Tinta Si Isteri Mekanik: Kali Kedua buat FREEZER FOOD : Sambungan Penat Sekali, Senang Banyak Kali

14 June 2016

Kali Kedua buat FREEZER FOOD : Sambungan Penat Sekali, Senang Banyak Kali

Ini kali kedua saya buat untuk Ramadhan.

Tapi kali ini, buat untuk 1 minggu dan untuk 2 rumah, rumah saya dan rumah mak ayah. Saya masak untuk mereka, sebab saya nak mak fokus pada ibadah je. Lagipun, kat dapur mak tu panas sebab mengadap matahari petang, kalau nak masak pun, tunggu matahari redup sikit dalam pukul 6.


Jadi, saya decide nak masakkan lauk untuk mak ayah hari Sabtu, jadi pagi Ahad pergi pasar beli ikan, sebab mak ayah tak nak ayam sangat, muak katanya sebab masa berbuka, adik banyak belikan lauk ayam.


So, kali ini saya nak masak 3 jenis :


1. Ikan Masak Lemak Cili Padi

2. Ikan Masak Kicap
3. Ikan Masak Kari

Tambah 1 lagi lauk untuk berbuka ramai-ramai iaitu Kari Ayam Berkentang untuk makan dengan Roti Jala.


Ini persediaan awal, potong dan blender bawang. Saya tak pakai sangat bawang putih, tak berapa suka. Nak cepat, saya beli bawang yang dah siap kupas. Tinggal potong kecil-kecil je.





Saya beli cili padi kampung. Segenggam je dalam RM1.00. Mula ingat nak masuk semua, tapi terfikir ini cili kampung sure pedas, so ini je lah yang saya blend dengan bawang.



Ikan saya beli 3 jenis, Bawal Hitam, Selar dan Tengiri. Ini memang kegemaran mak dan ayah. Jadi saya buat Bawal masak Kari, Selar masak kicap dan Tengiri masak Lemak dan Kicap.

Besar-besar jugak ikan yang saya pilih. 3 ekor bawal je dekat nak 1kg, Selar pun sama. Tengiri 1.6kg. Murah jugaklah harga dekat Super Seven dekat Petronas Jalan Sungai Buloh - Batu Tiga ni.

Saya pernah beli Ikan Tengiri Batang seekor tu berharga RM60.00 di Pasar Tani Stadium Shah Alam, so semalam cuma RM48.00, kira murahlah sebab dapat banyak keping. 

Bahagian kepala saya mintak staf tu potong dua. Ekor pun besar, panjang. Saya ingat balik nak potong lagi tapi terlupa. Hehe. 

Rezeki saya masa beli ikan tengiri ni, sebab masa pilih tu macam terasa tak berapa fresh tapi macam dah takde pilihan sebab lagi 2 tu pun teruk sikit dari yang saya pilih. Tapi masa staf tu dah siap potong, tetiba dia cakap pada saya yang ikan tu tak elok. Dia suruh ambil lain, saya cakap lagi 2 tu besar sangat. Alhamdulillah, dia keluarkan ikan tengiri dari box yang oren tu. Syukur sangat dapat ikan yang elok dan fresh.





First sekali saya masak Ikan Masak Lemak Cili Padi. Guna 6 keping Ikan Tengiri yang besar. Sebab senang masak ni, tak payah tumis. Saya gunakan periuk Noxxa.

Caranya, masukkan cili padi yang diblend dengan air dan santan serta kunyit serbuk. Biar mendidih, masukkan asam keping, garam gula dan daun kunyit. Dah dapat kepekatan santan yang kita suka, baru masukkan ikan. Lepas tu saya HP kan 2 minit supaya ikan masak. Dah siap.




Then saya masak Kari Ayam Berkentang untuk Roti Jala sebagai hidangan berbuka. Ni pun saya guna Noxxa.

Sebelum ni saya guna Serbuk Kari Adabi, tapi saya rasa dah tak berapa kena dengan selera saya. Saya suka kari yang agak pedas, so saya cuba pulak Serbuk Kari Baba's. Pun tak berapa pedas but better lah dari Adabi. Kali ini saya beli Serbuk Kari Baba's dan juga Serbuk Cili Baba's. Lepas tu, saya terjumpa Serbuk Kari Pedas Baba's, yang ni saya gunakan untuk ikan, tapi terbeli untuk daging (meat), sedap jugaklah cuma baunya lain sikitlah sebab untuk daging (meat).

Yang penting, masa tumis kari ni, kena make sure minyak banyak dan kari tu naik minyak at least 2 kali. Lepas naik minyak pertama kali, saya tuangkan air sikit dalam 2 - 3 sudu untuk garingkan lagi kari tu. Dah naik minyak, masukkan ayam untuk keringkan air ayam. Ini satu lagi petua untuk hilangkan hanyir ayam dan sedapkan masakan kita.

Menu ketiga saya masak Ikan Masak Kari. Sama je macam masak ayam tu.

Sambil tunggu kari masak, saya goreng ikan selar dan ikan tengiri untuk masak kicap.

Semua ni saya masak dalam 3 jam, dari pukul 2.30pm hingga 5.30pm. In between adalah saya stop untuk solat Asar dan rehat kejap. Panas petang tu rupanya nak hujan lebat.

Gambar takde sebab nak cepat dan tak larat nak pegang kamera. Hehe.

Untuk mak ayah saya bawakkan lauk pauk ni, dan adik saya yang re-pack balik ikut portion mereka. Diorang ni makan sikit je untuk sahur, berbeza dengan kami yang makan besar masa sahur dan makan sikit masa berbuka. Kalau kami, 2 keping ikan bawal tu untuk 2 orang, tapi adik bungkus 1 keping je untuk mereka bertiga. Sikitnya sebab pembuka selera mereka adalah telur dadar dan serunding. So, dapat 8 lauk untuk sahur. Ahad nanti saya masakkan lagi.

Untuk kami, ingatkan bila masakkan untuk mak ayah, dapatlah kosongkan fridge, tapi rupanya makin penuh. Entahlah, rezeki datang banyak. Dalam fridge tu, ada daging dendeng, ada sambal hitam, ada kari ikan, ikan goreng sebab freezer dah tak muat. 

Tapi senang hati lah, lauk sahur dah siap. Cuma fikir untuk bebuka sahaja, samada nak masak atau beli. Lepas berbuka, pilih je lauk mana nak makan, letak dalam fridge. Masak nasi. Pastu bangun sahur, tinggal panaskan je lauk dan tambah sayur atau telur.

Kita boleh fokus terawikh dan mengaji al-quran masa Ramadhan ini. 

Cubalah freezer food ni, sekali je penat, tapi senang berhari-hari. Adjust ikut keperluan keluarga, kalau besar masak banyak, kalau kecil, boleh kurangkan sekatan.

Semoga bermanfaat.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign