh. Tapi malas nak keluarkan pemerah Tupperware tu, so buang kulit je senang.



Halia ni buang kulit jugak. Tapi saya pernah buat, basuh bersih-bersih, potong kecik, tak buang kulit. Blend je. Ok je sebab lepas tu saya tapis,so macam takde different.




Masukkan semua dalam blender, masuk air dan ais. Bahan-bahan ni cukup untuk seorang je. Kalau nak buat untuk ramai, gandakan je bahan-bahan tu semua.




Tengok serat tu, punyalah banyak. Jangan lupa tapis. Saya pernah minum tanpa tapis. Boleh je tapi gatal tekak. Kalau tak tapis, lambat sikit nak minum, macam kena kunyah baru telan.

Kalau tapis, laju je minum. Tadi penuh satu gelas, 2 minit dah habis.




Antara kebaikan Detoks adalah mengeluarkan TOKSIN dalam badan kita. Toksin ni datang dari persekitaran kita macam udara dan air. Datang dari pemakanan kita macam fast food, makanan bergoreng, sayur yang penuh dengan pesticide.

Bila banyak sangat toksin, metabolisme kita jadi tak sekuat dulu. Bayangkan, highway PLUS yang 4 lane tu. Kalau takde kereta, laju giler kita boleh bawak kereta, boleh cecah 220km/j!

Tapi, bayangkan masa musim raya, pergh...padat dengan kereta, nak pecut 100km/j pun tak boleh. Ha..yang kereta tu, kita bayangkan toksin. So, kena rajin buat detoks kalau nak badan kita sihat. Saya pun tak rajin, tapi bila dah warded hari tu, menggelabah jugaklah nak bagi badan sihat balik.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign