Tinta Si Isteri Mekanik: April 2017

15 April 2017

Mr. Dakgalbi - Bukan sekadar Nama

Saya bukan peminat K-Pop. Cuma minat series The Return of Superman. Itu memang favourite, tapi sejak ramai dah takde, dah tak berapa follow.

So masa my new colleagues ajak lunch kat Mr. Dakgalbi, first thing I asked was "Sedap ke?". Hahaha. Then dorang cakap sedap, so saya follow je la.

Tapi saya google jugaklah sebab nak tahu apa yang dia offer. Saya tak suka kimchi sebab bau dia, yang agak masam. Jeruk kan, so saya macam kalau kimchi je dia hidang, saya minum je lah.

Apa sebenarnya DAKGALBI? 

Dakgalbi ni sebenarnya Isi Ayam yang dipotong kiub, diperap dengan pes gochujang (chili pepper). Lepas tu digoreng dalam pan. Dicampur dengan kobis, kentang, batang daun bawang, bawang kuning. Gaul semua lepas tu ditambah dengan ramen dan/atau nasi. Macam Mee Goreng Korea la kiranya.

Esoknya, kami beramai-ramai jalan kaki. Ala tak jauh pun, tapi sebab tengahari kan panas, so semua jalan cecepat. Sampai je kat Courtyard SS15, terus masuk Mr Dakgalbi. Semua pun macam "aaaaahhhh sejuknya". Terus duduk sebab baru jam 12.00, takde orang lagi. Kami berlapan, so pecah 2 group. Our group semua girls, so order yang untuk 3 pax je. Tambah Tteok-pokki, Korean Rice Cake.

Yang kami order tu  Dakgalbi. Ada nasi dan jugak ramen and CHEESE. Air pulak, memang diberi setiap meja Cold Water. Tapi saya nak merasa air korea. Jadi saya order air tin berperisa buah Pear. Sedap tapi manis, so mintaklah Ice untuk kurangkan manis tu.




Lepas order, nanti akan datang side orders. Ada jeruk lobak putih, macaroni, kimchi dan jugak sup. Jeruk lobak putih dia sedap. White Radish ni tak sedap sangat, tapi bila dijerukkan rasa macam jeruk betik tu. Saya rasa jugak kimchi, and surprisingly it is delicious! Dan bau kimchi ni kat Mr Dakgalbi taklah kuat sangat. Saya suka makan dakgalbi dengan macaroni tu. Jeruk tu makan gitu je, buat hilangkan pedas. Hehe.

Mula-mula, akan datang kuali besar (pan) untuk memasak dakgalbi. Memang mereka akan masak depan mata kita, macam Teppanyakki. Tapi Teppanyaki tu bila mereka masak, takde cover, habis berbau baju tudung kita kalau duduk dekat dengan cook. Kat Mr. Dakgalbi, mereka akan letak pan cover, untuk elakkan gorengan tu terpercik ke meja dan untuk keselamatan customer. 

Dalam kuali besar tu, biasanya dah sesiap ada dakgalbi dan sayur-sayuran tu semua. Lepas letak kuali, hidupkan api dan mereka akan biarkan sekejap supaya ayam tu masak.

Dah naik bau, baru staf akan datang dan mula masak. Mereka akan gaulkan ayam yang diperap dengan gochujang tu dengan sayur-sayur sampai sebati. Last sekali mereka akan masukkan ramen dan gaulkan sekali lagi. Kat ramen ni pun ada pes gochujang tu, tu sebab kena gaul balik semua bahan tadi. 



Masa tengah masak ni, alahaiiii sedapnya bau. Dahlah tengah lapar kan. Kalau perasan, ada ring warna silver kat gambar bawah ni. Tu lah cover dia. Safety memang mereka jaga betul. Staf asyik tegur je, be careful ma'am. Hahaa tapi banyak gambar saya ambil tak lawa sebab goyang. Cepat betul staf Mr. Dakgalbi buat kerja. Ni pun gambar bawah ni sebab amik kat IG, so dapatlah gambar lawa sikit.


Bila dah siap, mereka akan angkat cover ni dan jemput kita makan. Panas-panas ni, terus senduk ke piring yang disediakan dan terus suap ke mulut. Oh kat sini mereka hanya sediakan chopstick dan sudu je, so pepandailah gunakan keduanya.

The taste? Pedas sikitlah bagi yang tak tahan pedas langsung. Sebab tu agaknya mereka sediakan air sejuk Hehehe. But boleh tahanlah untuk saya. Ayam dia sangat juicy. Sedap dan lembut. Saya ada terbaca, mereka gunakan daging bahagian whole leg sebab rakyat Malaysia suka bahagian yang juicy. Kalau kat Korea, katanya gunakan breast chicken sebab Korean suka healthy food.

Tteok-pokki atau Rice Cake ni agak liat jugak. Macam tepung beras yang dicampur air pastu dibentuk bulat panjang. Masa mula-mula makan tu, saya masukkan semua dalam mulut. Jenuh nak kunyah sebab liat sikitkan. Pastu, saya dah tahu tu, saya gigit separuh-separuh dan kunyah. Kalau tak, lenguh rahang mengunyah. Saya tau sebab husband saya masukkan semua dalam mulut, bila dah makan separuh kuali tu, dia cakap lenguh mulut. Hahahaa.

Lepas dah habis ramen tu, kita panggil staf Mr Dakgalbi untuk masakkan nasi pulak. Mula-mula mereka akan potong-potong ayam tu jadi kecik. Lepas tu, bukak api dan start goreng nasi dengan ayam tadi. Then mereka masukkan cheese. Pergh....yang ni sedap sebab saya suka KEJU! Sedap okay bila nasi tu bercampur dengan keju hehe.

Kali ni memang tak banyak gambar. Dah malas. Banyak kat instastory je. 

Berbeloi ke Mr Dakgalbi ni?

Pada saya berbaloi sebab.

1. Portion besar walaupun harga mahal.

2. Memang sedap dan kena citarasa kami berdua.

3. Sesuai bila kita sangat lapar, tapi lapar yang boleh tunggu la sebab dari masa duduk hingga ke siap masak ni dalam 15-25 minit bergantung kepada bilangan customer. Kalau tengah peak time, memang lambat. Tu sebab selalunya side dish tu akan habis dulu.

4. Keadaan restoran yang selesa.

Ish, bila taip ni rasa macam nak makan lagi, tapi dalam 2 bulan ni, dah 3 kali saya makan kat Mr Dakgalbi ni. Masa kali ketiga tu, siap cakap kat husband, tahun depan je baru kita makan lagi. Muak dah tapi teringat-ingat bau masakan ni dan kesedapan dakgalbi. Maybe belum cukup setahun dan datang balik kot?




Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign