Tinta Si Isteri Mekanik: June 2016

30 June 2016

REVIEW : ENGLISH HI-TEA DI SHAH ALAM CONVENTION CENTRE

Saya ni agak rajin jugak beli vouchers kat Groupon. Ini sahaja yang saya percaya berbanding yang lain. Lagipun, semak email saya dengan promo yang berlambak-lambak tu. Last-last, hanya subscribe 1 sahaja iaitu Groupon.

Hari tu ada beli voucher ni.


English Hi-Tea 
A La Carte Buffet 
at Westside Bistro





Harga untuk 2 orang cuma RM35.00 sahaja. Okaylah for us, lagipun menu dia okay. Saje je nak lepak kat luar, biasa time macam ni, kami bincang tentang bisnes. Senang sikit nak concentrate.




Menu dia macam ni:-

Setiap orang akan dapat :


Smoked salmon on toast
Tuna croissants
Egg mayonnaise with cress
Scone with cholet cream
Chocolate macarons
Miniature eclairs
Miniature cupcakes
Miniature chocolate brownies
Fruit tartlets
Assorted finger sandwiches

Minuman, boleh pilih:
Coffee atau
Tea dan
Freshly-squeezed orange juice

Masa mula order, cuma boleh order 5 jenis sahaja dulu. Sebab sebenarnya tak muat dalam tray dia. Nanti boleh order lagi sebab ni kan ala ala buffet.

First menu, kami ambil :



Tuna croissants
Egg mayonnaise with cress
Scone with cholet cream
Assorted finger sandwiches

Miniature eclairs


Sedap. Tepati citarasa saya. 

Tuna croissant tu saya memang tahu sedap sebab hotels kan? Biasa je. Roti croissant, ada daun salad dan tuna mayo dalam tu. Favourite kami and kami siap order lagi 2 kali. Hehe.

Finger sandwich kami dapat yang ham and cheese sandwich. Biasa je rasanya, tapi saya memang sukakan roti berbanding nasi, so ini pun saya suka.

Egg mayonnaise with cress ni first time makan. Dalam gambar bawah ni, yang dalam sudu tu.



Sedap hokay. Telur kuning tu dia keluarkan dan campur dengan mayonnaise. Tapi saya tak nampak cress tu, tapi bila Google, cress ni macam daun herba, rasanya macam mustard. Maybe dah campur dengan telur kuning tu.

Scones tu sedap, tapi cream dia tak best. Cepat cair and strawberry jam takde. So saya makan gitu je, tapi husband makan awal scones ni, dia kata sedap sebab cream dia sedap.




Air memang akan dapat Orange Juice. Lepas tu pilih antara Kopi atau Teh. Kami berdua ambil Teh.




Second order, kami ambil:-

Tuna croissants
Assorted finger sandwiches
Miniature cupcakes
Miniature chocolate brownies
Fruit tartlets



Tengok, repeat balik. Lupa nak ambil Smoked Salmon on Toast. Sedap semua ni, tapi sebab dah mula rasa kenyang, nak menghabiskan order kedua ni dekat nak sejam. Memang kelakar, tapi sebab kami berborak, tak rasa sangatlah.

Total masa kat sini around 2 hours. Keliling kami dah bertukar ganti dah. Kami je maintain sebab kekenyangan.

Overall, okaylah untuk RM19/pax. Saje je nak tukar angin, lagipun suami tak pernah English Hi-Tea, so saje bagi dia pengalaman ini.

29 June 2016

JJCM : Asam Pedas di Medan Selera Tg Emas, Muar.

Dekat-dekat nak raya ni, kerja pejabat memang berlambak. Semua nak by Jumaat ni, sebab lepas tu ramai akan mula bercuti berhari raya pulak.

Sementara menunggu suami tutup bengkel, saya belek phone, ada gambar kami JJCM masa balik Muar cuti Agong tu.

Kali ni saje je balik. Walaupun Hari Pekerja tu dah balik, kami balik jugak walaupun macam baru je balik, dahlah Isnin tu nak puasa.

Siap ajak kakak ipar lagi balik sama dengan kami. Dia pun pelik, sia tanya, "Ada apa-apa ke nak balik ni?". Suami jawab, "Memang kami balik setiap tahun waktu cuti Agong ni."

Bengkel kereta kan, Sabtulah antara hari paling sibuk sebab ramai customer nak servis kereta mereka. Hari lain kan kerja, so memang Sabtu je lah nak servis.

Jadi bila dapat peluang bercuti Sabtu Ahad, memang syoklah dia. Tu yang memang biasa balik Muar tu. Lagipun, kali ni tak dapat langsung balik berbuka dan bersahur dengan family Muar. Sebab Nuzul pun hari Rabu. Nak balik Sabtu malam, suami memang tak larat. So tu yang balik sebelum Ramadhan tu.

Keluar rumah dan ambil kakak tu awal pagi. So, tiba Medan Selera Tanjung Emas tu dalam jam 11.30pagi. Sedang elok for lunch. Tapi tak banyak kiosk yang jual Asam Pedas. Yang ada cuma kiosk yang hujung je dah siap. Nama kiosk tu Asam Pedas D'15.

Ada 3 jenis ikan. Ikan Jenahak. Ikan Sembilang dengan Ikan Mayong. Saya ambil Ikan Jenahak 2 keping. Kakak ipar ambil Ikan Mayong.

Pastu ambil ulam-ulam je, ada la sayur lain, tapi nak menikmati Asam Pedas tu konon tak nak rasa sayur lain tu kacau. Hehe. Air pun order Ais Kosong je. Suami order Teh O Ais.



Ni menu Ikan Jenahak.



Yang ni Ikan Mayong. 

Verdict JJCM?








Sedap sebab tak cair sangat. Cukup rasa Masam, Pedas, Manis dan Masin.

Harga pun murah juga, sebab makan 3 orang dengan air biasa (Teh O Ais, Ais Kosong dan Air Suam) cuma RM29.00 je.

Cuma kalau ada Kicap Manis Kipas Udang tu lagi sedap. Hehe.

Boleh repeat lagi la. 

Masa nak ke kereta, terjumpa pulak kawan saya dan pelanggan Rahim Auto kat situ. Mereka pun balik Muar jugak, tapi depa dok cari Telur Ikan. Gerai D15 tu takde telur ikan, so tak dapat nak cuba. Gerai-gerai lain rupanya buka jam 12.00 tengahari. 


Takpelah, boleh cuba gerai lain nanti. Nasib baik suami rajin melayan saya. 

So far, memang sedaplah asam pedas kat Muar ni. Kalau kat Batu Pahat, dia cair sikit kuahnya, so depends jugak pada selera orang kan.

Kalau Mee Bandung Muar, ada perbezaan sikit dengan Mee Bandung orang Batu Pahat masak. Sedap masih sedap, cuma ada beza je.

Resepi Asam Pedas saya dah tulis kat sini. Saya guna ikan selar.

Kalau Resepi Mee Bandung tanpa gunakan pes, kat sini boleh rujuk. Buat banyak, lepas ru bekukan. Macam saya tulis kat sini, Susah sekali Senang berkali-kali.

Semoga bermanfaat.


24 June 2016

RESEPI : ASAM PEDAS IKAN SELAR untuk orang yang takut nak masak asam pedas macam saya.

Senangnya la hai nak masak asam pedas ni rupanya. Saya pernah masak beberapa kali, tapi tak sedap. Ada yang termasam, ada pernah tercair. Bila macam tu, dah malas dah nak masak, pergi makan kat 2 kedai yang sedap masakan asam pedas dia. Satu di Restoran Sri TTDI dan satu lagi Hot Pindang.

Tapi masa Ramadhan ni, teringin sangat nak masak Asam Pedas ni. Jadi masa pergi beli barang basah, ternampak ikan selar yang sederhana saiznya. Isi nampak cantik, lagipun tak mahu beli yang besar tu, sebab nanti kena potong dua dan isinya lebih padat. Untuk mak ayah, nanti katanya tak habis makan sahur.

Saya tak ingat resepi siapa saya gunakan. TIPS untuk masak Asam Pedas ni ada 2. Kena ikut sebab saya rasa nilah penyebab asam pedas yang saya masak sebelum ni tak sedap.

Tips pertama - blend sendiri cili kering. Jangan gunakan cili giling ke cili boh yang siap kat kedai tu. Takut rasa dia lari.

Tips kedua - gunakan asam jawa biji, bukan PES. Hari tu, saya beli pes asam jawa ADABI, tapi tak pandai sangat bajet. Iyalah, pes kan, sure pekat dan masam. Lepas tu saya pakai banyak, memang naya betul.

Tips extra - minyak kena banyak untuk masakkan cili betul-betul. Letak sikit kunyit hidup atau serbuk kunyit untuk warna yang cantik. Letak terung bulat, bendi, bunga kantan atau tomato, senang dah siap ada sayur hehehe.

Okay ini cara paling senang saya jumpa dan memang terbukti senang.

Bahan-Bahan:

7 ekor Ikan Selar saiz kecil - panjang tapak tangan

1 cawan minyak

15-20 biji Cili Kering*
2 biji Bawang Besar*
1/2 inci Kunyit Hidup/1 sudu teh Serbuk Kunyit

*Blend

1 cawan Air
1 cawan Air + Asam Jawa sebesar telur ayam - sebatikankan asam jawa dengan air

Daun Kesom

Bendi**
Tomato**
Bunga Kantan**
Terung**

**Tambah kalau suka


Cara-cara:

1. Panaskan minyak 1 cawan.
2. Tumiskan bahan blend (bawang, cili, kunyit). Masak sampai cili garing iaitu minyak berada di atas cili. Tambah 2 sudu air dan biar garing semula. Tambah lagi 2 sudu air dan biar garing semula. Ini untuk masakkan dan garingkan cili tu betul-betul.
3. Masukkan air asam jawa dan biar mendidih. Tambah 1/2 cawan air dulu, kalau tak cukup baru habiskan 1/2 cawan lagi. Saya suka Asam Pedas yang sederhana pekat, kalau suka cair, tambah air lagi ya.
4. Tambah garam dan gula, biar rasa seimbang antara pedas, masam, masin.
5. Masukkan sayur-sayur yang keras, macam terung dan bendi.
6. Masukkan ikan dan biarkan sampai ikan masak dan sayur lembut.

Saya tak masukkan belacan, tapi boleh masukkan kalau suka. Cuma kalau masuk belacan, garam tu kena masuk sikit dulu, takut belacan tu masin.

Saya suka biar kuah mendidih lama sikit, baru masuk ikan. 

Tapi kali ni, saya guna Periuk Noxxa. Lepas cili garing, masukkan air asam, sayur dan ikan, setkan HP 3 minit. Dah siap macam gambar bawah ni.



Selamat mencuba.

23 June 2016

Happy Father's Day Ayah - 6 tahun selepas kritikal


Gambar diambil semasa menunggu UBER di PPUM

Saya masih ingat, 6 tahun lepas, masa ayah collapse di Sime Darby Medical Centre. Masa tu, ayah demam panas. Dah pergi PPUM tapi PPUM hanya beri Paracetamol dan tunggu 3 hari sebab takut denggi. Tapi lamanya menunggu, jadi kami adik-beradik bawak ayah ke SDMC untuk follow-up. Kesian ayah nak tunggu lama di PPUM. Hanya sebab itu sahaja kami bawak ke SDMC.

Masa ayah dipanggil masuk oleh Nurse untuk diambil tekanan darah, 2 kali gunakan mesin auto tapi displaynya tekanan darah Ayah sangat rendah. Nurse andaikan, mesin tak betul, so gunakan pulak mesin manual, tapi masih rendah. So Nurse keluar nak cari Medical Officer. 

Tiba-tiba Ayah menggelongsor ke bawah dari kedudukan duduk di kerusi. Terperanjat saya masa tu, terus jerit "Nurse, Ayah saya pengsan!".

Berlari-lari Nurse dan MO masuk bilik, attendant masuk dengan stretcher, terus bawak ke Emergency. Masuk bilik Trauma sebab bilik tu paling besar. Bila pintu terbukak je, saya terus masuk pergi kat ayah. Tengok skrin tekanan darah Ayah sangat rendah, 38/18 gitu.

Menggigil-gigil saya kat situ, menangis memang tak boleh tahan dah. Saya asyik sebut "Ayah. Ayah okay?" Ayah jawab "Ayah okay." Lepas tu saya kena halau sebab doktor nak check.

Masa tu saya sangat takut. Takut kehilangan Ayah. Sangat tak bersedia, walaupun tahu kematian tu untuk semua. Masa ni, kalau orang tengok saya, macam orang gila kot. Menangis, sambil berdiri kat pintu masuk bilik Kecemasan tu.

Lepas tu, saya dah stress. I can't handle this alone. So, saya terus call suami, suruh dia datang ke hospital. Tak boleh nak explain banyak, tapi bila dia dengar saya menangis, terus tinggalkan bengkel dan datang ke hospital. Sambil adik-beradik arrange siapa ambil mak di rumah etc. Saya dah tak boleh fikir apa dah, blank terus. Sedangkan I am a planner.

Dahlah 2 weeks before, mak pun warded di SDMC sebab hypertention. But masa mak tu, I okay. She called me at 12 midnight, cakap kepala dia sakit, berpusing-pusing tak boleh bukak mata. Mintak hantar ke hospital. Bila tiba PJ, adik saya ada tapi kenapa tak hantar mak terus? Adik kata mak tunggu akak. Saya masih boleh bertenang masa ni, maybe sebab mak boleh jalan walaupun kena papah.

Saya baru terfikir yang selama ni saya take things for granted, especially towards my parents. Like assuming yang mereka ini masih kuat macam masa kita masih kecil. Masih bertenaga untuk buat macam-macam masa dulu-dulu. Banyaklah terfikir masa ni. Dan musibah ni menyedarkan saya bahawa saya bukanlah anak yang baik.

But, saya bersyukur sebab Allah Maha Penyayang. DIA berikan kami tambahan masa untuk berbakti pada mak dan ayah serta mak dan bapak di kampung. Barulah saya rasa okay cium peluk ayah setiap kali nak balik rumah.

Saya sanggup ambil cuti tanpa gaji supaya saya dapat temankan ayah dan mak ke hospital. Ambil masa bawak ayah ke PKNS kalau ayah nak pergi beli buku agama di SABA Media. Saya okay je, bila mak ayah cakap nak makan itu ini, nak ke sana ke sini, saya adjust jadual supaya dapat penuhi permintaan mereka.

Happy Father's Day Ayah.


20 June 2016

Ramadhan ke-10 : Saya di PPUM untuk MRI Scan

Hari ni, ada ayahnya MRI Scan. Prosedurnya dijadualkan pada 1.30pm, mereka minta kami berada di PPUM pada jam 1.00pm iaitu setengah jam sebelum prosedur.

Waktu 1.00 tengahari ni waktu puncak, sebab ini waktu lunch untuk non-muslim dan waktu persekolahan tamat/mula.

Jadi, saya bercadang untuk bertolak dari rumah ayah jam 12.00 tengahari. Biar awal, jangan lewat.

Kalau siapa biasa dengan hospital kerajaan, parking memang penuh time ni. So, solusinya kami gunakan UBER. Adik yang uruskan sebab dia ada account dah. Saya malas nak download sebab memory limited. Hehe.

Ayah dah beberapa kali gunakan UBER, saya je first time. Senang je rupanya. Call gunakan apps. Tunggu UBER tiba. Naik dan duduk depan. Sampai ke destinasi, turun. Tak payah bayar. Sebab dah caj ke Kad Kredit/Debit. Tapi sekarang dah boleh terima cash. Saya suka UBER berbanding teksi kerana faktor keselamatan. Kita tahu siapa yang akan ambil kita sebab ada tertera nama dan nombor kereta.

Tiba di PPUM agak awal, dalam 12.10pm. Jadi terus ke Pusat Pengimejan yang berdepan dengan Secret Recipe. Dah teringin pulak, padahal kalau tak puasa, tak berapa kisah pun. Hehe.

Pergi kaunter, rupanya kena daftar dulu di Tingkat 2. Saya tinggalkan ayah di situ dan terus gerak ke Tingkat 2. Ada problem pulak sebab ayah sepatutnya kena makan Prednisolone tapi sebab takde prescription, maka kami andaikan makan di hospital. Mereka kata, tertakluk kepada keputusan doktor. Mereka daftarkan dahulu, nanti tengok apa kata doktor.

Nasib baik datang awal sebab lama betul sesi soal jawab dengan doktor. Iyalah, kondisi kesihatan ayah dah semakin merosot, jadi ada risikolah. Tambah dengan umur ayah yang 75 tahun, jadi doktor bagitahu risiko tinggi sebab dua-dua faktor. Ayah setuju untuk teruskan sebab ayah kata, ada sebab Allah aturkan perkara ini.

Dan terjawab persoalan kami, kenapa ayah nak kena buat MRI. Masa ayah warded Ramadhan 2015, mereka ada jalankan CT Scan, masa ni doktor discover ada cyst di otak ayah. So MRI ini dijalankan untuk tengok dengan lebih jelas cyst tu.

Prosedur katanya 45 minit. Jadi saya ke ruangan menunggu, sambil tengok tv sambil baca posting di FB terutamanya Puan Ainon Mohd. TV cerita drama series, so tak best sangat tengok sebab tak faham. Saya mengantuk tapi susah nak tidur.

Tiba-tiba nama ayah kena panggil. Eh, cepatnya kata saya. Technician kata ayah sangat bagus sebab tak bergerak masa prosedur, jadi cepatlah siap. 20 minit je prosedur, separuh dari masa yang dicadangkan.

Tolong ayah tukar baju dan menunggu sekejap untuk pastikan gambar yang diambil tu terang dan jelas, kalau tak, kena masuk balik.

Dah settle, panggil UBER dan terus balik rumah ayah.

Saya dah settlekan ayah, wheelchair dah simpan semua, saya terus salam-salam nak balik. Tapi satu soalan dan jawapan ayah buat saya tersedih kejap.

"Awak buka kat sini lepas ambil Rahim?"

"Tak, ayah. Rasanya tak sempat. Sabtu Ahad kita berbuka kat sini. Kenapa ayah?"

Ayah jawab, "Saje tanya. Iyalah, berbuka tiga orang je, kalau ramai-ramai, riuh sikit. Kalau tak, sunyi sikitlah."

Aduh....

Memang mahu berbuka setiap hari kat kampung. Dekat je, tapi Ramadhan ni, jalan memang jammed waktu petang. Tahun lepas, memang dari office/bengkel terus ke PJ, samada ke PPUM atau ke rumah mak. Tengok giliran menunggu di hospital, kalau adik/abang yang tidur hospital, kami berbuka dengan ayah. Kalau turn saya jaga ayah, kami berbuka kat PJ. Lepas terawikh baru ke hospital.

Saya cuma mampu jawab, "Sabtu kita datang ya ayah." Huhu sedihnya.

Saya pun terus gerak lepas tu, baru pukul 4.30pm tapi jalan dah jammed. Petaling Jaya ke TTDI Jaya, Seksyen U2 Shah Alam tu ambil masa 1 jam! Terus ke Bazaar Ramadhan beli makanan berbuka.

Saya berdoa agar kita semua dapat berbuka bersama ibu bapa di setiap kesempatan yang ada, dapat menggembirakan hati mereka. Ameen.

15 June 2016

Menu Berbuka 1 Ramadhan sehingga 9 Ramadhan : Starbucks, Bazar dan Masak Sendiri

Hari pertama puasa tu saya ada appointment dengan doktor. Memang kelakar bila teringat satu perkataan tapi bikin saya confius. Perkataan PUASA.

So, lepas siap semua tu, saya ke Starbucks sebab nak beli Sandwich. Tapi bila ke kiosk tu, tengok-tengok sandwich tu takde. Saya tanya barista, " Sandwich takde?" Dia tanya sandwich apa? Saya jawab Cranberry Apple. Barista jawab takde sandwich tu. Tapi lepas tu dia keluarkan Sandwich yang saya nak.

" Ni ada ni."

" Kak. Ini Cranberry Chicken. Cranberry Apple memang takde."

Hahaha sorry dik. First day puasa, akak kelaparan so akak merepek. Hehe.

So first Ramadhan, hanya berbuka Sandwich Cranberry Chicken je. Tu pun kenyang sangat. Air cuma air kosong panas je. Kali ni memang nak diet betul.

Second day, kami masak Nasi Goreng Sambal Hitam. Sebabnya dua hari sahur, nasi tak habis. So fridge dah penuh, kena masak jugak Nasi Goreng. Tapi sambal hitam tu tak pedas pun. Tambah murtabak daging sekeping. Tu je dah kenyang sangat.

Third day, Nasi Goreng jugak. Hehe.

Hari keempat baru pergi Bazaar. Beli Nasi Ambeng lauk Ayam Kicap untuk suami. Saya beli Nasi Kerabu pastu gatal beli Roti Pita Ayam. Sudahnya, Roti Pita tak habis separuh.

Hari Jumaat, ada pasar malam. Jadi banyak peniaga Bazaar tak berniaga. Cuma beli Nasi Tomato untuk suami dan saya beli Roti Pita. Cadang nak beli Roti John tapi tiba giliran saya, habis. Pastu beli kuih Akok. Sedap. Beli 2 keping je (RM1.00) tapi dapat 1 free yang hitam. Sedap je sebab dalam dia tak hangit pun.

Sabtu, berbuka kat kampung. Tapi sebab tak ramai, saya beli je hehe. Masa ni hujan masa saya ke Bazaar Ramadhan.

Saya beli Nasi Kerabu Golok. Sedikit berbeza dari Nasi Kerabu biasa. Dia takde tumis, diganti dengan lada hitam dan sos special. Mak kata sedap.

Ayah nak cendol, alhamdulillah ada jual kat Bazaar. Saya beli Nasi Minyak lauk Daging Kurma untuk suami dan untuk saya, Nasi Tomato.

Lepas tu saya teringin nak makan Roti John. Tapi duit berbaki di tangan cuma RM2.00. Tak cukup. Sedihnya saya rasa. Walaupun plastik penuh dengan makanan ada di tangan, tapi saya hampa. Sedih sebab dah 2 hari nak makan tak dapat. Masa duit cukup, dah habis. Masa ada jual, tak cukup duit pulak.

Sekali saya tersedar. Saya ni tak bersyukur. Punyalah banyak makanan, tapi sebab tak dapat satu benda, saya marah saya sedih. Orang susah tu, dapat tengok je, tapi tak dapat beli.

Saya terus balik dan menyesal sebab tamak.

Rupanya, malam tu ayah dan suami bawak balik BUBUR LAMBUK. My favourite tu. Alhamdulillah sebab kalau saya dapat beli Roti John, sure saya tak dapat enjoy Bubur Lambuk. Hikmah kan.

Ahad saya buat Roti Jala dengan Kari Ayam Berkentang. Adik beli Pizza, saya makan 2 keping.

Isnin, saya masak Nasi Goreng Daging Dendeng. Ni masak fresh. Dengan Periuk Noxxa sekejap je walaupun saya tiba rumah jam 7.00pm. Tumis bawang, cili padi, masuk telur. Masuk garam dan beras yang telah dicuci. Set HP 7 minit. Settle.

Selasa, saya beli Laksam. Tak mahu share, jadi beli seorang satu bungkus. Sekali, kenyang giler. Menyesal betul sebab kekenyangan. Beli jugak kuih Akok dengan Sosej Bun. Makan masa sahur kuih-kuih tu.

One thing kami perasan, waktu berbuka tak sangat nak makan. Yang betul-betul nak ialah AIR. Tapi kena air panas. Bila minum, nanti keluar peluh macam kita makan pedas tu. Best rasa.

Tapi, ni baru 10 hari dah tak tahu nak makan apa. Hehe. Nasiblah restoran dan bazaar tu dekat je dengan office. Boleh ke restoran lepas office dan ke bazaar dengan suami sebab kalau pergi awal tu panas.

Now, usia dah banyak ni, memang macam tu agaknya. Macam mak ayah kita, makan tak sangat. Apa yang ada je. Kegembiraan mereka adalah apabila anak-anak cucu-cucu berkumpul. Keriuhan itulah yang dirindui. Huhu *nanges* kalau boleh, hari-hari nak berbuka dengan ayah mak. Macam tahun lepas, sebab ayah masuk hospital. Penat tapi best. Saya berdoa kita semua dapat berbakti pada kedua ibu bapa samada semasa mereka masih ada dan juga selepas mereka pergi. Ameen.


14 June 2016

Kali Kedua buat FREEZER FOOD : Sambungan Penat Sekali, Senang Banyak Kali

Ini kali kedua saya buat untuk Ramadhan.

Tapi kali ini, buat untuk 1 minggu dan untuk 2 rumah, rumah saya dan rumah mak ayah. Saya masak untuk mereka, sebab saya nak mak fokus pada ibadah je. Lagipun, kat dapur mak tu panas sebab mengadap matahari petang, kalau nak masak pun, tunggu matahari redup sikit dalam pukul 6.


Jadi, saya decide nak masakkan lauk untuk mak ayah hari Sabtu, jadi pagi Ahad pergi pasar beli ikan, sebab mak ayah tak nak ayam sangat, muak katanya sebab masa berbuka, adik banyak belikan lauk ayam.


So, kali ini saya nak masak 3 jenis :


1. Ikan Masak Lemak Cili Padi

2. Ikan Masak Kicap
3. Ikan Masak Kari

Tambah 1 lagi lauk untuk berbuka ramai-ramai iaitu Kari Ayam Berkentang untuk makan dengan Roti Jala.


Ini persediaan awal, potong dan blender bawang. Saya tak pakai sangat bawang putih, tak berapa suka. Nak cepat, saya beli bawang yang dah siap kupas. Tinggal potong kecil-kecil je.





Saya beli cili padi kampung. Segenggam je dalam RM1.00. Mula ingat nak masuk semua, tapi terfikir ini cili kampung sure pedas, so ini je lah yang saya blend dengan bawang.



Ikan saya beli 3 jenis, Bawal Hitam, Selar dan Tengiri. Ini memang kegemaran mak dan ayah. Jadi saya buat Bawal masak Kari, Selar masak kicap dan Tengiri masak Lemak dan Kicap.

Besar-besar jugak ikan yang saya pilih. 3 ekor bawal je dekat nak 1kg, Selar pun sama. Tengiri 1.6kg. Murah jugaklah harga dekat Super Seven dekat Petronas Jalan Sungai Buloh - Batu Tiga ni.

Saya pernah beli Ikan Tengiri Batang seekor tu berharga RM60.00 di Pasar Tani Stadium Shah Alam, so semalam cuma RM48.00, kira murahlah sebab dapat banyak keping. 

Bahagian kepala saya mintak staf tu potong dua. Ekor pun besar, panjang. Saya ingat balik nak potong lagi tapi terlupa. Hehe. 

Rezeki saya masa beli ikan tengiri ni, sebab masa pilih tu macam terasa tak berapa fresh tapi macam dah takde pilihan sebab lagi 2 tu pun teruk sikit dari yang saya pilih. Tapi masa staf tu dah siap potong, tetiba dia cakap pada saya yang ikan tu tak elok. Dia suruh ambil lain, saya cakap lagi 2 tu besar sangat. Alhamdulillah, dia keluarkan ikan tengiri dari box yang oren tu. Syukur sangat dapat ikan yang elok dan fresh.





First sekali saya masak Ikan Masak Lemak Cili Padi. Guna 6 keping Ikan Tengiri yang besar. Sebab senang masak ni, tak payah tumis. Saya gunakan periuk Noxxa.

Caranya, masukkan cili padi yang diblend dengan air dan santan serta kunyit serbuk. Biar mendidih, masukkan asam keping, garam gula dan daun kunyit. Dah dapat kepekatan santan yang kita suka, baru masukkan ikan. Lepas tu saya HP kan 2 minit supaya ikan masak. Dah siap.




Then saya masak Kari Ayam Berkentang untuk Roti Jala sebagai hidangan berbuka. Ni pun saya guna Noxxa.

Sebelum ni saya guna Serbuk Kari Adabi, tapi saya rasa dah tak berapa kena dengan selera saya. Saya suka kari yang agak pedas, so saya cuba pulak Serbuk Kari Baba's. Pun tak berapa pedas but better lah dari Adabi. Kali ini saya beli Serbuk Kari Baba's dan juga Serbuk Cili Baba's. Lepas tu, saya terjumpa Serbuk Kari Pedas Baba's, yang ni saya gunakan untuk ikan, tapi terbeli untuk daging (meat), sedap jugaklah cuma baunya lain sikitlah sebab untuk daging (meat).

Yang penting, masa tumis kari ni, kena make sure minyak banyak dan kari tu naik minyak at least 2 kali. Lepas naik minyak pertama kali, saya tuangkan air sikit dalam 2 - 3 sudu untuk garingkan lagi kari tu. Dah naik minyak, masukkan ayam untuk keringkan air ayam. Ini satu lagi petua untuk hilangkan hanyir ayam dan sedapkan masakan kita.

Menu ketiga saya masak Ikan Masak Kari. Sama je macam masak ayam tu.

Sambil tunggu kari masak, saya goreng ikan selar dan ikan tengiri untuk masak kicap.

Semua ni saya masak dalam 3 jam, dari pukul 2.30pm hingga 5.30pm. In between adalah saya stop untuk solat Asar dan rehat kejap. Panas petang tu rupanya nak hujan lebat.

Gambar takde sebab nak cepat dan tak larat nak pegang kamera. Hehe.

Untuk mak ayah saya bawakkan lauk pauk ni, dan adik saya yang re-pack balik ikut portion mereka. Diorang ni makan sikit je untuk sahur, berbeza dengan kami yang makan besar masa sahur dan makan sikit masa berbuka. Kalau kami, 2 keping ikan bawal tu untuk 2 orang, tapi adik bungkus 1 keping je untuk mereka bertiga. Sikitnya sebab pembuka selera mereka adalah telur dadar dan serunding. So, dapat 8 lauk untuk sahur. Ahad nanti saya masakkan lagi.

Untuk kami, ingatkan bila masakkan untuk mak ayah, dapatlah kosongkan fridge, tapi rupanya makin penuh. Entahlah, rezeki datang banyak. Dalam fridge tu, ada daging dendeng, ada sambal hitam, ada kari ikan, ikan goreng sebab freezer dah tak muat. 

Tapi senang hati lah, lauk sahur dah siap. Cuma fikir untuk bebuka sahaja, samada nak masak atau beli. Lepas berbuka, pilih je lauk mana nak makan, letak dalam fridge. Masak nasi. Pastu bangun sahur, tinggal panaskan je lauk dan tambah sayur atau telur.

Kita boleh fokus terawikh dan mengaji al-quran masa Ramadhan ini. 

Cubalah freezer food ni, sekali je penat, tapi senang berhari-hari. Adjust ikut keperluan keluarga, kalau besar masak banyak, kalau kecil, boleh kurangkan sekatan.

Semoga bermanfaat.

10 June 2016

Menu Sahur 1 Ramadhan hingga 5 Ramadhan - 10 minit dah siap.

Kali ni, imsak dan subuh agak cepat berbanding tahun lepas. Tahun lepas, boleh relaks sambil minum air sementara tunggu Subuh. Kali ni, memang kelam kabut sikit.

Pendekatan kami, imsak 5.30am tu kami dah mesti habis makan dan minum Shaklee serta ubat. 5.30am - 5.38am tu hanya untuk minum air kosong aje. Siapkan timer supaya tak terlajak minum bila azan Subuh nanti.

First day sahur tu, bangun 4.40am, tapi pukul 5.00am baru masuk dapur. Dahlah terlupa keluarkan Freezer Food yang dah siap tu, makanya bila tenggek atas dapur, dengan gas nak habis, 5 minit pun belum cair lagi Kari Ayam tu.

Terus ambil Noxxa, masukkan air sedikit dan tuangkan Kari Ayam beku tu dalam periuk, setkan HP 4 minit. Tapi tak sampai 4 minit dah off, buangkan steam dan bukak tudung periuk, memang dah lembut dah kari tu. Terus hidangkan. Suami dah sesiap goreng telur dadar, senduk nasi dan tuang air dalam gelas.

Rasa kelam kabut makan, dahlah panas kan? Nanti nak buat shake lagi, nak makan kurma lagi, nak minum air kosong lagi. Fuhhh berpeluh takut tak sempat.


Ini Menu 1st Ramadhan :

Kari Ayam Berkentang
Telur Dadar
Kicap manis


So, second day, adjust masa sikit. Masuk dapur pukul 4.50am. Haaaaa.....pukul 5.00am dah start makan. 10 minit tu pun sebab panaskan Sambal Tumis Frozen dan pecahkan telur, jadiklah Sambal Telur Pecah. Argh....sedapnya.

Menu 2nd Ramadhan :

Sup Bebola Ayam
Sambal Telur Pecah
Daging Dendeng - beli


Hari ketiga dan seterusnya, tambah sikit lagi pembaikan. Bangun je tidur, saya terus mandi. Solat kejap terus masuk dapur. Rasa selesa sikit dan sejuk badan. Inilah kot hikmah mandi sebelum solat Subuh. 

Lagipun, tidur malam banyak berpeluh, agak panas cuaca sekarang ni. Nak beli air-cond dok bertangguh je, sebab bila cari, cuaca pun hujan je jadi sejuk je tidur. Pastu bila cuaca panas balik, sibuklah cari. Hahaha ntah pape ntah.

Menu 3rd Ramadhan :
Ayam Goreng Kunyit dengan Kobis Cina dan Kobis Bunga
Daging Dendeng

Ini masa yang gas habis masa nak tumis bawang. Gelabah suami sebab dah ingatkan suruh call orang gas tu. Nasib baik ada Noxxa, terus pindahkan dari kuali ke Noxxa.


Menu 4th Ramadhan :

Ikan Goreng Bersambal
Sambal Telur Pecah

Haha hari keempat ni, Ikan Goreng tu gabungkan dengan Sambal Tumis Kosong. Pastu, ada sikit lagi sambal dalam kuali. Sayang nak buang, jadi mintak suami pecahkan je telur dalam tu terus. Jangan membazir, Allah tak suka. Lagipun, bila kenangkan kita potong cili kering, rebus, blend, potong bawang, blend bawang, tumis sampai naik minyak tu semua, jadi tak sampai hati nak 'buang' usaha kita tu.

Menu 5th Ramadhan :

Ayam Masak Lemak Kuning
Sambal Telur Pecah

Dah ketagih dah Sambal Telur Pecah ni. Rasanya Ahad ni nak kena masak Sambal Tumis balik. Sebab dah tinggal 1 bekas empat segi je. Dalam 2 kali makan.

So far, sejak buat Freezer Food ni, memang jimat masa sangat. Cuma panaskan dan goreng telur atau buat sambal telur pecah tu. 10 minit dah siap, dah boleh bersahur.

Kami masa sahur, memang makan heavy. Sebab waktu berbuka agak ringkas dan kami cuma makan waktu buka je. Moreh saya memang tak makan, suami pun sama. So waktu sahur memang saya lapar, tu yang dah makan nasi dan lauk-pauk, kami minum lagi Shaklee Performance Drink dan Mealshake. 

Performance Drink ni, sebab bagus untuk melambatkan dehidrasi, so orang yang bekerja menggunakan tenaga macam suami (mekanik), jurutera arkitek yang selalu ke site, yang kerja berat macam kat warehouse yang selalu berpeluh tu, memang elok minum Performance Drink ni.

Dah tahun ke-6 kami order Performance Drink masa Ramadhan. Laratlah suami sampai ke petang. Kalau tak, waktu 3 petang, dah tak larat, terbaring je kepenatan. Kesian sangat tengok. Dahlah bisnes bengkel ni kencang masa Ramadhan, ramai nak balik kampung kan masa raya, tu yang busy je dia.

Mealshake tu belikan untuk ayah. Nak bagi ayah nutrien lengkap sebab dia tak berapa selera makan, so berat badan dia banyak drop. Tapi ayah tak boleh minum pulak, dia kata tak lalu. Entahlah, tak kena selera kot. Tapi anak ayah ni lagi suka Mealshake dari ESP (Energizing Soy Protein) sebab bau vanilla dia sedap.

Last year, saya gabungkan Performance Drink + Mealshake + ESP. Tapi this year, saya minum Cinch Performance Drink + Mealshake. Nak habis Cinch tu, insyaallah kurus lepas ni hehe.

Siapa ada gastrik. saya syorkan sangat Triple Gem ni. Sebab saya pesakit gastrik teruk (hampir dah nak kena ulser), Ramadhan memang teruklah. Pukul 7am dah berkeroncong perut, sebab asid perut tu keluar.

Setiap minggu, saya akan mc sebab muntah-muntah teruk. Kena muntahkan hijau, baru gastrik lega. Tapi melepek je lah, tak larat langsung. Masa mula-makan makan Performance Drink + Mealshake + ESP, perut tak rasa lapar sampai pukul 5pm. Memang syoklah balik rumah siap dapat masak lagi. Pukul 6 petang baru rasa asid yang pedih pedih perut tu. Alhamdulillah, kalau tak, lembik je masa puasa. Nak marah je sebab perut tak selesa.

Anyway, sekejap je dah hari ke-5 kan?

Kat office ni pun, dah mula pasang lagu raya, saje je lepaskan tension audit tadi. Haha. Selamat Berpuasa dan Beribadah kepada semua. Take care.

08 June 2016

Ramadhan Ketiga : Gas Habis Masa Nak Masak Sahur!

Ini memang paling kelakar. Sebabnya baru ingat suami untuk belik gas. Tong gas ni last tukar last year kot. Lama giler sebab jarang masak kat rumah. Lepas tu ada Periuk Noxxa, lagi lah tak pakai sangat dapur gas.

Elok je lepas cakap, api gas pun semakin slow dan mula warna merah. Dalam 30 saat, terus padam! 

Kelakar sebab suami dah macam menggelabah. Iyalah, lauk sahur tu saya dah sesiap goreng ayam. Nak buat Ayam Goreng Kunyit. So nak tumis bawang, tambah sayur dan masukkan ayam. Gas pulak habis. Macam mana nak sahur dengan nasi kosong je?

Saya diamkan je. Biar dia gelabah. Tapi kesian pulak, so terus cakap kita guna Noxxa.

Dapatlah bersahur Nasi Putih dengan Ayam Goreng Kunyit Kobis Cauliflower dan juga Daging Dendeng.

Terus pagi tadi, dah call orang gas tu. Nak suruh hantar sebelum 8.15am tapi depa mintak nak hantar jam 8.30am. Tak sempatlah sebab nak pergi kerja dah.

Last-last janji hantar kul 6.30pm. Sebab petang tu nak goreng nasi, malas nak pergi Pasar Ramadhan pulak.

Hari tu pernah masa nak buat Open House, gas habis. Ini masa sahurlah pulak.

Seafood Galore di Kampung Sungai Melayu, Nusajaya yang 100% adalah MELAYU!

Masa kami ke Nusajaya untuk uruskan rumah ayah tu, adik saya ajak ke Restoran Sri Pantai yang terletak di Kampung Seri Melayu.

Bila Waze, dekat je lah sebenarnya dari Nusajaya tu. Cuma sebab berpusing balik, kena ikut highway kan, tu yang jauh sampai 14km tu.

Nasib baik ada ternampak signboard masa ke Nusajaya tu, so memang confident lah nak ke sana.

Paling kelakar masa tu, jalan nak masuk dia. Memula cantik sangat jalannya, sebab baru buat. Ada Marlborough College, so jalan masuk memang lawa la kan. Lepas simpang ke College tu, start dah jalan kecik. Ni okay lagi. Ada waze, jadi yakinlah sikit.

Makin masuk ke dalam, makin takde kereta. Pokok kelapa sawit kiri kanan jalan. Seram jugaklah. Saya kata, kalau malam, cuak jugak ni sebab tak nampak 1 rumah pun masa ni.

Then ada nampak jugak motosikal lalu. So maknanya ada penghuni lah kat dalam hutan ni. Ikut je Waze tu, tapi keadaan jalan tu memang scary lah walaupun siang.

Nasib baik ada beberapa signboard yang tulis Kampung Seri Melayu tu. Kalau tak, saya suruh adik patah balik. Sambil tu berdoa, janganlah Restoran tu tutup. Ingatkan adik saya pernah pergi, rupanya maklumat ni dia dapat dari kawan dia. So kami redah ajelah.

Rupanya, memang ada kampung dalam hutan tu. Dah lah tepi sungai/muara. Nampak je signboard Restoran Sri Pantai, lega kami.

Sumber : Google

Saya memang tak banyak ambil gambar. Sebabnya, saya pergi dengan ayah. Jadi perhatian saya banyak ke arah ayah. Lagipun panas sangat kat sini. Lapar pun iya jugak sebab dah pukul 1.45pm.

Tengok menu, kami decide nak order Asam Pedas Ikan Jenahak (kecil), Ayam Goreng Kunyit, Telur Dadar, Kailan Ikan Masin. Ini pun adik nak order Sotong Tepung. Saya nak jugak, tapi takut tak habis.

Kebetulan, belakang kami adalah Ketua Kampung Seri Melayu ni. Dapatlah berbual dan sedikit info tentang kampung ni turut dikongsi oleh Ketua Kampung.

Yang bestnya, 100% penduduk kampung ni adalah MELAYU.

Kampung ni di bawah program Eco-Tourism, so memang selalulah dapat visitor VIP.

Mereka ada kelip-kelip mereka sendiri iaitu penunggang basikal yang selalu singgah makan di sini. Hehe ini lawak Tok Ketua. Kelip-kelip takdak kat sini, sebab dekat sangat dengan Air Force Base.

Dalam 15-20 minit, hidangan kami sampai. Pergh.....memang best Asam Pedas dia. Pedas masam kena selera saya. Tapi, memang pedas gileer, so sapa ang tak berapa tahan pedas, mintak dia kurangkan pedas masa masak. Ataupun minum air banyak-banyak lepas makan.

Jenahak pun dapat yang saiz kecik je. Sedapnya Jenahak Muda ni. Biasa saya beli kat pasar, bear-besar. Ni seekor, cuma dapat 4 potong je. Kepala. Ekor. Badan dapat 2 keping. Cukuplah untuk kami bertiga.

Ni je gambar yang ada. Ni pun sebab nak hantar ke group family, nak update adik-beradik aktiviti kami. Hehe. Tu la Tok Ketua, memang peramah.

Facebook Restoran Sri Pantai Kg Sg Melayu.


Ramadhan Hari Pertama : Ke Tropicana Medical Centre

Saya tak perasan, masa set appointment tu, 6 Jun adalah hari pertama Ramadhan! Sebab kat kalender doktor tu kata, Selasa baru start puasa. Jadi saya pun tak kisahlah, berangan balik hospital, boleh singgah Giant nak beli buah untuk puasa nanti.

Sekali, 1 Ramadhan adalah pada 6hb Isnin, so sebab dah confirmkan appointment, redah je lah.

Memang kena puasa, dan kali ni, ada ujian glukos juga. Masa Punitha (nurse) cakap kena buat glucose test, saya ingat nak kena minum air gula macam ibibu mengandung tu. Terfikir, alamak, kena berbuka ke? Tergelak Punitha, dia cakap "No Madam. From the blood, they will test it." Hahaha lega saya.

Ambil darah sekejap je, tapi tak best sebab rasa sakit. Madam Leong yang biasa ambil darah tu dah takde, tak tahulah ke mana. Mungkin cuti kot. Lubang pun besar, maybe sebab banyak gerak masa proses tu.

Sebab adanya ujian glukos, maka tempoh menunggu adalah 1.5jam sebelum dipanggil doktor.

Masa prosedur ambil darah pun, ada kisahnya.

Technician tanya, "Madam fasting?"

"Yes." Saya jawab.

"Last meal pukul berapa?"

"Around 5.30am."

"Aiyoo Maam, not enough la. Should be by 12 midnight."

"But I am fasting now. Ramadhan."

Tergelak terus 2 orang technician tu. Rupa-rupanya kena puasa 8 jam sebelum ambil darah. 

Saya tahu kena puasa, tapi asyik salah faham dengan Puasa di bulan Ramadhan. So betullah bila mereka tanya saya puasa ke tak, saya jawab Ya sebab memang tengah puasa di bulan Ramadhan. Cuma yang mereka maksudkan adalah last meal adalah 8 jam sebelum prosedur.

Adik tu kata takpe, cuma result nanti akan tinggi lah sikit sebab baru 4 jam "puasa".

Then Punitha suruh saya pergi makan dulu sebab lama lagi giliran saya. Saya cakaplah, saya puasa (Ramadhan). Dia kata, Kan dah ambil darah? Pergilah makan, nanti lapar. Saya jawab, saya puasa di bulan Ramadhan. Punitha, muka berkerut tanya, boleh ke puasa? Nanti tak larat, pening ke pitam ke macam mana? Saya jawab, okay je setakat ni. Kalau tak larat atau pening pitam, saya berbukalah.

Alhamdulillah, saya bertahan sampai petang.

Saya rasa, sebab saya dah plan sebelum hadirnya Ramadhan, yang saya akan kuat, bertenaga, tidak lapar sepanjang bepuasa. Kemudian kali ini, saya nak hafal 10 ayat pertama surah Al-Kahfi. Nak masak dan buat frozen food untuk sahur. Banyaklah saya plan, sampaikan ada doa khusus untuk dibaca semasa berpuasa.

Semalam, saya postkan balik apa saya buat untuk persediaan Ramadhan. Saya ingat lagi tahun lepas, ada yang marah saya sebab lambat post entry tu. So tahun ni, masih lambat sebab dah 1 Ramadhan baru saya post, tapi saya berdoa agar ianya memberikan manfaat buat semua. Ini kisahnya - Penat sekali Je Senang Berkali-Kali.

Sebab saya balik lewat, bengkel tutup pukul 6.00 petang, jadi balik tu ngam-ngam nak berbuka. Juadah berbuka memang saya plan beli je, sebab nak yang ringkas je macam murtabak, roti john atau kuih-muih je. Sebab kami berbuka banyak minum air.

Dalam 2 jam hari Ahad lepas, dengan 1.5 ekor ayam, 2 ekor Ikan Kerapu, 2 ekor Ikan Talapia, 1 kg Bebola Ayam Ayamas, cili kering RM3.00, saya dapat:-

1. Kari Ayam 2 bekas
2. Lemak Kuning Ayam 2 bekas
3. Sup Bebola Ayam 2 bekas (40 biji)
4. Sambal Bebola Ayam 2 bekas (40 biji)
5. Ayam Goreng Kunyit 1 bekas - tanpa sayur
6. Kerapu Goreng 2 ekor
7. Talapia Goreng 2 ekor
8. Sambal Tumis Kosong 4 bekas.

Nanti Ikan Goreng tu boleh jadi Ikan Bersambal. Pagi tadi buat Sambal Telur Pecah. Nanti boleh rebus telur, buat Sambal Telur.

13 lauk dah siap. Beli pulak daging dendeng 3 bekas dengan kawan. Setengah bulan tak yah masak untuk sahur. So saya fokus pada perkara lain.

Tapi saya masak dengan Periuk Noxxa, tu sebab 2 jam je. Sambal tu 30 minit je HP. Yang ayam, HP 7 minit, campur tumis semua dalam 15 minit je. Kalau takde Noxxa, maybe lebih sejam kot. Sambal tu yang lama. Lepas masak kari, boleh masak Lemak Kuning. Lepas tu goreng ikan. Satu tungku khas untuk sambal. Okay rasanya.

Semoga bermanfaat!

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign