Tinta Si Isteri Mekanik: Ramadhan ke-10 : Saya di PPUM untuk MRI Scan

20 June 2016

Ramadhan ke-10 : Saya di PPUM untuk MRI Scan

Hari ni, ada ayahnya MRI Scan. Prosedurnya dijadualkan pada 1.30pm, mereka minta kami berada di PPUM pada jam 1.00pm iaitu setengah jam sebelum prosedur.

Waktu 1.00 tengahari ni waktu puncak, sebab ini waktu lunch untuk non-muslim dan waktu persekolahan tamat/mula.

Jadi, saya bercadang untuk bertolak dari rumah ayah jam 12.00 tengahari. Biar awal, jangan lewat.

Kalau siapa biasa dengan hospital kerajaan, parking memang penuh time ni. So, solusinya kami gunakan UBER. Adik yang uruskan sebab dia ada account dah. Saya malas nak download sebab memory limited. Hehe.

Ayah dah beberapa kali gunakan UBER, saya je first time. Senang je rupanya. Call gunakan apps. Tunggu UBER tiba. Naik dan duduk depan. Sampai ke destinasi, turun. Tak payah bayar. Sebab dah caj ke Kad Kredit/Debit. Tapi sekarang dah boleh terima cash. Saya suka UBER berbanding teksi kerana faktor keselamatan. Kita tahu siapa yang akan ambil kita sebab ada tertera nama dan nombor kereta.

Tiba di PPUM agak awal, dalam 12.10pm. Jadi terus ke Pusat Pengimejan yang berdepan dengan Secret Recipe. Dah teringin pulak, padahal kalau tak puasa, tak berapa kisah pun. Hehe.

Pergi kaunter, rupanya kena daftar dulu di Tingkat 2. Saya tinggalkan ayah di situ dan terus gerak ke Tingkat 2. Ada problem pulak sebab ayah sepatutnya kena makan Prednisolone tapi sebab takde prescription, maka kami andaikan makan di hospital. Mereka kata, tertakluk kepada keputusan doktor. Mereka daftarkan dahulu, nanti tengok apa kata doktor.

Nasib baik datang awal sebab lama betul sesi soal jawab dengan doktor. Iyalah, kondisi kesihatan ayah dah semakin merosot, jadi ada risikolah. Tambah dengan umur ayah yang 75 tahun, jadi doktor bagitahu risiko tinggi sebab dua-dua faktor. Ayah setuju untuk teruskan sebab ayah kata, ada sebab Allah aturkan perkara ini.

Dan terjawab persoalan kami, kenapa ayah nak kena buat MRI. Masa ayah warded Ramadhan 2015, mereka ada jalankan CT Scan, masa ni doktor discover ada cyst di otak ayah. So MRI ini dijalankan untuk tengok dengan lebih jelas cyst tu.

Prosedur katanya 45 minit. Jadi saya ke ruangan menunggu, sambil tengok tv sambil baca posting di FB terutamanya Puan Ainon Mohd. TV cerita drama series, so tak best sangat tengok sebab tak faham. Saya mengantuk tapi susah nak tidur.

Tiba-tiba nama ayah kena panggil. Eh, cepatnya kata saya. Technician kata ayah sangat bagus sebab tak bergerak masa prosedur, jadi cepatlah siap. 20 minit je prosedur, separuh dari masa yang dicadangkan.

Tolong ayah tukar baju dan menunggu sekejap untuk pastikan gambar yang diambil tu terang dan jelas, kalau tak, kena masuk balik.

Dah settle, panggil UBER dan terus balik rumah ayah.

Saya dah settlekan ayah, wheelchair dah simpan semua, saya terus salam-salam nak balik. Tapi satu soalan dan jawapan ayah buat saya tersedih kejap.

"Awak buka kat sini lepas ambil Rahim?"

"Tak, ayah. Rasanya tak sempat. Sabtu Ahad kita berbuka kat sini. Kenapa ayah?"

Ayah jawab, "Saje tanya. Iyalah, berbuka tiga orang je, kalau ramai-ramai, riuh sikit. Kalau tak, sunyi sikitlah."

Aduh....

Memang mahu berbuka setiap hari kat kampung. Dekat je, tapi Ramadhan ni, jalan memang jammed waktu petang. Tahun lepas, memang dari office/bengkel terus ke PJ, samada ke PPUM atau ke rumah mak. Tengok giliran menunggu di hospital, kalau adik/abang yang tidur hospital, kami berbuka dengan ayah. Kalau turn saya jaga ayah, kami berbuka kat PJ. Lepas terawikh baru ke hospital.

Saya cuma mampu jawab, "Sabtu kita datang ya ayah." Huhu sedihnya.

Saya pun terus gerak lepas tu, baru pukul 4.30pm tapi jalan dah jammed. Petaling Jaya ke TTDI Jaya, Seksyen U2 Shah Alam tu ambil masa 1 jam! Terus ke Bazaar Ramadhan beli makanan berbuka.

Saya berdoa agar kita semua dapat berbuka bersama ibu bapa di setiap kesempatan yang ada, dapat menggembirakan hati mereka. Ameen.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign