Tinta Si Isteri Mekanik: January 2016

30 January 2016

PROMO : SERVICE YOUR CAR ONLY AT RM88* DI RAHIM AUTO, SHAH ALAM




Servis kereta hanya RM88. Ini termasuk dengan pemeriksaan PERCUMA untuk 17 perkara.

SMS ke 011-2013-2276 untuk tempah slot servis.









13 January 2016

TIPS : Kereta BERSIH Kita Happy.




















TEATER ISTANA BUDAYA : Tenggelamnya Kapal Van Der Wjick

Dah lama sebenarnya saya tak menonton teater. Sebab takde yang best. Kadang ada yang best, tapi dah terlepas. Dah tu pulak, Istana Budaya kat tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur yang sentiasa 'hidup' tu.

Saya memang tak pernah minat filem dari Indonesia. Tapi selepas diperkenalkan di Public Speaking Mastery, saya memang suka dengan filem ini. Jadi bila ada peluang menonton teater, saya pun ambillah. Tengok pulak dengan geng-geng Public Speaking Mastery, memang lagi menariklah.

Satu lagi sebab adalah kerana saya suka dengan Nabila Huda. Pada saya, dia seorang pelakon yang sangat bagus. Penjiwaan watak sangat tepat setiap kali Nabila Huda berlakon.

Pelakon utama teater Tenggelamnya Kapal Van der Wijck adalah Amar Baharin sebagai Zainuddin dan Nabila Huda sebagai Hayati.

Sinopsis Tenggelamnya Kapal Van der Wijck:

Teater Tenggelamnya Kapal Van der Wijck diadaptasi daripada novel berjudul sama yang diterbitkan pada 1939 karya ulama terkenal Nusantara, Prof. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali dengan nama Hamka. 

Ia mengisahkan persoalan adat yang berlaku di Minangkabau dan perbezaan latar belakang sosial yang menghalangi hubungan cinta sepasang kekasih hingga berakhir dengan kematian.


Zainuddin dan Hayati yang saling menyintai tidak dapat memenuhi hasrat untuk hidup bersama kerana keluarga Hayati menjodohkan Hayati dengan Aziz. 

Zainuddin yang kecewa telah merantau dan berjaya menjadi penulis terkenal. Oleh kerana menanggung hutang yang banyak, Aziz telah membawa Hayati tinggal di rumah Zainuddin. Sebelum membunuh diri, Aziz telah menulis surat supaya Zainuddin menjaga Hayati. 

Namun, Zainuddin yang masih kecewa kerana Hayati telah melanggar janji untuk setia telah memaksa Hayati pulang ke kampung dengan menaiki kapal Van der Wijck. Malangnya, ketika dalam perjalanan kapal tersebut telah tenggelam.


Tarikh yang mereka pilih adalah pada 14 Oktober 2015 iaitu pada hari Jumaat. Jadi dah tahu dah, Jumaat memang akan jammed. Jadi kami decide terus gerak jam 5.30petang lepas balik kerja.

Tapi, hujan lebat giler petang tu around 5.00pm. Lebat dan lama. So decide, kami gerak lepas Maghrib. Senang sikit dah solat.

Masa tu Maghrib cepat. Rasanya pukul 7.00pm dah masuk waktu. Gerak dalam pukul 7.15pm. Tak sempat makeup apa pun.

Ikut Waze. Guna NKVE dan DUKE. Tapi lepas DUKE, dah mana-mana dah Waze tunjuk. Sebab gelap, kami follow je. Dia bawak lalu jalan yang tak berapa jammed lah, tapi siap kena redah jalan yang flash flood semua. Ngeri.

8.30pm, kami tak sampai lagi. Dah dekat dah, tapi sebab salah simpang, kena harung jammed balik. Rasanya 8.45pm baru tiba. Parking pun dah nak penuh. Menapak laju-laju masuk dewan. Mengah-mengah jalan hehe.



Then jumpa kawan yang pegang tiket. Dapat pulak bantuan staf Istana Budaya sebab teater dah start. Dewan dah gelap, so dia tolong suluh dan tunjukkan seat. Rupanya dapat seat depan. Memang best sebab dapat tengok dekat-dekat. Especially masa props bertukar. Tiba-tiba pokok gergasi turun dari langit. Kapal besar keluar dari kanan stage. Macam-macamlah.




Ini masa break. Jangan sesekali cuba nak ambil gambar masa teater tengah berlangsung. Kena laser merah nanti. Mungkin ada announcement tentang ambil gambar, tapi sebab kami lambat, tak tahulah ada atau tak.

Lakonan Nabila Huda memang tidak menghampakan. Memang best lakonan beliau. Setanding Pevita Pearce, pelakon Hayati dalam filem.

Amar Bahrin. Kena brush up lagi lakonannya. Kalau dia control sangat, lakonan dia kaku. Dalam pertengahan teater, baru sedikit okay, but audience dah boring. Sayalah tu.

Syarul Ridzwan, for newcomers, lakonan dia lebih bagus berbanding Amar Bahrin. Kira bezalah dengan kekakuan lakonan beliau dalam Hati Perempuan tu.

Amyra Rosli, she's fun. Sesuai dengan watak Khadijah. Adik kepada Abang Aziz, suami Hayati lakonan Karl Shafek.

Overall, agak boring. Saya sempat tidur hehehe. Tapi sebab ini teater, banyak sangat scene yang meleret-leret membuatkan teater ni panjang tapi membosankan. Maybe sebab terikat dengan novel, jadi semua benda macam nak cram kan dalam 3 jam. Sama macam Ombak Rindu. Novel best, tapi filem tak best.

Anyway, apa yang best adalah dapat berjumpa kawan-kawan dan juga Guru Public Speaking kami. Ini pun tak semua yang bergambar. Ada yang dah balik. Ada yang tak masuk bergambar.

Berbaloi tengok ke teater ni? For me, it is a good experince. Pengalaman menonton teater. Cerita a bt boring. So better tonton wayang dari tonton teater.

p/s: Nasib baik dah habis teater ni. Lambat sangat buat reviewnya.


11 January 2016

CUTI KRABI : Ruen Sukhotai Massage yang BEST

Salah satu perkara yang saya nak sangat buat berulang kali di Krabi adalah MASSAGE. 

(sumber : Google)

Memang salah satu cara kami reward diri adalah dengan berspa. Dan lagi memang Thailand dan Indonesia terkenal dengan spa yang best dan murah.

Contohnya, Reflexology Massage cuma 300Baht sahaja di Krabi. Dalam RM37.00 je untuk satu jam. Best giler.

Saya rasa, tak ramai yang blogkan Ruen Sukhotai Massage ni. Rasanya mungkin ramai yang ingat Spa kat sini MAHAL. Padahal, sama je rate dia dengan Spa biasa tu.

Sebelum tiba di sini, kami ada lalu beberapa spa kecil. Dapat jugak survey harga. Kalau Thai Massage, hanya 250Baht. Oil Massage 1 jam cuma 300Baht. So, memang berbaloi la kami ke Ruen Sukhotai Massage ni.


Ini di hadapan atau pintu masuk Ruen Sukhotai Massage ni. Cantik kan?



Kalau kita buat Reflexology, ini area dia. Agak terbuka la. Masa kami massage, takde orang. Even yang lalu lalang pun macam takde. Sebab ramai ke Island Hopping pagi-pagi ni. Puas hati buat Reflexology ni. Satu jam yang penuh padat dengan urut je.


Ini ruangan untuk body massage. Ada langsir in between. Pintu sebelah kiri tu untuk body scrub sebab dalam tu ada bathtub.


Dekorasi dalam spa ni minimalist je. Tapi merelakskan kita. Yang pintu kaca depan ni, kira main entrance dia. Yang pintu kaca depan sana tu ada bilik-biik. Untuk couple urut bersama.

Overall, experience kami memang ini Spa terbaik. Sebab itu hari ketiga sempat lagi kami buat body massage. 3 hari, 3 kali urut. Nikmatnya...

(sumber : Google)

Hari kedua sebenarnya, kami ke Sukhotai Massage. Yang ni memang dekat kawasan pantai. Kawasan yang banyak kedai-kedai kecil.

Saya lupa ambil gambar tapi ada satu di Google.

(sumber : Google)

Tapi, kalau sayalah, saya takkan datang lagi ke sini. Tak best macam Ruen Sukhotai Massage tu. Dia tak pentingkan sangat hygiene. Rasa tuala tu macam guna balik je, macam dah pakai sebab macam berminyak. That's why sekali je ke sana. Urut pun tak best. Banyak keluar masuk. Kira macam 40 minit je urut. Dahlah so-so je urut.

So, hari ketiga, untuk urutan terakhir di Krabi, kami kebali ke Ruen Sukhotai Massage.

09 January 2016

2 Jan yang PALING BEST sebab Suami buat SURPRISE PARTY...

Satu perkara yang saya tak biasa adalah surprise party. Surprise party untuk diri sendiri. Maknanya, orang buat untuk kita.

Biasanya, saya buat untuk orang. Adik-beradik. Kawan-kawan.

So, bila tak biasa, kita tak expect pun ada untuk celebrate birthday. Memang tak jangka tak tahu langsung. Pandai suami pakat dengan adik-beradik.

Birthday tahun ni, memang saya tak plan apa-apa pun. Sebabnya suami pindahkan bisnes bengkel automotif kami ke tempat baru. Sebab owner tu tamatkan penyewaan, jadi suami pun decide sewa bengkel yang depan sikit je dari yang lama.

Yang bestnya, sebab kami focus pada driver wanita, maka dapatlah kami BENGKEL PINK. Syok giler rasa.

Tapi, penatnya nak uruskan banyak perkara. But a great experience for me.

Okay, back to surprise party tu. Sebab penat, malas nak organize apa-apa. Nak fikir nak makan apa pun malas, sebab penat sangat.

Petang tu, kawan kami datang ke bengkel. Saje nak jengah katanya. So teman dia makan sebab tak makan dari pagi. Yang bestnya, saya cuma order air je. Rasa macam kenyang. Suami order nasi goreng. Makan macam biasa.

Itu yang buat saya tak syak apa-apa. Then maghrib dulu kat bengkel baru gerak ke PJ. Sabtu malam memang adik-beradik akan berkumpul, so takdelah terfikir ada surprise party.

Bila sampai PJ, borak dengan abang kat luar. Malas nak layan dia sebab asyik cakap lambat je. Mana nak tahu dia ada. So terus masuk rumah. Sampai je kat depan, terus semua jerit “SURPRISE!”. Hahaha blur terus. Then nyanyi birthday song. Muka blur lagi but senyum meleret-leret. Happy sangat.

Ayah bacakan doa selamat. Syukur sangat dapat bersama-sama ayah, mak tahun ni. As I blogged before, tahun 2015, ayah dimasukkan ke hospital sebanyak 3 kali. Alhamdulillah, Allah masih berikan peluang untuk kami berbakti kepada kedua mak dan ayah.

Then, masa untuk makan. Menu malam tu adalah western food. Ayam bakar Ayamas. Mash potato. Coleslaw. Lasagne. All my favourite food.

Lepas makan, semua lepak-lepak berbual catching up. I know myself. Otak penat tapi badan tak nak ikut. Maknanya, saya kena buat kerja in order nak tidur malam. Adrenalin level pun tinggi sebab surprise party tadi.

So saya pun start mencuci pinggan. Lagipun adik-beradik semua dah susah payah masak dan plan the party. Then kakak ipar kata, pergilah duduk depan. Adik ipar kata pergi main dengan Ahmad. Saya pun okay je sebab suami sambung basuh pinggan. Duduk depan, main dengan Ahmad.

Then…semua nyanyi lagi birthday song. Sebabnya ada KEK. Hish, ingat dah habis celebrate, rupanya ada lagi.

Memang best betul birthday kali ini. Sebabnya ini semua suami yang rancang dengan bantuan adik-beradik.

Thank you so much to all my darlings. Yang menjayakan surprise party ini.


Ya Allah, murahkan rezeki adik-beradikku Ya Allah. Ameen.

p/s: Gambar takde sebab dah kata surprise party kan... Ada satu je suami post di FB.


08 January 2016

CUTI KRABI : Gerai makanan jalanan - Pedulikan DIET

Satu perkara yang best di Krabi adalah makanan. Halal food memang senang di sana, hanya perlu tengok tanda HALAL dan juga peniaga memakai tudung.

Namun masih perlu berhati-hati sebab ada 1-2 kedai yang mengatakan mereka adalah restoran HALAL tetapi menawarkan beer dan minuman beralkohol. Dan staf mereka tiada yang memakai tudung.

Hari kedua dan ketiga, memang banyak kami makan street food. Selain harganya yang murah, kesedapan street food ini memang bestlah.

Kawasan street food yang terkenal di Ao Nang adalah di kawasan pantai. Mula-mula mencari Yaminlah Pancake ni, macam frust sebab tak jumpa. Dah jumpa pantai, tapi tak jumpa Pancake.

Tapi suami kata relakslah. Kita explore dulu kawasan ni. Dia tahu saya stress, jadi sebab dia yang bawak motor, maka saya ikut sajelah. Lapar sebenarnya, tu yang nak mengamuk tu. Hehe.

Okay, kalua dari kawasan MC Donald tu, terus je menghala ke pantai. Nanti sebelah kanan akan ada kedai-kedai kecil yang jual macam-macam benda. Hehehe. Kemudian akan ada selekoh ke kanan. Haaa…depan tu dah nampak pantai.

Nikmatilah pemandangan pantai tu sambil mata memerhati 2 perkara. Yang pertama, cari signboard KRABI RESORT sebelah kiri.


(sumber : Google)

Atau bangunan biru sebelah kanan iaitu TOURIST POLICE Office.


(sumber : Google)

Haaa…Nampak bangunan ni, Halal Street Food Ao Nang seberang jalan je.

Diet saya memang hancur kat sini. Sebab atas alasan bercuti, saya makan je apa yang nak makan. Tapi kiranya makan banyak, berjalan pun banyak. Massage lagi. Kira okaylah kan.

Gerai yang bawah ni, jus blended memang best. Memang kaw kaw giler. Dah lah comel orangnya.

Hari kedua, waktu tengahari kami beli juice sampai 3 cawan! Malam lagi 2 bekas. Esoknya 2 cawan lagi. Sampai peniaga tu pun senyum je tengok kami berdua.

One thing bagus tentang peniaga jalanan ni, mereka sangat menghormati pelanggan. Mesti akan senyum. Lepas tu greet kita. Hai. Hello. Takde pun marah-marah. Best rasa membeli kat sini.

Jus-jus pun memang berasalah. Maksudnya memang terasa buah berbanding air dan gula. Ada sekali tu, kami beli air nenas (pineapple). Sedap tapi tak berapa manis. Dan kami tengok, memang air gula tu tak banyak sangat. Jus mangga memang terbaiklah. Mangga Thailand memang sedaplah. Manis. Juicy. Dahlah murah. Memang best. 


Yang ni memang tak perlu diperkenalkan. Ramai yang kenal. Yang belum pergi sure pernah baca bloggers buat review.

Makcik Yaminlah ni peramah sangat. Mesti akan berbual dengan customers beliau. Masa kali pertama pergi ke gerai beliau, masa tu baru jam 11.30pagi. Tapi Makcik Yaminlah ni baru bukak gerai dia, dia mintak maaf. Mintak datang jam 12.00pm. Pergilah mana-mana dulu, katanya.

So, kami jalan-jalan ke gerai sederet Makcik Yaminlah. Dah habis pusing, suami kata, jomlah kita ronda dulu.




Kat sini pun beli jugak yang cucuk-cucuk ni. Ini memang favourite suami walaupun kat Malaysia ada je pun. Tapi layan je sebab sedap. Dan lapar. Hahaha.


 Kat sini, kami lunch dan dinner. Ada 2 gerai nasi. Kalau dari kawasan Mc D tu, nampak gerai inilah dulu. Kami cuba kedua-dua gerai. 

Yang paling kena tekak kami adalah gerai yang paling hujung, gerai nombor satu. Tapi kami perasan, kalau malam tukang masaknya lain. Maybe depa ada shift kot. Ini gerai pertama yang saya cakap sedap.


Masa lunch, sebab kami awal, dapatlah makan di bawah pokok, kat belakang gerai-gerai ni. Waktu malam memang penuh. Lagipun, siang-siang, ramai yang pergi island hopping. Lunch dah masuk dalam pakej, tu yang tak ramai waktu tengahari.

Gerai ni sedap, cuma yang pertama tu lagi sedap. Lagi kena tekak kami. Tapi TOMYAM kedua-dua gerai memang kaw. Walapun pedas, saya tetap hirup jugak. Yang bestnya, perut tak rasa panas dan tak meragam. Kalau kat Malaysia, saya tak berapa berani nak hirup gitu je Mesti campur dalam nasi.




Dekat gerai bawah  ni, kami beli udang salut tepung dengan sotong tepung. Sotong tepung dia memang sedap giler. Dahlah besar, murah pulak tu. Yang sotong memang kami berulang beli sebab tahu kat Malaysia, susah sikit nak dapat macam ni.

Dalam gambar ni, sotong tepung yang belah kanan, atas ayam goreng tu. Besar tau sotong dia.


Anyway, kalau ditukarkan Baht kepada Ringgit Malaysia, memang mahal sikitlah. Macam tomyam tu, 100Baht. Kalau duit Malaysia, dalam RM12.24. Kira mahal lah sebab kat kawasan rumah kami, masih dapat dalam RM7.00.

Tapi kami tak kisah pun bayar mahal, sebab isi tomyam tu semua boleh dimakan. Takde pun banyak 'sampah' macam kat sini. Hehe.

01 January 2016

2016 is AWESOME!

Selamat tahun baru.

Doa saya untuk tahun 2016:

Ya Allah,
Muliakanlah kami
Panjangkan usia kami
Lapangkan hati kami
Bahagiakan kami
Luaskan rezeki kami

Mudahkan urusan kami
Kabulkan cita-cita kami
Sembuhkan hati dan badan kami
Lindungi kami
Terimalah amalan kami


Ameen Ya Rabbal Alamin.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign