Tinta Si Isteri Mekanik: July 2016

30 July 2016

Raya ketiga kita beraya rumah semalam yang takde orang tu.

Tahun ni, memang berjalan je masa raya. Bagus untuk saya, sebab jarang jumpa sepupu sebelah suami ni. Dahlah tak ramai, jumpa pun sesekali je.

Hari Jumaat ni, pagi tu hujan selebat-lebatnya. Memang heaven la kat rumah, sejuk je. Dah sarapan, takde buat pape dah. Nak basuh baju, mana nak sidai? Lagipun esoknya nak balik dah, so tak payahlah basuh.

Tapi kali ni, saya memang bawak balik novel dan juga Ipad yang penuh dengan series Devious Maids. Baru terjebak uolls dengan siri pasal pembantu rumah ni. Best jugaklah, fun and entertaining. Latinas ni memang lawa kan? Nak nak bila depa menari salsa, pergh ligat.

So, lepak tengok series je. Anak buah yang rapat pun sibuk tengok series jugak. Cerita apa entah. Orang baru habis final exam, pulun tengok drama sebab lepas raya nanti nak kerja. Takut tak sempat nak tengok. Pagi memang santailah.

Dalam jam 11.00, hujan pun dah berhenti, matahari pun dah menyinar, mohlah kita pergi keluar beraya merapatkan silaturrahim.

Oh raya ketiga ni pun masih ada Baraan. Tapi untuk wanita pulak. Kesian mereka Baraan masa hujan. Lewat sikitlah mulanya sebab lebat masa pukul 8.00 pagi tu.

First house, kami pergi beraya kat rumah Abang Anuar. Abang sulung dan anak ketiga dari 8 adik-beradik suami. Abang Anuar ni duduk sebelah rumah Bapak.

Kat sini di jamu Mee Sup dan Nugget Goreng. Sejuk-sejuk makan Mee Sup memang sedaplah kan. Ada pulak kerepek tempe, cicah dengan sambal kicap, fuhhh berpeluh menahan pedas. Saya cuma hirup kuah Sup je dengan Nugget 2 keping dan tempe tu saya makan 3 keping. Kenyang sarapan belum hilang, tambah ni lagi, memang penuh perut. Sampaikan lunch saya tak lalu nak makan. Bising mak sebab tak makan, habis mak, perut dah penuh, celah mana nak sumbat?



Abang ipar saya yang pakai t-shirt putih kolar merah tu. Kali ni, memang saya ambil gambar setiap rumah yang kami pergi. Saje je buat kenangan, sambil penuhkan blog hehehe.



Sebelum bersurai, kita bergambar dulu. Saya takde dalam gambar sebab saya yang ambil gambar ni. Duduk atas sekali tudung merah tu biras saya, isteri Abang Anuar. Duduk kat tangga baju biru putih tu anak sulung Abang Anuar, Akmal namanya. 

Sebelah Akmal, baju hitam tu biras saya, Abang Jai. Berdiri baju kurung merah tu isteri Abang Jai, kakak ipar saya dan belakang dia muka separuh tu anak mereka, Najib. 

Berdiri tudung purple dan belakang yang terselindng tu anak buah saya, Alia dan Syuhadah. Sebelah Alia tu, mak dan ayahnya, biras dan abang ipar saya. 

Duduk baju t-shirt merah tu kekasih saya. Sebelah dia, yang tudung dusty pink tu anak buah paling rapat dengan kami, my super junior di UUM. Duduk kat tangga yang 3 orang baju hitam tu semua anak buah, Hanif, Azam dan Yusri. 

Wanita yang duduk tu baju coklat tu kakak ipar paling rapat dengan kami, Kak Ros. Berdiri tu tuan rumahnya, Abang Anuar.

Kerana gambar inilah, terwujudnya group whatsapp untuk famili Belukar Cina ni. Muka semua pun macam Cina kan?




Ni Maksu selfie dengan anak buah dan abang kakak ipar biras. Hehehe saje je.

Rumah kedua, rumah depan rumah Bapak. Rumah adik Bapak yang kami panggil Cik Man.

Sekejap sahaja kat sini sebab dah nak waktu Zuhur, para lelaki nak solat Jumaat.



Lapang je rumah Cik Man, senang anak cucu tidur malam. Haha taklah, sebenarnya sebelah kanan saya ni ada sofa meja kopi semua. Siap ada kuih raya lagi kat situ. Lagipun baru lepas baraan, tu yang lapang tu. Kami kan ramai, duduklah bersila. Barulah Raya di Kampung style kampung.



Dah, jom balik. Hahaha.


28 July 2016

Balik Muo Raya Kedua Kita Makan Makan Makan..

Raya kedua balik kampung suami. Konon nak bertolak awal, dalam pukul 8.00 pagi. Takdenya. Haha 8.30pagi kot bertolak, ke lambat lagi but before 9.00am dah gerakla.

Ikut Sg Besi sebab kononnya nak singgah R&R Nilai sebab ada kawan buka kiosk western food kat sana. Masa ni kereta dah start banyak, kat R&R Sg Besi Tol tu dan juga kat R&R Serdang yang ada Starbucks Drive-Thru pun banyak kereta berhenti.

Uish awalnya mereka keluar, kan?

Masa exit R&R Nilai tu, kereta banyak giler sampai stuck kejap tak bergerak. Rupa-rupanya ada kereta nak keluar dari parking. Siap ada anggota RELA yang bertugas mengawal trafik. Bagus juga ada, sebab lancarkan pemanduan.

Alhamdulillah, dapat parking depan-depan R&R tu. Jalan dari hujung ke hujung, tapi tak nampak kiosk kawan kami tu. Rupa-rupanya dia tutup daaaaa. Bukak jam 11 pagi nanti. Tapi kami tak boleh tunggu sebab nak beraya kat Muar, dah janji pukul 1.00pm nak konvoi.



Ini kiosknya. Masakan western beliau memang sedap. Nita ni Chef di Australia dan Singapore. Menghidangkan masakan Barat yang HALAL. Itu yang penting. Niat Nita berniaga sebab nakkan semua Muslim makan makanan yang bersih dan bebas alkohol.

Kami tak dapat rasa masa Raya kedua, cuma dapat ambil gambar je. Hahaha.


Perjalanan balik kampung kali ni, banyak kereta dan ada ketikanya kereta berhenti tersangkut dalam jammed. Nak hilangkan rasa bosan, dengar HotFM sebab banyak lagu raya.

12.30 tengahari baru sampai kampung. Sampai je, terus salam-salam dan terus duduk makan, hahaha. Lapar giler sebab konon pagi tu makan roti je sebab simpan perut nak makan western food. Sekali tutup, terus beli pau je makan dalam kereta. Tapi bagus juga sebab cepat sikit sampai kampung.

Raya kedua, kakak masak Soto sebab ketupat banyak lagi. Saya setia makan ketupat dengan rendang dan serunding kelapa. Sedapnya serunding yang Kak Long buat, banyak jugak ketupat saya makan.

Siap je makan, semua dah ready nak beraya. 3 kereta join beraya, syoklah sikit beramai-ramai. Dapat ziarah Kak Long, Cik Man, Nyayi dan Cik Mis serta Cik Wok. Kiranya adik-beradik Bapak dan Mak dapat ziarah semua masa raya kedua ni.

Raya kedua ni, ada Baraan Lelaki. Masa ni geng-geng Baraan semua pakai baju melayu lengkap, pergi satu rumah ke satu rumah dan memuji-muji Nabi Muhammad SAW. Very simple dan sekejap je pun, but tradisi ni sangat bagus diteruskan. Tapi suami saya dah pencen katanya.

Kat Rumah Cik Yati dan Nyayi, mereka hidangkan Mee Hoon Sup. Sedapnya sambal kicap power orang Johor ni. Pedas giler tapi cukup rasa pedas dan manisnya. Saya cuma makan sesudu Mee Hoon Sup tapi dok hirup Supnya sebab sedap. Walaupun pedas.


Malam tu, nak beraya 2 rumah, tapi kelakarnya, dua-dua rumah takde orang. Hahaha depa pun nak beraya jugak kan?


Bagus juga mereka takde kat rumah, saya dah mengantuk sangat dah masa ni. Naik bilik, tukar baju terus baring nak tidur. Sekali suami masuk bilik, bagitahu Abang Long Kak Long datang. Capai tudung terus turun. Berbual-bual. Bila mereka balik je, dah tak tahan dah, terus naik masuk bilik dan tidur.

Kali ni, saya fokus kepada tema silaturrahim. Kena buat macam ni, kalau tak, saya akan banyak menyendiri hehehe. Tak faham sangat mereka cakap sebab ngomong Jawa. Tu yang malas tu.


27 July 2016

Raya Pertama : Rumah kena SERBU dengan tetamu tidak dijangka!

Malam raya tu, saya cuma tidur 3 jam sahaja. Tidur jam 2 pagi, bangun balik pukul 5.30pagi. Tak larat nak bukak mata awal, hehehe.

Lepas Subuh, terus mula menumis Lodeh. Suami yang memasak, saya cuma tolong masukkan bahan je. Sayur-sayur semua dah siap potong malam raya tu, bawang semua dah siap blend, jadi senanglah pagi tu.

By 7.00am, dah siap semua. Panaskan rendang sekejap je sebab malam tu dah On kan Reheat, supaya lagi kering dek kerana Tragedi Malam Raya ni. Panaskan juga Sambal Kacang Pedas Giler Tapi Sedap ahaha.

Saya terus bersiap sebab nak ke masjid. Nanti kalau lambat, duduk belakang tak best.

Jam 8.15am, semua bergerak ke masjid. Jalan kaki reramai, barulah Raya. Sampai masjid, settle solat Aidilfitri dah jam 9.30am. Sempat jumpa jiran-jiran dan kawan-kawan mana yang ada. Pukul 10.00am baru balik rumah. 

Cepat-cepat naik atas nak gosok tudung. Makeup lite-lite pastu lilit shawl. Dah sibuk my niece nak mintak Angah tolong style kan tudung dia. Siap cakap kat kawan-kawan dia, "I have my own stylist." Haha kecoh je bebudak sekarang.

Turun-turun tengok adik dan kakak dah siap hidang juadah raya. Kak Linda kata tahun ni dia tolong hidang je, tak larat nak masakkan apa-apa. Takpelah, lagipun saya ada.

Siap makan, terus salam-salam. Lepas tu, ayah yang first sekali tidur. Hahaha. Abang dan Kak Linda menyusul, sebab Abang makan Panadol, demam dari hari sebelumnya.

Kami berempat je yang sesibuk ambil gambar. Hahaha.

Tak bergambar satu family sebab adik bongsu beraya di Kelantan, yang ketiga beraya di Gombak. Lain kali bergambar kat Studio je lah.



Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.

Lepas ni memang relaks sebab takde siapa datang. Dah standby, lepas Zohor nak tidur. Tapi tak sempat apa pun, sebab pukul 1, sepupu saya datang dengan anak-anak dan cucu-cucunya.

Penuh satu rumah. Saya panaskan semula Lodeh, Rendang dan Sambal Kacang. Buat air Sirap Ais je. Potong Kek Buah. Siapkan gelas dan mangkuk. Suami tugasnya buat air. Adik saya siapkan mangkuk, sudu dan gelas. Saya tugasnya panaskan lauk dan hidang dan potong nasi impit.

Tak lama mereka tiba, adik ayah satu famili dengan anak cucu semua tiba. Fuh dah start berpeluh. Air memang laku habis, Kejap-kejap buat air. Patutnya nak buat kat Tumbler besar tu, tapi tak sempat sebab kakitangan tak cukup, hahaha.

Tak lama lepas tu, sepupu pulak tiba dengan anak-anaknya. Memang penuh giler rumah ayah Raya Pertama tu. Sekali pandang macam majlis nikah! Hahaha.

Adik saya ni baker, memang suka bakar kek biskut semua dessert ni. Jadi, memang dia buat kek setiap tahun. Memang sedap giler kek-kek yang dia buat. Sepanjang puasa tu, setiap kali kami berbuka kat PJ, satu rumah bau sedap sebab dia dok baking biscuits yang ramai giler orang tempah.

So, cousins yang memang tahu kek memang ada, depa siap ke belakang usha kek. Kami tak sempat potong dan hidang pun sebab kena serbu. Memang tak jangka langsung. 

Cousins dok lepak kat dapur sementara saya potong Chocolate Bundt Cake tu. Dah lah adik saya drizzle cake tu dengan coklat, memang heaven betul. Few Cousins lelaki yang suka kek coklat ni, sambil makan, sambil pejam mata, sambil tangan kiri tunjuk sedap. Haha. Yang ladies, menunggu Carrot Cake.



Cousin yang pertama tu balik je, lapang sikit rumah, baru sempat berbual dengan pakcik saya ni. Baru nampak cousins lain, hahaha. Pakcik saya balik, satu lagi sepupu tiba. Masa ni dah lengang sikit. Sempatlah clearkan dapur susun pinggan mangkuk gelas nak bagi kering.

Dalam pukul 4 tu, 3 family datang. Sepupu jugak dengan anak-anak semua cucu sekali. Penuh balik rumah. Ni pun tak sempat borak sangat, sebab sibuk. Tapi happy sangat mereka datang on the first day, sempatlah saya berjumpa.

Pukul 6.30pm, baru clear rumah sebab semua dah balik. Adik ketiga pun dah tiba dari Gombak. Lega sebab lapar sangat tak makan dari pagi, campur penat kaki sebab berdiri je. 

Malam tu, balik rumah kejap sebab nak packing baju balik Muar pulak.

Sempat tidur dulu, lepas Isyak baru balik PJ balik. Hahaha.

Best betul first day raya kali ni, sebab ada few cousins yang saya tak jangka datang on the first day. Alhamdulillah.




19 July 2016

Tragedi Rendang Ayam di Malam Raya 2016 dan Resepinya sekali.

Tahun ini beraya di PJ, jadi memang saya take over masak juadah hari raya.

Simple je juadah kami, iaitu Nasi Impit, Rendang Ayam, Lodeh, Sambal Kacang. Lepas tu adik saya akan bake cake, tahun ni dia pilih Carrot Cake dan Chocolate Cake.

Standby bahan-bahan untuk masak Nasi Minyak kalau tak cukup.

Sebabnya, family ayah cuma tinggal 2 beradik aje. Jadi rumah ayah menjadi tumpuan anak-anak saudara datang berziarah. Sejak 2-3 tahun ni, memang mereka datang Raya pertama.

Saya plan nak masak Rendang Ayam tu 3 ekor. Lodeh seperiuk besar. Sambal Kacang guna kacang tanah 1 kg. Nasi impit first batch saya masak 35 pek. Masa solat Aidilfitri nanti, masak lagi 35 pek mini.

Bahan-bahan semua saya dah beli dari Ahad lagi, sebab kedai runcit dekat dengan rumah saya tu, tutup hari Selasa. Rupa-rupanya, kita boleh order dulu, cuma pickup je Selasa tu. Tapi saya dah sesiap beli baru terbaca, so takpelah. Ada hikmah juga sebab suami kan ajak shopping Selasa tu.

Ayam 3 ekor tu saya mintak potong kecik, cakap kat makcik tu potong 20. Saiz dia macam kita potong ayam untuk buat sup tapi besar sikit. Serai, tempe, kacang panjang, santan, carrot, kobis, semua siap beli. Cuma terlupa tauhu je. Tapi takde pun takpe.

Bahan Sambal Kacang, saya beli asing sebab adik saya tak sempat. Biasanya memang dia yang masak Sambal Kacang ni, tapi saya dah sesiap Google resepi sebab takut dia busy baking cake.

Dah berbuka, solat semua, kami balik Shah Alam semula sebab Baju Raya tertinggal. Memang kalutlah malam raya kami kali ni. Nasib baik raya PJ, kalau raya Muar, memang merajuk saya. Hahaha.

Start masak dalam pukul 10.30 malam. Kali ni saya decide nak tumis sebab saya guna bawang agak banyak. Lagipun saya nak rendang ni tahan lama, so kena masak betul-betul.

Tumis dengan Noxxa ni senang je sebab sekejap je ON Stir Fry dah boleh mula tumis. Masuk semua bahan yang diblender macam bawang, halia, serai, cili kisar. Dah wangi, masuk ayam sebab nak kecutkan ayam tu. Ayam kan ada air sikit, so tips nak sedapkan masakan ayam ialah biarkan air ayam tu kering, baru tambahkan bahan lain.

Haaaaa, kat sinilah tragedinya. Lepas masuk ayam, saya biarkan nak bagi kering airnya.

Tapi, air ayam tu sangat banyak. Sekali tengok, macam saya masukkan air pulak.


Tengok tu, dah sama paras dengan ayam. Saya pun biarkan, tapi setengah jam berlalu, air ayam tu masih tak kering lagi. Ni belum masuk santan tau.

Saya tanya mak, boleh buang ke air tu? Tapi mak kata nanti rencah blender tu tak cukup pulak. Saya biarkan lagi 15 minit.

Tapi kering sikit je. Ish tak boleh jadi ni. Mak bagi cadangan masukkan kerisik awal. Masuk santan sekali kerisik sama garam gula semua.

So, saya ikut cadangan mak. Sebab saya tahu, kerisik memang akan keringkan rendang dengan cepat. Sepatutnya, kalau guna Noxxa, masa ni kita buat High Pressure (HP). Bagi ayam tu masak sekata but still juicy la.

Tapi bila terjadi macam ni, ayam tu dah masak sangat dah. Jadi saya decide tak payah HP. Biarkan aje kering guna Stir Fry (SF).

Dah pukul 12.30 malam, saya pun offkan SF dan on kan Warm/Reheat sepanjang malam tu. Supaya sempat kering malam tu.

Saya pun ambillah sikit nak rasa. Tapi agak pedas rendang kali ni. Jadi saya pun makan dengan Nasi Impit. Hehehe 3 ketul aje.

Saya ikut resepi dari Kak Azie dari Azie Kitchen.

Bahan bahan:
2 ekor ayam
1 kg bawang merah - hiris
3 labu bawang putih - hiris
4 inci halia - hiris
4 inci lengkuas - tumbuk
2 inci kunyit hidup - tumbuk
4 batang serai - titik
4 senduk cili kisar - ikut suka pedas
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
4 kg santan
2 keping asam keping - ikut rasa
Garam
Gula
Daun kunyit - opsyenal
Sedikit kerisik - opsyenal utk warna gelap


Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga cili benar benar garing.

Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. Masukkan sedikit santan cair bagi membolehkan ayam masak. Setelah itu, baru dimasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja.

Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Jika suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api.

Nota:
Setelah ayam masak, boleh keluarkan ayam terlebih dahulu dan masak bahan perencah sambil dikacau dengan api perlahan untuk menjadikan kuahnya berwarna agak gelap.



15 July 2016

Lepas Shopping Raya, kita balik kampung, TAPI BAJU RAYA TERTINGGAL!

Lepas penat bershopping, teman suami bershopping, terus balik rumah. Sebab nak kemas bag untuk balik kampung. Lepas Zohor, saya terus gosok baju Raya sementara suami tidur kepenatan.

Lepas gosok baju, ish ngantuk pulak. Kejut suami, dia kata ngantuk lagi, so saya cakap saya pun ngantuk jugak. Dah dia ajak kita tidur, saya pun apa lagi, terus baring dan pejam mata.

Bangun-bangun, tengok jam dah dekat 5.30pm. Melompat turun katil, mandi dan solat Asar. Terus capai bag dan kemas baju, toilettries semua. Lepas tu ke dapur, capai Noxxa masukkan dalam bag. Ambil ayam, serai, bawang semua bahan nak masak masuk jugak dalam bag.

Sebab kali ni, saya tak nak susahkan mak. Biar saya je yang masak. Mak relaks. Saya sesiap beli bahan semua dah, mak tak payah risau pasal barang.

Dah siap semua packing, mulalah bawak barang turun ke kereta. Memang banyaklah barang. Bag baju ada 2 sebab satu untuk baju, satu lagi songkok, barang-barang selain baju. Pastu Noxxa. Bawak juga nasi impit yang saya dah masak pagi tadi. Bekas ayam dan sayur-sayur dalam plastik. Sampah lagi supaya rumah tak busuk. Dua kali angkat barang turun, memang mengah lah kepenatan.

Gerak dalam kul 7.00pm. Nasib baik dah pesan makanan berbuka pada adik. Kononnya nak berbuka rendang dan nasi impit, tapi nasi impit je sempat masak. Hahaha lari plan sebab suami ajak bershopping.

Tiba-tiba, masa dah kat traffic light dekat rumah mak, suami tanya,

.

.

.

.

.

"Yang, baju raya kita mana?"

"Eh, Abang tak ambil kat dalam laundry room ke?"

"Tak."

"Alamak, TINGGAL lah BAJU RAYA KITA!

Tapi sebab tiba kampung dah dekat nak berbuka, kami teruskan perjalanan jugak. Sampai rumah mak, terus buat air, siap je dah azan. 

Eh kejap je balik kampung sebab kali ni kami #teamrayaKL. Hahaha. 

Tu sebab semua juadah raya, saya yang masak. Berangkut periuk, bahan mentah semua dari Shah Alam.

Kami balik ke Shah Alam malam tu jugak selepas solat Isya'. Patah balik ke kampung dan tiba jam 10.00 malam.

Sampai je terus start masak rendang. Baru nak kupas bawang, baru nak blender bahan, ayam baru nak bersihkan. Tapi sebab buat reramai, by 10.30pm dah start tumis semua.

Nasi Impit dah selesai, cuma nak tambah lagi 35 pek mini masa solat Aidilfitri sebab takut tak cukup.

Lodeh akan masak esok pagi, tapi dah siap-siap siang sayur semua, nanti mudah tinggal tumis dan masak je.

Sambal kacang masak kat luar lepas tumis rendang.

Tapi ada kisah tragis rendang ni. Saya sambung nanti.

Bye.







13 July 2016

Puasa hari ini tapi terpaksa berbuka akhirnya...

Busy nya lepas naik kerja ni. Esok dan lusa ada Audit ISO dari SIRIM pula. Haha cuti mau panjang, bila mula kerja, bertimbun pulak. Rasakan lah.

Cerita raya kena tunggu esok lusa. Beraya sampai demam. 

Semalam saya mula bekerja, jadi saya niat nak puasa ganti dan puasa Syawal teruslah. Dalam 2 minggu nak puasa sebab kedai kegemaran saya tutup 2 minggu.

Semalam dah lepas sehari.

Hari ni terpaksa berbuka jam 10 pagi tadi. Terus makan kuih raya yang kawan bawak. Hahaha. Lunch order Maggie Goreng dan Telur Dadar. Tapi betullah, bila order makanan sewaktu perut kosong, memang semua pun nak order. Tapi tadi order sebab untuk berbuka dan bersahur sekali. Kononnya, order Maggie Goreng dan Bihun Goreng untuk juadah berbuka dan dinner suami. Nasi Putih dan Ayam Pedas untuk bersahur. Bila terpaksa berbuka, saya pun makan Maggie Goreng. Dah mengantuk pulak sekarang ni.

Semalam, order Nasi Putih dan Ayam Goreng Kunyit, setengah jam menunggu. Berbuka dalam kereta jawabnya sebab dapat makanan dah pukul 7.25pm.

So maybe minggu depan baru boleh sambung puasa. Kena control makan kuih raya supaya checkup bulan depan, kolesterol okay. Kali ni, total cholesterol okay, cuma kolesterol jahat naik sikit berbanding sebelumnya. Doktor kata, ni banyak makan rendang ni. Hahaha sebulan puasa memang kurang makan sayur dan buah, jadi kolesterol baik pun turun jugak. Walaupun total bagus (bawah 5.2), tapi doktor risau kolesterol jahat tu naik sebab boleh kena stroke dan serangan jantung.

Rajin-rajin buat medical check-up sebab kita ingat kita sihat, tapi sebenarnya tak. Ada beberapa kes kematian mengejut yang mungkin disebabkan kolesterol tinggi dan terkena serangan jantung.

Take care ya semua. 


05 July 2016

Last Minute Shopping. Bukan Saya tapi Suami!


Penatnya pagi ni. Semalam teman ayah shopping. Hari ini giliran suami pula. Alhamdulillah, bengkel tutup hari ni, jadi sempatlah membeli baju seluar kasut. Bukan untuk raya, tapi kami memang jarang shopping.

Pagi-pagi terus ke PKNS Shah Alam. Cari songkok. Semalam di One Utama dan Ahad lepas di Plaza Shah Alam, takde pun orang jual. Yang banyak, kiosk pakaian wanita.

Penuh dah parking PKNS tapi dapat kat bahagian belakang, kalau takde, kena turun basement. Malas nak park sana, nanti kena naik tangga pulak. Hehe.

Terus menuju ke gerai songkok. Banyaknya songkok biasa, cik abang ni cari songkok tinggi 5 inci. Dapatlah di satu kiosk, tapi harganya dua kali ganda dari belo di Batu Pahat.

Gerai di Batu Pahat ni memang lejen. Sebab ayah yang suka kedai ni, memang dari muda sampailah sekarang, ayah pelanggan setia. Dari pakcik yang jual tu masih muda hinggalah sekarang ni, anak beliau yang ambil alih.

Bagusnya kedai ini selain dari harga yang murah, kualitinya memang terbaik. Baldu yang digunakan tu tak luntur kena angin dan air. Suami saya pakai hampir 8 tahun songkok sebelum ini. Nak beli baru sebab kepala dah kecik. Sebab rambut dipotong nipis, jadi kalau pakai songkok lama, macam Abdul Kulup lah dia.

Dah dapat songkok, cari pulak butang baju melayu.  Tak banyak kiosk yang jual butang baju melayu, jadi bila ternampak, teruslah singgah. Murahlah butang baju, ada RM5, RM10, RM28 dan yang ada batu Swarowski tu berharga lebih seratus.




Rupa-rupanya ini kiosk kenalan saya. Tadi masa masuk, nampak gerainya tapi sebab ramai pelanggan, jadi saya terus cari songkok. Balik lalu sebelah belakangnya, jadi saya tak perasan gerai beliau.



Dapatlah berbual sebentar sambil saya memilih pin tudung yang hanya berharga RM10 untuk 6.

Kami terus ke Aeon Shah Alam untuk sesi seterusnya. Hehe kali ni beli kemeja, kemeja-t, slack, tali pinggang dan kasut. Pergh. Lelaki kalau sekali shopping, 4 angka pun okay je. Suami kata, bukan selalu berbelanja. Memang betul pun, dah tu, banyak pulak Sale sana sini.

Ni si isteri yang kepenatan menunggu suami shopping. Dapat kerusi terus duduk tak mahu bangun. Hehe

Anyway, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Terima kasih dan semoga ada yang saya coretkan ini memberi manfaat.

03 July 2016

RESEPI : LODEH RAYA

Aduh. Semalam saya post resepi Rendang Ayam tapi dok tulis kat tajuk tu Resepi Lodeh. Kelakar rasanya pulak.

Tapi hari ni, yang betulnya resepi Insyaallah betul. Hehe.

Resepi Lodeh ni pun ambil dari Puan Azie dari Azie Kitchen.

Kuah Lodeh
Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:
Kubis
Karot
Kacang panjang
Terung
Tauhu kering - rendam
Tempe - potong dan goreng
Tauhu - potong dan goreng
Cili merah - hiris
2 serai - ketuk
Udang hidup - buang kulit
Santan
Garam


Bahan kisar:
5 bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering


Cara cara:
Masak bahan kisar bersama santan cair dan serai sehingga hampir mendidih, masukkan udang diikuti dengan sayur yang keras sehingga yang lembut.


Masukkan santan pekat dan tauhu kering, cili merah serta garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan.


Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


 

02 July 2016

RESEPI : RENDANG AYAM SEDAP DAN TAHAN LAMA UNTUK AIDILFITRI

Tahun ini saya beraya di KL, turn saya. Raya kedua baru balik ke Muar. So seperti biasa, kalau raya sini, memang saya akan masak hidangan raya. Kali ni, Insyaallah akan masak Lontong dan Nasi Minyak.

Lontong, macam biasa ada Nasi Impit, Lodeh dan Sambal Kacang. Kalau orang Johor, Lontong mesti dengan Sambal Kacang. Kalau sambal tumis, dia tak best, tak rasa Lontong sebenar. Hehe.

Hari ni atau esok akan mula membeli bahan-bahan. Pastu, sesiap blend bahan dan bersihkan ayam. Nanti hari Selasa, senang sikit nak masak. Masak awal sikit dalam pukul 5pm lepas asar so nanti waktu berbuka dah boleh makan Nasi Putih dengan Rendang Ayam.

Kali ni, saya nak masak guna resepi Puan Azie dari Azie Kitchen.

Rendang Ayam
Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:
2 ekor ayam
1 kg bawang merah - hiris
3 labu bawang putih - hiris
4 inci halia - hiris
4 inci lengkuas - tumbuk
2 inci kunyit hidup - tumbuk
4 batang serai - titik
4 senduk cili kisar - ikut suka pedas
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
4 kg santan
2 keping asam keping - ikut rasa
Garam
Gula
Daun kunyit - opsyenal
Sedikit kerisik - opsyenal utk warna gelap


Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga cili benar benar garing.

Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. Masukkan sedikit santan cair bagi membolehkan ayam masak. Setelah itu, baru dimasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja.

Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Jika suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api.

Nota:
Setelah ayam masak, boleh keluarkan ayam terlebih dahulu dan masak bahan perencah sambil dikacau dengan api perlahan untuk menjadikan kuahnya berwarna agak gelap.

01 July 2016

Jumaat terakhir Ramadhan ini - Baju Raya Takde!

Sekejap je rasa Ramadhan kali ni. Ni dah Jumaat terakhir. Insyaallah, Rabu depan dah raya.

Persiapan raya kali ni lebih pada rumah.

Baju raya - recycle 2014 punya. Baru 2 kali kot pakai baju tu. Suami pun sama, dia kata nak beli shirt, t-shirt dan pants je kali ni. Saya ada jubah baru belum pakai lagi, tapi maybe pakai hari kedua ketiga kot.

Biskut raya - order dengan adik saya je. Sebab dia buat biskut sedap. Kerepek order dari adik yang kerja di Desaru. Ambil di Kota Tinggi.

Duit raya - tahun ni, duit baru tak banyak sangat. So baru atau lama, bukan ukuran. Jumlah yang penting. Hahaha taklah. Sebenarnya memberi itu yang bagus. Sebab kita dapat dua kebaikan. Satu, gembirakan hati orang yang terima. Kedua, gembirakan hati kita si pemberi.

Balik kampung - kali ni raya dekat dulu. Yeay. Raya di PJ. Saya akan masak Nasi Impit, Lodeh, Rendang Ayam, Nasi Minyak. Semangat saya nak masak. Insyaallah sempat. Pagi kat rumah saya, sesiap masak Nasi Impit. Petang sikit kat rumah mak, masak rendang. Siap-siapkan potong sayur untuk Lodeh. Pagi-pagi raya baru nak masak Lodeh. Masa pergi masjid untuk solat sunat Aidilfitri, masak Nasi Minyak. Ada Noxxa ni senang dan cepat. So, kurang sikit renyah memasak ni especially Rendang.

Raya kedua baru balik Muar. Beraya sampai Raya keempat. Balik KL, beraya sebelah saya pulak. Ziarah pakcik makcik kat Klang, Shah Alam dan rumah abang kat KL.

Isnin dah start kerja, tapi saya ada checkup kat hospital. Harapnya result darah okaylah dengan segala mala rendang, lodeh semua ni.

Kali ni, Ramadhan ni, saya turun banyak kilo jugak. Tapi bezanya, kali ni saya nak maintain selepas Syawal. Sepanjang Ramadhan, saya tak minum manis. Sikit-sikit je, cuma semalam terpaksa minum Air Teh Bunga sebab berbuka mengejut kat office. 

No ice at all, sebab tu bila minum sejuk semalam, tangkap ke pinggang. Itupun mintak yang takde ice, huhu. 

Nasi memang waktu berbuka, hanya sesenduk lebih je. Banyak minum air kosong je. Masa sahur je banyak makan. So rasanya tukar makanan. Breakfast makan nasi putih dan lauk dan air kosong je. Lunch just buah sahaja. Dinner yang simple macam capati, naan, sandwich, kebab. Kalau nasi or mee pun, order 1 pinggan je dan share, just like in Ramadhan.

Kena fikir apa lagi boleh buat. Semoga dapat istiqamah especially Puasa Enam dan solat. Insyaallah.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign