Tinta Si Isteri Mekanik: Sweet sangat Uncle ni dengan wife dia yang kena Stroke

13 May 2016

Sweet sangat Uncle ni dengan wife dia yang kena Stroke

Beberapa hari yang lepas, kami dinner di sebuah restoran di Bukit Jelutong. Balik je kerja, terus ajak suami dinner. Before 7pm. Senang sikit, balik nanti dah boleh relaks.

Sambil menunggu order, saya memerhati keadaan lalu lintas. Sambil belek phone. Sambil baca FB dan share dengan husband. Bincang dan berbual tentang bengkel dan apa improvement yang boleh kami lakukan untuk berikan yang terbaik bagi team dan pelanggan Rahim Auto.

Tiba-tiba saya terlihat sepasang suami isteri. Suami memegang tangan isteri, di bahagian lengan. And this uncle walked very slowly.




Bila dah dekat, rupanya wife dia macam pesakit stroke. Pegang tongkat dengan tangan kiri. Biasanya pesakit stroke, bahagian kanan badan akan mengalami kelumpuhan. Nampaklah tangan kanan auntie ni agak keras.

Bila berjalan, auntie ni ambil small steps sahaja. Patutlah uncle tu jalan perlahan-lahan sahaja, tunggu isteri dia melangkah rupanya.

Then, uncle ni tarik kerusi. Untuk auntie tu duduk. Dia biarkan je isteri dia duduk sendiri. Uncle perhatikan je. Bila auntie dah selesa, baru uncle tarik kerusi untuk dia duduk pulak.

Mereka order satay 10 cucuk.

Bila satay sampai, uncle ni ambil 1 cucuk satay, lepas tu dia keluarkan daging tu dari batang satay tu. Masukkan dalam mangkuk kuah satay.

Nanti auntie akan makan satay tu dengan garfu.

Sabar je uncle tu layan isteri dia makan. Ambilkan tisu, letak depan auntie. Allahu Akbar, sweet sangat.

Saya teringat mak dengan ayah saya. Kalau ada appointment di PPUM atau IJN, kalau kami adik beradik tak dapat cuti, mereka akan pergi berdua.

Masa ayah kuat lagi dan masih boleh berjalan, memang akan pergi berdua. Adik akan hantar ke hospital, lepas tu nanti mak ayah akan naik teksi. Bila kami nak ambil, mereka tak mahu sebab kami selalu lambat. Yelah, nak harung Jalan Parlimen ke Jalan Tun Razak tu, berpeluh jugaklah.

Mak ayah ni, kalau depan anak-anak, both of them takde lah nak sweet-sweet sangat. Biasa-biasa je.

But bila mereka berdua je, alahai. Sangat sweet. Calling each other Sayang. Berbual-bual. Makan sama-sama share hidangan. Jalan pimpin tangan. 

Kami jarang nampak, but bila ternampak, berbunga-bunga hati ni. Pastu dalam hati cakap "Sweet jugak mak ayah ni." Hehehe.


Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign