Tinta Si Isteri Mekanik: RESEPI : RENDANG AYAM SEDAP DAN TAHAN LAMA UNTUK AIDILFITRI

02 July 2016

RESEPI : RENDANG AYAM SEDAP DAN TAHAN LAMA UNTUK AIDILFITRI

Tahun ini saya beraya di KL, turn saya. Raya kedua baru balik ke Muar. So seperti biasa, kalau raya sini, memang saya akan masak hidangan raya. Kali ni, Insyaallah akan masak Lontong dan Nasi Minyak.

Lontong, macam biasa ada Nasi Impit, Lodeh dan Sambal Kacang. Kalau orang Johor, Lontong mesti dengan Sambal Kacang. Kalau sambal tumis, dia tak best, tak rasa Lontong sebenar. Hehe.

Hari ni atau esok akan mula membeli bahan-bahan. Pastu, sesiap blend bahan dan bersihkan ayam. Nanti hari Selasa, senang sikit nak masak. Masak awal sikit dalam pukul 5pm lepas asar so nanti waktu berbuka dah boleh makan Nasi Putih dengan Rendang Ayam.

Kali ni, saya nak masak guna resepi Puan Azie dari Azie Kitchen.

Rendang Ayam
Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:
2 ekor ayam
1 kg bawang merah - hiris
3 labu bawang putih - hiris
4 inci halia - hiris
4 inci lengkuas - tumbuk
2 inci kunyit hidup - tumbuk
4 batang serai - titik
4 senduk cili kisar - ikut suka pedas
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
4 kg santan
2 keping asam keping - ikut rasa
Garam
Gula
Daun kunyit - opsyenal
Sedikit kerisik - opsyenal utk warna gelap


Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga cili benar benar garing.

Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. Masukkan sedikit santan cair bagi membolehkan ayam masak. Setelah itu, baru dimasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja.

Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Jika suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api.

Nota:
Setelah ayam masak, boleh keluarkan ayam terlebih dahulu dan masak bahan perencah sambil dikacau dengan api perlahan untuk menjadikan kuahnya berwarna agak gelap.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign