Tinta Si Isteri Mekanik: #jomnaikmrt

04 January 2017

#jomnaikmrt

Semenjak pembinaan MRT ni, saya sangat tak suka sebab trafik sangat teruk di kawasan Kota Damansara dan Mutiara Damansara tu. Perjalanan 25 minit selalu jadi 1 jam waktu pagi. Kalau malam pun, still agak jammed area Pelangi Sentral (Hauz Depot) and Sunway Giza tu.

So, bila MRT dah siap and kempen #jomnaikmrt bermula, I am one happy user la kan. Tak payah drive! Hahaha. 

Plannya husband hantar ke Kwasa Sentral. Took the MRT and then naik Feeder Bus. So Ahad petang, lepas program BNI Givers Gain, kami recce kat mana Kwasa Sentral. Dekat je, kalau tahu simpang pertama ke Kota Damansara dari Shah Alam, haaa kat situlah. Kanan ke Kota Damansara, kiri ke MRT Kwasa Sentral.

Pagi tadi, gerak dari rumah jam 7.45am. Waze pulak buat hal. Bila search for MRT Kwasa Sentral, dia tunjuk ikut RRI. Tapi jalan banyak tak boleh lalu. Apa daaa. Last-last keluar balik ke jalan besar. Sampai dekat pukul 8.00am.

Sekarang ni, MRT ni tengah free sampai 16 Jan 2017. Tapi kena ada kad Touch & Go. Kena touch tapi duit takkan ditolak. Kalau takde T&Go, boleh guna token atau top-up IC kita.

Dah masuk dalam, ada 2 platform. Satu ke Sungai Buloh, satu ke Semantan. Saya ambil hala ke Semantan.

Waktu puncak ni, train agak banyak. Dalam 5 minit sekali kot. Tapi tak lama menunggu kalau terlepas. Saya terlepas, jadi tunggu dalam 4 minit for another train. Platform dia open air, so takdelah rasa panas. Ada kipas besar, kawasan menunggu pun selesa. Safety features sangat bagus berbanding LRT line Kelana Jaya. Ada 2 pintu, satu di platform dan satu lagi adalah pintu MRT. So sangat selamat berbanding LRT yang takde penghadang.

Untuk ke pejabat, cuma 3 stesen sahaja. Stesen Kota Damansara yang bersebelahan dengan Tropicana Medical Centre. Stesen Surian di kawasan Sunway Giza dan Stesen Mutiara Damansara dekat dengan The Royale Chulan dan IKEA. So saya turun kat sini.

Pastu naik bas T809 ke Bukit Lanjan. Tapi bas ni mencabar kesabaran sebab setiap kali saya sampai, dah terlepas. Hahaha. Kalau dah 8.30am, saya request UBER je. Kenalah dalam RM5.00 tapi dihantar sampai depan pintu office. Okaylah sebab tak mau lewat.

Balik, so far tak pernah naik bas. Selalu naik Uber sampai Shah Alam. First day je saya balik awal, jadi bolehlah jalan kaki ke stesen. Dalam 1kilometer je. Penat jugak tapi tak teruk sangat sebab jalan dia menurun bukit. Berpeluh jugak tapi dapatlah target 10,000 langkah tu tercapai. Tapi baru sekali je berjalan sebab balik awal. Kalau balik lepas maghrib, saya naik Uber je. Hehehe.

So, sekarang ni, memang pergi kerja naik MRT. Seronoklah sebab tak payah drive, cuma kalau balik malam tu, rasa lagi baik naik Uber terus. Tambang dalam RM25.00, kadang rasa mahal tapi lagi jimat kalau beli kereta baru, petrol, tol, masa, insurans dan roadtax serta maintenance. Cuma tulah, kalau balik malam, memang mahal. 

Anyway, doakan saya istiqamah dalam naik MRT ni. Saya tak sure pulak berapa tambangnya. Saya jangka dalam RM2.00 untuk 3 stesen ni. Tambah RM1.00 untuk Feeder Bus. Kalau Uber dalam RM5.00. Bolehlah. Insyaallah. At least, saya dapat exercise dan berjalan kaki untuk sihat.

Cubalah, FREE sampai 16 Jan 2017.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign