Tinta Si Isteri Mekanik: SUBWAY Sandwich Penyebab Darah saya naik!

27 May 2016

SUBWAY Sandwich Penyebab Darah saya naik!

Hari selasa, saya takde selera makan. Jadi bila kat Giant, kena test satu per satu makanan kat sana. Maksudnya, saya sebut Sizzling Mee, kalau rasa loya atau taknak makan, tu tanda taknak lah tu.

So, last sekali saya sebut Subway. Haaa rasa nak makan tu membuak-buak. Jadi saya pilih Every Day Value dengan harga RM7.30 sahaja. 



Saya pilih Chicken Slice tu. Yang kelakarnya, saya ingat Chicken Slice tu guna dada ayam yang dipotong. Tak teringat langsung yang Chicken Slice tu yang keping-keping macam Pepperoni tu.


Tiba-tiba, pagi tu, masa bangun pagi, kepala saya pening teruk. Sampaikan pejam mata pun berpusing-pusing dalam gelap.

Husband saya takde, dia pergi meeting BNI di The Club, Damansara. So saya kena drive sendiri ke office.

Tapi bila pening sangat-sangat ni, saya ingat sebab tak cukup tidur, ataupun lepas Subuh saya tidur balik. So maybe sebab tu lah.

Lepas mandi, saya baring balik, kot-kot boleh kurang pening tu. 15 minit baring, agak dah okay dah, saya pun duduk. Ya Allah, makin pening balik.

Lepas tu, terdetik dalam hati, darah naik ke ni?

Terus ambil Blood Pressure Monitor dan measure tekanan darah saya. Rupa-rupanya, tinggi dari biasa iaitu 166/90.

Patutlah saya pening teruk. Saya baring lagi sampai jam 9.00am. Check balik tekanan, masih tak kurang.

Saya berjalan perlahan-lahan ke dapur, ambil pil darah tinggi saya dan terus makan, walaupun saya tak sarapan lagi.

SMS suami, mintak dia balik rumah terus, hantar saya ke klinik.

Bila kat klinik, jam 11.30am, tekanan saya cuma turun sikit je. 145/85. Doktor kata masih terkawal, so no additional medicine dia beri, sebab ubat dah makan, cuma tunggu ianya bertindak je.

Dapatlah MC satu hari. Tapi risaunya ialah, pening tak hilang-hilang.

Teringat pada Puan Ros, pakar terapi saraf ada pesan, kalau sakit kepala, cuba urut di point ini, Insyaallah akan kurang. Saya pun terus buat. Alhamdulillah ada kurang pening tu.

Bukannya apa, pening ni buat saya tak stabil. Terhuyung-hayang bila berjalan. Takut pitam aje, dahlah sensorang kat rumah.

Bila sorang je kat rumah, handphone mesti pegang kat tangan sentiasa. Kalau terjatuh atau apa-apa, insyaallah mudah nak hubungi suami atau adik-beradik atau jiran.

Dapatlah tidur sekejap.

Petang tu, agak kuat sikit sebab dah berpeluh. Jadi saya buat air detox iaitu Apple Calamansi. Resepi ada kat sini. Jadi malam tu, adalah lega sikit.

Doktor ada cakap, makanan kita kena trial and error. So now, no more Subway Sandwich. Kalau nak beli pun, beli Starbuck's Sandwich je. Hehehe.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign